Semak Keputusan SPM 2019 Mulai 5 Mac 2020

Semak Keputusan SPM 2019 Mulai 5 Mac 2020

Bagi calon yang sedang menunggu keputusan SPM mesti tengah cuak gila kan? Sama macam keadaan aku 18 tahun yang lepas. 

Lepas habis je sekolah aku merantau buat part time kerja kilang. Sementara nak tunggu kot dapat sambung belajar atleast ada la duit poket. 

Sambil kerja sambil berdebar apa la keputusan aku bakal dapat. Kalau ikut keputusanpercubaan SPM memang tidak lah bagus sangat. 

Tapi boleh lah sedapkan hati dan walaupun aku termasuk dalam kelas depan tapi aku bukan tergolong pelajar top. Redha nyah sebab aku pemalas. Kahkahkah. 

Untuk adik-adik yang bakal mengambil keputusanSPM, sila jangan menangis. Kalau dulu zaman aku, semua steady ambil sendiri tanpa ibu bapa. 

Tak ada majlis sekolah meraikan pelajar yang lulus cemerlang pun. Paling tidak Guru Besar akan turun ke bilik guru untuk ucap tahniah untuk best student. Tu je yang aku ingat. 

Zaman sekarang berbeza, sekolah dah standby hias dewan, segala prop ucapan tahniah, sepanduk semua sekolah dah buat awal-awal. 

Ibu bapa memang meriah turun padang nak tengok keputusananak-anak. Rasanya ibu bapa lagi excited nak ambil result. 




Semak Keputusan Secara Online

Kalau agak-agak nak kurangkan gemuruh tengok result boleh semak secara online di link bawah ni. asalkan tahu No Kad Pengenalan dan no angka giliran akan terpampang lah keutusan SPM anak-anak. 

Semakan Online


Boleh juga semak melalui SMS

Taip SPM (jarak) No. IC (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Keputusan SPM 2019 akan keluar pada 5 Mac 2020 dan boleh mula semak pada pukul 10 pagi. Aku doakan semoga tangisan gembira dan gelak tawa mengiringi adik-adik yang nak ambil keputusan. 

Apa jua keputusan yang adik-adik dapat sila jangan sedih atau kecewa. Bersyukurlah masih ada peluang untuk meneruskan perjalanan. 

Bagi aku, SPM la permulaan bagi segala-galanya. Pilih course yang adik-adik suka dan minta pendapat abang, kakak, saudara mara dan mereka yang lebih arif. 

Zaman sekarang banyak sangat peluang dan apa yang best semua maklumat ada di hujung jari. Rajinkan membaca. Selamat sambung belajar dan buat yang terbaik untuk masa hadapan. I wish you all the best. 

Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman

Artikel kali ni merupakan kesinambungan pengalaman aku menghadiri Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang lepas. 

Menyaksikan sendiri usahawan-usahawan yang telah dan bakal melakar kejayaan dalam perniagaan masing-masing merupakan salah satu kenangan manis dalam hidup aku. 

Bukan setakat itu sahaja, kejayaan mereka juga menjadi inspirasi kepada lebih 13 ribu peserta yang hadir pada program tersebut.

Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun ke 12, Dr Azizan Osman dan pasukan dia telah membantu ramai usahawan untuk meningkatkan tahap pendapatan serta melatih peserta untuk lebih kenal diri dan potensi maisng-masing.


Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman

Berdasarkan ilmu dan pengalaman Dr Azizan sendiri yang pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa. 

Banyak kali gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Baca pengalaman aku attend NUH 2020 selama tiga hari. 




Anak Didik Dr Azizan Osman Yang Berjaya

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending.

Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. 

Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. 

Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!



Kisah Penjual Kek Mamasab Bakery

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. 

Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit.

Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka.

Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.


Oli Collection Berjaya Jual Cadar

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. 

Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. 

Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. 

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.



Hasnuri Sdn Bhd juga berjaya membuktikan bahawa hanya dengan menjual baju kurung juga mampu berjaya. Hasnuri bukanlah menjual baju kurung eksklusif tetapi hanya baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. 

Apa yang menyebabkan mereka berjaya adalah kerana mereka jelas dengan sasaran siapa mereka boleh bantu dan disokong oleh team yang kuat.

Dari kisah-kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. 

Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.




Siapa Sebenarnya Dr Azizan Osman?

Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta kan? Aku dah lama mengikuti perkembangan Dr tapi belum pernah aku menyertai mana-mana program yang beliau anjurkan. 

Lepas aku hadiri program NUH dan alami sendiri serta pengisian ilmu yang aku dapat buatkan aku lebih mengagumi keperibadian Dr.

Baru aku faham kenapa anak-anak didik Dr sangat-sangat sayang, sanjung dan hormati beliau. Dalam setiap ilmu dan perkongsian tak pernah Dr lupa tentang Tuhan, ibu bapa, isteri, dan kebersihan jiwa. 

