TV Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Tak pastilah kan normal atau tidak  perasaan aku ni? Sunyi betul rasa rumah ni bila anak-anak dah mula membesar. Paling terasa sunyi tu bila masuk waktu Maghrib. Hiba perasaan tu tak dapat diterangkan.

Anak yang dua orang tu ada je depan mata tapi bila diaorang dah leka bermain mana nak layan aku. Ikhwan pula memang dah seronok sekolah asrama.

Dasar anak bertuah. Memang itu cita-cita dia. Alhamdulillah atleast dia tahu apa dia nak. Ini agaknya apa emak rasa dekat kampung bila kami masing-masing dah berkahwin dan ada keluarga serta kehidupan sendiri.

Huwaa sedihnya.  Perasaan sunyi dan sedih tu datang dan pergi. Ini kalau mengadu pada suami mesti dia akan mula menyakat.

Tu malas nak mengadu tu. Tapi nak tak nak itu je lah tempat aku bercerita. Betul lah orang tua nasihat. Nak kahwin cari pasangan bukan sebab rupa je. Jangan sebab perasaan cinta ja.  


hidup-sunyi


 

TV Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

Dekat rumah ni lagi menambah sunyi sepi tu sebab bulan lepas TV dekat rumah rosak. Mula-mula elok je skrin dia hitam separuh.

Kami bersangka baik lagi dan harap TV tu bertahan la sampai tahun depan. Rupanya tidak ya. Bulan lepas dia tidak menyala langsung.

Skrin gelap, suara pun tak keluar. Lampu merah dia pun tak menyala. Jadi tamat tempoh sudah. Lebih lima tahun kot dia berkhidmat.

Banyak juga kenangan dengan TV jenama Samsung ni. Beli masa kami masih menetap di rumah sewa dan bawa sekali masa pindah ke rumah sekarang.

Begitulah kan, sedangkan manusia pun ada waktu tak sihat dia. Inikan pula mesin ciptaan manusia.

tv-rosak


 

Cadangan Beli TV Baru

Setakat ni perbincangan kami belum ada keperluan nak beli TV baru. Awal tu macam panik risau anak bosan duduk dekat rumah.

Rupa-rupanya tidak ya. Masing-masing leka buat aktiviti masing-masing. Lagipun kalau rindu boleh je buka Netflix guna laptop aku.

Tapi setakat ni anak-anak belum sampai tahap merayu nak ada TV. Jadi kami hold je dulu rancangan nak beli TV. Lagipun waktu sekarang kurang sesuai sebab ada keperluan lain yang layak diutamakan.

Dalam masa yang sama aku survey juga lah jenama TV yang tak mudah rosak, murah dan berbaloi nak beli. Mana tahu ada rezeki durian runtuh kan?

 

Apa pun aku tak pasti perasaan sunyi ni disebabkan perubahan hormon dan faktor umur yangs emakin meningkat, atau kehidupan aku sekarang ebrada di skala mendatar. Ahaks.

 

Makan Nasi Ayam Di Nasi Ayam Mak Chili

Hari cuti lepas aku ajak suami makan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Mak Chili cawangan Wangsamaju. Cawangan paling dekat dengan rumah jadi ke situ kami tuju.

Kami kalau keluar beli barang mesti akan makan nasi ayam di food court Aeon.

Teringin nak cuba Nasi Ayam Mak Chili sebab banyak dapat review yang baik. Kebiasaan Dah ada dua cawangan dan merupakan milik Youtubers terkenal Isaac Osman.

Menambahkan lagi keyakinan kami nak mencuba disebabkan Isaac kan suka buat video makan jadi secara logiknya mestilah dia akan teliti bila buka kedai makan.


makan-Nasi-Ayam-Mak Chili


Makan Nasi Ayam Di Nasi Ayam Mak Chili

Nasi ayam ni jadi menu yang biasa kami akan cari bila masing-masing dah tiada idea nak makan apa atau malas nak masak. Paling selamat makan nasi ayam supaya tak kecewa takut makanan tak kena dengan tekak.

Sesuai sangat dengan tagline Nasi Ayam Mak Chili – “tak tahu nak makan mana, nasi ayam je lah”. Senang kerja kan?

