Resepi Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Donut antara kuih yang aku jarang buat sebab aku rasa susah nak hasilkan donut yang gebu dan lembut. Bukan setakat donut je, apa jua kuih melibatkan yis memang aku surrender. 
Silap langkah yis tak mengembang. 

Tapi rupanya tak mustahil dan tak lah sukar mana nak buat donut lembut disaluti coklat kalau tahu resepi yang betul. 

Aku terjumpa resepi donut yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan paling penting tak payah uli ataupun tunggu lama. 


Cara Buat Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Lepas bancuh boleh terus digoreng. Resepi donut guna dua bahan ni dah lama viral dan terbukti menjadi. Kiranya peratusan untuk gagal tu amatlah tipis. Ramai ibu dah mencuba jadi aku pun tak mahu terkecuali. 

Resepi donut 2 bahan mudah nak buat


Memandangkan anak-anak sedang membesar dan kerap lapar, donut atau pun kuih keria memang menjadi menu pilihan untuk dijadikan sarapan mahupun menu waktu minum petang. Lagipun bahan yang diperlukan cuma dua jadi tak salah mencuba. 

Andai kata tersalah buat pun tidaklah kecewa sangat. Jom aku kongsikan resepi donut 2 bahan mudah nak buat. Bahan yang diperlukan ialah tepung naik sendiri dan yogurt. Resepi asal dari perkongsian di Facebook. 


Bahan-bahan Resepi donut 2 bahan


Bahan-bahan:

Sediakan 1 cawan (140gram) tepung naik sendiri (tepung kek) dan 190gram plain yogurt. Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sebati. 

Tak perlu tambah bahan lain. Kalau tiada tepung kek boleh buat sendiri dengan gantikan 1 cawan tepung gandum  dicampur dengan 2 sudu teh baking powder.

Kalau tak suka guna Yougurt boleh gantikan dengan ½ cawan susu cair. 


cara bancuh doh donut 2 bahan


Cara masak: 

Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Goreng dalam minyak yang panas. 

Gunting adunan dari piping bag dalam saiz yang kecil. Angkat bila donut bertukar warna keperangan. 



cara goreng donut ball


Tips penting nak buat donut:

1. Buat kecil-kecil, saiz duit 50sen je. Kalau besar nanti dalam dah tak berapa lembut.

2. Masak menggunakan api sederhana kecil je, kalau api besar nanti donut tak sempat mengembang sepenuhnya dan tak lembut.


Mudah bukan? Boleh salut dengan icing sugar atau cicah dengan sos coklat. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba. 

Curang Adalah Pilihan, Curang Juga Adalah Kesalahan

Dua minggu sudah aku sempat menonton sesi live Tuan Syed Azmi bersama seorang wanita di Facebook beliau. 

Isu yang dibincangkan ialah mengenai curang dalam perkahwinan. Curang adalah satu pilihan dan curang merupakan satu kesalahan.

Pemanggil merupakan seorang perempuan dan aku namakan Puan X (sekadar rujukan). Rasanya ramai yang mengenali Tuan Syed Azmi, seorang aktivis yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.


Curang Dalam Perkahwinan Adalah Pilihan & Juga Adalah Kesalahan

Kebanyakkan kes kendalian beliau mendapat perhatian banyak pihak termasuklah isu kekeluargaan termasuklah memperjuangkan hak dan nasib kanak-kanak dan remaja, isu buang bayi dan remaja hamil serta pedofilia.

Tujuan aku berkongsi dengan pembaca blog ini adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu bertujuan berkongsi ilmu dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Banyak ilmu yang aku pelajari semasa menonton sesi perbincangan tersebut dan aku suka cara Tuan Syed menasihati Puan X. 

Sikit pun Syed Azmi tidak marah mahupun menyalahkan Puan X, malah memberikan fakta dan juga nasihat apa yang perlu dilakukan.


