Cara Buat Link Di Profil Instagram

Kalau sebelum ni pemilik bisnes hanya menumpukan jualan semata-mata di platform Facebook, tapi sekarang dah ramai yang sedar sebenarnya dekat platform Instagram pun boleh buat jualan. 

Antara salah satu fungsi berguna pemilik bisnes kena tahu adalah kelebihan meletakkan link di profil Instagram.

Antara contoh link yang boleh diletakkan adalah seperti link whatsapp, website, Telegram, link media sosial dan juga blog. 

Link whatsapp contohnya adalah untuk memudahkan pelanggan menghubungi penjual tanpa perlu save no telefon penjual. 


Cara Buat Link Di Profil Instagram

Bagi Influencer pula, antara situasi yang sering berlaku adalah apabila terlibat dalam sesuatu kempen, client akan minta Influencer untuk promote link di Instagram dan kadang-kadang kena promote lebih daripada satu link.

Bagi influencer yang mempunyai 10 ribu followers tiada masalah kerana mereka boleh guna fungsi “Swipe up”.  

Jadi, alternatif untuk Influencer yang masih belum mencapai 10 ribu followers adalah dengan meletakkan link di bio / profil kau orang. 




Letak Link Di Profil Instagram Guna Aplikasi Unfold

Aku nak kongsikan cara buat link yang banyak menggunakan aplikasi Unfold. Sebelum ni aku pernah cuba aplikasi linktree tapi tidak berjaya disebabkan aku ada masalah dengan link blog. Panjang cerita dia, nanti aku ada peluang aku cerita di lain entri.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas

3 fungsi utama Unfold adalah Templates untuk buat IG Story, Studio untuk edit gambar dan juga video, serta Bio Sites untuk create profile dan links.

Perkara pertama semestinya kena download dulu aplikasi Unfold di App Store bagi IOS dan Google Play bagi Android. Register dan log in kemudian pilih tab ‘Bio Sites’ dekat tab bahagian bawah macam dalam gambar aku tunjuk tu. 

Oleh sebab aku dah create awal jadi aku tekan 'Edit Bio Site'. 




Kemaskini Tab Bio Sites

Ada tiga tab perlu di isi iaitu; Profile, Socials & Link.

Wajib isi semua maklumat di setiap column di sediakan. Bahagian Profile isikan nama dan bio. Masukkan semua detail untuk tab Socials seperti Instagram, Twitter, email dan kalau ada Youtube letak lah sekali.



Tab ketiga ialah ‘Links. Hanya isi Link Name dan juga URL. Sebagai contoh aku letak Link Name – Blog. dan URL ialah link blog Rodiah Amir. Dah puas hati tekan save dan setiap kali ada penambahan boleh tekan Update.

Your Bio Site is Live! yeay.


Langkah seterusnya ialah copy link di aplikasi Unfold dan kemudian paste link tersebut ke profile Instagram kau orang di bahagian Website. Jangan lupa tekan done. Selesai. 

Boleh tengok contoh di Instagram aku ni. 

Log in Instagram, pilih Edit Profile. Di bahagian 'Website' paste kan link yang kau orang copy dari Unfold tadi. Tekan submit / save. 

Dah siap boleh test tengok link kau orang aktif tak. 

Cara Edit Video Guna Telefon Bimbit



Kelebihan Aplikasi Unfold

Aku suka betul aplikasi Unfold sebab banyak features dia yang menarik dan percuma. Kelebihan kalau subscribe dan bayar kita boleh customize nama link, then untuk IG story pun kita akan dapat banyak pilihan Templates menarik.

Ada budget dan memang rasa berbaloi boleh guna Unfold berbayar. 

Bagi aku cukup lah guna yang free ni. Itu pun tak habis explore lagi. Dalam satu app lengkap untuk edit gambar, edit video, buat IG Story dan link.

Okey, setakat ini je perkongsian aku. Kalau ada yang tak faham atau nak minta aku explain more please drop comment or DM je dekat IG atau Facebook. Ada kesempatan In Sha Allah aku reply.

Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Aku kenal Kuih Bakar setelah berkahwin dengan suami dan tahu tentang kewujudan Kuih Bakar sebab mak mertua aku suka sangat makan kuih ni. 

Kuih Bakar atau nama lain dia Kuih Kemboja merupakan salah satu kuih tradisional kebanggaan orang Melayu.

Betulkan aku kalau salah ya, ni ikut pembacaan aku sahaja.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Kakak ipar aku pernah berniaga Kuih Bakar satu ketika dahulu jadi sempat la tengok proses penyediaan bahan-bahan sehingga la proses nak bakar. 

Orang kata semakin tradisional cara bakar kuih tu semakin sedap rasa dia.

