Mentega Anchor Pilihan Utama Chef Selebriti Florence Tan

Baru-baru ni aku berpeluang menghadiri satu majlis anjuran Anchor Food Professionals, bahagian perkhidmatan makanan Fonterra. 

Telah memperkenalkan tiga resepi khas untuk para peminat pembuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand. 

Pihak Fonterra telah menjemput, chef selebriti Malaysia, Florence Tan untuk mengetuai demonstrasi masakan pada hari tersebut. 

Mentega Anchor Pilihan Utama Chef Selebriti Florence Tan

Memang meriah dengan kepetahan mulut Chef Florence yang tak kering idea untuk memasak sambil berkongsi tip-tip penting. Perangai dia dalam dan luar televisyen memang sama je. 

Apa aku suka tentang Chef Florence ni, dia tak sombong weh. Walaupun dia dah berusia tapi masih kuat dan cergas. 

Memang awet muda la kata orang. Teringat dulu, setiap kali bulan puasa mesti akan tengok chef buat biskut raya sementara tunggu waktu berbuka. 




3 Resepi Istimewa Menggunakan Mentega Anchor

Chef Florence Tan sendiri mengakui dia memilih mentega Anchor kerana berkualiti tinggi dan kebaikan mentega Anchor demi menghasilkan makanan yang lazat. 

Dalam sesi demonstrasi tersebut, chef telah menyediakan tiga resipi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. 

Untuk pengetahuan semua, mentega ini dibuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.






Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia “Para pengguna hari ini inginkan makanan yang enak daripada sumber serta hasil yang semula jadi. 

Saya berasa amat bangga bahawa mentega Anchor dalam tin dapat memenuhi kedua-dua keperluan serta permintaan ini. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian,”. 

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. 

Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma.

Resepi yang kami kongsikan pada hari ini menonjolkan rasa dan tekstur mentega bermutu tinggi yang terdapat pada mentega Anchor dalam tin dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang gemar membuat kek dan memasak untuk turut mencuba di rumah,” kata Florence Tan.



Pengalaman Sertai Demonstrasi Masakan 

Pihak Fonterra juga telah memberi peluang kepada wakil media dan influencer media sosial yang hadir untuk turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. Bagai orang mengantuk disarungkan bantal. 

Memang aku teruja untuk terlibat sama. Memasak adalah salah satu aktiviti yang aku suka buat bila tertekan. Seolah-olah sebagai satu terapi bila aku kena sediakan bahan-bahan dan kemudian terhasilnya makanan yang sedap. Ala-ala “me-time” untuk aku melepaskan stress. 


Chef ajar buat biskut emping jagung emas bermadu dengan badam. Bukan setakat dapat timba ilmu malah kami dapat bawa balik biskut yang kami buat hasil tunjuk ajar Chef Florence. Memang seronok. 

Memang terbukti biskut yang menggunakan mentega Anchor wangi dan sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Maka sebulat suara, biskut emping jagung emas bermadu dengan badam akan menjadi salah satu biskut raya kami tahun ni. 



Tambahan lagi, Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi

Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.

8 Sebab Mentega Anchor Menjadi Pilihan Ramai

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia.  
  1. Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun. 
  2. Cuaca yang sederhana menghasilkan rumput yang baik seterusnya menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. 
  3. Susu lembu dari New Zealand adalah merupakan antara susu yang paling berkualiti di dunia.
  4. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian. 
  5. Para peladang dan pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat. 
  6. Mentega Anchor mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien seperti beta carotene, yang memberikan hasil mentega dari New Zealand warna kekuningan semula jadi. 
  7. Mentega Anchor dalam tin mengekalkan kelazatan dan aroma mentega asli 100% dari New Zealand untuk rasa yang unggul dan lazat. 
  8. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan

Korang boleh dapatkan mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, di Tesco dan juga kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. 

Pesanan untuk korang, pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resepi dari Chef Florence, sila layari laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals. 


