Urus Masa Guna Google Calendar

Diah dapat ilham buat entri menguruskan masa menggunakan Google Calendar adalah daripada Youtuber Ali Abdaal. 

Kenal Ali dari tahun lepas selepas tengok satu video berkenaan “Self Improvement” dan kemudian suka dengan cara dia. 

Pendek kata konten dia memberi impak. Padu je semua ayat dia. Paling suka adalah cara dia yang sistematik. Semua perkara ada SOP. Suka. 

Jadi baru-baru ni, Ali ada buat perkongsian di laman Youtube berkaitan cara dia manage time guna Google Calendar dan Diah mendapat banyak inspirasi dari video tu. 



urus-masa-guna-google-calendar



Urus Masa Guna Google Calendar 


Kalau sebelum ni Diah banyak bergantung kepada buku nota, Diari, planner. Tapi along the way rasa macam kurang cekap. 

Nak keep track dan recall semula apa yang jadi memang ambil masa dan amat menyusahkan. Jadi tersedar diri bukan rajin sangat nak menulis menggunakan pen. 

Lebih selesa menulis di laptop dan kemudian simpan di Google Drive. Hanya perlu update bila perlu. 

Sekarang lebih gembira, dapat kenal pasti cara baru untuk urus masa iaitu menggunakan Google Calendar. 

Dalam entri kali ini Diah nak kongsikan cara Diah urus masa seharian menggunakan Google Calendar. Diah baru je mula 1 Januari hari tu. 


guna-google-calendar



Kelebihan Urus Masa Guna Google Calendar


Pertama sekali, Google Calendar boleh digunakan secara percuma. Jadi kenapa perlu benda yang berbayar sedangkan kita boleh berjimat. 

Kelebihan bila dah mula guna Google Calendar baru sedar yang sebenarnya banyak sangat perkara kita boleh buat dalam masa 24 jam Tuhan bagi. 

Semestinya, Diah gunakan untuk menguruskan kehidupan agar lebih tersusun. Seronoknya ia juga boleh jadi sebagai diari harian dan lebih mudah nak buat perancangan harian. 

Boleh Tiru Jadual Harian Orang Berjaya ni. 

Google Calendar juga ada fungsi reminder untuk ingatkan kita mengenai apa yang telah kita rancangkan sebelum ini. 

Jadi, bila kita stuck, black out atau burn out kita boleh rujuk kembali segala perancangan kita. 


cara-guna-google-calendar-urus-masa


Cara Urus Masa Guna Google Calendar 


Perkara pertama perlu ada ialah akaun Google. Rasanya semua orang ada jadi lebih mudah. Kemudian boleh akses kalendar di https://calendar.google.com/

Pilih tarikh dan masukkan segala aktiviti harian anda. Tips yang Diah boleh kongsi ialah masukkan terlebih dahulu waktu bangun dan waktu tidur. 

Kemudian dari situ baru anda boleh tahu berapa banyak masa yang korang ada dalam sehari. Tetapkan masa anda mula bekerja. 

Memandangkan Diah adalah freelancer jadi Diah tetapkan untuk mula bekerja pada jam 9.00 pagi. Waktu petang lebih fleksibel sebab anak-anak ada dirumah. 

Klik tarikh kemudian klik masa, isikan detail dan boleh custom warna dan juga letak note untuk lebih detail. 

cara-guna-google-calendar



Pengalaman Guna Google Calendar Urus Masa


Kesan jangka pendek yang Diah sendiri alami ialah otak secara automatik tahu apa perlu dilakukan bila tiba waktunya. 

Sebab kita dah pre set dalam calendar dan kita sendiri dan tetapkan apa perkara kita perlu buat. Alhamdulillah setakat ini otak menerima arahan dan cuba fit kan diri dengan apa yang dirancang. 

Tak sabar nak tengok progress selepas tiga bulan. Jangan lupa doa agar Allah mudahkan segala urusan kita. 

Harapnya dapat disiplin kan diri ikut segala perancangan. Tips Dimudahkan Segala Urusan, Baca Zikir Ya Bariq.

