Rumah Asam Pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera

Awak peminat Asam pedas? Suka Lauk pauk menu masakan kampung? Apa! Tak minat? Huh lemah. Tiba kan nak emosi orang tak minat. Gurau je ok.

Kali ni aku nak kongsi port makan asam pedas dan juga menu lauk pauk kampung yang pastinya memikat selera. Aku kalau datang Melaka tekak teringin Asam Pedas aku singgah makan dekat sini. 



Rumah Asam pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera


Aku tahu tentang kewujudan kedai makan Rumah Asam Pedas Melaka secara tak sengaja masa balik Melaka selepas rancangan nak makan di restoran Sultan Salai Simpang Ampat tak jadi.

Kebetulan restoran Sultan Salai ditutup sementara sebab dia nak baik pulih kedai, aku perasan dia letak tar jalan di sekeliling kedai. Kira baguslah memudahkan pelanggan nak parking kalau datang makan.


makan asam pedas telur mayong di rumah asam pedas melaka


Rumah Asam Pedas Melaka Menu Asam Pedas Baik Punya


Sesekali bila balik kampung dan dapat makan lauk kampung memang seronok lah. Apa yang best dekat Rumah Asam Pedas Melaka ni ialah selain menawarkan menu asam pedas, dia juga ada menu salai seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api & gulai Daging Salai.


Gulai itik salai


Dekat sini korang boleh cuba pelbagai jenis Asam Pedas termasuklah Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembong, Asam Pedas Tenggiri, Asam Pedas Parang, Asam Pedas Telur Mayong, Asam Pedas Siakap, Asam Pedas Jenahak, Asam Pedas Merah, Asam Pedas Terubuk, dan Asam Pedas daging tetel.

Masih terbayang kesedapan kuah asam pedas dia. Ikut skala kesedapan, rasa asam pedas Rumah Asam Pedas Melaka memenuhi citarasa aku. Jangan pula korang marah kalau rasa dia tak seperti kau harapkan.

Oh ya, selain itu kalau tak mahu makan asam pedas mahupun gulai salai boleh lah cuba ayam kampung goreng, udang celup tepung dan menu lebih kurang dekat kedai makan lain.


Menu asam pedas lauk kampung


Lokasi Rumah Asam Pedas Melaka


Salah satu faktor yang menyebabkan kami singgah makan di sini ialah sebab kedudukan kedai ni betul-betul tepi jalan. Senang nak jumpa. Parking je depan kedai. Masa kami sampai waktu lunch, kereta dah berderet parking.

Kedai ni atas bukit jadi kena la mendaki sikit, tak sempat nak penat dah sampai pintu depan. Sedikit kesukaran untuk warga emas yang naik kerusi roda, tapi tak jadi masalah. Pakcik yang jadi penyambut tetamu tu ramah je bagi instruction suruh masuk bilik untuk sanitasi.

Sempat aku borak pakcik tu tinggal tak jauh dari kedai tu. Siap tunjuk lokasi rumah dia lagi. Punyalah friendly rasa macam bapak-bapak cerita pasal sedara mara bila balik kampung.


review rumah asam pedas melaka


Oh kalau nak mudah lepas keluar Tol Simpang Ampat korang waze je, tak sampai 10 minit boleh jumpa kedai ni.

Kedai agak luas, ada kawasan berhawa dingin dan masa aku datang kami pilih duduk area beranda menghadap jalan raya. Berpeluh juga la ketiak, tapi syok luas mata memandang.

Servis pun okay lah kita faham kalau waktu lunch ramai orang tidak la lambat sampai sejam. Acceptable.   

Kalau nak cuba makan di Kedai Asam Pedas Berkat Salam Bukit Katil pun okay juga. Nak makan Udang celup tepung, seafood boleh ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka.


udang celup tepung


Tercapai Hasrat Makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Setelah lama berhajat nak makan asam pedas Telur Ikan Mayong, akhirnya tercapai juga. Suami dengan anak-anak memang akan ikut je selera aku. 

Nak masak Telur Ikan Mayong tu aku tak reti, aku pernah cuba masak tapi gagal.

Buang je satu periuk, nasib masa tu beli sikit je. Selepas kejadian ambil pengajaran jadi kita makan dekat kedai saja. Tak membazir.

Rasa Telur Ikan Mayong nak explain macamana entah, kalau jenis tak suka ikan dia sedikit berbau hanyir. Masa kunyah dia meletus dalam mulut dan rasa dia macam makan telur ayam warna kuning tapi tak rasa apa.