Lirik Lagu Bila Tiba Pesan Pasal Mati

Rasa macam hari-hari kot aku dengar lagu “Bila Tiba” dari Kumpulan Ungu. Tak lain tak bukan dengar supaya aku lebih feeling dan ingat mati. 

Dah lama aku tahu pasal lagu ni, then baru-baru ni lagu ni kembali melekat dalam otak masa program dengan Dr. Azizan Osman. Dah la masa tu sesi muhasabah diri. Memang banjir la aku menangis. Teresak-esak woi.

Kalau korang hayati lirik dia memang makan dalam. Aku sambil tulis sambil layan lagu Bila Tiba ni terus rasa macam insaf sangat. 

Lirik Lagu Bila Tiba Pesan Pasal Mati

Rasa rapuh dan lemahnya kita ini sebagai manusia. Mati tu bila sahaja Tuhan akan tentukan.

Cuba fikir kalau korang mati lepas ni. Macamana? Tiba-tiba je mati. Oh menangis aku.




Lirik Lagu Bila Tiba

Dalam Islam sendiri memang disunatkan ingat mati, ke wajib? Aku bila dengar lagu ni aku terbayang betapa sikitnya amalan aku nak bawa jumpa Tuhan. 

Sebanyak mana dah bekalan akhirat aku? tak berani nak fikir weh tapi dalam takut tak berani fikir masih lagi terkedek-kedek penuhkan saham akhirat. 

Marilah kawan-kawan semua, kita sebarkan kebaikan. Gali saham akhirat. kelak mati pahala itu berpanjangan.

Tip nak dengar lagu ni dan berkesan melekat dekat jiwa korang kena dengar waktu pagi buta. Dalam pukul 2 pagi ke atas tu kira cun dah. 

Lepas solat Tahajud then kau pasang sambil berdoa dalam bilik gelap. Aku percaya confirm menangis ah.

Tajuk Lagu: Bila Tiba
Penyanyi: Ungu

Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia

Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua pertanyaan
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajal mu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita…

Lagu "Bila Tiba Ungu" yang menjadi soundtrack sebuah film karya Rako Prijanto yang berjudul 'Sang Kiai'. 

Kisah hidup KH Hasyim Asy'ari dan orang-orang terdekatnya dalam memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan dengan Resolusi Jihad yang menyulut perjuangan laskar santri dalam perang 10 November di Surabaya dikemas dalam film SANG KIAI. 

Atas permintaan Rako Prijanto (sutradara Sang Kiai), film Sang Kiai mempercayakan penggarapan Original Theme Song (OST) nya ke UNGU, band yang memang telah sukses dengan beberapa album religi.

Di film Sang Kiai UNGU turut mempersembahkan Original Soundtrack yang berjudul 'Bila Tiba', Lagu yang bercerita tentang manusia yang hendak dijemput ajalnya. 

Lagu ini mencoba menjelaskan bahwa sehebat-hebatnya manusia dan bagaimanapun kuatnya ia berjuang, namun tujuan akhir kematian adalah mutlak.


Pengajaran Lagu Bila Tiba

  1. Satu yang pasti mati itu pasti. Entah bila kita tak tahu tapi itu bukan rahsia. Rahsia utama adalah bila, dimana dan bagaimana.
  2. Adakah kita akan tinggalkan dunia ini dengan kekesalan atau kita sudah cukup bersedia menghadap Pencipta? Hanya kita tahu bekalan kita tahap mana? Tepuk dada, semak semula.
  3. Satu saat bila kita terkujur kaku, tiada apa mampu kita buat melainkan menunggu saat disoal dan sedialah menjawab segala tanggungjawab kita. Lancung didunia belum tentu lancar di akhirat.
  4. Aku, kau semua sama. Tak kira pangkat atau harta. Kita semua sama dan yang bakal membezakan kita adalah tahap amalan. Siapa aku di sisi Tuhan?
  5. Sekuat mana kita berjuang kita pasti akan mati. Itu janji Pencipta. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Kesimpulan

Satu masa kita semua bakal dipanggil balik ke negeri abadi. Aku ambil kesempatan mohon kemaafan, atas segala perbuatan, penulisan, dan apa sahaja yang secara sengaja mahupun tidak sengaja aku lakukan. 