Lagi satu Nasi Arab. Selalu kami makan dalam Aeon Big dekat Restoran Paradise Reyan. Sedap hoi kena dengan tekak kami satu keluarga. 

makan-Nasi-ayam



Misi Mencari Nasi Ayam Sedap

Duduk dekat KL ni rasa macam payah sangat nak jumpa Nasi Ayam yang betul-betul sedap. Mungkin sebab aku je belum jumpa kedai yang sedap agaknya.

Antara yang sedap dan kena dengan tekak pernah aku cuba ialah Nasi Ayam Mass. Itu pun kawan yang belanja. Kedai dia dekat Medan Selera, Taman Setiawangsa.

Kami sampai kedai dalam pukul dua petang macam tu dan kedai dah mula penuh. Dekat kaunter nampak sign Kategori A besar dekat depan.

Apa yang aku faham kalau kategori premis makanan merujuk kepada jumlah markah yang telah dinilai daripada pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Pegawai Kesihatan.

Kalau dapat gred A, markah ialah 90 – 100. Jadi senang hati masuk kedai yang bersih. Yakin sikit nak makan.


Nasi-Ayam-Mak Chili


 

Makan Tengahari Di Nasi Ayam Mak Chili

Konsep makan dekat sini mudah je. Duduk dekat meja nanti krew dia bagi kertas pesanan dan sebatang pensil.

Selesai pilih panggil je krew dan tunggu lah mereka hiding. Menu ayam dia limit ya. Hanya ada Roasted Chicken dan Steamed Chicken sahaja. Harapnya in future boleh tambah BBQ dalam menu sebab itu favourite kami satu keluarga.

Suami dan anak-anak makan Nasi ayam roasted dan aku cuba nasi ayam steamed. Kami pesan juga Tofu Mak Chili sebab katanya ini signature dish dekat sini.


Tofu-Mak-Chili


Secara keseluruhan, makanan dekat sini sedap. Bagi aku Nasi Ayam adalah menu paling mudah kita nak cari mana salah dia.

Berikut ialah beberapa faktor utama yang aku rasa kenapa aku boleh suka Nasi Ayam Mak Chili:

Sambal: sambal cili dia cukup rasa. Manis, masam dan tidak terlalu pedas. Kalau nak sambal extra kedai caj RM0.50.

Ayam: Isi ayam roasted lembut (bukan lembik) dan berjus. Portion sedang elok untuk sorang makan. Roasted agak garing bagi tekak aku.

Nasi: nasi dia wangi dan penuh dengan hirisan halia. Warna dia agak keruh coklat berbanding nasi ayam yang banyak jual dekat kedai.  

Thai Green Tea Ais: Rasa Thai Green Tea dia tak terlalu pekat tak terlalu cair. Bila minum rasa sedang elok. Ah susah nak explain tapi sedap.


Thai-Green-Tea-ais


 

Cuma ada dua perkara yang kami kurang berkenan. Kerusi dia aku kurang selesa, rasa tak selamat. Tapi itu perasaan aku sajalah.

Kedua, pinggan yang mereka guna bentuk segi empat macam tu. Rasa tersekat nak makan. Maklumlah kita ni makan buas. Ahaks.

Pencarian Nasi Ayam masih diteruskan. Korang tahu nasi ayam sedap boleh drop dekat comment.

 

Servis Tukang Rumah Di KL Dan Selangor

Servis Tukang Rumah Di KL Dan Selangor

Apabila anda sedang mencari perkhidmatan tukang rumah yang berpengalaman di Kuala Lumpur, anda mahukan kontraktor rumah yang mempunyai pekerja-pekerja yang boleh dipercayai dan mahir.

Berikut ialah beberapa faktor utama yang anda perlu prihatin apabila mencari syarikat tukang rumah yang profesional di Lembah Klang:

Pengetahuan: Cari tukang rumah yang berpengalaman adalah penting, dan seseorang yang telah berurusan dengan pelbagai jenis kerja rumah dan jenis rumah berkemungkinan besar akan dapat mengendalikan projek anda dengan profesional.

Ulasan yang Baik: Bacalah ulasan pelanggan lain untuk syarikat tukang rumah online. Jika kebanyakan pemilik rumah yang lain mempunyai pengalaman yang baik, kemungkinan besar anda juga akan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Menawarkan Servis Rumah Yang Anda Cari: Semak sama ada tukang menawarkan perkhidmatan yang anda cari seperti tukang plaster siling. Sesetengah tukang rumah adalah pakar hanya dalam perkara tertentu seperti pasang grill rumah, jadi cari tukang rumah yang sesuai dengan keperluan anda.


pasang-tingkap-rumah-shah-alam


Kos Berpatutan: Dapatkan pecahan kos sebut harga untuk servis rumah yang anda cari. Berhati-hati dengan harga yang terlalu murah atau bagus untuk menjadi kenyataan – mungkin begitu. Dan harga yang paling tinggi tidak semestinya menandakan kualiti kerja yang terbaik. Dapatkan beberapa sebut harga daripada syarikat tukang repair rumah berdekatan anda.

