Food Review - Penang Chendul, Authentic Taste of Traditional Penang

Jika korang nak makan cendol di tempat yang selesa, ada penghawa dingin, tak panas dan paling penting dalam shopping mall, Penang Chendol adalah tempatnya.

Lepas penat shopping boleh singgah hilangkan dahaga dan kenyangkan perut. Kiosk yang Diah pergi ni terletak di Ground Floor Wangsa Walk Mall.

Antara mall pilihan kami sekeluarga waktu hujung minggu. Selain cendol, suka makan Dubuyo dan tapau Empire Sushi dekat sini.

Dubuyo Urban Korean Food



Penang Chendul, Authentic Taste of Traditional Penang

Wangsa Walk Mall cukup pakej hiburan untuk keluarga sebab ada panggung wayang, pusat bowling, tempat karaoke keluarga dan banyak tempat makan.

Kami singgah ke Penang Chendol sebab kebetulan perut masih penuh sebab breakfast nasi lemak pagi tu. Anak-anak dah lenguh kaki berjalan jadi baiklah alas perut sebelum masing-masing buat perangai.

Cendol dekat sini sedap ya. Tidak terlalu manis, santan / susu dia guna tidak ada bau pelik. Ada sesetengah kedai guna santan kotak. Jadi ada bau kurang menarik bila makan.

Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point



Cendol-Penang-Chendul



Food Review - Penang Chendul, Authentic Taste of Traditional Penang


Memandangkan pertama kali makan dekat sini jadi kami cuba Frosty Mango (ais kepal), Original Cendol, Original Ice Kacang (ABC), Ayam Pandan dan juga Penang Assam Laksa.

Dalam gambar nampak macam banyak tapi portion makanan Penang Chendul tidaklah besar mana. Saiz hidangan sesuai untuk seorang makan.

Bila makan Assam Laksa dekat sini, teringat kenangan makan laksa di Ampang Park masa berkursus dengan BNM waktu muda-muda dulu.



Assam-Laksa-Penang-Chendul



Sedihnya kedai tu dah tutup dan berpindah dekat tempat lain sebab bangunan dekat area Ampang Park dirobohkan untuk tujuan pembangunan kawasan tersebut.

Rasa laksa tu hampir sama. Kuah agak pekat dan banyak isi ikan. Sebagai hantu laksa, Penang Assam Laksa di Penang Chendul berjaya masuk dalam senarai laksa sedap di KL perlu cuba.

Paling penting kuah pekat dan tidak berbau tengik macam jenama laksa yang popular yang selalu Diah makan tu.



Laksa-utara



Hidangan Ayam Pandan dia kecil je. Small bites saiz bak kata orang putih. Tak cukup untuk dikongsi berdua. Rasa ayam diperap cukup rempah dan ayam dia lembut, juicy.



Ayam-Pandan-Penang-Chendul


ABC dia okay la pada tekak Diah dan sedikit manis. Bahan-bahan dalam tu agak banyak dan kelainan dia cuba tonjolkan air gula dia guna ada rasa air sarsi.

Waktu kecil, ABC Diah makan hanya letak sirap berbau pandan dan gula merah je.



ABC


Frosty Mango tu Diah order sebab nampak macam menarik dalam gambar. Mudah betul terpengaruh nak cuba. Tak menyesal la cuba. Tidak la memenuhi expectation tapi tidak la mengecewakan. Sedang elok manis dia. 



Frosty-Mango-Penang-Chendul



Mahal Tak Makan Dekat Penang Chendul?

Harga makanan dekat sini boleh tahan juga. Kalau dibandingkan, rasa lebih berbaloi jika makan di Cendol Durian Runtuh dekat Setapak tu. 

Lebihnya dekat sini pelanggan bayar servis caj untuk keselesaan. Dalam mall tertutup lebih privacy. Jadi semuanya berbalik kepada pilihan anda.

Frosty Mango RM11.60

Original Chendul RM8.40

Original Ice Kacang RM8.40

Ayam Pandan RM11.60

Penang Assam Laksa RM14.70


Overall suami dan anak-anak suka. InshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi. Tapi kami ni sejenis kalau dah cuba mesti nak cuba tempat lain pula. Jadi, nak makan mana lepas ni?

Domain Renewal Blog Rodiah Amir

Seperti tahun-tahun yang sudah, tanpa gagal NetKL Network akan hantar peringatan melalui e-mail tentang domain blog yang menghampiri tarikh tamat tempoh.

Semestinya perlu diperbaharui setiap tahun. Ikutkan ini tahun ke lima Diah renew domain dan setakat ini masih lagi setia bersama NetKL Network.

Puas hati dengan mutu perkhidmatan dan kerja mereka. Tidak dinafikan, kakitangan NetKL Network pantas terutama bila berkomunikasi dengan pelanggan.


