Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka tahun ni dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL). 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Nama lama dia World Trade Centre Kuala Lumpur, yang dulu juga dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC). 

PBAKL berlangsung bermula 26 Mei hingga dan berakhir 4 Jun 2023. Tahun ni meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan. 


Jalan-jalan-PBAKL



Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023 

Pertama sekali rasa bangga sangat sebab ramai anak muda turun ke pesta buku tahun ni. Syukur tabiat membaca dan cintakan buku masih tebal di jiwa anak muda.  

Tahun ni berkesempatan bawa anak-anak merasai sendiri kemeriahan pesta buku. Pendedahan awal juga untuk anak-anak supaya nanti kalau ada kerja sekolah melibatkan pengalaman senang lah dia nak mengarang. 


Iddin-Ramli


Pengalaman manis dapat beli buku yang di idamkan, jumpa penulis Hilal Asyraf, Inche Lebah, Iddin Ramli, Alif suami kepada influencer Aisyah Hijanah dan ramai lagi. 

Kami pergi hari kedua PBAKL diadakan iaitu pada hari Sabtu. Dah ingatkan suami memang kena sampai awal untuk elak kesesakan walaupun kami naik pengangkutan awam. 



Penulis-hebat-pbakl




Cara Ke PBAKL Ikut Laluan MRT 

LRT, MRT, KTM ni tidak boleh dijangka ya prestasinya. Baiklah kita ambil langkah awal supaya anak-anak selesa. 

Awalnya suami nak pandu kereta tapi Diah berat hati sangat nak sokong dan ternyata ianya pilihan yang tepat sebab jalan sekitar PWTC sesak teruk. 

Tapi yang hatinya kental silakan bawa kereta sebab boleh parking di basement dan ada parking terbuka berhadapan dengan PWTC. Kena lintas jalan lah kiranya. 



PBAKL



Ada beberapa cara untuk pergi ke PBAKL. Oleh sebab laluan penukaran LRT Putra ke LRT Star Masjid Jamek masih lagi tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa tukar laluan menggunakan MRT pula. 

Kami naik LRT Putra heights di stesen Wangsa Maju kemudian berhenti di stesen Ampang Park kemudian tukar dan naik MRT laluan Putrajaya Ampang dan berhenti di MRT Titiwangsa. 

Jalan-Jalan Naik MRT Ke Pesta Buku

Sekali lagi buat penukaran MRT kepada LRT. Dari stesen LRT Titiwangsa dan berhenti di stesen LRT PWTC. 

Dah sampai stesen boleh ikut laluan jambatan merah sehingga ke PWTC. Memang berbondong-bondong manusia berjalan menuju arah yang sama. 

Ikutkan tak jauh mana tapi kena buat penukaran LRT kepada MRT mengambil masa sebab kena banyak berjalan.  



reruai-pesta-buku


Oh ya pengalaman kali ini Diah ceritakan dari sudut pandang ibu bapa yang membawa tiga orang anak kecil yang masih bersekolah (bawah 12 tahun). 

Jadi keseronokkan, kemudahan perjalanan, sesuai atau tidak adalah mengikut situasi sebab anak-anak memang tidak boleh dijangka. 

Pengalaman kami ke PBAKL kali ini amat menyeronokkan. Selain dapat tambah koleksi buku, kami dapat bertentang mata dengan penulis kesukaan. 

Maaf tak banyak gambar reruai sebab ramai orang dan kami lebih enjoy pengalaman depan mata. rugi pula asyik pegang telefon. 


PBAKL-promosi-buku



Persiapan Perlu Buat Sebelum Ke PBAKL

Untuk yang bercadang nak ke PBAKL mari Diah kongsikan persiapan perlu awak buat supaya perjalanan ke sana lebih lancar dan pengalaman menjadi lebih indah. 

