Tips Berjaya dan Bahagia Dunia Akhirat


Bila melangkah ke Tahun 2020 tahun yang seringkali digembar gemburkan yang mana semua harus berfikiran kehadapan, berfikiran positif dan melakar kejayaan. Aku tak pasti tentang orang lain, tapi bagi aku sendiri aku cuba ambil dan manfaat aura tahun baru kejayaan baru.

Aku yakin semua orang nak berjaya dan bahagia, tapi masih ramai terperangkap dan tak tahu apa perlu buat untuk berjaya. Ikut pengalaman sendiri, aku pernah kemurungan fikir tentang nasib hidup aku sendiri. Aku lost weh.  

Berbalik kepada tajuk aku kongsi di atas tadi, tentang tips mahu berjaya dan bahagia di tahun 2020 khususnya. Amalkan tips ni hingga hujung nyawa kita akan bahagia dan berjaya in sha Allah. Aku dapat tips ni masa basuh pinggan sambil dengar radio. Kan biasa ada sesi ceramah kan?

Tips dia bagi aku rasa biasa sahaja, sebab memang kita semua tahu. Tapi, penerangan dan penekanan dia tentang kesan kalau kita buat secara istiqamah tu buat aku nak kongsi dengan korang pula. Perangai manusia memang begitu, tahu tapi tak buat, ada peluang tapi tak cuba.


3 Tips Berjaya dan Bahagia

Menurut pakar motivasi dan keluarga ada tiga tips yang perlu diamalkan jika mahu kehidupan berjaya seterusnya lebih bahagia. Tips ini mudah dan aku dah mula lakukan sejak awal tahun lalu. Bila ada je anasir negatif cepat-cepat aku kuatkan hati dan tekankan dan masuk Tahun 2020, tahun ini lah aku patutnya berjaya.

#1 Utamakan Solat

Istimewanya penganut agama Islam khususnya, Allah hadiahkan kita Solat sebagai satu bentuk komunikasi supaya umatNya dapat berhubung, meminta, mengadu kepada Pencipta. Perkara wajib, perkara asas adalah mengerjakan solat. Dalam apa jua keadaan latihlah diri untuk utamakan solat.

Dahulukan Allah. Dahulukan Tuhan dalam setiap perkara. Kalau sebelum ni kita letak Dunia di hadapan, apa kata kita cuba tukar. Kalau sukar nak utamakan Solat dan Tuhan, apa kata cuba cari kemanisan dalam beribadah.

Aku bukan ustazah. Jauh sangat nak kata alim. Tapi aku tak pernah stop cuba jadi hamba yang taat kerjakan suruhan Tuhan. Aku cakap pun berdasarkan pengalaman. Masa zaman Jahiliah aku dulu, nak solat aku rasa berat sangat. Aku rasa satu beban.

Sampai satu masa aku rasa cemburu dengan orang yang jaga solat dan siap boleh buat solat sunat lagi. Apakah yang dia rasa sampai dia boleh tenang solat? Lepas aku hadiahkan rasa manisnya solat tu perlahan-lahan aku faham. Tapi aku bukanlah sempurna lagi bab jaga solat ni, tapi kita cuba. In Sha Allah.


#2 Jaga Silaturrahim

Paling utama jaga Silaturrahim antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara. Kalau pernah bermasam muka, bergaduh ini lah masanya untuk kita terus pandang kedepan. Saling bermaaf-maafan.

Sungguh beruntung mereka yang tak pernah bergaduh adik beradik. Lagi seronok kalau ada adik beradik yang ramai dan bersatu hati. Pengalaman bermasam muka pun aku pernah lalui. Maklumlah adik beradik seramai 10 orang memang bermacam perangai dalam satu keluarga.

Bagi aku bila kita dah berniat nak buat sesuatu kebaikan teruskan saja dengan niat baik tu. Allah pasti akan bantu. Walau sesukar mana. In Sha Allah pasti ada jalannya. Wah macam lagu. Lol.



#3 Pilih Kawan Yang Bimbing Kita Ke Arah Kebaikan

Dah tiba masanya kita tapis dan pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan. Kalau sebelum ni circle kita banyak yang negatif maka Tahun inilah tahun terbaik kita singkir mereka dari hidup kita. Gunakan alasan Tahun 2020, sebagai alasan terbaik untuk kita tinggalkan mereka yang dahsyat perangainya.

Bukan suatu yang pelik kalau semakin kita berusia semakin kita kurang kawan. Dah masuk Tahun 2020 tak akan masih di takuk lama kan? Kualiti yang kita cari bukan sekadar kuantiti. Untuk korang yang dah jumpa kawan yang ada kualiti, jaga baik-baik. moga nanti bersahabat terus sampai ke syurga.


Kesimpulan

Personally, untuk diri aku; menghargai keluarga sementara masih ada memang aku dah lama amalkan. Selepas peristiwa kehilangan orang yang aku sayang selama-lamanya memang aku jadi serik. Pemergian abah masih lagi tinggalkan kesan dekat hati, bukan tak redha cuma aku terasa masih banyak jasa belum terbalas. Amalkan tiga tips bahagia dan berjaya yang aku kongsi tu in sha Allah perubahan baik akan berlaku. Kita minta, kita doa, kita usaha. Allah kan tak pernah tidur.

Utamakan solat walau dimana dan tak kira masa. Jaga silaturrahim sesama kita terutama adik beradik dan saudara mara. Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan mampu tegur kita bila kita melakukan kesalahan.

Selamat berjaya.


1 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post