Curang adalah pilihan dan juga kesalahan



Isteri Curang Dengan Suami orang

Dalam kes ini, Puan X merupakan isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Usia perkahwinan dah mencecah 17 tahun. Melakukan perbuatan terlarang dengan suami orang dan melakukan perbuatan curang sudah hampir dua tahun.

Walaupun Puan X di uji sebegini tapi dia masih tampil mencari penyelesaian. Sebagai orang luar yang mendengar kisah rumah tangga yang diuji, aku ambil pendekatan untuk ingatkan diri supaya tidak menjadi hakim untuk menghukum kerana aku tidak berada di tempat mereka yang terlibat.

Puan X menghubungi Tuan Syed kerana ingin mendapatkan nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan untuk menebus kesalahan.

Untuk kes Puan X, perbuatan dia terbongkar apabila suami dia dapat tahu. Suami berang dan mahu Puan X dan lelaki (skandal) itu bertanggungjawab.

Oleh sebab rasa geram, marah dan simpan dendam kerana dikhianati, suami ingin ceraikan Puan X dan mahu mereka berdua bertanggungjawab berkahwin.


Kes rumah tangga isteri curang


Suami Rasa Dikhianati Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang


Dalam perbualan itu juga, Puan X meminta pandangan Tuan Syed mengenai niat suami dia yang mahu ambil tindakan undang-undang kerana mengganggu rumah tangga mereka.

Masalah timbul apabila skandal cuba melepaskan diri dalam erti kata lain putuskan hubungan dengan Puan X dan isteri skandal ada beritahu Puan X yang mungkin dia terkena sihir ilmu penunduk.

Puan X dan suami geram kerana lelaki tersebut terlepas begitu sahaja dan minta pendapat bagaimana mahu membawa kes ke muka pengadilan.

Aku tertarik dengan soalan yang diajukan oleh Tuan Syed kepada Puan X. Atas sebab apa suami nak ambil tindakan (bawa skandal ke muka pengadilan)?

Dalam perbualan tersebut, Tuan Syed ada menerangkan jika suami mahu menceraikan Puan X dan suruh berkahwin dengan skandal atas dasar geram, marah dan dendam maka perkara tersebut tidak akan berlaku.

Ini kerana selepas suami menceraikan Puan X, maka dia tiada hak untuk suruh atau paksa Puan X berkahwin dengan skandal.

Lebih menyedihkan Puan X kongsikan yang skandal tidak mahu menceraikan isteri dia dan ternyata hubungan mereka hanya sekadar suka-suka.

Puan X juga bertanyakan tentang JenayahOrang Ketiga kerana suami dia merasakan yang skandal telah mengganggu rumah tangga mereka. 


Akta Jenayah Orang ketiga


Menurut jawapan Tuan Syed, undang-undang itu tidak terpakai untuk kes Puan X kerana perbuatan curang dilakukan olehnya dengan rela hati, tiada wujud paksaan dan dalam keadaan sedar.

Wallahualam, itu apa aku dapat simpulkan dari perbualan tersebut. Ilmu baru untuk aku dan berjaya buka mata untuk aku gali lagi ilmu rumah tangga.

Berkaitan dakwaan terkena sihir penunduk atau ilmu guna-guna, Tuan Syed menerangkan jika ingin membawa kes ke mahkamah semestinya isteri skandal akan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Jadi kena faham apa tindakan yang ingin diambil.

 

Nasihat Syed Azmi Terhadap Isteri Curang

Sebelum menasihati Puan X dengan lebih lanjut, Tuan Syed Azmi memuji tindakan Puan X yang sedar akan kesalahan yang dia lakukan dan ingin bertaubat. 

Dia terangkan juga, sepanjang dua tahun berlakunya curang merupakan pilihan dan jalan yang skandal dan Puan X ambil.

Jadi, dalam kes ini tidak timbul isu mempergunakan dan dipergunakan. Puan X juga bukanlah mangsa jauh sekali ditipu kerana setiap perbuatan dalam keadaan sedar. Dalam kes ini mangsa ialah suami & anak-anak Puan X serta isteri skandal.

