Pakej Haji Rayhan Felda Travel Mesra Warga Emas

Kalau sebut pasal Tanah Suci selalu mak aku pesan, kalau nak pergi buat umrah atau Haji kena pergi masa waktu muda, masa tu badan masih kuat baru lah seronok nak beribadah. 

Mak berkesempatan tunaikan Umrah tahun lepas sampai ke hari ni kalau sebut pasal Tanah Suci Mekah memang dia suruh menabung dan ajak pergi lagi nak pergi Haji pula.

Memang la nak sangat ke sana, antara wishlist aku bercita-cita nak pergi Haji sebelum usia cecah 40 tahun. 

Moga tercapai lah hasrat tu, dan aku dah pun mula buat carian pakej haji supaya senang nak menabung. Lainlah kalau mak aku nak sponsor, untung badan.


Pakej Haji Rayhan Felda Travel Mesra Warga Emas. 

Mak dah seru adik beradik, mak nak ajak pergi Haji hujung tahun ni. Kalau ikut komitmen sekarang memang aku tak bersedia lagi. Risau sebenarnya nak lepaskan mak pergi di usia sekarang. 

Tapi, bila aku terbaca pengalaman haji seorang jemaah dengan satu agensi ni aku jadi lembut hati pula nak biar mak pergi.




Pengalaman Haji Bersama Felda Travel, Pakej Rayhan

Bila terbaca pengalaman jemaah warga emas dengan Felda Travel rasa seronok pula. Memang setiap apa yang dia kongsi tu memang merupakan perkara-perkara penting yang perlu dijaga bila berada di Tanah Suci. Dengan usia dan tahap kesihatan mak memang perlu sangat dapat layanan sebegini.

“Ya Allah, Tak Sangka Sampai Macam Tu Mereka Layan Mak Saya”  

Dah hampir setahun balik haji, tapi mak saya tak habis-habis bercerita kepada kawan-kawan surau dia tentang pengalaman haji dia dengan satu agensi ni. 

Mungkin mak saya bersyukur sangat sebab doa dia untuk pergi dengan pakej terbaik dimakbulkan Allah. Yelah, bukan senang sebab mak saya ada sakit lutut dan tak boleh berjalan jauh.

Saya pon risau sebab mak saya pergi seorang diri, arwah abah dah tak ada. Tapi Alhamdulillah, Felda Travel banyak sangat mudahkan perjalanan haji beliau. Mak saya kata, hotel dekat sangat nak ulang alik ke masjid.

Makan pun sedap, kena dengan selera mak, sebab Felda D’Saji yang sediakan. Yang buat mak saya terharu sangat tu, sebab ada seorang staff tu sanggup tolak kerusi roda dia sepanjang 4 hari mak pergi melontar jamrah. Bukan dekat, lebih 3km jarak dia tapi staff tu sabar je layan mak saya. 



Kelebihan Pakej Haji Rayhan Felda Travel

Oleh sebab aku excited lepas baca pengalaman makcik tu terus aku buat carian tentang pakej Haji Felda Travel dan aku tertarik dengan Pakej Haji Rayhan yang mereka tawarkan. 

Kalau korang sedang mencari pakej haji yang dapat menjaga kebajikan ibubapa korang dan mesra warga emas boleh consider untuk ambil pakej Haji bersama Felda Travel ni.




Dapatkan Harga Promosi Istimewa Klik sini ~ http://feldatravel.com.my

Ada 10 sebab kukuh kenapa Pakej Haji Rayhan menjadi pilihan bakal Jemaah Haji ialah:

1. Hotel sangat dekat dengan Masjidil Haram. Hanya 250m saja ke Masjidil Haram. Tak perlu jalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut. Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.

2. Tiada Transit Hotel di Aziziah. Kami bawa anda terus masuk ke hotel di Mekah. Anda tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, anda dapat berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat jika pergi dengan pakej kami.

3. Ustazah Pembimbing Haji. Kami bawa 1 Ustazah khas untuk membantu menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan, tapi kami bawa untuk sedia kan servis terbaik

4. Makanan selera Melayu Buffet disediakan oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari anda di Mekah. Memang kena dengan tekak kita anda tak perlu risau nak cari makanan lagi.




5. Saiz kumpulan kecil. Saiz jemaah kami limit kan untuk menawarkan jemaah perkhidmatan berkualiti dengan layanan istimewa.

