Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Kuah kacang merupakan antara menu tradisi yang sering dihidangkan pada musim perayaan juga majlis-majlis keraian. Menu wajib lah kiranya.

Sekarang dah tak sah kalau nak jadikan alasan tak pandai masak kuah kacang sebab dah banyak produk instant dipasaran yang jadi penyelamat kaum ibu waktu raya ni.

Antara menu segera yang telah dikomersilkan dan tak perlu susah payah nak disediakan ialah kuah kacang. Boleh dimakan bersama nasi impit, satay, ketupat dan lontong.


Kuah kacang Segera, Sedap & Mudah Disediakan

Memang menjadi penyelamat kaum ibu di musim perayaan ni. Senang di sediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.  

Pertama kali Diah cuba sambal kacang ketupat & Satay jenama Jamilah Mansor (JM) dan Diah berpuas hati sangat.

Kuah-kacang-instant-JM


Nak sediakan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit dan boleh dihidangkan untuk tetamu di hari raya. Jadi tiada masalah kalau tetamu datang secara tiba-tiba.

Untuk yang tak suka guna produk segera boleh cuba resepi Resepi Kuah Kacang 4 Bahan 

Sambal kacang ketupat & Satay jenama JM sebenarnya dah lama wujud dan baru sekarang Diah terbuka hati nak guna.

Betul cakap orang, kalau ada benda yang mudahkan kerja kenapa perlu susah payah? Diah dah pernah sebut dalam entri nak cuba kuah kacang segera sejak tahun 2021 lagi.

Akhirnya cuba juga. Rasa kuah kacang guna pes segera pun sedap. Pertama kali masak guna daun pandan. Hanya perlu adjust ikut selera sendiri.

Resepi Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim


Kuah-kacang-segera

Cara Masak Kuah Kacang Segera JM

Cara nak masak ada disediakan di bahagian belakang plastik pembungkusan. Ikut sahaja confirm jadi. Cadangan satu paket kecil Sambal kacang ketupat & Satay JM boleh dihidangkan kepada lima orang.

Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebiji bawang yang dihiris dengan sedikit minyak.

Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air bersama daun pandan. Biarkan sehingga mendidih. Kalau nak kuah cair cuma lebihkan sukatan air.


Kuah-kacang-instant


Kemudian masukkan pes sambal kacang ketupat dan masak sehingga terbit minyak. Guna api perlahan.

Letak serbuk perasa ikut kesukaan masing-masing. Kuah kacang jenama JM agak manis dan kurang kacang.

Boleh tambah kacang jika rasa tak cukup.  


Kesimpulan

Dengan adanya pes segera sambal kacang ketupat & Satay JM sangat mudah disediakan dan paling penting rasa dia sedap. Tak risau kalau kena masak kuah kacang lepas ni.

Sepuluh minit dah siap. 

Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Lebih sebulan asyik on off menulis. Bermula sebelum puasa lagi sehinggalah dah masuk seminggu Syawal. Baru hari ini gagahkan diri untuk kembali aktif. Rindu nak menulis tapi apakan daya tenaga dan masa asyik tak mencukupi.

Sebelum terlambat Diah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua. Apa khabar Syawal korang? Cerita pagi raya ada tak? harap okay sahaja.


Kisah Hari Raya Kami – Melaka & Pahang

Alhamdulillah cerita raya 2023 Diah berjalan lancar sahaja. Anak-anak semakin membesar dan semakin faham serta semangat nak sambut raya.

Tahun ini giliran beraya di rumah mentua dahulu, di Melaka. Tahun ni tiada kejutan macam tahun sudah, tarikh hari raya sama dengan jangkaan dalam kalendar Georgia.

Jumaat pagi kami bertolak balik ke Melaka dan seronoknya lebuhraya PLUS tak sesak. Rezeki dapat berbuka dengan keluarga mentua.