  • Sediakan senarai buku perlu beli dan awasi anak-anak. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan sediakan wang secukupnya. 
  • Ada ketika kami mahu buat pembayaran menggunakan QR code tetapi internet tak begitu stabil dekat sana. 
  • Pakai pakaian yang serap peluh, lembut dan longgar. Pakai juga kasut yang sesuai supaya selesa nak berjalan. Diah pakai Sports shoe ringan kaki nak melangkah. 
  • Cuaca sekarang memang panas jadi jangan lupa minum banyak air. Bawa botol air dan boleh juga beli air, banyak je orang jual. Dekat dalam PWTC pun ada dijual tapi harga semestinya mahal sedikit dari biasa. 
  • Selain botol air bawa juga kipas angin. 
  • Paling penting bawa beg bagasi atau beg galas. Sangat-sangat membantu sebab memang lenguh kalau nak jinjit beg plastik yang berat dengan buku. Dekat sana memang ramai yang tolak beg bagasi. Walaupun penuh dengan manusia tapi masih boleh bergerak. 
  • Penting sangat kalau datang dengan anak-anak pastikan datang awal pagi dan bawa bekal makanan ringkas tapi mengenyangkan. 
  • Bawa coklat atau energy bar supaya anak tak merengek lapar. Penting sebab dekat kaunter bayaran memang akan sesak dan waktu berbaris dapatkan tandatangan penulis pon agak panjang. 
  • Tempat makan boleh cari di Level 4. Ada disediakan juga kerusi dan meja. Harga nasi ayam RM16, Nasi Goreng RM6, air RM4, burger RM4 dan ada macam-macam lagi. 
  • Nak beli dan makan di luar, ada banyak gerai yang menjual makanan dibuka di depan pintu masuk PWTC. 

Pelukis-komik-Bekazon


Jadi untuk awak yang nak merasai kemeriahan Pesta Buku jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Masih ada masa lagi dan paling penting banyak tawaran berbaloi. 

Pastinya pengalaman ke PBAKL 2023 antara kenangan yang kami tak akan lupa. 

Sejadah Nawaitu – Arche Emrani Memory Foam

Kali ni Diah nak kongsikan tentang sejadah yang Diah beli dari TikTok Shop jenama Nawaitu. Apa yang bagus tentang sejadah Nawaitu adalah kerana material sejadah yang mereka guna.

Sejadah yang Diah beli ni material dia menggunakan teknologi memory foam. Biasanya digunakan untuk bantal dan juga tilam.

Memory foam ni bagus sebab kebolehan dia untuk serap tekanan dan sejadah kembali ke bentuk asal. Kiranya tidak meninggalkan kesan lekuk bila dipijak atau sujud.


Sejadah-Nawaitu-Arche-Emrani-Memory-Foam


Jadi bila kita pijak sejadah tu dan sujud letak kepala elok je lembut dan sejadah tak kemek. Waktu sejadah sampai, penjual lipat letak dalam kotak jadi memang ada kesan lipatan. 

Tapi jangan risau, lama kelamaan kesan lipatan akan hilang. Boleh tengok gambar sejadah dekat atas ni. 

Dah lama hunting sejadah untuk kegunaan dekat rumah. Sebelum ni kami guna sejadah Neelofa, hadiah dari BFF sempena birthday beberapa tahun sudah.



sejadah-memory-foam-teknologi-Nawaitu



Sejadah Nawaitu – Arche Emrani Memory Foam


Elok je lagi sejadah dekat rumah tapi dalam hati dah pasang niat nak beli sejadah yang gebu, tebal dan kalau boleh kalau waktu sujud tu muka terbenam lembut.

Maklumlah, sedar diri nak dapat kusyuk dalam solat tu banyak cabaran dia. Kiranya ini adalah salah satu usaha lah juga.

Awalnya nak cari sejadah yang lembut berbulu tu tapi risau akan mengumpul habuk. Sejenis hidung dan muka mudah gatal-gatal. Alergi dengan habuk pun ya.

Setelah hampir lebih sebulan lebih guna sejadah ni baru seronok nak berkongsi dekat blog. Dengan niat siapa nak mencari sejadah yang berkualiti, lembut boleh dapatkan Nawaitu.

 


Sejadah-Nawaitu


Beli Sejadah Di TikTok Shop Nawaitu HQ


Seperti biasa bila buka je TikTok mesti tak terlepas tengok live. Satu hari tu secara tak sengaja masuk dalam live Nawaitu HQ.

Terbuka hati nak beli bila host terangkan ciri-ciri sejadah yang mereka jual. Selain daripada material yang digunakan, reka bentuk sejadah yang di jual lain dari kebiasaan yang ada di pasaran.

Ada reka bentuk yang diinspirasikan dari Masjid Quba, reka bentuk abstrak dan juga reka bentuk bulan dan gerbang (Arche). Diah berkenan dengan reka bentuk Arche.


design-Sejadah-Nawaitu-Arche-Emrani-Memory-Foam


Setiap reka bentuk berbeza butiran produk dan spesifikasi. Ada yang tebal dan ada yang jenis nipis. Kalau nak beli, kena tengok nak gunakan sejadah dekat mana.

Kalau selalu outstation dan nak letak di kereta, sejadah yang nipis dan mudah lipat paling sesuai.  Macam Diah pilih yang tebal dan kegunaan di rumah.