Maaf andai aku telah mengguris perasaan korang. Moga apabila aku menghadap Tuhan aku mampu menjawab dan diberikan balasan yang baik-baik sahaja.




Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam

Sebelum aku menaip lebih panjang tentang pengakuan seorang hamba Allah yang mengaku pakai susuk untuk kelihatan cantik. 

Aku mohon jangan ada sekelumit rasa menyampah atau pun nak hina kerana apa yang telah dia lakukan. 

Kita hanyalah hamba Tuhan yang lemah dan jangan sesekali cuba lakukan tugas Tuhan serta menjatuhkan hukuman.

Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam

Aku ceritakan kembali pengakuan tuan badan yang telah mengaku pakai susuk dalam satu rancangan temual “Sebelum Terlambat” yang telah ditayangkan di Astro Prima saluran 105. 

Ini merupakan siaran ulangan, rancangan ni dah ditayangkan masa tahun 2014 – 2015. Untuk aku pula ia merupakan pertama kali aku tonton rancangan tu dan hos dia adalah Dynas Mokhtar. 

Selain Pian, panel jemputan lain seperti Dr Amirul Nazri dan juga Pakar Motivasi terkenal Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah.

Tetamu jemputan untuk minggu itu ialah Pian Cecupak. Mungkin yang sebaya dengan aku lahir tahun 80 an kebelakang kenal kot Pain Cecupak. Dulu dia merupakan pelawak dan pengacara yang memeriahkan industri hiburan tanah air. 

Long short story aku nak kongsikan pesanan yang Pian Cecupak ni bagi yang aku rasa penting sangat aku kongsikan dengan korang juga. Teruskan membaca ya.



Mengaku Pakai Susuk Untuk Kelihatan Cantik

Memang aku salute sangat dengan keberanian dia untuk mengaku dan sudi ditemuramah dalam tv. Dia kongsikan yang dia pernah buat salah dan dia sekarang dia dah bertaubat dan dalam proses pemulihan. 

Masalah utama dia adalah dia obsess dengan susuk. Hidup dia jadi tunggang langgang dan akhirnya keluarga dia hancur serta berakhir dengan penceraian. Sedih juga bila dia ceritakan anak-anak dan isteri menjadi mangsa apabila sering dicemuh masyarakat.

Untuk pengetahuan susuk ni ada banyak jenis; ada susuk berlian, susuk emas, susuk jarum, susuk tembaga dan banyak lagi lah. Susuk haram dipakai bagi orang Islam. 

Perbuatan memakai susuk adalah termasuk dalam kategori merubah ciptaan Allah. Banyak tujuan susuk dipakai, ada yang nak cantik, nak kebal, kuat dan macam-macam lagi.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah ada ulas tentang susuk dari segi Islam adalah Haram kerana perbuatan memasukan jin kafir di bahagian tubuh badan untuk kelihatan cantik. 

Ada orang masukan susuk di bahagian muka, dada, punggung, tulang belakang dan mana-mana anggota mengikut tujuan si pemakai.

Pian mengaku pakai susuk masa dia aktif mencari job. Kenapa susuk? Semestinya nak nampak cantik dan dia akui memang banyak job yang masuk. 

Tahap obsess dia tu memang tahap kronik yang mana dia mengaku pernah buat suntikan dekat bahagian punggung sebanyak 886 kali dan suntik di muka lebih banyak dari itu. Akibat ketagihan, dia pernah diserang penyakit strok sebanyak dua kali sehingga hari ini.

Mengikut pendapat Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai masalah jiwa iaitu kurang keyakinan dengan diri sendiri. 

Tak rasa diri cantik dan tak yakin kalau tak pakai alat untuk nampak cantik. Ianya satu penyakit dan perlu dirawat.

