Menggapai Kesempurnaan Dan Khusyuk Dalam Solat

Pada hujung bulan lepas aku sempat sertai webinar solat bersama Ustazah yang aku kagumi iaitu Ustazah Asma’ binti Harun dan juga Ustaz Dr Mohamad Nidzam secara dalam talian. 

Tajuk webinar kali ini ialah tentang bagaimana untuk kita menggapai kesempurnaan dan khusyuk dalam solat.

Aku terlepas peluang untuk sertai sesi webinar solat yang pertama dan ini merupakan webinar kedua sebenarnya. 

Menurut Ustazah, ada bab-bab yang Ustazah tak sempat bincang ketika webinar kedua telah pun di kupas dengan lebih lanjut dalam webinar yang pertama.


Menggapai Kesempurnaan Dan Khusyuk Dalam Solat

Jadi memang tak rugi untuk sertai mana-mana sesi pun. Bagi aku ilmu tentang solat ni mahal sangat jadi aku memang excited sangat nak sertai. 

Dengan yuran sebanyak RM 60.00, ilmu yang dikongsi Ustaz dan Ustazah sangatlah berbaloi.




Sesi bermula seawal 8.30pagi, ada waktu rehat dan kemudian berehat untuk lunch dan solat Zuhur. Sebelah petang adalah sesi soal jawab. 

Sesi petang tu sangat menarik, dan biasanya kalau ada ceramah pada waktu petang dan secara online pula tu pastilah perasaan mengantuk tu akan ada.

Tapi tak sempat aku nak menguap ya sebab setiap soalan yang diajukan dan jawapan dari Ustaz dan Ustazah sangat-sangat menarik perhatian aku. 

Nak tinggal pergi ke tandas pun sayang. Walaupun Ustazah Asma’ dah bercakap laju dan sentuh bab yang penting tapi masih terasa tak cukup masa.

 Cara Menjadi Wanita Paling Bahagia


Apa Yang Aku Belajar Dalam Webinar Solat?

Satu perkara yang aku puji tentang cara penerangan Ustazah Asma’ adalah cara beliau menyampaikan ilmu. Dalam webinar solat, ustazah sentuh tentang banyak perkara. 

Bermula dengan perkara asas seperti maksud solat dan tujuan solat sehinggalah kaedah untuk melawan bisikan syaitan serta khusyuk dalam solat. 

Rupa-rupanya cara syaitan masuk dan mengganggu manusia ketika solat adalah melalui dada.

Setiap hujah yang diberikan, Ustazah akan terangkan dengan dalil dan Hadith Nabi. Petikan-petikan ayat suci AlQuran dan ustaz Nidzam juga tunjukkan amali solat. 

Fuh itu sebab aku cakap masa tak cukup sehari nak belajar tentang solat.

Melalui Webinar solat ni aku tahu tentang kelebihan Solat Sunat Wuduk, kelebihan membaca doa Iftitah, postur badan yang betul ketika solat dan cara-cara untuk khusyuk, kisah Bilal bin Rabah yang sentiasa mengamalkan solat Sunat Wuduk.

Aku memang galakkan kau orang sertai webinar solat anjuran Ustazah Asma’ ni.

Ustazah Asma' banyak tulis buku, antara buku yang hot selling ialah BUKU SAHABAT DUNIA AKHIRAT ni. 



Mencari Redha Allah

Selain daripada topik solat, Ustazah juga ada selit tentang ilmu-ilmu kehidupan. Jadi tidaklah terlalu berat sesi pembelajaran tu. Ustazah banyak tekankan tentang mencari redha Allah, hikmah menikmati ujian Allah dan tentang cara Nabi solat.

Ustazah pesan supaya amalkan zikir dibawah dan dibaca setiap hari pada waktu pagi dan petang sebab banyak manfaatnya.

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا

Rodhitu billahi rabba, wa bil-islami dina, wa bi Muhammadin shallallahu ‘alaihi wa sallama nabiyyan wa rasula.

 

Ertinya: “Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai, dan Al-Hakim).