Untuk permulaan tak mahu terlalu mendesak diri dan masih belajar mana yang terbaik. 


Penutup 

Banyak sangat kelebihan kita dapat bila bijak mengurus masa. Google Calendar adalah antara alat percuma yang boleh kita ambil manfaatnya. Jadi jom kita guna sebaik mungkin. 


Tamat Sudah Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum.. weehoooo. Dah masuk tahun baru. Sekejap je kan. Sepatutnya entri ni dah diterbitnya tahun lepas.

Tapi begitulah kan. Mampu merancang tapi Tuhan jua yang menentukan. Entri kali ini adalah entri penghargaan kepada semua blogger yang telah mengambil bahagian dalam segmen yang Diah anjurkan tahun lepas.

Alhamdulillah tamat sudah segmen pencarianbloglist rodiahamir.

Tak sangka walaupun pertama kali adakan tapi sambutan dan sokongan dari kawan-kawan blogger amat menggalakan.

Terharu sangat.


Pencarian-bloglist-tamat


 

Tamat Sudah Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Seronoknya dalam segmen kali ni, dapat kenal banyak juga penulis blog baru. Mereka dah lama menulis blog, cuma Diah je baru kenal dan blogwaking.

InshaAllah selepas ini, mereka yang selalu tinggalkan komen dan berada dalam senarai blog list blog RodiahAmir akan menjadi keutamaan untuk Diah kunjungi.

Inilah manfaat yang kita dapat melalui segmen macam ni, terjalin ukhwah dan sokongan. Pertama sekali Diah nak ucapkan jutaan terima kasih untuk yang sertai.

 


Bloglist 2024 – Blog Rodiah Amir

Sepatutnya ada entri tambahan diterbitkan lebih awal, tapi disebabkan keadaan kesihatan kurang mengizinkan maka entri komplikasi senarai peserta je yang dapat di publish. 

Kalau perasan di bahagian sebelah kanan blog, ada tab ‘bloglist’. Dah dimasukkan semua peserta segmen yang ikut terma syarat pencarian bloglist hari tu.

Kalau ada yang tertinggal boleh drop komen dekat bawah ya. Setakat ini Diah masih mencari jalan terbaik nak letak gadget blog list.

Kalau terjumpa cara lebih efficient nanti Diah akan buat dan kongsikan kemudian.


penulis-blog



Senarai Bloglist Rodiah Amir 2024

Di kesempatan ini juga Diah nak kongsikan senarai peserta yang turut serta dalam segmen lepas. Kawan-kawan boleh sama-sama blogwalking.

 

  1. https://salatulzarida.blogspot.com
  2. https://www.siinurul.com
  3. https://pemudattbc.blogspot.com
  4. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com
  5. https://www.farhanajafri.com
  6. https://mummyayu.blogspot.com
  7. https://rizzlinn.blogspot.com
  8. https://sharhanah.blogspot.com
  9. https://www.sheilaarshad.com
  10. https://puanhazel.blogspot.com
  11. https://www.shikinrazali.com
  12. https://www.syaznirahim.com
  13. https://www.travelogsyuhadasalleh.com
  14. http://www.roziahmuhammadnor.com
  15. https://aenidaezreen.blogspot.com
  16. https://www.zukidin.com
  17. https://www.mamapipie.com

 

Penutup

Harapan semoga semangat memberi dan berkongsi maklumat terus membara dalam diri. Semoga mudah juga urusan semua.

 

 

Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com

 Assalamualaikum, 


Jom masih ada masa lagi nak sertai - Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com


Syarat penyertaan mudah aje:

  • Terbuka kepada semua blogger yang ada blog.
  • Buat blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  • Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang

Nak mudah klik banner bawah ni untuk keterangan lanjut.



Perkhidmatan Pemandu Wanita – Jom Makcik

Diah tahu tentang MakCik Travel atau nama baru mereka selepas re-branding Jom Makcik melalui iklan di Facebook (FB).

Diah gunakan khidmat pemandu Wanita dari Jom Makcik beberapa bulan yang sudah disebabkan ketiadaan suami kerana outstation.