Khusus untuk mereka yang memang ada masalah ketagihan, penyakit ini akan dapat dirawat jika diri sendiri sedar dan mahu berubah. 

Apa perlu mereka buat adalah perlu kenal pasti tahap obsess dan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah pesan juga andai kita ada kawan-kawan yang terlibat dengan masalah obses dengan susuk dan ingin berubah tolong jangan pinggirkan dan tinggalkan dia. 

Orang begini tak boleh dibiarkan berseorangan dan dia amat perlukan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kesan Pakai Susuk Terhadap Diri

Melalui penerangan panel jemputan, kesan pakai susuk bukan terhadap kesihatan fizikal (jasmani) sahaja tetapi melibatkan kesan terhadap mental (rohani) seseorang.

Kesan Terhadap Kesihatan

Dari segi kesihatan, doktor melarang pakai susuk kerana boleh akibatkan kesan secara langsung dan tidak langsung. Kesan langsung adalah seperti mendapat penyakit akibat memasukan benda asing ke dalam tubuh badan contohnya jarum. 

Jika jarum yang ada didalam tubuh dan kemudian jarum tersebut karat ianya boleh akibatkan pembentukan darah beku. Jika dimasukan berdekatan dengan organ penting seperti jantung boleh akibatkan sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menjadi punca penyakit barah.

Kesan tidak langsung pula adalah dari sudut fisiologi. Orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang sangta rendah. 

Ini akan memburukan lagi apabila seseorang terlalu bergantung kepada susuk untuk sentiasa cantik.

Aku tertarik dengan perkongsian Doktor tentang pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi bukan disebabkan oleh susuk tetapi tak sengaja doktor dapat kenal pasti pesakit memakai susuk.



Apa yang berlaku, ada kes pesakit kemalangan dan buat MRI. Kantoi bila doktor jumpa banyak benda asing dalam result MRI. Ada juga yang datang kerana simtom seperti sering sakit kepala tetapi tidak tahu punca walaupun dah banyak kali dapat rawatan.

Kesimpulan

Walau apa jua alasan yang kita beri, amalan memakai susuk adalah berdosa besar dan salah di sisi agama. Ibaratnya kita pakai dan sihirkan diri sendiri. Bukankah itu menzalimi diri? 

Masih belum terlambat untuk mereka yang pernah terlibat. Allah sentiasa mengampuni dosa umatNya kerana Tuhan itu Maha Pemurah. Carilah ustaz yang berilmu dan berpengalaman untuk bantu anda pulih. Biar kita nampak hodoh dimata manusia tapi cantik bila bertemu Tuhan yang satu.


Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Masa aku tengok IGTV orang sibuk share Influencer terkenal, Cupcake Aisyah hadiahkan 10 ribu ringgit untuk mak dia memang sangat-sangat menyentuh perasaan. 

Untuk yang tak pernah tengok video tu, cerita dia macam ni, si Aisyah ni main game “What’s in the box challenge” bersama ibu dia. 

Siapa yang familiar dengan game ni, caranya mudah je nak main. Kena teka apa ada dalam kotak yang bertutup tu. Dapat teka dikira pemenang.

Influencer Cupcake Aisyah Hadiahkan Mak 10 Ribu

Selalu kita tengok orang main permainan ni akan menjerit sebab imagine benda bukan-bukan. Nak pula yang penakut dan geli dengan binatang terutama katak, tikus, lipas dan macam-macam lagi la. 

Dia buat surprise letak duit dalam kotak bertutup dan suruh mak dia teka apa ada dalam kotak tu. Apa yang cute about this video adalah reaksi mak dia bila Aisyah suruh masukan tangan, sentuh apa dia rasa dan teka apa benda tu.

Geram juga nak tunggu moment mak dia pegang “benda” tu, sebab kalau aku sendiri pun bukan boleh percaya takut anak-anak nak kenakan mak sendiri. 

Tapi kelakar la. Bila mak dia berjaya teka “benda” tu duit, Aisyah dan mak dia dah mula menangis. Sweet la anak beranak ni.



