Review Filem - Raya And The Last Dragon

Dah tengok filem Raya And The Last Dragon? Pertama kali aku dengar tajuk filem ni aku ingat berkaitan dengan orang Melayu. 

Pantang dengar perkataan ‘Raya’ automatik jadi teruja. Sensitif pula tu sebab dua bulan je lagi nak sambut raya. 

Berbalik kepada filem Raya And The Last Dragon, aku nak kongsikan sebab-sebab kenapa kau orang kena tengok filem ni.


Review Filem - Raya And The Last Dragon

Kalau disuruh tonton banyak kali filem ni pun aku tak kisah sebab aku in love gila dengan watak-watak comel macam Kisu dan haiwan tunggangan Raya, Tuk Tuk. 

Semestinya filem animasi terbitan Walt Disney Animation Studios tidak pernah mengecewakan. Kisah Raya adalah dimana bermulanya dunia fantasi bernama Kumandra, waktu tu Naga dan manusia hidup bersama dalam keadaan harmoni.


Antara Sebab Perlu Tonton Filem Raya And The Last Dragon

Naga menggunakan kuasa yang mereka ada untuk melindungi kehidupan daripada kuasa jahat. Roh jahat tu kira sedut roh manusia dan berupaya untuk tukar manusia menjadi batu termasuk lah naga-naga semua tu. 

Masa berlawan menentang roh jahat, naga-naga tu sempat menggunakan sihir membentuk bola kuasa yang dipercayai dapat lawan kuasa roh jahat. 




Raya telah dilatih oleh ayah dia untuk menjaga bola kuasa sebab itulah satau-satunya harapan mereka untuk lawan roh jahat. 

Selepas 500 tahun, berlakunya perebutan kuasa diantara suku kaum Fang, Heart, Spine, Talon, dan Tail. 


Sinopsis Filem - Raya And The Last Dragon

Masa ni cerita dah jadi semakin menarik sebab sifat tamak kuasa, khianat, tikam belakang dah start. 

Oleh sebab raya percayakan Namaari (putri Ketua Virana dari suku Fang) dia pun tunjukkan lokasi bola kuasa tu disimpan. 

Masa itulah percubaan mencuri bola kuasa tu berlaku. Gaduh punya gaduh, pecah sudahnya bola kuasa tu. Roh jahat pun kembali serang. 

Dalam keadaan kelam kabut tu pecahan bola kuasa tu di ambil oleh ketua puak masing-masing. 

Ayah Raya korbankan diri dan bertukar menjadi batu, sebelum tu dia sempat pesan suruh Raya mencari Naga terakhir yang dipercayai masih hidup dapat melawan roh jahat tu. 

Selepas 6 tahun mencari, akhirnya Raya berjaya menyeru Sisu. Naga terakhir yang masih hidup dan dikatakan Sisu lah yang telah mencipta bola kuasa tu. 

Kiranya harapan semua orang adalah Sisu dapat pulihkan keadaan. 




Watak Sisu yang kelakar dan peribadi Raya yang kental semangat tu aku suka. Raya ni trauma sebab di back stabbing oleh Namaari jadi dia sangat berhati-hati sebab manusia sifat dia tamak. Sisu pula sejenis naga yang lurus bendul. 

Filem ni lebih berkembang dan diselitkan dengan watak-watak sampingan lain tapi berjaya menghidupkan filem Raya And The Last Dragon. 

Bermula lah pengembaraan mereka untuk kutip cebisan-cebisan bola kuasa yang dimiliki oleh ketua setiap kaum. 

Filem ni juga banyak highlight tentang pentingnya kerjasama, pentingnya kepercayaan dan sifat tak putus asa. Banyak nilai murni dan kasih sayang di setiap babak. 

Macam aku cakap aku suka betul si Tuk Tuk haiwan tunggangan Raya. Tuk Tuk tu tenggiling kalau tak silap aku. Comel weh. 

Konflik sikit bila Raya ni ada isu nak percayakan orang dan Sisu pula isu dia tak yakin dengan kekuatan dia ada. 

Dalam adik beradik naga, Sisu dipilih untuk selamatkan dunia dari roh jahat. Best sangat sebab masing-masing saling melengkapi. 