 
Soal Jawab Berkaitan Sah Solat

Solat Pakai Stokin Bentuk Jari

Ada soalan dari perserta bertanya tentang, “Sah atau tidak solat jika pakai stoking bentuk jari?”. Menjadi tanda tanya sebab stoking jari tu mengikut bentuk jari. Timbul keraguan di situ.

Ustaz Dr Mohamad Nidzam menjawab dengan cara yang peserta mudah faham iaitu: sebaik-baik pakaian untuk solat ialah telekung.

Tetapi untuk keadaan darurat yang mana situasi berlaku jika solat di R&R atau pun surau di mall kadang-kadang tiada telekung, solat masih sah jika pakai stoking jari dan pakaian harian yang bersih dan menutup aurat. Stoking itu sifat dia memang melekat jadi dibenarkan untuk pakai dan solat.

Stokin Koyak

Soalan lain berkaitan solat ialah tentang apakah sah solat jika selesai solat baru terperasan baju koyak atau ternampak anak rambut sedikit?

Ustaz terangkan, solat kita sah dengan syarat kita dah usaha untuk lihat diri di cermin, check pakaian solat dan maksudnya kita tak ambil ringan ketika nak solat. Jawapan aku kongsi ni berdasarkan pemahaman aku.


Kesimpulan

Aku bersyukur sangat Allah dorongkan jalan aku untuk tambah saham akhirat dan juga misi aku nak cerahkan kubur dipermudahkan. 

Sebelum ni aku jarang ikuti perkongsian ilmu Ustazah Asma’ tapi sejak awal tahun hari tu lepas aku tanam azam nak kutip pahala akhirat Allah buka pintu hati aku untuk belajar dengan Ustazah Asma.

Sesungguhnya tidak rugi dalam menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya esok jika kita ditanya di depan Allah, apa usaha kita untuk baiki solat moga ada terselit pahala atas usaha kita. 

Aku bukan Ustazah dan aku tak layak nak mengajar cuma aku suka sangat nak berkongsi. Semoga kau orang dapat manfaat dari perkongsian aku kali ni. 

Gtgamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Bersyukur sangat akhirnya kerusi GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull yang aku beli dari Shopee sudah pun selamat sampai. Maklumlah sekarang tengah kecoh tentang parcel sangkut dan courier bermasalah. 

Risau pula aku menjadi mangsa. Elok je dia sampai minggu lepas, terus aku suruh suami aku unboxing dan pasang. 


GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Kalau harapkan aku pasang kerusi ni maksudnya tunggu tahun depan baru boleh guna. Tak kuasa nak peningkan kepala kita suruh suami je yang cantumkan.


Aku beli GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull iaitu Gaming Chair  GTGamez paling murah aku jumpa di Shopee. Selain Red Bull, ada Red Phoenix, Blue Shark dan 4D Black tapi harga lebih mahal. 

Ada warna merah, Biru, Hitam dan ada warna Pink. Harga asal ialah RM 799 dan selepas diskaun hanya perlu bayar sebanyak RM 199.  

Aku beli dekat Shopee je

Berdasarkan review di Shopee, kedai ni tiada masalah barang rosak bila post, delivery sedang elok dan dapat high rating dari pelanggan.




Berbalik kepada GTGamez Gaming Chair, aku beli dengan niat nak hadiahkan kepada suami sebab dia agak kerap Work from Home (WFH) di waktu PKP ni. 

Tapi kenapa perlu Gaming Chair? Beli sajalah kerusi office yang biasa tu. Sebenarnya tiada alasan kukuh pun. Saja pilih Gaming Chair sebab nampak menarik gila walaupun kami suami isteri bukan kaki game. Kebanyakkan review pun kata best. 


Review GTGamez Racing Gaming Chair Shopee

Selepas seminggu aku guna kerusi ni baru berani nak buat review dan serius aku tak menyesal ya beli. Kalau tahu beli dua terus sebab sekarang semua kedai dalam Shopee termasuk Lazada dah sold out. Sedih.

Review yang aku kongsi di sini bukanlah dari pandangan sebagai seorang kaki game ya, jadi kalau tak meet kau orang punya expectation aku minta maaf.