Apa sahaja yang berlaku Dr akan kaitkan dengan Pencipta. Bukan penunggang agama ya. Lain bezanya. Korang hadiri dulu program Dr, baru korang faham apa aku cuba sampaikan.

Dr Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Dr Azizan Osman
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

3 Visi Utama Dr Azizan Osman hari ini adalah: 

  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


Tentang Richworks International

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:

  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-Undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan Diri
  • Pelaburan


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.


Titanium RichWorks

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. 

Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RichWorks

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. 

Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk: 

1. Fesyen dan pakaian 
2. Kesihatan dan kecantikan 
3. Makanan dan minuman 
4. Pendidikan dan latihan 
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi) 
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan 
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.


Kesimpulan

Aku harap sangat dengan perkongsian Kisah Kejayaan Anak Didik Dr Azizan Osman di atas akan menjadi pembakar semangat kita semua untuk berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Berdoa aku juga termasuk dalam golongan usahawan yang berjaya. 

Bila kita jelas dengan matlamat kita nak capai, faham kenapa kita perlu capai maka carilah Mentor, ilmu, dan gunakan strategi yang betul sebagai tindakan kita nak laksanakan impian. 

Cukup-cukuplah buang masa dan buat benda betul. Sampai sini sahaja bebelan aku, in sha Allah kita berjumpa lagi di lain entri.


Tips Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat

Bila melangkah ke Tahun 2020 tahun yang seringkali digembar gemburkan yang mana semua harus berfikiran kehadapan, berfikiran positif dan melakar kejayaan. 

Aku tak pasti tentang orang lain, tapi bagi aku sendiri aku cuba ambil dan manfaat aura tahun baru kejayaan baru.

Aku yakin semua orang nak berjaya dan bahagia, tapi masih ramai terperangkap dan tak tahu apa perlu buat untuk berjaya. 

Ikut pengalaman sendiri, aku pernah kemurungan fikir tentang nasib hidup aku sendiri. Aku lost weh.  
Berbalik kepada tajuk aku kongsi di atas tadi, tentang tips mahu berjaya dan bahagia di tahun 2020 khususnya. 

Tips Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat

Amalkan tips ni hingga hujung nyawa kita akan bahagia dan berjaya in sha Allah. Aku dapat tips ni masa basuh pinggan sambil dengar radio. Kan biasa ada sesi ceramah kan?

Tips dia bagi aku rasa biasa sahaja, sebab memang kita semua tahu. Tapi, penerangan dan penekanan dia tentang kesan kalau kita buat secara istiqamah tu buat aku nak kongsi dengan korang pula. 

Perangai manusia memang begitu, tahu tapi tak buat, ada peluang tapi tak cuba.



3 Tips Berjaya dan Bahagia

Menurut pakar motivasi dan keluarga ada tiga tips yang perlu diamalkan jika mahu kehidupan berjaya seterusnya lebih bahagia. 

Tips ini mudah dan aku dah mula lakukan sejak awal tahun lalu. Bila ada je anasir negatif cepat-cepat aku kuatkan hati dan tekankan dan masuk Tahun 2020, tahun ini lah aku patutnya berjaya.


#1 Utamakan Solat

Istimewanya penganut agama Islam khususnya, Allah hadiahkan kita Solat sebagai satu bentuk komunikasi supaya umatNya dapat berhubung, meminta, mengadu kepada Pencipta. Perkara wajib, perkara asas adalah mengerjakan solat. Dalam apa jua keadaan latihlah diri untuk utamakan solat.

Dahulukan Allah. Dahulukan Tuhan dalam setiap perkara. Kalau sebelum ni kita letak Dunia di hadapan, apa kata kita cuba tukar. Kalau sukar nak utamakan Solat dan Tuhan, apa kata cuba cari kemanisan dalam beribadah.

Aku bukan ustazah. Jauh sangat nak kata alim. Tapi aku tak pernah stop cuba jadi hamba yang taat kerjakan suruhan Tuhan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman.

Masa zaman Jahiliah aku dulu, nak solat aku rasa berat sangat. Aku rasa satu beban. Sampai satu masa aku rasa cemburu dengan orang yang jaga solat dan siap boleh buat solat sunat lagi. 

Apakah yang dia rasa sampai dia boleh tenang solat? Lepas aku hadiahkan rasa manisnya solat tu perlahan-lahan aku faham. Tapi aku bukanlah sempurna lagi bab jaga solat ni, tapi kita cuba. In Sha Allah.



#2 Jaga Silaturrahim

Paling utama jaga Silaturrahim antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara. Kalau pernah bermasam muka, bergaduh ini lah masanya untuk kita terus pandang kedepan. Saling bermaaf-maafan.

