Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Rodiah Amir
1

Semalam merupakan cuti umum sempena Awal Muharram. Beruntungnya tinggal di Malaysia yang banyak hari cuti.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445H kepada semua pembaca blog dan yang mengenali Diah.

Jadi semalam kami ke AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Ramai orang tapi masih selesa nak bergerak bebas.

Cuti -Awal-Muharram


Tujuan utama nak ambil Topvalu PR Gift. Sebelum tu dah whatsapp PIC (Person In Charge) dan dia suruh ke bahagian Customer Service.


AEON Topvalu PR Gift



Aktiviti Awal Muharram – AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre

Ini merupakan pertama kali anak-anak dan suami datang AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre. Diah pula kali kedua. Weh kagum datang sini.

Ingat tak Diah pernah kongsi, Diah ada sertai AEON Content Gempak Search 2023 Competition. Ha dekat sini lah tempat pitching session tu berlaku. 

Tapi waktu tu tiada kesempatan nak pusing dalam AEON Mall ni. Semalam bila pusing-pusing memang terasa besar sangat mall ni.

Pendek kata semua barang ada dan banyak pilhan. Suka datang sini sebab banyak pilihan kasut, baju kerja yang cantik. Rekaan baju dan perabot terkini dan moden.


Jalan-Jalan AEON Mall Taman Maluri

Selain tu banyak tempat makan. Semalam siap pakej sesat ya. Bila dah jalan tu baru tahu AEON Mall Taman Maluri Shopping Centre ni banyak tempat makan.

Food court dia besar dan ada di beberapa level. Ada juga food court khas untuk orang Cina. Jadi kalau datang sini memang tiada masalah nak cari makanan.

Purata harga makanan pun masih di tahap yang mampu bayar. Memang selesa. Patutlah ramai kawan-kawan dan saudara suka datang sini.

Kalau datang AEON, memang kena makan D'Laksa. Setakat ni tak boleh lawan lagi dekat AEON WangsaMaju. Susah nak terangkan tapi dekat situ lebih kena dengan tekak. 


dlaksa



Suami dah cakap akan datang lagi di masa depan. Kumpul duit dulu baru seronok nak membeli belah. Anak-anak macam biasa, keluar rumah pun dah gembira.

Semalam aktiviti kami cuma keluar ambil barang, makan dan kemudian balik rumah. Itu pun terasa penat sangat.




Dengan cuaca yang tak menentu memang cepat jatuh sakit. Siang tu Diah okay je masih boleh keluar dan bergembira.

Elok masuk je waktu Isyak terus badan rasa tak selesa. Hidung berair dan asyik lah terbersin. Badan terasa seram sejuk dan malam tu tidur pakai stoking sampai ke pagi.

Alhamdulillah pagi ini beransur sihat. Anak-anak pula cuma suhu badan agak naik tapi lepas berehat, suhu jadi stabil. Waktu sekarang memang kena jaga sangat pemakanan dan kesihatan.

 

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Tak sampai lagi sini rasanya.. Semoga diberikan kesihatan buat Diah sekeluarga.. Aamiin..

    BalasPadam
Catat Ulasan