Suami outstation atas urusan kerja lebih seminggu juga. Jadi cari pemandu untuk urusan hantar dan ambil anak dari sekolah.

Nak upah pemandu lelaki rasa segan, ditambah faktor keselamatan jadi kita cuba minimakan risiko yang tak perlu. Selepas bincang dengan suami jadi kita guna khidmat Jom Makcik.


perkhidmatan-pemandu-wanita-jom-makcik


 

Perkhidmatan Pemandu Wanita – Jom Makcik

Waktu tu masuk dalam group FB Taman dekat rumah, mencari Pemandu Peribadi Wanita. Kebetulan terbaca posting dalam group yang seakan-akan sama mencari pemandu Wanita.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Diah terus hubungi admin Jom Makcik. Sebelum tu buat juga carian untuk pastikan ianya bukan scam.

Alhamdulillah proses berjalan lancar dan semuanya secara professional. Bertambah yakin bila proses ada SOP, bukan cincai-cincai. I like.


pemandu-wanita-jom-makcik



Jenis-Jenis Perkhidmatan Jom Makcik

Jom Makcik merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan servis pengangkutan & peneman untuk wanita oleh wanita di Malaysia.

Gembira sangat bila tahu tentang kewujudan perkhidmatan premium khas untuk wanita ni. Secara ringkasnya, mereka menawarkan tiga jenis perkhidmatan utama: pemandu, peneman dan AbiliCar.

Servis Pemandu Wanita – Sangat sesuai untuk penumpang wanita yang inginkan keselesaan dan keselamatan terutama untuk perjalanan jarak jauh dan di waktu malam.

Servis Peneman Wanita – Peneman akan bantu dan temankan pelanggan di sesebuah lokasi. Sesuai untuk urusan temujanji di Hospital dan Klinik.

AbiliCar – Sesuai untuk penumpang berkerusi roda yang memerlukan kenderaan yang diubah suai untuk membawa penumpang bersama kerusi roda ke sesebuah destinasi.

 


Cara Tempah khidmat Jom Makcik

Perkara perlu tahu sebelum menggunakan khidmat Jom Makcik ialah:

  • Servis ABILICAR adalah terhad, hanya tersedia untuk penumpang di Lembah Kelang dan perlu buat tempahan awal.
  • Waktu operasi adalah bermula 8 pagi sehingga jam 5 petang tetapi khidmat perjalanan lewat malam turut disediakan.
  • Sabtu, Ahad & cuti awam mereka cuti. Jadi buat tempahan awal semasa hari berkerja. Korang boleh hubungi nombor di bawah:

Cara Untuk Tempah: Whatsapp atau boleh rujuk Facebook JomMakcik


cara-tempah-pemandu-wanita-jom-makcik



Sekarang dah ada servis tambahan tau iaitu perkhidmatan runner dan personal shopperSehingga ke hari ini banyak juga Kawasan yang Jom Makcik cover termasuklah:


  • Lembah Klang - Petaling Jaya, Kajang, Bangi, Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
  • Lain-lain - Taiping, Alor Setar, Bukit Mertajam, Nilai.

 


Review Perkhidmatan – Jom Makcik

Overall Diah sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari Jom Makcik. Setiap pertanyaan diterangkan dengan baik dan pantas.


cara-tempah-jom-makcik



Selepas confirm segala maklumat, admin akan carikan pemandu yang tersedia. Selepas itu admin akan berikan detail pemandu.

Pemandu pun mesra dan akan hubungi melalui whatsapp untuk sahkan tempahan. Sebelum tu kena berikan detail tempahan untuk admin quote harga.

Jika semua setuju baru move ke next step. Alhamdulillah urusan Diah dipermudahkan. Memang tak serik nak guna khidmat Jom Makcik di masa depan.



Kesimpulan

Pendek kata, adanya perkhidmatan Pemandu Wanita seperti Jom Makcik memberi keselesaan kepada penumpang juga membuka peluang pekerjaan kepada ramai wanita.

Semoga lebih banyak servis seperti ini wujud di masa hadapan.