Biodata Cupcake Aisyah

Aku follow Aisyah ni secara tak sengaja masa zaman dia berkawan dengan Johanis. Bakal menyambut ulang tahun ke 20 pada 24 Ogos 2020. 

Masa tu juga aku follow Youtuber Nisha Ezzati dan beberapa lagi youtuber popular. Lama kelamaan minat aku berubah. Ikut peredaran usia, aku cari content yang lebih serius.

Anak-anak muda baru nak up memang suka la follow Aisyah Cupcake. Content vlog dia berkisar lifestyle, tempat dia study, fashion dan keluarga. 

Pendek kata video kisah seharian dan dia juga banyak kongsi tentang cabaran dia hadapi ketika melancong. 

Selain tu, dia juga bijak bergaya. Memang ikut perkembangan trend semasa. Memang cukup pakej la bagi aku, bijak, berharta, dan ada rupa. Benda lain tak mahu comment.

Rupa-rupanya Aisyah start business jual ‘squishy toys’ pada umur dia 15 tahun. Oleh sebab dia selalu melancong ke luar negara dan hobi dia kumpul permainan tu dan secara tak sengaja menarik minat peminat dia juga.

Apa yang aku nak highlight tentang Aisyah ni family is always number one bagi dia. Suka sangat bila mak dia jadi best friend, dia juga rapat dengan adik-beradik dia. 

Aku appreciate benda-benda kecil macam tu dan hopefully one day, semua anak-anak aku akan jadikan aku best friend mereka. 



Positive And Good Influences

Aku kagum gila-gila bila baca comment yang pengikut Cupcake Aisyah di Youtube tinggalkan mostly semua terharu, positif, dan terbukti apa yang dia buat dapat beri good influence kepada anak muda lain. 

Tahniah. Tak jumpa lagi yang kata dia show off tunjuk dia kaya atau dia dah padam negative comment, itu aku tak pasti. 

Cukuplah aku husnuzon yang apa dia buat memberi inspirasi kepada anak-anak lain untuk layan mak mereka dengan baik juga. 

Satu petanda baik bila semua komen yang dilemparkan adalah komen yang berhemah. Tak ada pergaduhan dan sindiri menyindir. 

Personally, bagi aku tak kisah siapa sahaja yang memakai title Influencer harus la ada ciri-ciri berkualiti dan dapat influence orang dengan perkara baik.

Aku doakan juga agar mereka-mereka yang menghebahkan benda baik, buat ibu bapa gembira, menghargai adik beradik dan kawan-kawan supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah. 

Terhindar dari hasad dengki manusia dan niat jahat mereka yang memandang. Semoga budaya berbuat baik ni menjadi ikutan berpanjangan. Aamiin.

Cupcake Aisyah pernah memenangi Top Lifestyle Influencer Award di Anugerah Influence Asia 2017. Aisyah juga pernah merangkul anugerah Instafamous Paling Ohsem di Anugerah Instafamous 2017 serta tersenarai sebagai 25 Remaja Paling Menyerlah 2017 oleh Majalah Remaja.


Kesimpulan

Berapa saja nilai wang atau pemberian yang korang hadiahkan untuk ibu bapa bukanlah perkara utama. Point dia ialah penghargaan anak-anak dan juga kasih sayang terhadap ibu bapa di atas segala pengorbanan dan tenaga yang ibu bapa curahkan dalam membesarkan kita. 

Hampir 9 tahun aku bergelar ibu, segala perkara kecil yang anak-anak buat dah cukup untuk buat aku tersentuh. 

Ibu bapa ni bukan minta harta benda sebagai balasan tapi ingatan dan penghargaan tu adalah segala-galanya. 

Kalau tak percaya cuba korang hadiahkan sesuatu untuk mak ayah. Tengok reaksi mereka dapat sesuatu yang mereka suka.

Semoga aku tergolong dalam golongan mereka yang berjaya buat ibu bapa bahagia. Aku doakan perkara yang sama untuk korang juga. Jumpa lagi di lain entri.