6. Percuma Qurban. Kami beri Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih awal. 

7. Hari Tarwiyah. Tak semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi kami bawa jemaah bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, seperti sunnah Nabi SAW.

8. Agensi Berpengalaman. Alhamdulillah ini tahun ke 14 kami diberi lesen oleh Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang cukup berpengalaman.

9. 11 Hadiah Percuma. Kami beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun Islam ke 5 ini.

10. Pembimbing Haji Berpengalaman. Kami bawa 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah. Membantu anda untuk mendapatkan haji yang mabrur.  



Jadi tunggu apa lagi, kalau korang ada kenalan, ibu bapa atau saudara mara yang sedang merancang untuk menunaikan Haji apa kata risik-risik pakej Haji Rayhan yang ditawarkan oleh Felda Travel ni. 

Rebutlah harga promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020 tau.Sebarang pertanyaan lanjut atau pendaftaran Pakej Rayhan boleh menghubungi talian :

Tel: 019-201 0843 / 03-2789 1133
Whatsapp: 019-279 0022
Laman web: http://www.feldatravel.com.my


Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (Throwback)


Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (Throwback)

Sudah selamat pun Perdana Menteri (PM) kita menyampaikan perutusan khas mengenai COVID-19. Bila stesen televisyen sebarkan berita perutusan bakal berlangsung pada sebelah malam, rupanya telah mengakibatkan panik di kalangan rakyat.

Sebelum tu lagi rakyat dah mula takut kalau Malaysia ambil langkah drastik untuk lockdown. Sedihnya, rakyat Malaysia kurang kefahaman tentang lockdown dan tapi mula panik membanjiri kedai runcit, pasaraya dan lain-lain untuk borong barang keperluan.

Kecoh sana sini bila orang mula muatnaik status dalam Facebook, barang di rak-rak dalam pasaraya kosong, orang tolak troli penuh dengan barang dan ada yang tak sempat pun nak membeli. Syukur tiada kejadian bergaduh atau pertumpahan darah berlaku.

Prihatin dengan keadaan semasa, PM telah menyampaikan beberapa amanat yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia berhubung dengan status terkini dan juga angka mangsa wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Apa khabar korang semua? Terasa sangat bila dah dikuatkuasakan pergerakan kawalan ni macam terputus dengan dunia luar. 

Syukur internet di Malaysia masih lagi boleh diakses. Bayangkan kalau komunikasi pun disekat. Tak dapat bayangkan.

Harapnya rakyat kita ambil serius dengan apa yang berlaku sekarang. Seronok bila tengok pengumuman rasmi Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang sentiasa ingatkan supaya duduk di rumah. 

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Rasa macam kerajaan ambil berat terhadap rakyat. Terima kasih. Cuma yang tinggal rakyat je kena mendengar kata.

Dah masuk beberapa hari Perintah kawalan pergerakan tapi masih ada rakyat yang degil. Teruskan aktiviti harian di luar rumah seperti berjogging dan berbasikal. 

Rasa nak hempuk je kepala masing-masing. Janganlah sampai Tentera pula kena masuk campur kawal pergerakan. Teruk nanti. 




Hanya Ketua Keluarga Keluar Rumah

Bagus juga idea hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar, itu pun kalau ada urusan penting atau beli bekalan makanan. 

Tak dapat bayangkan kalau anak kecil dibawa keluar waktu genting macam ni. Aku nak lepaskan suami cari barang pun aku rasa tak sedap hati.

Risau betul kalau jadi apa-apa. Yelah selain berdoa, langkah-langkah pencegahan kebersihan memang selalu aku tekankan. 

Dah la COVID19 boleh hidup di permukaan sehingga 9 jam. Berapa ramai pula yang singgah dan beli belah di pasaraya. Siapa boleh jamin pasaraya tu selamat. Seram bila fikir.

Sebelum ni syarikat suami buat rotation untuk bercuti. Ambil giliran seminggu bercuti dan seterusnya. Lega bila keluar arahan supaya syarikat tempat suami bekerja ditutup sepenuhnya. 

Selalu kalau keluar bekerja, amalan selalu kalau balik dari kerja mesti aku suruh basuh tangan dan mandi. Anak-anak selalu terkam sambut dia balik.