Paling penting ikut lah bajet korang. Harga pun berbeza ikut reka bentuk. Dapat free gift perfume sejadah dan dibungkus rapi di dalam kotak.

Jadi sesuai jika dijadikan sebagai hadiah.


Perfume-sejadah-Nawaitu

 

Review Sejadah Arche Emrani Memory Foam

Diinspirasikan oleh seni satu baris minimalis "Masjid", sejadah baharu ini memberikan lebih ketenangan dan keselesaan semasa melakukan ibadah. Datang dengan teknologi baharu COMFVEL. 

Memang elak sejadah yang ada corak berlebihan. Kalau boleh dua atau tiga warna sahaja termasuk corak. Jadi corak gerbang ni sesuai lah dengan konsep minimalis. 

Antara ciri lain ialah diperbuat daripada teknologi busa memori berlapis baldu menjadikannya permukaan yang lembut dan selesa.

Di permukaan belakang sejadah ni material dia Anti-slip khas untuk mengawal pergerakan sejadah. Tebal dia 20mm, manakala saiz ialah 123cm height x 65cm.


Sejadah-anti-slip


Tak risau kalau terkena habuk sebab mudah nak dibersihkan. Cara nak simpan mudah je, hanya gantungkan sejadah selepas guna.

Overall selepas beberapa bulan guna sejadah Arche Emrani dari Nawaitu ni rasa puas hati sangat. tercapai hasrat nak solat dalam keadaan aman dan seronok bila lama sujud tu tak rasa sakit kepala.

Jadi harapnya dapatlah latih diri untuk sujud lebih lama. Alhamdulillah. Nak dapatkan sejadah Nawaitu boleh rujuk TikTok Nawaitu

 

Tiket Festival Durian Makan Sepuas Hati Early Bird Habis Dijual

Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan dari rakyat Malaysia. 

Ini terbukti apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, di Komtar Walk Penang, telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial.

Agro-Best-Services-MK

Mendapat jolokan sebagai festival durian yang terbesar di Malaysia dalam tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan.  

Bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.

Festival-Makan-Durian


Tiket Festival Durian Makan Sepuas Hati Early Bird Habis Dijual

Festival Durian Makan Sepuas Hati telah dirancang sejak kira-kira setahun lalu diantara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad bersama Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd.

Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia.

Pelanggan berpeluang menjamu durian sehingga 60-minit pada harga ‘Super Early Bird’ serendah RM49.99 (warga emas) dan RM59.99 (dewasa).

Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma!


Festival-Durian-Makan-Sepuas-Hati


Lokasi Festival Durian Makan Sepuas Hati

Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama, iaitu di:


KOMTAR Walk, Pulau Pinang

Tarikh: 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari, 60 minit untuk setiap sesi. 

12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm | 6.30 – 7.30pm |

| 8.00 – 9.00pm | 9.30 – 10.30pm |


IPC, Mutiara Damansara 

Tarikh : 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari, 60 minit untuk setiap sesi. 

12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm | 6.30 – 7.30pm |

| 8.00 – 9.00pm | 9.30 – 10.30pm |

 

The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru

Tarikh: 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari, 60 minit untuk setiap sesi. 

12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm | 3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm | 6.30 – 7.30pm |

| 8.00 – 9.00pm | 9.30 – 10.30pm |


Agro-Best-Services-Musang-King


Harga MAE Pakej - Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023

MAE Pakej Sedap

MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah.

 

Harga Early Bird Promotion

  • Dewasa RM69.99 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM89.99 bersih)
  • Warga Emas RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM69.99 bersih)
  • Promosi Eksklusif dengan pembelian 2 tiket Dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas.

 

Festival-Durian-Makan-Sepuas-Hati-MAE

MAE Pakej Sedap Gilerrr

Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.

 

Harga Early Bird Promotion

  • Dewasa RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM160.00 bersih)
  • Warga Emas RM99.00 bersih setiap orang 
  • Promosi Eksklusif Dengan Pembelian 4 tiket dewasa, PERCUMA 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket warga Emas.

 

MAE-Festival-Durian-Makan-Sepuas-Hati

Reshare & Menang Sebiji Durian Untuk 100 Terawal

Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara yang dibuat di di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang. Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada.

 

Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE oleh Maybank2 - Beli Tiket Di Sini

Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com

Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Masih lagi tak boleh move on dengan percutian kami di Alor Setar. Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami makan tengahari di Ayam Gepuk Pak Raden HQ, Restoran Mama yang terletak di Jalan Sultanah Kedah.