Ending dia kau orang kena tonton sendiri lah. Kang kata aku jadi spoiler pula walaupun banyak dah aku cerita dekat sini. 

Serius banyak lagi adegan-adegan lucu dalam filem Raya And The Last Dragon. Kau orang akan enjoy filem ni terutama yang ada anak kecil kecuali kau orang benci benda comel. 

Selamat menonton, yang dah tonton meh komen dekat bawah, apa babak kau orang paling ingat dan paling teruja? 

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Sabtu lepas kami sekeluarga ke restoran Meat Cartel American BBQ cawangan WangsaMaju. Kami pilih (baca: aku yang ajak) sebab tekak teringin nak makan daging. 

Aku dapat tahu tentang restoran Meat Cartel ni daripada Influencer popular iaitu Faiz Dickie atau pun lebih dikenali dengan watak Kak Leha Bunting di media sosial.

Dia upload Insta Story, yang dia dijemput menghadiri majlis pembukaan Restoren Meat Cartel cawangan Wangsamaju pada minggu lepas. Restoran ni baru sahaja dibuka beberapa hari lepas kepada orang ramai.

Seingat aku pernah terbaca laporan berita yang pelakon dan juga suami Fazura, Fattah Amin umumkan yang dia nak francais kan Meat Cartel pada tahun lepas. 

Selain WangsaMaju, cawangan lain Meat Cartel ialah Meat Cartel Jalan Ipoh, Shah Alam, Kota Damansara, TTDI, Bandar Dato Onn, Meru, Ipoh dan Kampung Baru.




Memandangkan baru je dibuka jadi aku tak letak expectation tinggi sangat. Belum lepas tempoh percubaan bagi aku. 

Perjalanan ke restoran tak jauh sangat dari rumah dan mudah je nak cari. Lokasi dia terletak di bangunan kedai yang baru nak naik. Waze sajalah lebih mudah.

Kami parking betul-betul dekat depan restoran. Lepas ni kalau bangunan dah siap dan banyak kedai dah beroperasi rasanya parking akan jadi terhad.



First impression masa melangkah masuk aku senang hati. Simple je konsep dia pilih, warna merah dan susun atur meja kerusi nampak santai. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Itu penting. Hiasan dalaman pun tak terlalu over.

Restoran ni ada dua tingkat. Memandangkan bahagian bawah penuh dengan pelanggan jadi kami duduk di tingkat dua, lebih privacy dan tak segan sangat kalau nak ambil gambar. Masa tu masih ada staff yang tengah betulkan saliran pengudaraan dan check air cond.



Menu Meat Cartel

Dah namanya pun American BBQ mestilah kebanyakkan menu ialah daging. Boleh order ala carte atau set untuk dipilih. Kami decide untuk makan ala carte supaya dapat rasa banyak jenis makanan. Lagi pun first time cuba, kalau tak sedap kan sedih.

Apa yang aku describe selepas ini semestinya mengikut selera dan tekak aku ya. Mungkin bagi tekak kau orang kalau cuba mungkin sedap dan sebaliknya. Aku memang suka makan daging dan menu western jadi tekak aku boleh terima makanan dekat sini.

Kalau datang sini kau orang boleh cuba Beef Ribs, Set Heseinberg, beef briske, lamb, sandwhich, beef & lamb rice, Mac & Cheese, BBQ Fried Chiecken Wings dan banyak lagi.






Harga Makanan di Meat Cartel

Dari segi harga aku rasa agak mahal untuk sesetengah makanan dan air, tapi sebab sedap jadi aku sedapkan hati sendiri. Suami makan Lamb Burger (side dish Onion Ring) RM35.90, untuk Ikhwan dia pilih Bloody Mac & Cheese – Beef Rm22.90, aku pilih Rice – lamb (daging carik, nasi butter, sambal kicap) RM18.90, French Fries RM8.90 & soft drink RM4.

Paling aku rasa over price ialah fries sebab dia tak letak herb yang fresh pun, sekadar fries je without Mayo as dipping. 

Kalau betul nak charge RM8.90 better bagi kentang fresh (bukan frozen) dan tabur garam dan herb segar. Gambar tak sempat ambil sibuk gosok mata. 