Lah pelik pula aku explain. Maaf korang, sebab aku suka mencuba bagi aku biasa sahaja lah. Nak cuba lagi? Kita cuba menu lain la pula. Sebelum balik boleh bawa anak-anak ke The Shore Oceanarium


Kesimpulan

Jika korang dah lama teringin nak makan asam pedas dan menu lauk pauk kampung boleh la datang dan support makan di Rumah Asam Pedas Melaka. Syahdu weh makan sambil dengar bunyi unggas. Vibe kampung tu sampai lah.

Jamu Ratu Emas ReBeauty Hilangkan Keputihan & Masalah Kesihatan Dalaman Wanita

Ramai wanita sering merungut terutama yang sudah berkahwin kelihatan tua sebelum usia akibat terbeban dengan tanggungjawab dan masalah kesihatan dalaman wanita. Tak kira lah sama ada wanita yang bekerja mahupun suri rumah tangga sepenuh masa.

Masing-masing menggalas tanggungjawab berat nak pastikan keluarga dalam keadaan aman harmoni dan bahagia.

Selain memikul tanggungjawab di tempat kerja, tugasan di rumah tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Sibuk uruskan anak-anak dan suami sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri.


Jamu Ratu Emas ReBeauty Hilangkan Keputihan & Masalah Kesihatan Dalaman Wanita

Tambahan faktor seperti kurang bersenaman, tak jaga pemakanan dan stres menjadi punca mengundang pelbagai penyakit.

Antara masalah kesihatan dalaman yang sering dikaitkan dengan wanita adalah seperti masalah keputihan, kitaran period tidak teratur, berat badan berlebihan, senggugut yang teruk serta Miss V gatal dan berbau menghantui ramai wanita.

 

Jamu Ratu Emas ReBeauty Hilangkan keputihan




Masalah Keputihan Masalah Kebanyakkan Wanita

Menurut Doktor Ikram Rauhi, pengamal perubatan yang banyak berkongsi tentang kesihatan, gaya hidup dan diet yang sihat di media sosial menerangkan terdapat dua jenis keputihan, iaitu keputihan yang normal dan juga keputihan yang disebabkan penyakit tertentu.

Ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri keputihan tersebut, ada keputihan yang berbau, ada yang berwarna contoh keputihan berwarna hijau/ kuning, ada keputihan yang berwarna coklat/ merah.


Punca Masalah Keputihan Bagi Wanita

Manakala empat punca terjadinya masalah keputihan dikenalpasti seperti dibawah:

1. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria.

2. Pengambilan pil perancangan atau ubat antibiotik dalam jangka masa panjang yang menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan

3. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, tidak menjaga kebersihan diri, serta melakukan aktiviti seks dan sering bertukar pasangan. 

4. Wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, pesakit SLE (imuniti rendah), dan pesakit yang sedang menjalani proses kimoterapi.


Cara Cegah & Hilangkan Masalah Keputihan

Tiada penyakit yang tiada ubatnya dan bagi merawat masalah keputihan yang berlebihan dan tidak normal boleh rujuk cara-cara dibawah:

1.Penggunaan Produk Pembersih Wanita

Sebelum menggunakan apa-apa produk pembersih wanita, kenalpasti dan pilih pencuci yang selamat agar tidak mengganggu supaya tidak mengganggu keseimbangan pH faraj.

2.Pengambilan ubat & antibiotik dalam jangka panjang

Kawal pengambilan ubat dan juga antibiotik yang terlalu lama tanpa mendapat nasihat dan pemerhatian dari doktor.

3. Kerap tukar pad

Jaga kebersihan dan kerap tukar panty liner dan pad ketika period untuk elak jangkitan kuman berlaku. 

4. Amalkan gaya hidup sihat

Utamakan pemakanan sihat dan seimbang. Kena kurangkan pengambilan gula putih dan kena lah kerap bersenam keluarkan peluh serta elak diri berada dalam tekanan.

5. Ikhtiar dengan mengamalkan makanan tambahan iaitu Jamu Ratu Emas oleh ReBEAUTY.

 

Kapsul Jamu Ratu Emas ReBeauty



Kembali Cantik Jelita Dengan Jamu Ratu Emas ReBEAUTY

Jamu Ratu Emas ReBEAUTY dirumus khas buat wanita yang mengalami masalah kesihatan dalaman yang berfungsi untuk meningkatkan tenaga dalaman serta membantu dalam penjagaan kesihatan wanita.