Bila aku beli kerusi ni aku harapkan bila duduk dalam tempoh yang lama punggung aku tak sakit, selesa, dan tulang belakang aku terjaga. 

Perkara selalu jadi bila aku duduk agak lama guna kerusi office yang aku beli di IKEA tu, seat dia bagai mencucuk-cucuk punggung, lepas tu posture badan memang akan lari teruk. 

Bengkok okey tulang belakang. Bersyukur betul, lepas hampir seminggu guna GTGamez Racing Gaming Chair ni sangat-sangat memenuhi keperluan aku. 

Gaming Chair ni besar dan sesuai sangat bila digunakan dalam tempoh yang lama.


Ciri-Ciri Selesa Gaming Chair

Gaming Chair ni boleh kita tegak kan pada 90 darjah sehingga 150 darjah ikut keselesaan dan kemudian boleh kunci supaya tak bergerak. 

Material dia adalah leather, grade leather yang mana aku tak pasti cuma taklah panas bila duduk lama. Gaming Chair ni boleh tahan tegap untuk mereka yang beratnya 80 kilogram ke bawah. 

Pemegang tangan dia pon selesa je. Material dia adalah leather dan sebab utama aku beli adalah harga dia bawah bajet yang aku tetapkan.

Jadi nasihat aku untuk kau orang yang nak beli Gaming Chair, identify dulu apa keperluan nak beli, berapa bajet, baca review dari Google dan review shop dekat Shopee. 

Atleast dapat bayangkan apa yang kau orang dapat. Ikutkan hati aku nak beli dekat kedai tapi malangnya dekat kedai harga terlalu mahal pula. 

Terpaksa la tunggu tabung penuh. Jadi tangguh niat tu sehingga tahun 2021 baru beli itupun secara online. Ada hikmah juga PKP ni kan, jimat duit aku.


Update: Setelah 6 bulan guna kerusi gaming ni dia masih ok cuma aku jadi bosan. Kualiti sedang-sedang. Kalau korang ada budget lebih sila lah beli yang lebih mahal. Aku target nak beli kerusi IKEA pula lepas ni. 

Selamat Hari Lahir - AIRIS SAFIYA

Ya ampun lambat betul aku kongsi tentang sambutan hari lahir si budak kecil yang banyak cakap dan perangai semakin meriah tak lain tak bukan Airis Safiya. 

Selamat hari lahir yang ke tiga tahun. Lah dah masuk tiga tahun kamu ye anak. Beberapa minggu sebelum tarikh hari lahir dia iaitu 22 Januari aku dan suami memang dah siap explain yang dia dah nak cecah umur tiga tahun. 

Aku selalu slow talk dengan dia, tak boleh memberontak kalau tak dapat apa dia nak. Kena cakap tolong kalau nak minta abang dia ambilkan barang.

Selamat Hari Lahir - AIRIS SAFIYA

Macam baru semalam je lahirkan anak ke tiga ni. 

Yes of cos dia tak faham sangat, well tiga tahun apa lah nak expect kan. Tapi dia faham ya apa itu “birthday” “Hari Jadi”. Siap minta kek Frozen, kek lain tak nak. Ni semua pengaruh kakak suka kartun Princess sampai jangkit dekat adik.




Survey Kek Hari Jadi - Pre order Birthday Cake

Plan asal suami nak belikan kek yang pre order bertemakan kartun Frozen which is aku rasa macam membazir sebab bukan ramai pun dalam rumah ni penggemar kek fondant / cream. Kalau beli kek Butter tu laju la habis.

Tapi sebab malas bertekak aku pun survey baker area KL dan available untuk delivery. Musim PKP ni malas nak keluar rumah. Sempatlah survey beberapa IG shop dan bila kongsi harga dan kos-kos lain dengan suami, terperanjat dia.

Aku tak salahkan baker pun, bagi aku standard la dia caj sebab design kita minta ikut suka then guna barang berkualiti memang agak mahal la harga kek lepas siap. Orang lelaki jarang sangat beli kek, kebiasaan isteri lah yang setelkan.