Betul lah tu. Dapat beza tau rasa garing dan bau asap tu. Sedap sangat. Jarang sangat dah jumpa penjual kuih bakar masak kuih ni dengan menggunakan arang. Sekarang nak mudah je guna oven je. 




Kuih Bakar Kuih Rasmi Negeri Melaka

Sepanjang Kakak ipar aku menjual, dia banyak dapat tempahan Kuih Bakar Berempah Melaka dari golongan berusia sebab dia menggunakan resepi turun temurun keluarga dan guna rempah sebagai salah satu bahan kuih bakar.

Ikut aku bertekak orang muda ni kurang minat bau rempah tu. Selera orang tak sama kan. Ahaks. Aku lebih prefer Kuih Bakar bau pandan tu. Selalu kalau rindu nak makan beli je dekat Pasar Malam.

Menurut sumber Melaka TV, Negeri Melaka akan mengangkat Kuih Bakar sebagai kuih tradisional rasmi sekaligus memastikan ia terus releven sepanjang zaman. 

Wah makin dikenali la Kuih Bakar selepas ni. Baguslah sekurang-kurangnya tidak lah pupus ditelan zaman.

Usahawan-usahawan kuih bakar kena ambil peluang ni untuk menonjolkan lagi Kuih Tradisi seperti Kuih Bakar ke peringkat antarabangsa.

Kalau bercuti ke Melaka jangan lupa bawa anak-anak ke Zoo Melaka tengok Dinosour Encounter atau ke Oceanarium tengok binatang laut . A Famosa Resort pun best. 

Kalau tengok resepi Kuih Bakar sukatan cawan yang dikongsi Tg Khuzanika di Facebook memang mudah sangat dan tak banyak sangat bahan dia guna. Lagi mudah tak perlu penimbang tapi guna cawan je. Lepas ni boleh cuba.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

1 cawan telur (Bilangan telur bergantung kepada saiz cawan)

1 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir

6 helai Daun Pandan (Blend dengan sedikit air)

2 cawan santan

Secubit garam

Sedikti pewarna hijau epal

Sedikit emulco pandan (Terpulang nak letak atau tidak)

Bijan yang disangai.

Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga sebati kecuali bijan. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.


Kalau tiada acuan kuih bakar boleh beli di Shopee. Selalu menghampiri bulan puasa acuan ni cepat sold out. Macam last year acuan kuih Cara berebut orang beli.




Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?

Makan mee segera extra pedas merupakan idea yang teruk kalau kita makan di waktu malam ya hadirin sekalian sebab ia menyebabkan kita menggelupur mencari air dan minum sehingga kembung. Jadi pukul berapa kita nak tidur kalau macam tu?

Ok maafkan aku sebab emosi terlebih minum air sejuk. Realitinya waktu tengah malam la waktu paling teringin nak makan benda mengarut dan kurang berfaedah kepada diri contohnya mi segera.


Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?

Masa topup barang dapur baru-baru ni suami beli mi segera extra pedas. Dia ada dua tau level pedas dia, Mi segera perisa kari dan Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Masa beli mi Mamee SLRP ni tak letak harapan tinggi pun.

Sebab apa tau selalu tertipu dengan iklan mi segera dekat TV, kata pedas tapi bila dah cuba sebenarnya tak pedas pun. Punah harapan. Berlagak tak mahu kalah ambil xtra pedas.




Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas

Seperti biasa akibat pengaruh media sosial, kami beli mi segera perisa Kari Xtra pedas jenama Mamee SLRP. Kebetulan stok mi segera dah habis. Biasanya kami akan standby mi segera sebab selalu bosan makan nasi.

Bosan makan nasi, tapi tak kurus pun. ceh.

Salah satu perkara aku suka Mamee SLRP adalah mi dia kenyal dan tak cepat lembik. Aku paling tak suka makan mi yang cepat lembik dan kena makan cepat-cepat.



Berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku menyesal ke tidak? Semestinya tidak. Walaupun berhelai tisu dan segelas air sejuk aku minum perasaan menyesal belum timbul. 

Tak pastilah kalau esok pagi aku akan sakit perut. Setakat ni baik-baik sahaja. Sedap weh Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas ni. 

Kena sangat dengan selera aku. Daya tahan pedas aku tidak lah hebat mana. Level sedang-sedang tahan pedas. Dari skala 5, bagi aku pedas dia di tahap 3.5 punya pedas (aku makan tanpa letak chili flakes).

Dalam paket tu ada mi, serbuk perencah dan satu paket chili flakes. Aku tak letak langsung chili flakes tu, kalau kau orang letak mungkin level pedas boleh pergi ke skala 4 atau 4.5 pedas. Sepanjang aku makan aku berkipas dan ditemani oleh tisu dan air sejuk.