Pengalaman Dining At Meat Cartel Wangsamaju

Well ini sekadar pendapat aku as customer yang suka makan dan of cos aku menghargai setiap duit yang aku laburkan even aku jarang berkira bab makan. 

Dari segi kebersihan, layanan staff, rasa makanan tu okey tapi masih banyak room for improvement aku rasa dia boleh tengok.

Apa yang berlaku masa aku makan dekat sana ialah aku makan sambil mengalirkan air mata. Sumpah aku tak tipu. First time dalam hidup aku makan sambil menangis in public. Meja sebelah pun sama weh. Keluar air mata sambil tergelak.

Aku syak sistem pengudaraan restoran meat cartel Wangsamaju ada masalah masa tu. Segala asap keluar dari bahagian dapur, tapi asap tu tak nampak. 

Sedar-sedar mata kau pedih je. Aircond berfungsi dengan baik, tapi mata dan hidung aku terlalu sensitif sampai pedih dan keluar air mata. 

Bayangkan anak aku yang umur 3 tahun, 5 tahun dan 9 tahun makan dalam keadaan perit-perit manja begitu. Well budak-budak dia bukan tahu pun kan cuma sibuk la gosok mata. Seolah-olah seksaan dalam diam.

Sebelum tu kami duduk di meja bahagian atas tau. Tapi aku tak tahan aku ajak suami tukar meja ke bawah. Part paling kelakar bila aku ternampak family sebelah yang ada anak sebaya anak-anak aku pergi basuh muka dan mengeluh sebab tak tahan pedih.

Budak lelaki tu sampai nak lap mata dengan tisu alas burger ayah dia. Kami mak ayah ni pandang muka masing-masing sambil senyum tahan gelak. Kasihan tapi nak tergelak pun ada.

Ni aku bukan reka cerita mahupun nak burukkan restoran. Oleh sebab aku nampak staff dia baiki paip / saluran dekat bahagian atas aku assume dia orang pun sedar masalah tu. 

Tapi dia tidak la pula tanya pasal mata pedih, sementara kami tunggu makanan dihidangkan dia hanya tanya tentang aircond berfungsi atau tidak sahaja.


Kesimpulan

Ikutkan mulut aku nak complaint je tapi suami larang dan nasihatkan kami makan cepat-cepat dan terus beredar. Masa dalam kereta nak keluar dari parking, suami kata tak akan repeat ke sini melainkan dia selesaikan masalah pengudaraan tu.

Paling tak best baju kami anak beranak habis bau asap. Bau macam kau pergi makan dekat dalam food court. Dah lah lepas tu masing-masing pergi KL East Mall. Gasak kan. Itulah sajalah pengalaman aku ke Meat Cartel Wangsamaju.


Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Selalu dengar kan nasihat untuk menjaga kesihatan dan tips penting untuk cantik dan kurus, kita perlu minum air kosong dua liter sehari tanpa gagal. 

Air kosong tau bukan air manis sebab air kosong berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolik badan serta mengenyangkan. 

Tidak la mulut asyik nak mengunyah makanan. Antara kepentingan air untuk tubuh badan kita adalah seperti membantu ubah makanan kepada tenaga, mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan, bantu penyerapan nutrient dan banyak lagi. 

Jumlah yang disarankan adalah sebanyak lapan gelas atau dua liter sehari. Jadi over minum air pula sebab berlebihan minum air kosong atau air masak juga boleh memudaratkan kesihatan kita. 




Bahaya Terlebih Minum Air Kosong

Dr Rafidah pernah kongsi info tentang terlebih minum air ni di Twitter. Bahaya weh sebab pernah ada perempuan yang minum air 10 liter sehari kerana nak dapatkan kulit yang cantik kononnya tetapi sebenarnya boleh rosakkan buah pinggang dan lagi teruk boleh akibatkan sawan. 

Jadi jangan terlebih fanatik nak cantik, nak kurus sampai berlebihan. Agama Islam sendiri pun ajar untuk besederhana. Ingat tujuan asal minum air, jangan sampai tak cukup air di waktu panas sekarang ni. 


Tabiat Malas Minum Air

Bagi situasi aku pula berlainan dengan apa yang aku terangkan dekat atas. Aku tersangat malas nak minum air. Tak ada disiplin langsung. 