Kek Tema Ikan Duyung 


Kek Hari Jadi Jiha Secret Bake (Jiha Bakery)

Masa survey kek di IG, banyak juga kek cantik menarik hati. Kebanyakkan kek ‘ready-made’ design dan juga harga lebih kurang je, sebab rambang mata aku pun whatsapp lah mereka. 

Rupa-rupanya ada antara mereka yang jadi agent, patutlah promote kek yang sama. Lepas habis study kedai kek dekat IG aku buat carian dekat Google. 

Dalam banyak-banyak kedai kek, Jiha Bakery berjaya menarik minat aku nak beli. Kedai dekat dengan rumah, banyak pilihan design pun cantik, harga dia berpatutan dan kek sedap di mata dan di mulut.




Lepas deal dekat whatsapp terus petangnya aku bawa Airis walk in ke Jiha Bakery untuk pilih kek. Staff dia ramah je melayan Airis pilih kek. Sebelum tu aku berkenan nak ambil pakej Combo Big Family yang aku rasa berpatutan sangat.

Combo Big Family berharga RM 155.00

Petite Cake 5” (Boleh pilih design)

Cheese tart mix Berry 1 box (25 biji)

Creampuff Choc Caramel 1 box (25 biji)

Bouquet Cadbury 1

Free candle

Nasib tak confirm tempahan sebab aku rambang mata nak pilih kek. Lagipun kami berlima je, siapa nak habiskan Tart dan Creampuff banyak-banyak tu.

Selesai beli kek tersangkut juga beli mini Creampuff dan mini Tart sebab nak rasa. Kalau sedap boleh repeat in future untuk birthday kakak dan abang dia. Alhamdulillah kena dengan tekak. Sedap.

Chocolate B40 Ala Royce pun sedap




Perasaan gembira dapat jumpa kedai yang best dan berbaloi memang tak tergambar dengan kata-kata. Over kan aku describe, tapi serius terasa la ikhlas dia buat kek dan customer service mereka bagus.




Balik je rumah Airis dah tak sabar nak potong kek. Selesai nyanyi, ambil gambar terus terkam nak makan. Tapi sebenarnya bukan nak makan sangat. Excited nampak patung Elsa je. Alhamdulillah semua happy ending. Cuma mama la tak happy ending sangat, creampuff mama yang kena habiskan sebab yang lain tak makan sangat dessert.

Nah alamat

Jiha Bakery

60, Jalan Usahawan 7, Sri Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram


Gemuk la hai.

 

Ucapan Hari lahir Untuk Airis Safiya

Buat anak ku Airis Safiya yang kini dah mencecah umur 3 tahun dengan izin Allah, mama dan Abah doakan awak semakin bijak, selamat menempuh alam kehidupan yang penuh berkah dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Mama dan abah akan sentiasa ada untuk kamu. Selamat hari jadi sayangku. Love you to the moon and back.

 

9 Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Amalan sihir memang dah wujud sejak dari zaman Nabi lagi. Sihir ditafsirkan sebagai amalan yang mendekatkan manusia dengan syaitan dengan meminta bantuannya. 

Dalam AlQuran juga ada diceritakan tentang perihal kisah Nabi Musa AS menentang tukang sihir Firaun. 

Rujuk  Mufti Wilayah Persekutuan

Islam menolak sihir dan mengingatkan umatnya supaya memohon pertolongan dan perlindungan hanya dari Allah. 

Walaupun kita berada di zaman moden yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi masih ada lagi yang menggunakan cara yang salah untuk mendapat apa yang dihajati.


Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Bagi aku sendiri memang pernah jadi depan mata dan aku bersyukur sangat aku belum pernah rasa dan aku tak mahu kena pon. Nauzubillah. 

Minta dengan Allah lah ye berlindung diri dan ahli keluarga. Kalau nak huraikan ada banyak sihir yang wujud dan diantara jenis-jenis sihir ialah seperti:

  • Sihir meminta pertolongan Jin dengan cara penyihir meminta pertolongan jin utk menyihir musuh.
  • Sihir melalui ilusi seperti yang sering digunakan oleh ahli silap mata. Bukan semua tapi memang wujud ahli silap mata yang menggunakan sihir.
  • Sihir dalam makanan atau ubat-ubatan.
  • Sihir pukau.

