Promosi Back To School Sunfeet International

By Rodiah Amir - November 29, 2019


Promosi Back To School Sunfeet International Rehabilitation Centre

Ibu bapa yang dah mula mencari barang kelengkapan sekolah anak terutamanya kasut sekolah boleh lah ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya kerana promosi Back To School telah pun bermula.

Sempena promosi Back To School – Healthy Feet, Healthy Kids; Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan pembelian berbaloi untuk koleksi kasut sekolah yang berwarna hitam dan putih. Menariknya, kasut sekolah yang dijual di Sunfeet direka khas oleh doktor yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang Orthotis & Prostetik.



Kenapa Kasut Sekolah Sunfeet?

Ramai ibu bapa yang mengambil mudah bila beli kasut sekolah anak, kebiasaan ibu bapa sanggup berbelanja lebih untuk beli barang kelengkapan lain seperti beg sekolah kerana mahukan beg yang tahan lasak untuk menampung berat buku teks. (aku tak maksudkan beli beg sekolah mahal tu salah ya).

Tapi pernahkah terfikir yang kasut sekolah juga penting untuk menampung beban dan berat badan anak-anak? Kalau nak tahu, kesilapan memilih kasut yang sesuai untuk anak-anak boleh mengakibatkan kecederaan pada kaki. Potensi sakit lutut dan pinggang juga tinggi apabila anak-anak menginjak dewasa.



Aku tak bermaksud nak takutkan ibu bapa dekat luar sana, tapi selepas mendengar penerangan Dr Edmund tentang kesihatan kaki dan pemilihan kasut yang betul aku jadi teruja nak kongsikan dengan ibu bapa dekat luar sana.

Kenapa Pilih Sunfeet International Rehabilitation Centre?

Sunfeet International Rehabilitation Centre merupakan pakar Orthotis & Prostetik U.K dan mempunyai 42 tahun pengalaman klinikal yang telah membantu ribuan pesakit yang ada masalah seperti masalah lutut, kanak-kanak palsy Cerebal, pembetulan Scoliosis, R. Arthritis, Down syndrome dan banyak lagi.



Sunfeet International Rehabilitation Centre telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan kini di uruskan oleh Dr Edmund. Pelanggan yang datang ke Sunfeet akan menerima khidmat nasihat & analisa kaki percuma dan kemudian Dr Edmund akan mencadangkan kasut yang sesuai berdasarkan kondisi kesihatan kaki pelanggan.

Promosi Back To School Sunfeet

Sempena promosi Back To School, Sunfeet menawarkan pakej pembelian berbaloi healthy school shoes pada harga RM799 untuk tiga pasang kasut dan Rm1,139 untuk lima pasang kasut. Promosi ini didatangkan dengan perkhidmatan tambahan percuma seperti foot alignment consultation, foot analysis report, annual anti-fungal & anti-bacteria care dan paling menarik perhatian aku ialah free shoe cleaning service dan pelanggan layak untuk menghadiri feet fitness class. Semua yang aku tulis di atas ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.



Kepentingan Memilih Kasut Sekolah Yang Betul

Semasa sesi penerangan pemilihan kasut sekolah yang betul, Dr Edmund berkongsi informasi tentang jenis-jenis masalah kaki seperti pronated, flat, severe flat dan high arch. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa memilih kasut sekolah adalah seperti berikut;


  • Waktu terbaik membeli kasut adalah pada waktu petang kerana saiz kaki akan membesar berbanding pada waktu pagi.
  • Ibu bapa hendaklah mengukur saiz kedua-dua belah kaki dan memilih saiz yang paling besar.
  • Ibu jari kaki berada dalam keadaan selesa semasa dipakai.
  • Memastikan mengikut kepanjangan dan ada ruang yang cukup agar tidak memberi tekanan pada kaki.
  • Bahagian atas kasut hendaklah menutup kemas di sekeliling pergelangan kaki.
  • Pemeriksaan kasut juga hendaklah dibuat dengan kerap mengikut umur yang dicadangkan; 1 sehingga 2 tahun: kekerapan 2 bulan sekali, 3 sehingga 4 tahun: kekerapan 4 bulan sekali dan 5 sehingga 6 tahun: kekerapan 6 bulan sekali.

Aku selalu ingatkan diri yang menjaga kesihatan diri semasa SIHAT tidaklah SEMAHAL semasa kita SAKIT. Betul, aku sendiri kadang-kadang berkira-kira terutama nak laburkan sesuatu yang berfaedah untuk diri walhal kalau lah aku lalai menjaga kesihatan, ada duit tapi tak dapat nak enjoy.


Untuk korang yang nak dapatkan khidmat Dr Edmund dan buat analisa kaki boleh lah ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu (10AM- 7PM)

Waze: Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.