Sungguh beruntung mereka yang tak pernah bergaduh adik beradik. Lagi seronok kalau ada adik beradik yang ramai dan bersatu hati. Pengalaman bermasam muka pun aku pernah lalui. Maklumlah adik beradik seramai 10 orang memang bermacam perangai dalam satu keluarga.

Bagi aku bila kita dah berniat nak buat sesuatu kebaikan teruskan saja dengan niat baik tu. Allah pasti akan bantu. Walau sesukar mana. In Sha Allah pasti ada jalannya. Wah macam lagu. Lol.




#3 Pilih Kawan Yang Bimbing Kita Ke Arah Kebaikan

Dah tiba masanya kita tapis dan pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan. Kalau sebelum ni circle kita banyak yang negatif maka Tahun inilah tahun terbaik kita singkir mereka dari hidup kita. 

Gunakan alasan Tahun 2020, sebagai alasan terbaik untuk kita tinggalkan mereka yang dahsyat perangainya.

Bukan suatu yang pelik kalau semakin kita berusia semakin kita kurang kawan. Dah masuk Tahun 2020 tak akan masih di takuk lama kan? 

Kualiti yang kita cari bukan sekadar kuantiti. Untuk korang yang dah jumpa kawan yang ada kualiti, jaga baik-baik. moga nanti bersahabat terus sampai ke syurga.



Kesimpulan

Personally, untuk diri aku; menghargai keluarga sementara masih ada memang aku dah lama amalkan. Selepas peristiwa kehilangan orang yang aku sayang selama-lamanya memang aku jadi serik. 

Pemergian abah masih lagi tinggalkan kesan dekat hati, bukan tak redha cuma aku terasa masih banyak jasa belum terbalas. Amalkan tiga tips bahagia dan berjaya yang aku kongsi tu in sha Allah perubahan baik akan berlaku. 

Kita minta, kita doa, kita usaha. Allah kan tak pernah tidur.

Utamakan solat walau dimana dan tak kira masa. Jaga silaturrahim sesama kita terutama adik beradik dan saudara mara. 

Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan mampu tegur kita bila kita melakukan kesalahan.

Selamat berjaya.


Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Aku mulakan entri dengan mukadimah nak marah pada Maggi Pedas Giler perisa Tomyummz yang sangat kurang ajar dan pedas dia tak boleh bawak bincang. Terbakar lidah aku woi. 

Tak sangka aku akan buat kerja kurang berfaedah macam ni. Sumpah aku tak beli Maggi ni tapi ini adalah ehsan kawan blogger Husniey yang bagi Maggi ni masa aku stay dengan dia masa program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman yang lepas.

Maggi Pedas Giler Tomyummz Pedas Tak Boleh Bincang

Kebetulan aku memang lapar walaupun aku dah makan nasi sebelum Maghrib. Aku sempat buat kerja rumah, tertidur masa tonton televisyen dan tiba-tiba terjaga sekitar pukul 1 pagi dan aku terasa lapar. 

Tangan laju je capai Maggi Pedas Giler Tomyummz dan masak seperti arahan pada plastik bungkusan. Ejaan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu bukan aku sengaja eja macam budak WeChat eja TomYum eh, 
Memang Maggi yang buat ejaan begitu. Nak tarik minat anak muda remaja la tu. Berjaya la kot marketing dia, bukan setakat remaja, orang dewasa pun teruja nak cuba.

Gambar Maggi aku tangkap dah terdelete, tapi lebih kurang gambar dari website Maggi juga. 



Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler Tomyummz Tu?

Tolonglah percaya cakap aku ni, memang pedas nak kojol. Aku tak sangka level pedas dia macam rasa lidah terbakar. Aku tak tahan pedas sangat tapi masih mampu makan makanan pedas. 

Kalau makanan tu pedas tapi kena selera aku memang aku akan habiskan. Biar pun terpaksa menangis dan keluar air hidung sekalipun.

Dalam kes Maggi Pedas Giler Tomyummz ni aku berjaya makan hanya tiga suap sahaja. Masa awal-awal tu serius rasa pedas boleh telan. Kunyah macam biasa. Masuk suapan ketiga aku rasa tak sedap hati. 

Weh pedas dia dah mula terasa. Air mata, air hidung dah start nak mencurah keluar. Katanya kebaikan sebenar Maggi ini diperbuat daripada cili sebenar. Hah baik sangat eh.

Oklah kalau korang memang terer makan pedas dan teringin nak rasa sila cuba dan kena tanggung akibat sendiri ya. Aku ni kalau orang offer RM1000 makan benda pedas memang aku tak buat, tapi kalau bagi sejuta aku boleh pertimbangkan. ahaks. 

