Jom meriahkan segmen blogger Sharhanah. Dia sedang menganjurkan "Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024".
Syarat pun mudah je.
Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.
Selamat datang ke blog Rodiah Amir. Aku bukan pakar, cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Jom meriahkan segmen blogger Sharhanah. Dia sedang menganjurkan "Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024".
Syarat pun mudah je.
Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.
Ini adalah sambungan entri kami ke Bentong. Belum habis lagi cerita tentang
kami waktu hantar Ikhwan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Tak sangka dengan waktu yang
singkat kami dapat buat beberapa aktiviti yang kami suka. Waktu untuk keluarga
kecil kami, paling penting berkualiti.
Alhamdulillah. Pagi tu selepas selesai menduduki UKKM, suami ajak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lanchang.
Alang-alang dah berada di Negeri
Pahang Darul Makmur kami teruskan saja perjalanan. Ikut hati nak je ajak balik
kampung.
Tapi macam tak berbaloi,
memandangkan suami tak ambil cuti tambahan. Nanti penat dalam perjalanan je.
Ok jom Diah share perkara perlu
tahu kalau korang ada rancangan nak ke Kuala Gandah tengok Gajah. Harapnya bermanfaat
ya.
Kalau korang memandu dari Kuala
Lumpur, ambil masa kira-kira 2 jam melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan
keluar melalui persimpangan Lanchang.
Pintu pagar utama akan dibuka
pada pukul 10.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk pelawat. Selepas meletakkan
kenderaan di tempat letak kereta dan wajib daftar di kaunter pendaftaran.
Masuk adalah percuma dan tiada bayaran
dikenakan. Tapi korang boleh menyumbang / menderma ke dalam tabung yang
disediakan.
Jangan lupa bawa duit kecil untuk
beli makanan untuk diberikan kepada gajah. Dekat sana tiada QR pay atau transaksi
Debit Card.
Perlaksanaan aktiviti bersama Gajah
adalah bergantung kepada paras air sungai dan juga keadaan cuaca semasa. Jika
paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan
dilaksanakan.
Oh ya, jangan risau kalau korang
dah ada dalam Kawasan Pusat boleh berada di dalam sehingga pukul 4.15 petang.
Ada beberapa aktiviti diadakan boleh
korang buat dekat sini tapi bergantung kepada cuaca, hari apa korang datang dan
tahap kesihatan Gajah dan anak Gajah.
Nak meriah datang pada hari Cuti
AM dan hujung minggu okay.
Sejujurnya kami sekeluarga
gembira habiskan masa dekat sini walaupun aktiviti tak banyak. Kagum dapat
tengok Gajah bersaiz gergasi depan mata.
Kuala Gandah ni dekat dengan hati
dan agak peribadi sebab ada kisah lucu berkait dengan keluarga kami.
Kami dah pernah ke sini bersama ahli
keluarga lain waktu anak pertama, Ikhwan berumur setahun lebih.
Kiranya bercuti beramai-ramai dengan
emak sekali. Lebih tepat 12 tahun yang sudah. Ada satu peristiwa yang buat kami
tergelak besar dan semua ingat sehingga hari ini.
Waktu buat aktiviti beri makan
dan bergambar dengan Gajah, mahut terangkan pasal gajah dan beritahu salah seekor
Gajah bernama ABOT.
Kebetulan, kami bagi nickname Ikhwan
nama yang sama. Rupa-rupanya nama Gajah kami beri pada anak. Memang tergelak
besar masing-masing.
Suami la yang mula panggil ABOT (abang Botak). Waktu kecil rambut Ikhwan tak tumbuh banyak dan warna perang.
Kiranya kami Kembali selepas 12 tahun nak tengok ABOT. Alhamdulilah ABOT masih hidup dan membesar sihat di sini.
Balik tu perut dah lapar kami Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki kemudian terus balik KL.
Kesimpulan
Bawa lah anak-anak ke Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Sangat digalakkan dan bermanfaat
untuk tambah lagi pengetahuan tentang alam semulajadi.
Semalam selesai urusan follow check-up suami dekat Klinik di Bukit Jalil kami terus pecut balik rumah sebab kelaparan.
Walaupun pagi tu dah makan
sarapan pagi portion agak banyak tapi sebab banyak aktiviti dibuat dan banyak berjalan
jadi tenaga awal lagi dah habis.
Waktu temujanji adalah pukul 1.30
petang, jadi kami datang awal dan park dalam Pavilion Bukit Jalil. Besar ya mall
ni, patutnya boleh je makan dekat situ tapi dasar tak biasa tempat baru.
Kami decide balik dan cari makan
dekat Melawati Mall. Berdasarkan pengalaman, kalau keluar dengan anak-anak
jangan buat hal nak cuba tempat baru dengan diaorang.
Nanti banyak je hal berlaku. Malas
pening kepala, kami akan keluar berdua dan cuba kemudian kalau berbaloi baru
datang lagi bawa anak-anak pula.
Sampai je Melawati Mall terus ke
Ah Cheng Laksa dekat Level tiga. Syukur orang tidak terlalu ramai. Servis pun
laju.
Dah nama pun ada laksa jadi
semestinya menu popular mereka adalah Laksa Asam. Selain itu ada juga Pan Mee
Soup, Curry Laksa, Nasi Lemak Ayam, Butter Milk Chicken Chop with Rice dan banyak
lagi menu berat.