 


Langkah-Langkah Kebersihan Perlu Ambil Tahu

Jadi pesanan aku dekat korang dekat luar sana yang keluar rumah, pergi ke pasaraya, keluar bekerja, atau terdedah dengan dunia luar sila amalkan langkah-langkah kebersihan dekat bawah ni:

#1 Pakai topeng muka #mask Sebelum ni aku baca mask perlu dipakai oleh mereka yang dijangkiti dan tak sihat supaya bila batuk atau bersin tak la kena pada orang lain. Tapi ambil sajalah extra precautions pakai je selagi ada stok. Masalah sekarang stok mask dah tiada

#2 Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak pasaraya. Lepas selesai buanglah.

#3 Sentiasa cuci tangan dengan sabun guna prinsip 20 saat ya. Bukan bilas tangan dengan air je, kena cuci.

#4 Standby Hand sanitizer letak dalam handbag dan keraplah guna terutama bila pegang troli di pasaraya.

#5 Bila balik rumah terus cuci tangan dan lagi bagus kalau mandi. Tukar baju. Kita tak tahu segala bakteria dan virus yang ada melekat pada pakaian kita.

#6 Kalau bungkus makanan, cuba semak tahap kebersihan kedai makan dan elak tempat yang ramai orang. Waktu genting sekarang aku memang elak bungkus makanan kecuali terpaksa.


Kesimpulan


Sebenarnya masih banyak langkah-langkah penjagaan kebersihan boleh diamalkan. Mahu atau tidak sahaja terpulang pada kita. 

Terkesan bila tengok petugas-petugas barisan hadapan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan berkorban merawat pesakit dan pastikan wabak ni terkawal.

Tak lupa juga petugas bahagian pertahanan yang menjaga keamana negara, yang terpaksa korbankan nyawa demi pastikan negara kita terkawal dan tiada pertumpahan darah berlaku. Aku seru rakyat Malaysia tolong jangan tambahkan lagi beban mereka.

Di waktu yang kritikal inilah kasih sayang, kepercayaan, taat setia kita akan diuji. Sekuat mana kepercayaan kita tak kira apa sahaja agama, aku yakin inilah waktu kita meminta dan berdoa kepada Yang Berkuasa.


EID Authentic Korean Restaurant Damansara Perdana

Kalau korang mencari makanan Korea yang authentic dan halal di sekitar Selangor dan KL korang patut ke EID restoran yang terletak di Damansara. 

EID Authentic Korean Restaurant juga ada cawangan di Bangi dan juga Seremban. 

Antara makanan yang selalu masuk dalam ‘food hunting’ aku adalah makanan Korea. Aku syak sebab aku suka tengok drama Korea dan juga Runningman telah mempengaruhi otak aku untuk cuba. 

Bila tengok scene makan je mula la aku telan air liur. Hati meronta-ronta suruh cari. 
Kecintaan aku terhadap makanan memang tak pernah pudar. Memang sejak kecil lagi aku sejenis manusia yang suka cuba semua jenis makanan.


Makan Di EID Authentic Korean Restaurant Halal Di Damansara Perdana

Dulu masa aku bekerja, memang banyak duit gaji aku dibelanjakan untuk makan. Tapi masih terkawal. Berkawan pula dengan orang yang suka cuba makanan baru memang meriah lah.

Geram punya pasal, untuk mengubati kerinduan pada makanan Korea aku ajak kawan-kawan aku balas dendam cuba makan makanan Korea yang terletak di Damansara Perdana. 

Ambil peluang untuk ‘me-time’ bila suami beri keizinan untuk jumpa kawan sambil makan. 




Menu Makanan di EID Authentic Korean Cuisine

Aku dapat tahu tentang Restoran EID ni melalui hebahan kawan-kawan dekat Instagram. Rata-rata bercakap tentang kesedapan makanan dekat sini yang menggunakan original resepi Korea dan semestinya terasa autentik (asli) Korea walau berada di Malaysia. 

Tak perlu terbang jauh ke Korea untuk merasa makanan Korea. Jom aku cerita sikit tentang Restoran EID. 

Kalau nak tahu, pemilik restoran EID di Malaysia ni merupakan rakyat Korea beragama Islam yang datang ke Malaysia dan membuka restoran Korea yang menggunakan resepi keluarga mereka. 

Yu Hyunwoo atau nama Islam beliau Saad, dan Han Narae atau nama Islam dia ialah Nadia merupakan pasangan suami isteri.