Persiapan raya kami dah mula awal jadi tahun ni kurang penat dan terkejar-kejar. Fokus hanya puasa dan nak balik raya.

raya-pertama-di-melaka


Hari Raya Pertama 2023 – Raya Di Melaka

Sampai je dekat rumah MIL dah mula sibuk siapkan juadah raya. Tolong kakak ipar siapkan bahan-bahan memasak. Cuci balang dan masukkan biskut raya.

Menu hari raya pertama kami ialah nasi impit, ayam pencen masak rendang, kari daging, ayam kurma untuk anak-anak, dan juga kuah kacang.

Tahun ni seronok sangat sebab berkesempatan solat raya Aidilfitri berjemaah. Berpeluang solat dengan anak-anak sekali.

solat-sunat-aidilfitri

Mudah sangat sebab surau tak jauh dari rumah mentua. Airis dan Raudah paling teruja sebab ini pengalaman pertama mereka.


sembahyang-raya

Selesai solat, siapkan anak-anak dan seperti tahun-tahun sudah rumah mentua selalu jadi persinggahan sanak saudara.

Tema baju Raya pertama tahun ni ialah Navy Blue. Baju lelaki beli dekat Butik Omar Ali, anak perempuan beli di Butik Sireh Pinang dan Diah beli dekat TikTok Shop.

Berkesempatan juga ke rumah pakcik makcik dan selebihnya kami beraya di rumah sahaja. Melaka panas ya, tapi tak mematahkan semangat kami bergambar dekat luar.

Lighting cantik haruslah digunakan sebaiknya. Malam tu kami check in homestay yang berdekatan. Ambil kesempatan untuk tempah homestay demi keselesaan semua dan mentua pun faham.

Sebelum ni pernah - check in di Hotel Bestari, Jasin Melaka - bila ramai-ramai balik kampung. 

Raya kami sederhana saja, ada adik beradik suami yang terpaksa bekerja pada hari raya pertama. Emak dan ayah mentua redha saja.

Baru perasan tiada satu pun gambar juadah Raya. Sibuk bersiap dan makan saja. 


Hari Raya Kedua 2023 – Raya Di Pahang

Siap berkemas di rumah mentua, sambung pula gosok baju untuk raya kedua. Tema baju Raya kedua kami suami isteri pilih warna Olive. Anak-anak pula belikan baju lebih santai (Padini & Brands Outlet).  

Ikut giliran, tahun 2023 tahun adik beradik perempuan beraya di rumah mentua terlebih dahulu.

Jadi memang tak dapat ambil gambar 10 orang adik beradik dan bermaafan di pagi raya. Tunggu kalau ada rezeki tahun depan.

Pagi tu selepas sarapan kami bertolak balik ke Pahang. Risau tersangkut dalam kesesakan kena bertolak awal.

raya-kedua

Tahun ni terpaksa waze dan ikut jalan lain sebab jalan biasa kami lalu sesak tak ingat. Puncanya pemandu takut nak keluar simpang ke jalan utama.

Syukur walaupun ikut laluan berbeza, perjalanan kami dipermudahkan. Selepas empat jam dalam kereta kami selamat sampai ke destinasi.

Bila dah sampai rumah sendiri memang kena terus bertugas. Baru je duduk di meja makan, saudara sebelah arwah abah sampai.

Kebetulan emak dan adik beradik lain balik kampung, ziarah kubur arwah atuk dan yang ada dekat rumah hanya adik bongsu dan kakak ipar.

Kami sajalah yang berperang siapkan juadah dan melayan tetamu. Menu raya kedua ialah laksa Utara disamping juadah utama rendang ayam, lemang dan nasi impit.

Tiga buah kereta kesemuanya. Segan gila nak layan tapi terpaksa la. Adik bongsu awal lagi dan angkat bendera putih.  

Malam tu pula keluarga makcik sebelah emak pula sampai. Memang tradisi keluarga sebelah emak (adik emak), mereka akan menziarah rumah adik beradik sehari suntuk.


raya-di-kampung


Bertolak dari Selangor, bermula dengan berkumpul di rumah pakcik di Temerloh, kemudian singgah di rumah emak kemudian teruskan perjalanan ke Bahau sebelum pulang ke rumah.