Produk Jamu Ratu Emas juga bertindak mengganjal dan menggebukan aset wanita terutama payudara & punggung. Antara kebaikan lain adalah seperti:

Merapatkan / mengetatkan miss V

Merawat masalah miss V (gatal-gatal)

Merawat masalah keputihan & lendir berlebihan

Menghilangkan bau busuk badan

Mengurangkan sakit haid / senggugut

Membaiki kitaran haid

Payudara lebih montok

Punggung lebih anjal & bulat

Menambahkan tenaga dalam badan

  Awet Muda


Jamu Ratu Emas ReBEAUTY, Produk Muslim Halal & Lulus KKM

Jamu Ratu Emas merupakan produk Muslim berstatus Halal dan mendapat kelulusan KKM (No rujukan MAL16110048TC). Sesuai dijadikan supplement harian kerana kelebihan Jamu ratu emas adalah meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga sekaligus membuang toksid dalam badan.

Jamu Ratu Emas bukan hanya untuk wanita berkahwin sahaja malah sesuai diamalkan seawal umur 16 tahun dan ke atas.


Bahan kandungan Jamu Ratu Emas ReBeauty



Bahan Utama Kandungan Jamu Ratu Emas

Empat bahan utama yang terkandung di dalam Jamu Ratu Emas adalah Kacip Fatimah, Manjakani, Pokok Serapat dan juga Kunyit Hidup yang terkenal kerana kebaikkan khasiatnya.

Bahan-bahan yang digunakan juga amat bagus sebagai penyelesaian kepada masalah kulit kering dan kusam kerana membantu dalam proses membaiki pigmen kulit supaya kulit sentiasa lembap dan sihat.

Bagi wanita yang sering mengalami senggugut yang teruk setiap bulan serta kitaran haid yang tidak normal digalakkan untuk mengamalkan Jamu Ratu Emas secara konsisten untuk mendapat hasil yang diinginkan.

Kesan haid tak teratur boleh akibatkan: kegemukan, terlalu kurus, lebihan hormon prolaktin, masalah kelenjar tiriod, Radang pelvis (PID), Pre-menopaus, stress, dan sukar hamil.

Selain itu, Ratu Jamu emas juga membantu proses pengurangan berat badan dengan meningkatkan metabolisme badan dan bertindak sebagai catalyser.

Jamu Ratu Emas ReBEAUTY dipercayai oleh pengguna kerana bebas bahan terlarang dan bahaya seperti hormon, pengawet, gluten, Gmo, Antibiotik dan Bahan kimia berbahaya.

 

Pantang Larang Makan Jamu Ratu Emas

Kalau amalkan Jamu antara pantang larang yang perlu dipatuhi ialah:

Datang Bulan – Berhenti makan jamu ketika period sebab waktu itu sistem penyerapan dalam badan rendah dan lemah sekitar 80% sahaja khasiat diserap. Jadi sambung makan selepas period habis.

Ibu Mengandung – Tidak disarankan untuk ibu mengandung demi menjaga kesihatan bayi dalam kandungan.

Ibu Menyusukan Anak – Bagi ibu yang menyusukan anak boleh mengamalkan Jamu Ratu Emas setelah bayi berusia 2bulan keatas. Manfaat lain seperti melancarkan peredaran darah, mengembalikan elastisiti vagina dan rahim, dan juga berupaya merawat luka-luka dalaman selepas bersalin.

 

Testimoni Jamu Ratu Emas Period & Kitaran haid kembali Normal


Testimoni Jamu Ratu Emas ReBeauty Keputihan semakin kurang



Dekat Mana Nak Dapatkan Jamu Ratu Emas?

Sekarang adalah waktu terbaik untuk mendapatkan Jamu Ratu Emas ReBEAUTY kerana ada promosi jimat dan boleh dapat free gift. Selain itu kos postage pun percuma.

Harga Normal:

1xbotol= RM129

2x botol = RM258

 

Harga Promosi:

1x botol = RM80 free postage

2x botol = RM150 free postage


Dapatkan info dan maklumat lanjut berkenaan Jamu Ratu Emas ReBEAUTY melalui media sosial mereka

Website Ratu Emas Beauty

Shopee 

Facebook 

Instagram 

Tiktok 

Youtube 

 

Kesimpulan

Jamu Ratu Emas ReBEAUTY amat bagus terutama untuk menghilangkan keputihan & masalah dalaman wanita sekaligus menjadikan wanita berkahwin kembali dara. 