Yu Hyunwoo mengembangkan lagi perniagaan keluarga mereka dengan membuka outlet di Malaysia manakala ibu bapanya bertanggungjawab ke atas Restoran EID di Korea.  

Setakat ni ada empat outlet termasuk di Seoul, Korea. Kalau di Malaysia, korang boleh pergi ke outlet Restoran EID di Damansara Perdana, Bangi Sentral ataupun di Seremban Gateway.




Outlet Damansara Perdana yang aku pergi ni merupakan outlet ketiga Restoran EID di Malaysia. Telah dibuka sejak 5 September 2019 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat makanan Korea. 

Hanya di outlet Damansara Perdana sahaja yang menyediakan minuman kopi kepada pelanggan. Jadi peminat kopi macam aku mesti datang ke sini.

Korang juga tak perlu risau sebab kesemua bahan masakan di restoran dibekalkan oleh EID Central Kitchen yang telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM. Penggemar makanan Korea yang beragama Islam macam aku dapat menikmati juadah hidangan asli Korea tanpa rasa ragu-ragu.




Restoran EID di Seoul, Korea yang popular di kalangan pelancong Malaysia dan merupakan restoran pertama yang diiktiraf Halal oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). KMF ialah satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim tau.

Restoran ini bukan sahaja popular dalam kalangan Muslim, malah menjadi pilihan bukan muslim dan mendapat sambutan orang Korea sendiri kerana keenakan juadah rasa asli Korea. 

Dah beberapa kali aku cuba makanan Korea, rasa makanan di Restoran EID memang lain dan sedap. Memenuhi kehendak selera aku. 

Menu Perlu Cuba Restoran EID

Antara menu yang aku sempat cuba pada hari tersebut ialah; dumpling ramyeon, cheesy corndog, soteok (sweet & spicy), chicken kimchi stew, jimdak (braised chicken), nasi dan Seaweed sup. Selain tu korang boleh cuba Beef Bimbimbap, Yangnyeom (sweet & spicy), Honey Dakganjung (Boneless Chicken), original or cheese topokki, spicy bulgogi, samgyetang, dumpling pancake dan banyak lagi.

Masak sendiri Corn Dog Resepi Ambil sini 

Tak susah pun sebab korang boleh rujuk menu bergambar dan boleh tanya crew restoran yang ramah menerangkan tentang menu-menu yang ada. 

Kalau tanya aku, korang kena cuba cheesy corndog dia memang terbaik. Saiz dia besar dan boleh dikongsi berdua. Doh yang lembut dan disaluti oleh sos keju yang lemak berkrim.



Kalau suka makan ramyeon, boleh cuba dumpling ramyeon. Kuah dia agak pedas tapi orang Malaysia In sha Allah boleh tahan pedas. 

Aku masih teringat-ingat chicken kimchi stew dekat EID restoran, rasa macam fresh sangat lepas makan. Rasa sup dia yang simple dan menenangkan. Macam tak puas makan bila hirup sup dia.


Untuk peminat kopi korang kena cuba Affogato. Hanya di outlet Damansara Perdana yang ada jual kopi tau sebab dekat sana ada machine kopi tu. 

Affaogato ni adalah gabungan kopi dan juga aiskrim. Aiskrim diletakkan dalam mangkuk dan kemudian dicurahkan kopi ke atasnya. Padu weh rasa dia. 




Salah satu kopi yang terdapat di Restoran EID Damansara Perdana.



Kesimpulan

Overall aku berpuas hati makan dekat sini. Restoran bersih dan selesa, makanan dia sedap dan crew restoran pun ramah. 

Untuk korang yang nak cuba sesuatu yang baru dan terutama kepada peminat makanan Korea, boleh lah cuba sendiri makan di salah satu outlet Restoran EID. Waze je alamat di bawah:

📍EID Authentic Korean Cuisine, Damansara
17, Jalan Pju 8/5d, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

📍EID Authentic Korean Cuisine , Seremban
3-Level 1 , Seremban Gateway

📍EID Authentic Korean Cuisine , Bangi
8-19-01 , Jalan Medan Pusat Bandar,7a Bangi Sentral

📍EID Authentic Korean Cuisine , Seoul
756-10, Hannam Dong, Yongsan-Gu, Seoul, South Korea