Pakej Haji Rayhan Felda Travel Mesra Warga Emas

| Kalau sebut pasal Tanah Suci selalu mak aku pesan, kalau nak pergi buat umrah atau Haji kena pergi masa waktu muda, masa tu badan masih kuat baru lah seronok nak beribadah. Mak buat Umrah tahun lepas sampai ke hari ni kalau sebut pasal Tanah Suci Mekah memang dia suruh menabung dan ajak pergi lagi nak pergi Haji pula.

Memang la nak sangat ke sana, antara wishlist aku bercita-cita nak pergi Haji sebelum usia cecah 40 tahun. Moga tercapai lah hasrat tu, dan aku dah pun mula buat carian pakej haji supaya senang nak menabung. Lainlah kalau mak aku nak sponsor, untung badan. 

Mak dah seru adik beradik, mak nak ajak pergi Haji hujung tahun ni. Kalau ikut komitmen sekarang memang aku tak bersedia lagi. Risau sebenarnya nak lepaskan mak pergi di usia sekarang. Tapi, bila aku terbaca pengalaman haji seorang jemaah dengan satu agensi ni aku jadi lembut hati pula nak biar mak pergi.



Pengalaman Haji Bersama Felda Travel, Pakej Rayhan

Bila terbaca pengalaman jemaah warga emas dengan Felda Travel rasa seronok pula. Memang setiap apa yang dia kongsi tu memang merupakan perkara-perkara penting yang perlu dijaga bila berada di Tanah Suci. Dengan usia dan tahap kesihatan mak memang perlu sangat dapat layanan sebegini.

“Ya Allah, Tak Sangka Sampai Macam Tu Mereka Layan Mak Saya”  

Dah hampir setahun balik haji, tapi mak saya tak habis-habis bercerita kepada kawan-kawan surau dia tentang pengalaman haji dia dengan satu agensi ni. Mungkin mak saya bersyukur sangat sebab doa dia untuk pergi dengan pakej terbaik dimakbulkan Allah. Yelah, bukan senang sebab mak saya ada sakit lutut dan tak boleh berjalan jauh.

Saya pon risau sebab mak saya pergi seorang diri, arwah abah dah tak ada. Tapi Alhamdulillah, Felda Travel banyak sangat mudahkan perjalanan haji beliau. Mak saya kata, hotel dekat sangat nak ulang alik ke masjid.

Makan pun sedap, kena dengan selera mak, sebab Felda D’Saji yang sediakan. Yang buat mak saya terharu sangat tu, sebab ada seorang staff tu sanggup tolak kerusi roda dia sepanjang 4 hari mak pergi melontar jamrah. Bukan dekat, lebih 3km jarak dia tapi staff tu sabar je layan mak saya. 


Kelebihan Pakej Haji Rayhan Felda Travel

Oleh sebab aku excited lepas baca pengalaman makcik tu terus aku buat carian tentang pakej Haji Felda Travel dan aku tertarik dengan Pakej Haji Rayhan yang mereka tawarkan. Kalau korang sedang mencari pakej haji yang dapat menjaga kebajikan ibubapa korang dan mesra warga emas boleh consider untuk ambil pakej Haji bersama Felda Travel ni.



Dapatkan Harga Promosi Istimewa Klik sini ~ http://feldatravel.com.my/haji2020/

Ada 10 sebab kukuh kenapa Pakej Haji Rayhan menjadi pilihan bakal Jemaah Haji ialah:

1. Hotel sangat dekat dengan Masjidil Haram. Hanya 250m saja ke Masjidil Haram. Tak perlu jalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut. Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.

2. Tiada Transit Hotel di Aziziah. Kami bawa anda terus masuk ke hotel di Mekah. Anda tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, anda dapat berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat jika pergi dengan pakej kami.

3. Ustazah Pembimbing Haji. Kami bawa 1 Ustazah khas untuk membantu menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan, tapi kami bawa untuk sedia kan servis terbaik

4. Makanan selera Melayu Buffet disediakan oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari anda di Mekah. Memang kena dengan tekak kita anda tak perlu risau nak cari makanan lagi.


5. Saiz kumpulan kecil. Saiz jemaah kami limit kan untuk menawarkan jemaah perkhidmatan berkualiti dengan layanan istimewa.

6. Percuma Qurban. Kami beri Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih awal. 

7. Hari Tarwiyah. Tak semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi kami bawa jemaah bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, seperti sunnah Nabi SAW.

8. Agensi Berpengalaman. Alhamdulillah ini tahun ke 14 kami diberi lesen oleh Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang cukup berpengalaman.

9. 11 Hadiah Percuma. Kami beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun Islam ke 5 ini.

10. Pembimbing Haji Berpengalaman. Kami bawa 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah. Membantu anda untuk mendapatkan haji yang mabrur.  



Jadi tunggu apa lagi, kalau korang ada kenalan, ibu bapa atau saudara mara yang sedang merancang untuk menunaikan Haji apa kata risik-risik pakej Haji Rayhan yang ditawarkan oleh Felda Travel ni. Rebutlah harga promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020 tau.Sebarang pertanyaan lanjut atau pendaftaran Pakej Rayhan boleh menghubungi talian :

Tel: 019-201 0843 / 03-2789 1133
Whatsapp: 019-279 0022


3 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Felda Travel ni antara travel agent yg mmg disahkan untuk pakej haji...kalau ikutkan tahun 2050 baru dapat pergi haji..tak pasti sempat ke idok

    ReplyDelete
  2. insyallah one day kalau ada rezeki lebih nak kesana dengan pakej juga. tapi memang amount tu kena banyak sebab mahal kan.. tapi ada duit apa salahnya guna untuk ibadah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post