Semoga wanita yang mengalami masalah dalaman dan malu untuk berkongsi dengan orang lain menjadikan Jamu Ratu Emas sebagai salah satu ikhtiar untuk sihat.

Resepi Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Donut antara kuih yang aku jarang buat sebab aku rasa susah nak hasilkan donut yang gebu dan lembut. Bukan setakat donut je, apa jua kuih melibatkan yis memang aku surrender. 
Silap langkah yis tak mengembang. 

Tapi rupanya tak mustahil dan tak lah sukar mana nak buat donut lembut disaluti coklat kalau tahu resepi yang betul. 

Aku terjumpa resepi donut yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan paling penting tak payah uli ataupun tunggu lama. 


Cara Buat Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Lepas bancuh boleh terus digoreng. Resepi donut guna dua bahan ni dah lama viral dan terbukti menjadi. Kiranya peratusan untuk gagal tu amatlah tipis. Ramai ibu dah mencuba jadi aku pun tak mahu terkecuali. 

Resepi donut 2 bahan mudah nak buat


Memandangkan anak-anak sedang membesar dan kerap lapar, donut atau pun kuih keria memang menjadi menu pilihan untuk dijadikan sarapan mahupun menu waktu minum petang. Lagipun bahan yang diperlukan cuma dua jadi tak salah mencuba. 

Andai kata tersalah buat pun tidaklah kecewa sangat. Jom aku kongsikan resepi donut 2 bahan mudah nak buat. Bahan yang diperlukan ialah tepung naik sendiri dan yogurt. Resepi asal dari perkongsian di Facebook. 


Bahan-bahan Resepi donut 2 bahan


Bahan-bahan:

Sediakan 1 cawan (140gram) tepung naik sendiri (tepung kek) dan 190gram plain yogurt. Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sebati. 

Tak perlu tambah bahan lain. Kalau tiada tepung kek boleh buat sendiri dengan gantikan 1 cawan tepung gandum  dicampur dengan 2 sudu teh baking powder.

Kalau tak suka guna Yougurt boleh gantikan dengan ½ cawan susu cair. 


cara bancuh doh donut 2 bahan


Cara masak: 

Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Goreng dalam minyak yang panas. 

Gunting adunan dari piping bag dalam saiz yang kecil. Angkat bila donut bertukar warna keperangan. 



cara goreng donut ball


Tips penting nak buat donut:

1. Buat kecil-kecil, saiz duit 50sen je. Kalau besar nanti dalam dah tak berapa lembut.

2. Masak menggunakan api sederhana kecil je, kalau api besar nanti donut tak sempat mengembang sepenuhnya dan tak lembut.


Mudah bukan? Boleh salut dengan icing sugar atau cicah dengan sos coklat. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba. 

Curang Adalah Pilihan, Curang Juga Adalah Kesalahan

Dua minggu sudah aku sempat menonton sesi live Tuan Syed Azmi bersama seorang wanita di Facebook beliau. 

Isu yang dibincangkan ialah mengenai curang dalam perkahwinan. Curang adalah satu pilihan dan curang merupakan satu kesalahan.

Pemanggil merupakan seorang perempuan dan aku namakan Puan X (sekadar rujukan). Rasanya ramai yang mengenali Tuan Syed Azmi, seorang aktivis yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.


Curang Dalam Perkahwinan Adalah Pilihan & Juga Adalah Kesalahan

Kebanyakkan kes kendalian beliau mendapat perhatian banyak pihak termasuklah isu kekeluargaan termasuklah memperjuangkan hak dan nasib kanak-kanak dan remaja, isu buang bayi dan remaja hamil serta pedofilia.

Tujuan aku berkongsi dengan pembaca blog ini adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu bertujuan berkongsi ilmu dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

Banyak ilmu yang aku pelajari semasa menonton sesi perbincangan tersebut dan aku suka cara Tuan Syed menasihati Puan X. 

Sikit pun Syed Azmi tidak marah mahupun menyalahkan Puan X, malah memberikan fakta dan juga nasihat apa yang perlu dilakukan.


Curang adalah pilihan dan juga kesalahan



Isteri Curang Dengan Suami orang

Dalam kes ini, Puan X merupakan isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Usia perkahwinan dah mencecah 17 tahun. Melakukan perbuatan terlarang dengan suami orang dan melakukan perbuatan curang sudah hampir dua tahun.