Apa yang boleh dilakukan ialah bertaubat, kembali muhasabah diri, memohon kemaafan, duduk berbincang dengan suami dan tentukan hala tuju hubungan. Puan X kena bersedia dengan keputusan dan kehendak suami.

Jika suami setuju untuk memaafkan, Puan X harus bekerja keras untuk kembalikan kepercayaan suami dan anak-anak. Kena buktikan juga yang dia tidak akan berhubung dengan skandal.


Pengakuan isteri curang dengan suami


Kesimpulan

Sesungguhnya rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Isu curang dalam perkahwinan bukanlah perkara baru dan curang juga menandakan perkahwinan itu bermasalah. Baik suami atau isteri yang memilih untuk curang harus fikirkan juga kesan dan akibat atas pilihan yang dibuat.


Cara Remove Background Image Tanpa Jejaskan Kualiti Gambar

Situasi paling kerap berlaku apabila ambil gambar produk untuk tujuan review mahupun untuk simpanan peribadi tapi hasil gambar kurang memuaskan disebabkan background (latar belakang) yang kurang sesuai. 

Kali ini aku nak kongsikan satu website yang mana anda boleh remove image background tanpa menjejaskan kualiti gambar yang asal. 


Cara Remove Image Background Gambar Kualiti HD

Sebelum ni aku pernah cuba beberapa aplikasi dan website percuma yang lain dan sehingga saat ini, foco clipping menepati kehendak aku. 

Tutorial cara nak remove Background Image


Hasil dia memang memuaskan. Selain boleh hapuskan latar belakang, antara feature lain dia adalah tukar background, crop, dan juga effect shadow & outline. 

Foco clipping ini mudah sangat nak guna dan tak perlukan kemahiran edit gambar seperti menggunakan software Adobe Photo Editing tu. Jadi semua orang dah boleh hasilkan gambar seperti di ambil di studio. 


Upload & remove background online percuma


Cara Remove Image Background Menggunakan Foco Clipping 

Langkah 1: Klik https://www.fococlipping.com/

Langkah 2: Upload Image 

Langkah 3: Pilih Smart Remove atau Manual Remove (default website – smart/auto remove). Tersedia 3 jenis mode (Potrait, Product & graphic)

Langkah 4: Pilih Background (Transparent, corak atau color)

Langkah 5: Edit untuk tambah effect shadow & outline (Pilihan)

Langkah 6: Download (Pilih PNG format)

Untuk remove background sahaja tanpa melakukan apa-apa perubahan, boleh langkau langkah nombor 4 dan nombor 5. 

features tersedia digunakan dalam foco clipping


Masalah selalu jadi bila remove image background adalah gambar jadi kabur, dan lebih teruk crop dia tak kemas. Ada bahagian yang tak di buang. Terpaksa padam secara manual. 

Selain daripada hasil foco clipping yang memuaskan, nak guna website dia percuma sahaja. Untuk paparan lebih jelas aku nasihatkan untuk guna laptop ataupun desktop. 

Tapi kalau selesa guna telefon bimbit tidak menjadi masalah besar. Dah ramai yang guna telefon bimbit untuk edit gambar mahupun video sebab mudah dan cepat siap. 


Save PNG Format foco clipping untuk dapatkan gambar kualiti


Semoga sedikit sebanyak perkongsian cara nak remove background image tanpa jejaskan kualiti gambar membantu korang. Boleh kongsikan artikel ini dengan ramai lagi jika ianya bermanfaat untuk korang. 


Rancangan Realiti Korea: New World

New World merupakan rancangan realiti dari Korea Selatan yang telah pun ditayangkan pada 20 November 2021. 

Kalau korang sukakan rancangan realiti seperti Running Man, aku yakin korang mesti akan suka tonton New World.

Rancangan realiti New World bagi aku lebih fresh dengan idea, permainan baru, dan unik.  Penerbit dan penulis New World iaitu Cho Hyo-jin PD dan penulis Park Hyun-sook, merupakan orang yang sama pernah bekerjasama dalam rancangan Running Man. 