Jadi apa yang berlaku dekat diri sendiri sistem pembuangan aku sebenarnya agak terganggu. Aku beruntung sebab aku suka makan buah-buahan jadi membantu serba sedikit. 

Tapi bila dah menginjak usia ni, risau pula fikir kesihatan di masa akan datang. Tak tahu berapa panjang usia Allah nak kasi pinjam jadi kena la jaga kan. 

Tabiat aku minum ni bergantung kepada level kesibukkan harian aku. Semakin sibuk aku pada hari tersebut semakin sikit la air yang aku minum. Leka dengan kerja. 


Kesan Kurang Minum Air Ikut Pengalaman Peribadi

Meh aku kongsi apa kesan yang aku boleh nampak dan rasai disebabkan tabiat buruk aku kurang minum air kosong. 

Macam aku cakap tadi ganggu sistem pembuangan aku, tidak sampai tahap sembelit tapi aku kurang membuang. 

Kedua ialah kurang air sebabkan aku jadi cepat penat, malas dan tak ceria. Kulit aku pun jadi kering dan teruknya aku ada eczema. 

Memang buruk la kulit kalau terlalu kering. Paling utama aku jadi kurang aktif dan kerja sebagai penulis blog ni kena ada idea dan mood menulis. 

Aku pernah juga cuba turunkan berat badan, aku jaga kuantiti makanan, exercise dan kurangkan pengambilan gula tapi berat masih statik sebab aku kurang minum air.  

Oleh sebab kesedaran baru timbul, aku nak disiplinkan diri untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari tanpa gagal. Cabaran besar sebab aku tak suka minum air. 


Tips Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

Kalau dah pasang niat untuk jaga kesihatan, dah sedar kepentingan minum air maka jom disiplinkan diri untuk minum air yang cukup. 

#1 Tahu berapa jumlah liter air yang perlu diminum sehari

Rujuk jadual yang dikongsi oleh KKM untuk tahu berapa liter air yang perlu di minum mengikut berat badan masing-masing. 


#2 Bina jadual

Ha jadual apa? Jadual persekolahan ke? Jadual minum air lah. Paling mudah bahagikan liter air kepada jam. Contoh kena habiskan 3liter air sehari jadi kena minum 1000ml ikut jadual di bawah. 

#3 Disiplin

Dah letak usaha, tenaga, emosi dan masa kena paksa diri untuk disiplin patuhi jadual. Minum ikut jadual yang ditetapkan supaya target tercapai. 


#4 Set alarm

Kalau anda sejenis pelupa, apa kata set alarm dekat handphone masing-masing supaya dapat ingatkan anda waktu untuk minum air. 


#5 Jangan kerna terpaksa

Ha kau dah macam lirik lagu. Sebaiknya nak buat sesuatu perkara yang baik jangan rasa terpaksa. Kalau terpaksa benda tu jadi separuh jalan. Aku dah pernah buat dulu lepas tu aku tak ikut jadual aku buat. sia-sia sahaja. 


Kesimpulan 

Setakat ini sahaja perkongsian bagaimana cara minum dua liter air kosong sehari tanpa gagal dan tips-tips penting yang kau orang boleh ikut. Mana yang baik dan mudah nak buat silalah amalkan. Kita sama-sama ubah dan sayangi badan kita. 

Jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan. Jumpa di lain entri. 

MURID VIRAL BAWA BEKAL MANGKUK TINGKAT KE SEKOLAH

Murid Viral Bawa Bekal Mangkuk Tingkat Ke Sekolah

Dek kisah viral tentang murid yang bawa mangkuk tingkat sebagai bekal ke sekolah itulah aku terpikat nak beli mangkuk tingkat dekat Shopee. Sebelum ni aku tak heran pun orang duk iklan dekat Facebook. Tapi lepas kecoh kata netizen gelakkan adik ni baru aku terbuka hati nak ada satu juga.

Tak faham kenapa nak gelakkan? Gelak sebab bekas tu besar ke? Atau sebab kalau bawa bekal dalam mangkuk tingkat nampak kelakar? Kalau aku jadi murid tu aku lah budak yang paling happy sebab aku bawa bekal yang emak aku masak.