Ada juga makanan ringan seperti Rojak,
Keropok Lekor, Popia, ABC, Pisang Goreng dan lain-lain. Suka datang sini sebab menu
dia pelbagai.
Maklumlah selera anak tekak
anak-anak ni kurang mencabar ya, berbeza betul dengan emak dia yang telan
segala benda.
Jadi ambil jalan mudah cari makanan
yang tidak pedas. Kami pesan dua set dan dua ala carte. Set dapat air sekali. Mudah.
Ikhwan makan Pan Mee Soup dan Ice
Lemon Tea, Diah makan Set Asam Laksa dan Air Longan. Suami dan anak kecil makan
Butter Milk Chicken Chop with Rice.
Laksa dekat Penang Chendul pun sedap.
Weh pertama kali makan Butter
Milk Chicken Chop with Rice dekat Ah Cheng Laksa dan kagum dengan rasa dia.
Cukup berlemak, masin dan manis
tu balance. Dapat sekali telur mata dan beberapa hirisan timun. Portion cukup
untuk seorang dewasa makan. RM 19.90 sepinggan.
Ayam lembut dan boneless. Selalu kalau
makan Butter Milk memang akan cepat muak tapi jangan risau sebab dia letak hirisan
cili padi dalam kuah Butter Milk.
Kalau yang kurang sihat elok makan
Pan Mee Soup. Kuah dia tak over, rasa nyaman je bila makan. Kebetulan Ikhwan
perut dia tak selesa. Sesuai sangat la. Set RM18.90.
Diah makan Asam Laksa tapi kuah
dia agak masin bagi Diah. Memang tak kuat masin dari dulu lagi. Kuah laksa
cukup rasa masam dan masin, ada isi ikan dan garnishing ada nanas, daun pudina,
timun dan bawang.
Makan sikit-sikit tapi payah
sangat nak habiskan. Jadi Diah makan laksa tu tapi campur dengan air longan
jadikan kuah. Letak dalam sudu.
Kebetulan air longan agak manis,
jadi memang gabungan yang tepat. Suami dah faham sangat perangai pelik Diah jadi
dia memang tak cakap apa. Ahaks. Set RM18.90.
Kalau dekat rumah selalu beli dekat tepi jalan - Laksa Utara
Ambil juga ABC Rm9.90. Air Batu
Campur tu biasa-biasa saja. Boleh tahan banyak semangkuk besar.
Kesimpulan
Puas hati makan dekat Ah Cheng Laksa sebab kebanyakkan menu kena dengan tekak. Tempat selesa, servis laju. Repeat? Sudah pasti.
Huawei has finally unveiled the latest addition to their MatePad series, the HUAWEI MatePad Pro 13.2” - the thinnest, lightest and most powerful tablet scheduled to make its debut in Malaysia on 9 January 2024.
Additionally, Huawei is set to introduce the lightweight champion in their MateBook line-up, HUAWEI MateBook D16, and the first ever open-earbuds, HUAWEI FreeClip.
The standout among these launches is undeniably the HUAWEI MatePad Pro 13.2”.
A powerful, sleek and decade-defining masterpiece, the HUAWEI MatePad Pro 13.2" marks a new era in the tablet industry.
Elevating experiences spanning audio-visual entertainment, writing, and drawing, as well as lightweight office tasks.
Featuring a 94% screen-to-body ratio, its ultra-light and ultra-slim design ensures exceptional portability.
The tablet also boast the HUAWEI M-Pencil (3rd generation) which is the world's first consumer device featuring NearLink technology, which seamlessly connects and interacts with the HUAWEI MatePad Pro 13.2".
Thanks to the NearLink technology, users can now improve their writing experience with lower delay, precise lines, and adaptive pressure.
Discover the thin and light form of productivity, convenient interactive experience, efficient software interaction, and the evolution performance of the soon-to-be-launch HUAWEI MatePad Pro 13.2".
Created from elegance and beauty, Huawei will also be introducing a new generation of audio products with the debut of the most stylish and comfortable open earbuds for all day wear; HUAWEI FreeClip.
These open-ear true wireless speaker (TWS) marks Huawei’s foray into a new era of audio experiences, featuring an innovative C-bridge design, leakproof sound technology, IP54-rated water and sweat resistance, and the industry’s first-ever intelligent left-right ear recognition.
To complete the launch of the Creation of Beauty, Huawei will also be launching the HUAWEI MateBook D16, a compact and powerful addition to its MateBook series.
Retaining a 16-inch large screen estate, the laptop is now lighter and equipped with the 13th Gen Intel® Core™ i9 High Performance Processor, Dual Shark Fin Fan technology, and up to 70 Wh of battery life.
Giving you the smartest laptop with the highest performance possibly in its class.
For those eager to experience the full extent of the creation of beauty, head straight to the Huawei Official Website to get your hands on the HUAWEI MatePad Pro 13.2” which will be available for pre order starting from today until 8 January 2023.
Exciting complimentary gifts such as HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI M-PENCIL and HUAWEI Sound Joy will be yours if you pre order now!
Not just that, the HUAWEI MateBook D16 and the HUAWEI FreeClip will also available for pre order, making this the perfect time to secure Huawei’s latest line of products to fulfill all your tech needs.
For more information or the latest updates on these promotions, please visit the nearest Huawei Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page, or Instagram.