 



9 Cara Menghindar Diri Dari Terkena Sihir

Perkara penting untuk menghindari diri dari terkena sihir mengikut ahli perubatan Islam adalah dengan mengenali tukang sihir itu sendiri dan asal usul kejadian sihir tersebut.

Tiba-tiba kita jatuh sakit tanpa sebab nyata walaupun dan dirawat oleh doktor, tiba-tiba terkena santau angin. Asalnya bukan ada orang nak kenakan dia pun tapi rezeki dia di uji terkena sihir. 

Ah banyak lagi lah. Aku kongsikan cara-cara untuk kita menghindari sihir yang aku dengar dalam tazkirah di radio Nasional FM.


#1 Minta Barang Peribadi

Biasanya tukang sihir akan minta bekas makanan, gambar, pakaian seperti kain, baju, sapu tangan dan lain-lain barang yang pernah dipakai oleh pesakit. 

Jangan bagi barang-barang peribadi sebarangan ya. Elak daripada mudah percaya dan menjadi mangsa.


#2 Minta Haiwan Berwarna Hitam

Salah satu perkara tanpa sedar kita bakal menjadi pesakit yang terkena sihir adalah apabila kita pergi berubat dengan ahli sihir. 

Tukang sihir akan suruh pesakit untuk bawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu seperti berwarna hitam, atau haiwan yang mempunyai taring untuk tujuan perubatan.

Berubat untuk sembuh tu tak salah tapi jangan salah pilih ahli perubatan. Once kita dah tahu cara yang digunakan itu salah jangan teruskan ya.


#3 Tukang sihir akan sembelih haiwan yang diminta tanpa menyebut nama Allah dan mencampakkan haiwan tersebut ke tempat yang sunyi dan tiada penghuni seperti rumah lama yang ditinggalkan atau bangunan tersadai.




#4 Tukang Sihir akan memberi azimat tertentu seperti bunjut yang dijampi dan menyuruh untuk meletakkan di tempat tertentu seperti tiang seri atau empat penjuru di dalam rumah.


#5 Menjadi amalan tukang sihir menggunakan kain berbentuk segi dan didalamnya ada huruf atau nombor semasa merawat.  


#6 Setelah selesai proses rawatan, tukang sihir melarang pesakit untuk menyentuh air dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh; pesakit tidak boleh menyentuh air selama 7 hari atau selama 40 hari. Ustaz terangkan itu adalah tanda Jin yang berkhidmat kepada tukang sihir tersebut adalah Jin Kristian.


#7 Tukang sihir juga berpesan kepada pesakit untuk mengasingkan diri di dalam bilik. Pesakit biasanya tak boleh bergaul dengan orang ramai, termasuk ahli keluarga, jiran tetangga kerana desakan daripada Jin yang berada di dalam badan pesakit.


#8 Tukang sihir menggunakan serbuk / tulisan berwarna putih dan kemudian menyuruh pesakit untuk melarutkan ke dalam air dan meminumnya.


#9 Terdapat juga situasi Tukang Sihir menyuruh pesakit untuk menanam barang di dalam tanah atau membakar atau memperasap.

 



Amalan Untuk Menghindari Gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir

Selain daripada cara-cara yang aku kongsikan di atas, antara amalan untuk menghindari gangguan jin, syaitan dan juga tukang sihir ialah seperti berikut: islamituindah.com

1. Membaca Surah Al Fatihah 7 Kali setiap kali selepas solat fardu dengan niat meminta Allah membantu dan melindungi diri dari gangguan Jin & Syaitan.


2. Membaca Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.


3. Membaca Ayat Kursi selepas solat Subuh dan Solat Asar, sebagai pendinding diri dan juga perlindungan harta benda.


4. Membaca Surah Yasin, ayat satu hingga ayat Sembilan. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

 

Semoga dengan kesedaran dan juga amalan-amalan yang kita amalkan dapat menjadi benteng dan terlindung dari gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir. 

Kepada Allah jua lah kita memohon perlindungan. Untuk yang di uji sesungguhnya anda adalah mereka yang terpilih. Jangan putus asa untuk sihat dan semoga terus kuat melawan gangguan.