Pedas dia jenis pedas dalam mulut tapi tidak peritkan bibir kau orang. Kalau aku makan Samyang, bibir aku automatik bengkak pedih. 

Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas pedas berair mata tapi lepas minum air sejuk, pedas tu cepat hilang.

Masa makan kepala aku rasa berangin je. Tak pastilah orang lain, kalau aku makan makanan pedas mesti rasa sejuk berangin kepala aku.

Waktu sediakan mi ni aku tambah ketulan isi ikan Dory dan tambah ketulan jagung frozen serta sekeping cheese. Saja nak nampak menarik untuk dimakan. Cheese tu konon nak bagi kuah dia rasa berlemak.




Alhamdulillah berbaloi rasanya kalau kau orang nak cuba Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Jangan tanya harga sebab aku lupa. Tak silap masa tu Giant ada buat promosi jadi harga aku beli lebih murah.

Sedikit pesanan kalau nak makan, jangan makan depan anak-anak. Kasihan nanti sakit perut. Aku dah nasihat tau. 

Lagi satu, tolong jangan amalkan sebab makan lewat malam atau sebelum tidur akan meningkatkan risiko penyakit diabetes, risiko sakit jantung dan lain-lain penyakit bahaya lagi. 

Okey lepas ni kita insaf ramai-ramai ya. Nama pun manusia, benda yang tak boleh buat itulah yang seronok untuk kita buat. 

Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas sesuai sangat jadi bahan kalau kau orang nak buat Mukbang challenge ke, sesuai juga dimakan masa tengok drama Korea.

Ok lah aku nak sambung tengok drama. Selamat makan dan comment lah kalau dah pernah cuba. Amacam menangis tak masa cuba?


Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Disebabkan bosan makan nasi hari-hari aku cuba buat pertama kalinya menu ringkas tapi confirm kenyang iaitu kubis gulung berintikan ayam. 

Aku pernah tengok resepi ni dekat Youtube dan popular sebagai menu orang diet.

Bahan utama dia ialah Kubis dan isi ayam hancur. Cara nak buat pun mudah. Suami pun layankan saja selera isteri yang jemu nasi. 

Jadi lagi bersemangat nak kurangkan pengambilan nasi. Kata nak kurangkan berat badan kan?


Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Kalau ikut tekak aku Kubis Gulung Inti Ayam atau Rolled Cabbage ni sesuai sebagai hidangan minum pagi dan minum petang. 

Boleh kenyang sehingga waktu tengahari. Rasa dia seperti makan Vietnamese Roll. Jom tengok resepi Kubis Gulung Inti Ayam.




Resepi Kubis Gulung Inti Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut: 

  • Kubis
  • Isi ayam
  • Lobak Merah
  • Cili Merah
  • Daun Bawang
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara-caranya :

#1 Kebanyakkan resepi guna kubis bulat, tapi aku guna kubis panjang sebab dekat rumah ada yang tu, sedap juga.

#2 Relaikan helaian kubis dan cuci sehingga bersih. Serangga kecil banyak tersembunyi dekat celah-celah kedutan kubis tu jadi rendam la sekejap dengan air garam.

#3 Boleh celur atau kukus untuk melembutkan kubis supaya mudah nak gulung nanti.

#4 Isi ayam boleh lah diblend sehingga lumat. Malas nak blend kau orang hiris la kecil-kecil kemudian perap dengan sos tiram, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Lobak dan cili dipotong dadu dan gaul sekali.

#5 Susun kubis yang dicelur tadi di atas pinggan kemudian susun bahan-bahan perapan yang disediakan tadi.

#6 Lipat macam kita buat popia. Kemudia ikat dengan daun bawang. Aku tak ada daun bawang tak wajib pun.

Sesungguhnya aku bukan tangan halus berseni jadi aku gulung jelah asal dia tertutup. lol. Nak buat bite size ke, nak buat besar tangan ke terpulang. 



#7 Sediakan pengukus dan kukus 10 – 15 minit.

Siap dan boleh hidangkan bersama sos pilihan. 

Sos Thai pun sedap, sos keropok lekor pun sedap. Serius mudah sangat nak buat kubis gulung ni. Aku buat saiz kecil molek, makan 5 ketul pun dah kenyang. 

Sedap, mudah dan mengenyangkan. Memang menjadi pilihan aku yang tak pandai masak dan mereka yang nak diet.

Kalau sebelum ni kalau beli kubis tak habis mesti akan hitam dan buang je, tapi sekarang setiap kali beli kubis dah tak membazir. Alhamdulillah.

Selamat mencuba ya.