Walaupun Puan X di uji sebegini tapi dia masih tampil mencari penyelesaian. Sebagai orang luar yang mendengar kisah rumah tangga yang diuji, aku ambil pendekatan untuk ingatkan diri supaya tidak menjadi hakim untuk menghukum kerana aku tidak berada di tempat mereka yang terlibat.

Puan X menghubungi Tuan Syed kerana ingin mendapatkan nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan untuk menebus kesalahan.

Untuk kes Puan X, perbuatan dia terbongkar apabila suami dia dapat tahu. Suami berang dan mahu Puan X dan lelaki (skandal) itu bertanggungjawab.

Oleh sebab rasa geram, marah dan simpan dendam kerana dikhianati, suami ingin ceraikan Puan X dan mahu mereka berdua bertanggungjawab berkahwin.


Kes rumah tangga isteri curang


Suami Rasa Dikhianati Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang


Dalam perbualan itu juga, Puan X meminta pandangan Tuan Syed mengenai niat suami dia yang mahu ambil tindakan undang-undang kerana mengganggu rumah tangga mereka.

Masalah timbul apabila skandal cuba melepaskan diri dalam erti kata lain putuskan hubungan dengan Puan X dan isteri skandal ada beritahu Puan X yang mungkin dia terkena sihir ilmu penunduk.

Puan X dan suami geram kerana lelaki tersebut terlepas begitu sahaja dan minta pendapat bagaimana mahu membawa kes ke muka pengadilan.

Aku tertarik dengan soalan yang diajukan oleh Tuan Syed kepada Puan X. Atas sebab apa suami nak ambil tindakan (bawa skandal ke muka pengadilan)?

Dalam perbualan tersebut, Tuan Syed ada menerangkan jika suami mahu menceraikan Puan X dan suruh berkahwin dengan skandal atas dasar geram, marah dan dendam maka perkara tersebut tidak akan berlaku.

Ini kerana selepas suami menceraikan Puan X, maka dia tiada hak untuk suruh atau paksa Puan X berkahwin dengan skandal.

Lebih menyedihkan Puan X kongsikan yang skandal tidak mahu menceraikan isteri dia dan ternyata hubungan mereka hanya sekadar suka-suka.

Puan X juga bertanyakan tentang JenayahOrang Ketiga kerana suami dia merasakan yang skandal telah mengganggu rumah tangga mereka. 


Akta Jenayah Orang ketiga


Menurut jawapan Tuan Syed, undang-undang itu tidak terpakai untuk kes Puan X kerana perbuatan curang dilakukan olehnya dengan rela hati, tiada wujud paksaan dan dalam keadaan sedar.

Wallahualam, itu apa aku dapat simpulkan dari perbualan tersebut. Ilmu baru untuk aku dan berjaya buka mata untuk aku gali lagi ilmu rumah tangga.

Berkaitan dakwaan terkena sihir penunduk atau ilmu guna-guna, Tuan Syed menerangkan jika ingin membawa kes ke mahkamah semestinya isteri skandal akan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Jadi kena faham apa tindakan yang ingin diambil.

 

Nasihat Syed Azmi Terhadap Isteri Curang

Sebelum menasihati Puan X dengan lebih lanjut, Tuan Syed Azmi memuji tindakan Puan X yang sedar akan kesalahan yang dia lakukan dan ingin bertaubat. 

Dia terangkan juga, sepanjang dua tahun berlakunya curang merupakan pilihan dan jalan yang skandal dan Puan X ambil.

Jadi, dalam kes ini tidak timbul isu mempergunakan dan dipergunakan. Puan X juga bukanlah mangsa jauh sekali ditipu kerana setiap perbuatan dalam keadaan sedar. Dalam kes ini mangsa ialah suami & anak-anak Puan X serta isteri skandal.

Apa yang boleh dilakukan ialah bertaubat, kembali muhasabah diri, memohon kemaafan, duduk berbincang dengan suami dan tentukan hala tuju hubungan. Puan X kena bersedia dengan keputusan dan kehendak suami.

Jika suami setuju untuk memaafkan, Puan X harus bekerja keras untuk kembalikan kepercayaan suami dan anak-anak. Kena buktikan juga yang dia tidak akan berhubung dengan skandal.


Pengakuan isteri curang dengan suami


Kesimpulan

Sesungguhnya rumah tangga mana yang tidak dilanda badai. Isu curang dalam perkahwinan bukanlah perkara baru dan curang juga menandakan perkahwinan itu bermasalah. Baik suami atau isteri yang memilih untuk curang harus fikirkan juga kesan dan akibat atas pilihan yang dibuat.