Petua Hilangkan Pedas

Dia punya pedas tak boleh bawa bincang woi. Pedas fokus dekat lidah sahaja. Ni pedas bukan level biasa-biasa. Rasa macam nak terbakar lidah aku. Ligat otak aku cari benda nak hilangkan pedas. 

Aku minum air sejuk bergelas-gelas lepas tu aku stop sebab jadi kembung. Pedas tak surut pun. Pui.
Teringat arwah abah pesan, kalau nak hilangkan rasa pedas kena kemam benda manis macam gula atau susu. 

Aku nampak milo depan mata tak fikir panjang terus suap satu sudu dan kemam dalam mulut. Milo kan manis, jadi aku ingat berkesan la petua tu. Tapi, tak jalan weh, otak dah mula panik. Tak boleh jadi aku ambil air sejuk dan aku biar lama-lama dalam mulut.

Perut dah start kembung jadi aku hanya kumur-kumur air sejuk. Aku biar lidah aku direndam dengan air sejuk dan kemudian aku ludahkan. 

Dalam masa beberapa minit yang aku rasa macam setengah jam aku terseksa tu aku teringat petua lain hilangkan pedas. Selalu tengok orang buat cabaran makan Maggi Pedas diaorang akan standby susu.

Rezeki weh, susu full cream Fernleaf masih ada dalam fridge. Aku tuang segelas dan minum. Ya ampun syukur sangat berkesan. Level kepedasan dan sengsara lidah aku menurun perlahan-lahan. Tapi satu cawan jelah aku minum susu tu lepas tu aku teruskan kumur-kumur dengan air sejuk semula.

Lepas beberapa ketika pedas tu berjaya pergi. Alhamdulillah. Aku pandang lebihan Maggi Pedas Giler tu dengan perasaan yang membara. Nak makan dan habiskan memang tidaklah jawapan dia. 

Konon aku nak bilas Maggi tu dengan air panas dan sambung makan tapi diri aku macam tak sanggup nak ulang peristiwa pahit tu. Jadi Maggi tu terdampar sepi dekat dapur.


Jangan Seksa Diri

Aku rasa berdosa juga lepas makan Maggi Pedas Giler Tomyummz tu. Rasa macam aku telah seksa diri sendiri dalam keadaan sedar. Aku makan konon nak hilangkan rasa lapar sekali memang hilang rasa lapar tapi lepas tu menyesal. 

Terasa aku telah menzalimi diri sendiri. Rasa bongok pon ada juga ya. Nasib aku tak ajak Ikhwan makan sekali, kalau tak mahu dia cirit tak pergi sekolah.

Setakat setengah jam lepas aku makan tiga suap Maggi Pedas Giler Tomyummz, perut aku terasa bahang-bahang tak menyenangkan. Lidah aku dah pulih cuma bahagian tekak rasa tak selesa. 

Aku tak faham mereka-mereka yang berjaya habiskan sebungkus Maggi Pedas Giler. Apa kah korang makhluk asing? Tak rasa apa-apa ke? Semoga aku tak cirit birit esok hari ya.
Update: Alhamdulillah aku tak cirit dan aku masih hidup.

Aku tak faham yang makan 2X pedas tu mulut diaorang cane eh? kebal eh? Gila lah. Boleh kunyah, telan. Apa kau orang ni alien kah? 



Selain Maggi Pedas Giler Tomyummz, ada perisa Maggi Pedas Giler Ayam Bakar, Maggi Pedas Giler Seafood Berapi, Maggi Pedas Giler 2 X, Maggi Hot Mealz Kari Kaw dan banyak lagi la. 

Nak makan yang gila pedas ni kena cari Maggi On The Go which is dalam bowl dan juga bungkusan.





Kesimpulan

Aku masih tak boleh digest kenapa orang buat cabaran makan Maggi Pedas Giler dan makanan pedas lain. Ditambah pula, memang ada orang nak sahut cabaran tu. 

Kalau sahut cabaran dan dapat duit tu logik la. Ini tidak ya. Duit habis, seksa diri dan sakit je yang dapat. Aku syak memang sifat manusia, yang orang cakap jangan itu lah yang dia paling nak buat.

Untuk korang yang teringin sangat nak cuba pedas atau tak Maggi Pedas Giler sila lah cuba. Tapi sendiri ingat lah ye. 

Segala kesakitan, kerugian dan apa juga kesan terjadi pada diri korang kena tanggung sendiri ok. Tiada siapa paksa anda makan Maggi Pedas Giler ni.

Sebelum nak makan sila lah sediakan tisu, air batu, air sejuk, susu, gula-gula dan segala benda yang akan bantu hilangkan rasa pedas. 

Masa menahan pedas tu, sambil keluar air hidung sambil tu aku menggaru kepala macam monyet ada kutu.

Dapat bayangkan? Kalau anda berani? Cubalah.