Rancangan Realiti Korea: New World Tonton Di Netflix

Dalam rancangan realiti Korea Selatan New World, enam selebriti - Kim Hee-chul, Lee Seung-gi, Eun Ji-won, Jo Bo-ah, Park Na-rae dan Kai daripada kumpulan K-pop Exo - menghabiskan enam hari berada di Pulau yang menjadi idaman mereka. 


Lokasi penggambaran New World di Pulau Oedo Korea Selatan


Sinopsis Rancangan Realiti Korea: New World

Mereka mempunyai citarasa yang berbeza tentang tempat percutian idaman dan masing-masing diberikan tempat penginapan yang diimpikan. 

Mereka perlu menghabiskan enam hari percutian dan perlu bermain permainan serta menyelesaikan misi. 

Setiap pemain diberikan sebuah telefon bimbit sebagai alat komunikasi. Selepas berjaya selesaikan misi pemenang akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata wang pulau tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing. 

Mereka teruja sebab dijanjikan yang selepas tamat percutian, wang yang mereka menang di pulau itu akan menjadi milik mereka. 


Mastermind Rancangan Realiti New World


Percutian yang disangkakan santai rupa-rupanya penuh dengan kejutan. Chemistry antara peserta tak nampak pelik dan masing-masing memainkan watak dengan baik. 

Memang tak sah kalau dalam pertandingan tiada aksi khianat. Itu antara elemen yang ditonjolkan dalam rancangan New World. 

Bayangkan berada di pulau idaman, peluang bercuti sambil menang duit dan ketika itulah mereka juga diuji dengan kemewahan dan kelangsungan hidup. 

Siapa ada duit dia akan berada di atas. Boleh relate sangat dengan kehidupan sebenar. Pendek kata tiada satu pun adegan bosan dalam New World. 

Waktu nak tinggalkan pulau itu pun bukan semudah yang disangka. Ada lagi misi tambahan yang perlu diselesaikan dan aku harap sangat Musim 2 ditayangkan tahun ni juga. 

Barisan Pelakon Rancangan Realiti New World

Peserta kegemaran aku dalam New World semestinya Lee Seung-gi. Suka dengan personaliti yang dia tonjolkan tak kisah dalam lakonan mahupun rancangan realiti lain. 

Lagi seorang yang aku rasa kelakar dan agak bernasib malang ialah penyanyi, Kim Hee-chul. 

Antara perkara yang berbeza dan best tentang rancangan New World ni ialah ianya tidak mempunyai skrip. Apa yang keluar dari mulut masing-masing adalah tindakbalas apa yang berlaku dekat situ. 

Selain itu, misi diberikan adalah berbeza setiap hari dan boleh kaitkan dengan kehidupan sebenar kita bila ada isu pelaburan, aksi khianat, belot kawan sendiri dan kerjasama sahabat untuk berjaya. 


taman botani gaya barat laut di Taman Negara Hallyeohaesang


Lokasi Penggambaran New World

Sumpah cantik gila pulau yang menjadi lokasi penggambaran rancangan New World ni. Pulau Oedo menjadi lokasi penggambaran pilihan yang terletak di selatan Pulau Geoje, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Gyeongsam Selatan.

Ia adalah taman botani gaya barat laut di Taman Negara Hallyeohaesang, dibina oleh Lee Chang-ho dan isterinya ketika mereka menetap di pulau itu pada tahun 1969. 

Selepas 30 tahun membina lanskap dan berkebun barulah pulau ini dibuka kepada pelancong. Ada Taman Venus, Taman Kaktus, Tangga Menuju ke Syurga, dan indah pesisir pantai Korea yang dramatik. 

Tiada kemudahan penginapan dibenarkan jadi Oedo menjadi tumpuan pelancong kerana cuma boleh luangkan masa selama 90 minit untuk melihat Oedo sebelum kembali ke Pulau Geoje. 

Cara nak datang hanya menggunakan Feri dari enam enam destinasi dari Geoje. Beruntung lah kru penggambaran dan peserta program New World.