Responsif: Pastikan tukang rumah yang ada upah boleh menjawab soalan dan menerangkan perkara tentang servis rumah yang anda perlukan seperti pasang bracket TV dengan jelas. Sebagai seorang bakal pelanggan, anda mempunyai hak untuk bertanya soalan.

Semakan Masa: Semak sama ada tukang rumah tersebut boleh melakukan kerja tukar tingkap rumah dalam jadual masa apabila anda memerlukannya.


servis-pasang-grill-rumah-baru-ampang


Jaminan Perkhidmatan: Tanya jika terdapat sebarang jaminan atau waranti pada kerja mereka. Ini menunjukkan mereka mengutamakan pelanggan dan menawarkan servis yang berkualiti.

Pendekatan Profesional: Cari tanda profesionalisme - adakah mereka menepati masa, bekerja dangan kemas dan sopan? Pendekatan profesional memberitahu anda bahawa mereka serius tentang kerja mereka.

 

Dengan memikirkan perkara-perkara di atas, anda boleh memilih tukang rumah yang dapat menyelesaikan kerja dengan betul dan membuatkan anda tersenyum.

 

Terima Tawaran Penempatan Murid Tahun 1

Keputusan penempatan permohonan tahun satu untuk tahun 2025 dah keluar. Untuk korang yang ada anak darjah satu tahun 2025, sekarang dah boleh semak status permohonan penempatan secara dalam talian.

Sesi campak belakang, permohonan sekolah sekarang semua dah melalui laman website. Memang kena alert tarikh yang KPM umumkan.

Aku dah mohon waktu bulan Mei sudah. Ada juga ya kes kelas Airis ibu bapa terlepas pandang tarikh mohon kemasukan darjah satu ni. Kasihan betul.

Entahlah aku tiada idea kalau terlepas mohon. Kena buat secara manual macam dulu-dulu lah agaknya. 


pendaftaran-tahun-satu


Terima Tawaran Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025

Memandangkan dari anak pertama memang dah sekolah tempat yang sama jadi sepatutnya tiada masalah dengan permohonan Airis. Kebiasaan penempatan sekolah adalah diwarisi dari adik beradik.

Maksud aku, permohonan jadi lebih mudah jika adik beradik bersekolah di sekolah yang sama. Tapi bila sebut kena mohon masih rasa gementar nak semak jawapan dari KPM. Dasar emak betul.

Ini baru semakan masuk tahun satu. Bukan kemasukkan ke Universiti ya. Drama betul. Bila tahu permohonan lulus rasa lega sangat. 

Selesai satu hal lepas ni boleh fokus untuk dia untuk ke sekolah rendah pula. 

 

 

Cara Semak Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025

Untuk menyemak status permohonan, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia  https://idme.moe.gov.my/login

Masukkan username dan kata laluan. Di bahagian dashboard – pilih Aplikasi. Seterusnya klik Pengurusan Awam. Klik Permohonan Kategori Rendah Tahap 1.

Nampak akan terpampang keputusan penempatan samaada Lulus atau Gagal. Boleh la print surat tawaran penempatan murid ke tahun 1 sebagai rujukan. 

Korang kena membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025 secara dalam talian. 

Nak elak sebarang masalah jadi patuhilah tarikh yang ditetapkan. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak. 

semakan-pendaftaran-tahun-satu



Pengesahan Penempatan Serahan Dokumen Ke Sekolah

Langkah seterusnya bila dah semak penempatan dan lulus, kena membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025. 

Macam aku bila datang ke sekolah untuk pengesahan kena bawa surat tawaran dan juga salinan surat beranak. Waktu tu sekadar tunjuk dokumen dan surat tawaran je. 

Tapi bila borak dengan kawan-kawan mereka kata kena serahkan kepada pihak sekolah. Alah pening. Kalau perlu nanti biar la sekolah minta semula. 


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Macam tak sangka anak dah nak masuk sekolah rendah.