Emak masak mana pernah tak sedap.



Cerita Sebenar Murid Mangkuk Tingkat Viral

Antara perkara-perkara yang di highlight oleh orang ramai bila gambar adik ni viral ialah isu kebenaran ambil gambar tanpa kebenaran ibu bapa, risau murid tu bawa beg sekolah ditambah lagi bebanan mangkuk tingkat yang besar tu, dan macam-macam lah.

Sebenarnya, ikut penerangan emak dia di FB, Puan Hasimah Abdullah; yang angkat mangkuk tingkat tu ke kelas anak dia ialah suami dia, yang ambil gambar pun suami dia yang merupakan cikgu dekat sekolah tu. Kiranya ayah murid tu mengajar di sekolah yang sama lah. Macam kita lah kan, hari pertama anak ke sekolah semua ambil gambar jadi kenangan.

Sepatutnya jadi memori indah untuk adik tu sekeluarga tapi biasalah, dalam dunia fikiran dan pandangan orang mana sama. Ada yang terharu, yang sedih, ada yang menyampah, ada yang ambil berat.

Salute betul aku dengan semangat emak yang sanggup bangun awal, korbankan masa, tenaga dan waktu tidur untuk sediakan bekal untuk anak. Aku sendiri terkejar-kejar nak siapkan anak sorang ke sekolah.

Anak aku pula sejenis excited nak membeli di kantin. Lemak la aku aku kan. Bagi duit je belanja sekolah je.


Apa kes aku baru tahu tentang SIYA ni? weh kejam dekat diri sendiri. sadis kau ye. 

'Siya membawa maksud mangkuk yang bertingkat-tingkat dan berpemegang, dibuat daripada plastik atau logam, dan digunakan untuk mengisi makanan sebagai bekalan atau pemberian kepada orang lain: atau nama lain mangkuk tingkat: rantang - Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka. 


Mangkuk Tingkat Moden

Aku suka konsep mangkuk tingkat ni sebab dia boleh asingkan lauk. Nak pula aku ni sejenis makan tak reti makan kuah banjir. Lagi kurang kuah lagi aku suka. Mangkuk tingkat ni legend betul, dah wujud sejak dulu lagi, dan sekarang dah dimodenkan dengan bentuk dan warna yang eye catching.

Harga mangkuk tingkat ni sebenarnya boleh tahan ya. Kalau perasan restoran Chef Wan pun ada mangkuk tingkat dia sendiri, untuk restoran dia. Tiffin De Wan Salah satu marketing yang bagus bila dia buka restoran dan serve Tiffin untuk mudahkan pelanggan nak take away.

Cantik pula tu mangkuk tingkat dia. Last year Chef Wan jual Tiffin De Wan juadah Raya pada harga RM109. Ada tiga tingkat dalam tu dia letak ketupat palas, lemas, rendang, serunding, kuih rempeyek dengan dodol.




Harga & Jenis-Jenis Mangkuk Tingkat

Ramai juga sekarang yang mencari mangkuk tingkat ni. Mangkuk tingkat ni ada pelbagai jenis dan harga dia mengikut material, saiz dan juga tingkat. Selalu kita nampak orang bawa bekal bersaiz kecil tiga tingkat. Comel kan?

Kalau nak jadikan mangkuk tingkat sebagai bekas isi makanan dekat rumah biasanya orang beli mangkuk tingkat saiz besar dua tingkat. Lagi best mangkuk tingkat moden boleh personalized design dia okeh.

Boleh tengok mangkuk tingkat aku survey macam dekat bawah ni: 

Klik Sini - Mangkuk Tingkat Enamel 

Klik sini - Set Mangkuk Tingkat StainlessSteel Corak Bunga 

Klik sini - Mangkuk Tingkat Tupperware 

Klik sini - Mangkuk Tiffin Corak 

Aku gerenti geng mak-mak mesti cair hati tengok mangkuk tingkat tu terutama yang bercorak tu, tiffin tu. Arghh. Nampak style je kan nanti balik kampung balik bawa mangkuk tingkat bagi dekat mak. Make sure bawa extra sebab nanti nak tapau juadah raya bawa balik rumah sendiri senang. Ahaks.