Renew-domain-blog-rodiahamir


Domain Renewal Blog Rodiah Amir

Throwback pada tahun 2018, Diah mula mendaftar domain blog setelah ambil masa cukup lama berfikir dan ambil keputusan menggunakan nama domain www.rodiahamir.com

Lebih tepat Diah daftar domain pada 13 Mei 2018, sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran suami. Tarikh dekat-dekat jadi mudah nak ingat.

Cara Beli & Pasang Domain

Terima invois beserta peringatan bayaran berjumlah RM55 untuk tempoh domain aktif selama setahun melalui e-mail.

Memang NetKL Network akan hantar reminder satu bulan sebelum domain tamat tempoh. Bagi Diah masa sebulan tu tempoh yang amat berpatutan samada nak teruskan melanggan domain atau tidak.

Renew-Blog-rodiah-amir


Renew Domain Blog Masuk Tahun Ke Lima

Ikutkan status sekarang, Diah dah kurang terima tawaran penulisan review menggunakan blog. Majoriti client lebih sukakan review di Instagram, TikTok dan juga Facebook.

Jadi, bukanlah keutamaan pada waktu sekarang nak kena renew domain blog rodiahamir. Tapi bila fikirkan jangka masa panjang, dan perasaan sayang dekat domain rodiahamir memang pejam mata waktu buat bayaran.

Bagi sesetengah orang jumlah RM55 mungkin satu jumlah yang kecil. Bagi Diah secara peribadi, setiap apa yang dilaburkan sekurang-kurangnya kena buat sehingga pulang modal.

Baru lah kita lebih bersemangat nak buat sesuatu. Sehingga hari ini, syukur kepada Tuhan apa yang diusahakan mendatangkan hasil walaupun tak banyak mana.

Pernah sebelum ini, NetKL Network tawarkan potongan harga jika pelanggan memilih untuk perbaharui domain lebih dari setahun.

Kesan Kepada Blog Bila Guna Domain Sendiri

Domain-renewal-2023


Tapi sekarang tawaran tu sudah tiada. Ralat juga rasa sebab tak ambil peluang. Semoga ada diskaun lagi ditawarkan di masa hadapan.

Apa yang menguatkan semangat Diah untuk terus menulis blog adalah atas dasar minat berkongsi dan bercerita.

Kadang-kadang tak sedar pun apa yang dikongsi tu rupa-rupanya dapat membantu orang lain. Lagi seronok bila ada pembaca komen, kongsi pengalaman dan beri feedback yang positif.

Dalam masa yang sama, tujuan Diah buat blog nak jadikan sebagai lubuk pahala. Harapnya jadi ladang pahala yang berterusan. InshaAllah.

Terima kasih untuk semua yang sudi singgah dan baca blog Diah. Semoga silaturrahim kita walaupun hanya di alam maya berkekalan.

Resepi Chocolate ala ROYCE Khairul Aming

Bulan puasa yang lepas influencer terkenal Khairul Aming yang terkenal kerana menjual Sambal ada berkongsi resepi chocolate kayangan dalam siri 30 hari 30 resepi sepanjang Ramadan. 

Resepi chocolate kayangan yang dimaksudkan ialah Chocolate ala ROYCE, ada juga yang panggil coklat B40. Tak pastilah sebab sebenar. 

Mungkin disebabkan olahan resepi rasa chocolate kayangan dapat dinikmati oleh golongan B40 agaknya. Bahan-bahan pun murah sedikit berbanding coklat Royce. 


Chocolate-ala-ROYCE


Resepi Chocolate ala ROYCE Khairul Aming

Tunggu mood rajin nanti datang mungkin boleh buat sendiri. Bila tu tak janji lagi. Tapi nak kongsi je resepi dekat sini untuk rujukan masa depan. 

Perkongsian pada puasa hari ke-14: Chocolate ala ROYCE. Senang sangat nak buat guna empat bahan sahaja. Hasilnya dapat rasa chocolate yang kuat, sejuk, cair dalam mulut. 

Macam biasa, bila Khairul Aming kongsi resepi makan berduyun manusia terpengaruh untuk mencuba juga. Memang akan habis la bahan-bahan dekat pasaraya. 

Nampak perkongsian di TikTok ada yang berjaya buat, tak kurang juga ada yang bersedih bila coklat tak jadi seperti yang diharapkan. 

Entah mana silapnya tak tahu. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat ROYCE ini adalah; 1.5 cawan whipping cream, 50g unsalted butter, 350g bittersweet chocolate, dan coco powder je. Ya, 4 bahan sahaja.


Chocolate-ala-ROYCE-KhairulAming


Cara Penyediaan:

Panaskan satu setengah cawan whipping cream bersama 50-gram unsalted butter. 

