Makan Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point

Rodiah Amir
0
Sesi food hunting (kali ni makan cendol durian) diteruskan lagi selepas balik cuti Raya. Cendol adalah antara pencuci mulut yang aku suka selain kek.

Oleh sebab perut asyik dijamu dengan juadah Raya jadi kami meneruskan misi mencari makanan sedap berdekatan rumah.

Memandangkan kebanyakkan kedai masih bercuti dan kalau ada yang beroperasi pun amatlah terhad jadi kami tak banyak songeh asalkan dapat makan.


Makan Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point

Sebenarnya secara tak sengaja kami cuba Cendol Durian di Cendol Durian Runtuh Setapak. Permintaan suami. Tak mahu panjangkan cerita, aku turutkan saja kemahuan suami.

Ternyata ianya merupakan pilihan yang tepat sebab cendol durian di Cendol Durian Runtuh Setapak menepati selera kami sekeluarga.


Cendol Durian Café Cacamerba Wangsamaju |

Makan-Cendol-Durian-Runtuh-Starparc-Point



Makan Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point

Kedai Cendol Durian Runtuh terletak di Starparc Point, Danau Kota. Kedai lama dibuka di Chowkit dan pernah viral satu ketika dulu.  Kemudian mereka berpindah ke lokasi sekarang.

Kedai dia tidak terlalu besar tetapi bersih dan selesa dibandingkan kalau makan cendol gerai di tepi jalan. Jadi kalau nak makan dalam keadaan selesa kena makan dekat kedai proper ada kerusi dan meja.


Cendol-Durian-Runtuh-StarparcPoint


Waktu kami cuba, kami pesan dua cendol durian, satu cendol biasa. Memandangkan anak kedua tak makan durian dan tak suka cendol jadi belikan Teh O ais dan Suhun Sup.

Semangkuk cendol di isi dengan santan dan bahan-bahan lain yang biasa orang letak dalam cendol serta dua ketul isi durian bersaiz besar dan fresh. Bau harum durian memang menusuk ke hidung.


Cendol-Durian


Harga satu mangkuk cendol biasa RM4 dan Cendol durian ialah RM14 (harga bungkus kena tambah RM2). Harga makanan yang dijual, bagi aku berpatutan. Jangan bandingkan harga dekat luar bandar ya.

Sambil makan mulut tak henti-henti puji sedap. Cendol dia tidak terlalu manis dan santan yang digunakan ialah santan kelapa sawit.

Berbeza dengan santan biasa, santan sawit tidak menimbulkan rasa muak. Memang terbaik lah.

Laksa Sarang, Cendol Durian Kak Ani |


Food-hunting-Makan-Cendol-Durian-Runtuh-Starparc-Point


Menu Cendol Durian Runtuh

Selain terkenal dengan Cendol Durian, korang boleh cuba makanan lain seperti ayam penyet, asam pedas, mee kari, pecal leleh, udang penyet, sotong penyet, ketam penyet, daging penyet dan pelbagai minuman.

Dekat sini juga ada dijual menu Asam pedas Johor Mak Embun. Set makan tengahari pelbagai menu asam pedas seperti:

Asam Pedas Tenggiri: RM10 - RM12

Asam Pedas Ikan Pari: RM12

Asam Pedas Ikan Kembung: RM10

Asam Pedas Kepala Ikan Merah: RM15 – RM35


Menu-Cendol-Durian-Runtuh-Starparc-Point



Hari tu kebetulan aku pergi katanya set Asam Pedas mula dijual selepas pukul 2 petang. Tiada rezeki nak cuba.

Waktu Operasi:

Isnin hingga Ahad: 11.00 pagi - 10.00 malam

Alamat:

Cendol Durian Runtuh, Starparc Point, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur


Cendol-Durian-Runtuh-Starparc-Point


Overall aku suka dengan layanan, rasa makanan dan juga keselesaan kedai Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point. Selain dapat rasa makanan sedap, kami dapat cipta kenangan dengan anak-anak. Moga nanti bila dah besar, anak-anak akan hargai setiap saat masa kami bersama. Lah emosi, sedih pula.

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)