Laksa Utara Sedap - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Aug 29, 2017

Laksa Utara Sedap

Assalamualaikum.

Antara salah satu makanan sedap yang susah aku nak jumpa dekat KL adalah laksa utara. Maksud sedap tu ikut tekak aku la. Aku tak suka terlalu masam dan kuah terlalu pekat. Selalu beli dekat pasar malam tak kena dengan tekak aku. 

Baca selanjutnya
Macam last puasa aritu ada jumpa gerai tepi jalan dekat kawasan rumah aku. Punya la happy jumpa tapi beli sebekas je sebab selalu beli laksa kecewa. Kadang-kadang kuah dia failed, tak pun laksa dia aku tak berkenan. Kan ada laksa tepung beras dengan apa tah. Yang kalau siap celur tu macam jual kat NSK dan mall banyak. Yang tu aku tak berkenan. Rasa kunyah plastic.

Satu bekas RM5 dapat sebiji telur beserta sayur hiasan lain. Lepas makan senyum-senyum sebab puas hati sangat. Masa ni makan berebut dengan Ikhwan sebab dia pun hantu laksa. Semua dalam keluarga aku makan laksa TAPI SAYANG suami sendiri nak muntah bau kuah laksa. Menyam sangat.

So memang tak akan buat la laksa kat rumah. sebab kalau buat laksa kena masak dish lain untuk suami pulak. I is penat. So memang konsepnya beli je.

Ok back to Laksa story; nama Laksa tu ialah LAKSA UTARA ZUREMY. Sedap bak hang. Since Puasa hari tu, dah nak masuk Raya Haji baru nampak abang tu meniaga semula. Dan rezeki semalam gerai dia bukak. Ramah mulut tanya. Rupanya abang ni busy dapat tempahan catering.

Meriah orang order sampai tak sempat nak bukak gerai. Meniaga laksa pon boleh kaya ok. nak dengan tak nak je. Sesiapa nak buat open house ke, company event ke boleh ambil no abang Zuremy Laksa Utara ni.

Untuk Tempahan: 

FB: Zuremy Laksa
Call: 013 - 245 6078
Whatsapp: 019 - 251 5756


Kalau nak cuba rasa boleh singgah gerai (kalau buka la) betul-betul dekat simpang antara International School Taman Melawati dengan Restaurant Choice. Kat situ ada restaurant mamak aku lupa nama. Untuk peminat Laksa aku bagi 4.5*/5*.