Day Trip - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Rodiah Amir
14

Ini adalah sambungan entri kami ke Bentong. Belum habis lagi cerita tentang kami waktu hantar Ikhwan untuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Tak sangka dengan waktu yang singkat kami dapat buat beberapa aktiviti yang kami suka. Waktu untuk keluarga kecil kami, paling penting berkualiti.

Alhamdulillah. Pagi tu selepas selesai menduduki UKKM, suami ajak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lanchang.


Pusat-Konservasi-Gajah-Kebangsaan-Kuala-Gandah




Day Trip - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Alang-alang dah berada di Negeri Pahang Darul Makmur kami teruskan saja perjalanan. Ikut hati nak je ajak balik kampung.

Tapi macam tak berbaloi, memandangkan suami tak ambil cuti tambahan. Nanti penat dalam perjalanan je.

Ok jom Diah share perkara perlu tahu kalau korang ada rancangan nak ke Kuala Gandah tengok Gajah. Harapnya bermanfaat ya.


memory-di-Pusat-Konservasi-Gajah-Kebangsaan-Kuala-Gandah


 


Perkara Perlu Tahu - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kalau korang memandu dari Kuala Lumpur, ambil masa kira-kira 2 jam melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

Pintu pagar utama akan dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga jam 3.30 petang untuk pelawat. Selepas meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan wajib daftar di kaunter pendaftaran.

Masuk adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh menyumbang / menderma ke dalam tabung yang disediakan.


Day-Trip-Pusat-Konservasi-Gajah-Kebangsaan-Kuala-Gandah


Jangan lupa bawa duit kecil untuk beli makanan untuk diberikan kepada gajah. Dekat sana tiada QR pay atau transaksi Debit Card.

Perlaksanaan aktiviti bersama Gajah adalah bergantung kepada paras air sungai dan juga keadaan cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan.

Oh ya, jangan risau kalau korang dah ada dalam Kawasan Pusat boleh berada di dalam sehingga pukul 4.15 petang.

 


Senarai Aktiviti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Ada beberapa aktiviti diadakan boleh korang buat dekat sini tapi bergantung kepada cuaca, hari apa korang datang dan tahap kesihatan Gajah dan anak Gajah.


laman-latihan-gajah


Nak meriah datang pada hari Cuti AM dan hujung minggu okay.

 

  • Beri makan dan bergambar dengan Gajah (Setiap Hari – 10.30 pagi hingga 3.30 petang)
  • Gajah dewasa mandi bersama mahut (hari Kelepasan AM & hujung minggu Sahaja - 11.15 pagi hingga 11.30 pagi)
  • Pertunjukan Berinformasi, Gajah dewasa bersama mahut (Setiap Hari – 2.15 petang hingga 3.00 petang)
  • Bermesra dengan Anak Gajah (Jumaat sahaja – 2.45 petang hingga 3.15 petang)


 

 

Review Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Sejujurnya kami sekeluarga gembira habiskan masa dekat sini walaupun aktiviti tak banyak. Kagum dapat tengok Gajah bersaiz gergasi depan mata.

Kuala Gandah ni dekat dengan hati dan agak peribadi sebab ada kisah lucu berkait dengan keluarga kami.

Kami dah pernah ke sini bersama ahli keluarga lain waktu anak pertama, Ikhwan berumur setahun lebih.

Kiranya bercuti beramai-ramai dengan emak sekali. Lebih tepat 12 tahun yang sudah. Ada satu peristiwa yang buat kami tergelak besar dan semua ingat sehingga hari ini.


Pusat-Konservasi-Gajah



Waktu buat aktiviti beri makan dan bergambar dengan Gajah, mahut terangkan pasal gajah dan beritahu salah seekor Gajah bernama ABOT.

Kebetulan, kami bagi nickname Ikhwan nama yang sama. Rupa-rupanya nama Gajah kami beri pada anak. Memang tergelak besar masing-masing.


tengok-gajah-Pusat-Konservasi-Gajah-Kebangsaan-Kuala-Gandah


Suami la yang mula panggil ABOT (abang Botak). Waktu kecil rambut Ikhwan tak tumbuh banyak dan warna perang.

Kiranya kami Kembali selepas 12 tahun nak tengok ABOT. Alhamdulilah ABOT masih hidup dan membesar sihat di sini.

Balik tu perut dah lapar kami Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki kemudian terus balik KL. 


Kesimpulan

Bawa lah anak-anak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Sangat digalakkan dan bermanfaat untuk tambah lagi pengetahuan tentang alam semulajadi.


Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Menarik! Ada rezeki saya nak ke sini juga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang ramai-rami seronok sikit, terutama anak-anak kecil

      Padam
  2. Lama rasanya tak tengok gajah. Nak kena pergi zoo nii

    BalasPadam
  3. wah..nieyl pernah skali je tengok gajah itupun jauhhhh....

    BalasPadam
  4. Dalam bucket list PH, cuma belum ada kesempatan.
    Tq info Diah 👍

    BalasPadam
  5. memang kak ana selalu ke Bentong, tapi tak sampai lagi ke sini Diah. Menarik juga nak nak lagi masuk free kan.. :)

    BalasPadam
  6. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam
  7. Seru kak...di tempat saya ada balai konservasi gajah, namanya way kambas ,jarak lumayan jauh..entah bagaimana keadaan sekarang

    BalasPadam
  8. Pernah lalu sana tapi tak pernah masuk sebab ada urusan, jadi tak sempat nak masuk tengok gajah

    BalasPadam
  9. Memang bagus bawak anak2 g sini.dah la free..leh tgok gajah dekat2

    BalasPadam
  10. Menarik tempat ni. Boleh masuk list tempat yang perlu dilawati.

    BalasPadam
  11. Gajah ini hewan yg saya sukaaa sangat. Kdg tak paham kenapa ada banyak illegal Hunters yang tega membunuh gajah hanya demi ivory dia.. baru2 ini ada gajah yg mati dibunuh di hutan yg sebenarnya dilindungi, dan gajah itu pun sering digunakan untuk meredakan ribut antara hewan hutan lainnya. Atau membantu petugas kehutanan.

    Sediiih sangat saat terbaca beritanya ... Semoga gajah2 di sana tetap sehat dan membesar denahn baik ❤️❤️

    BalasPadam
Catat Ulasan