Dalam mangkuk berasingan masukkan 350-gram bittersweet chocolate dan gaul bersama cream yang panas tadi. Penggunaan coklat adalah mengikut selera masing-masing. 

Paling penting kena guna coklat berkualiti baru jadi. Kacau sehingga coklat cair. Kemudian curahkan coklat ke dalam bekas yang di alas dengan baking paper. 

Ketuk tray supaya udara dapat dikeluarkan. Sejukkan selama empat sehingga lima jam di dalam peti sejuk. 

Bila coklat sudah keras, boleh keluarkan dan potong menjadi bentuk empat segi. Susun di atas tray dan kemudian boleh taburkan serbuk koko. 

Boleh dihidangkan dan makan ketika coklat masih sejuk. Selamat mencuba. 

Chocolate-B40-Jiha-Bakery


Review Chocolate ala ROYCE - Coklat B40 Jiha Bakery

Oleh sebab Diah kerajinan masih belum muncul tapi teringin nak makan, maka kita cari sajalah coklat B40 orang jual. Rezeki dapat beli di Jiha Bakery. 

Satu bekas kecil dijual pada harga RM15. Masih berpatutan harganya dan rasa dia pun sedap. Memang sekelip mata habis kami anak beranak makan. 

Serbuk coklat tu pahit sesuai dimakan bersama coklat yang manis. Tidak la rasa muak. Sedang elok. Kena makan waktu coklat tu sejuk, bertambah sedap jadinya. 

Korang yang berhampiran boleh cari di Jiha Bakery yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Tapi hati-hati masuk ke sana pasti akan tewas dengan aneka dessert yang lain. 

Ada macam-macam manisan, kek, Buko Pandan dan biskut raya. Jiha Bakery jadi pilihan kami bila beli kek untuk birthday. 

Setakat ni suka semua produk Jiha Bakery. Paling latest beli kek untuk birthday abang ipar. 

Birthday Cake Tema Frozen             Birthday Cake Tema Ikan Duyung Ariel

birthday-cake-Jiha-Bakery


Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Kuah kacang merupakan antara menu tradisi yang sering dihidangkan pada musim perayaan juga majlis-majlis keraian. Menu wajib lah kiranya.

Sekarang dah tak sah kalau nak jadikan alasan tak pandai masak kuah kacang sebab dah banyak produk instant dipasaran yang jadi penyelamat kaum ibu waktu raya ni.

Antara menu segera yang telah dikomersilkan dan tak perlu susah payah nak disediakan ialah kuah kacang. Boleh dimakan bersama nasi impit, satay, ketupat dan lontong.


Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Memang menjadi penyelamat kaum ibu di musim perayaan ni. Senang di sediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.  

Pertama kali Diah cuba sambal kacang ketupat & Satay jenama Jamilah Mansor (JM) dan Diah berpuas hati sangat.

Kuah-kacang-instant-JM


Nak sediakan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit dan boleh dihidangkan untuk tetamu di hari raya. Jadi tiada masalah kalau tetamu datang secara tiba-tiba.

Untuk yang tak suka guna produk segera boleh cuba resepi Resepi Kuah Kacang 4 Bahan 

Sambal kacang ketupat & Satay jenama JM sebenarnya dah lama wujud dan baru sekarang Diah terbuka hati nak guna.

Betul cakap orang, kalau ada benda yang mudahkan kerja kenapa perlu susah payah? Diah dah pernah sebut dalam entri nak cuba kuah kacang segera sejak tahun 2021 lagi.

Akhirnya cuba juga. Rasa kuah kacang guna pes segera pun sedap. Pertama kali masak guna daun pandan. Hanya perlu adjust ikut selera sendiri.

Resepi Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim


Kuah-kacang-segera

Cara Masak Kuah Kacang Segera JM

Cara nak masak ada disediakan di bahagian belakang plastik pembungkusan. Ikut sahaja confirm jadi. Cadangan satu paket kecil Sambal kacang ketupat & Satay JM boleh dihidangkan kepada lima orang.

Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebiji bawang yang dihiris dengan sedikit minyak.

Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air bersama daun pandan. Biarkan sehingga mendidih. Kalau nak kuah cair cuma lebihkan sukatan air.


Kuah-kacang-instant


Kemudian masukkan pes sambal kacang ketupat dan masak sehingga terbit minyak. Guna api perlahan.

Letak serbuk perasa ikut kesukaan masing-masing. Kuah kacang jenama JM agak manis dan kurang kacang.

Boleh tambah kacang jika rasa tak cukup.  


Kesimpulan

Dengan adanya pes segera sambal kacang ketupat & Satay JM sangat mudah disediakan dan paling penting rasa dia sedap. Tak risau kalau kena masak kuah kacang lepas ni.

Sepuluh minit dah siap.