Pertama kali cuba dan baru tahu tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Dekat Kedah banyak cawangan Ayam Gepuk Pak Raden ni ya.

Kalau di Kuala Lumpur, selalu dengar orang makan di restoran Ayam Gembus je. Sungguh sedikit pengetahuan diri ini.

Macam-macam jenis eh ayam ni. Ayam Gepuk, Ayam Penyet, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Masing-masing ada peminat tersendiri.

Bercuti Ke Alor Setar dan kami menginap di Hotel Grand Alora 3 Hari Dua Malam. 


Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ-Alor-Setar



Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Kami singgah makan Ayam Gepuk Pak Raden HQ lepas selesai jalan-jalan di Menara Alor Setar. Rancangan awal nak makan Nasi Kuning tapi masa amat mencemburui.

Memandangkan lokasi Ayam Gepuk Pak Raden ni satu hala balik ke Kuala Lumpur jadi anggap saja memang rezeki kami sekeluarga.

Waktu kami sampai sekitar jam satu petang. Ada pelanggan yang dah siap makan dan bergambar di hadapan kedai.


Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ


Tak lama lepas tu kedai mula dipenuhi orang ramai. First impression bila melangkah masuk ke kedai ialah rasa teruja. Kedai dia luas, kemas dan bersih.

Susun atur kedai pun menarik. Tandas dia besar dan bersih. Disediakan juga surau untuk digunakan oleh pengunjung.

Kaunter bayaran dan ada dapur yang berasingan. Lagi teruja bila nampak salah satu dapur dia buat open kitchen.

Nampak la sotong celup tepung saiz XL di susun dalam pinggan. Dekat sini menu sotong diberikan nama Sotong Gajah. Sebab saiz dia yang besar. Bertambah lapar jadinya. Dekat sini konsep dia layan diri.


Ayam-Gepuk-Pak-Raden



Signature Menu Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Duduk je di meja, pelayan akan beri buku menu, kertas dan pensel. Pilih makanan yang kita nak dan kemudian boleh buat pesanan di kaunter bayaran.

Singnature menu Pak Raden ialah Nasi Ayam Gepuk, Nasi Sotong Gajah, Maggi Ayam Gepuk & Maggi Sotong Gajah. Boleh pilih set single, set kid, set couple atau set family.


set-nasi-Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ
]


Meriah betul menu, rasa macam nak cuba semua. Pilihan sambal dia pula ada tiga tahap; Biasa, Pedas dan Extra Pedas.

Tapi kami ambil jalan selamat makan sambal biasa je takut sakit perut dalam perjalanan. Tak mahu ambil risiko. Naya nak cari tandas dan la jalan raya sesak.

Kami ambil Nasi Sotong Gajah set single dan Combo yang ada Ayam Gepuk dan Maggi Sotong Gajah termasuk dua air. Untuk anak kecil kami pesan Honey Popcorn Nasi Ayam. Tambah lagi air bandung dan sirap limau.


Nasi-Sotong-Gajah Ayam-Gepuk


Kalau tak mahu makan nasi boleh makan Chili Pan Mee. Maaf tak dapat nak kongsi lebih sebab kami fokus makan nasi.

Anak-anak pun enjoy waktu makan dekat sini. 


Honey-Popcorn-Ayam-Gepuk


Harga Ayam Gepuk Pak Raden HQ

Murahnya lah makanan dekat Utara ni. Geram je rasa. Jumlah bil untuk kami adalah RM 76.68 termasuk service charge.

Nasi Sotong Gajah set single – RM17

Set Combo – RM 38

Honey Popcorn Nasi Ayam – RM10

Bandung – RM 3

Sirap Limau – RM 3

Dalam set Ayam Gepuk dan Maggi Sotong Gajah lengkap dengan tempe goreng, kobis, timun dan sup. Dapat juga Keropok sayur.

Memang tersandar kekenyangan lepas makan. Kalau ada rezeki kami nak singgah lagi. Penduduk sekitar mesti dah tahu tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ ni.


Kedai-Ayam-Gepuk-Pak-Raden-HQ-Alor-Setar


Jadi aku cadangkan untuk yang bercuti di Kedah tolong singgah dan support kedai ni. Layanan bagus, makanan cepat, environment dia pun nice, makanan pun sedap.

Berbaloi untuk dicuba. Nak datang sini waze saja Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Alamat lengkap Diah kongsi dekat bawah.

Jalan Sultanah, Taman Bayu, 

05350 Alor Setar, Kedah

HP: 019 - 9531690