Bermusafir dan menggunakan 24 jam di bulan Syawal sebaik mungkin. Peluang setahun sekali digunakan sebaik mungkin.

Keadaan sama pada hari Raya ketiga. Menerima kunjungan saudara mara dan kami jamu bihun sup untuk tetamu.

Nak kongsi berita baik dengan semua, emak ditemani adik bongsu Diah akan menunaikan umrah dan penerbangan dijadualkan pada 29 April ini.

Raya keempat masing-masing dan pulang ke sarang dan emak kami bawa sekali ke rumah abang di Negeri Sembilan.

Decide untuk recycle je baju raya pertama. Nak bawa baju banyak-banyak nanti kena tambah luggage. Pakai saja apa yang ada. 

raya-keempat

Mudah urusan nak menghantar ke lapangan terbang nanti cadangnya. Minta doakan emak dan adik Diah mudah urusan dan selamat pergi dan balik.

Alang-alang tu kami beraya di Bahau, rumah saudara sebelah emak. Tahun lepas tak dapat beraya bersama. Tahun ni tunaikan hajat emak jumpa sanak saudara. 

raya-di-bahau

Apa pun seronok sangat kisah raya kami di tahun 2023. Setiap pengalaman, setiap saat dan kenangan akan dikenang sampai bila-bila.

Resepi Roti Pita Kebab Daging

Hari tu waktu scroll Instagram terjumpa resepi Roti Pita atau nama lain Roti Poket guna roti Gardenia. Dah buat untuk berbuka minggu lepas. Sedap sangat.

Tapi waktu menulis entri ini dah lupa dekat mana Diah baca posting tu. Niat hati nak letak credit untuk pemilik resepi asal. Ini lah masalah kalau asyik bertangguh menulis.

Semoga perkongsian Diah akan menjadi lubuk pahala yang mengalir untuk pemilik resepi Roti Poket Goreng, InshaAllah.

Kalau tak silap Roti Poket ni sama je dengan Roti Pita yang selalu di jual di Pasar Malam tu. Roti berbentuk separuh sfera dan dalam dia di isi dengan kebab daging atau pun ayam.


Roti-Poket-Kebab-Daging


Resepi Roti Pita Kebab Daging

Dekat rumah ni, anak Diah yang sulung tu suka sangat makan kebab daging. Alhamdulillah bila buat sendiri dekat rumah dan tengok anak suka makan rasa bahagia sangat.

Itu lah kegembiraan emak-emak dalam dunia ni. Bila emak masak, ahli keluarga yang lain akan habiskan.

Kebetulan ada lebihan roti Gardenia dekat rumah jadi rajinkan diri buat untuk juadah berbuka. Semua bahan ada dan mudah sangat nak buat.


 

Bahan- Bahan Resepi Roti Pita Kebab Daging


Bahan-bahan untuk Roti Pita:

8 keping roti Gardenia

Sebiji telur

Serbuk Roti

Minyak untuk menggoreng

 

Cara Penyediaan:

Guna dua keping roti Gardenia dan kemudian tekap menggunakan acuan bulat. Diah guna penutup balang biskut untuk dapat saiz roti Gardenia.

Elak pembaziran.


Resepi-Roti-Pita-Kebab-Daging

Dalam bekas lain pecahkan telur. Salut roti dengan telur kemudian salutkan pula dengan Serbuk Roti.

Goreng dalam minyak yang panas. Bila keperangan boleh angkat.

Ketepikan dan siapkan inti daging.


Roti-pita


Bahan-bahan untuk Kebab Daging:

2 biji bawang merah

2 biji bawang merah

Lada hitam

Sos tiram

Sos cili

Garam

Serbuk perasa

Daging hancur


Kebab-Daging


Tumbuk bawang sehingga lumat dan tumis dengan sedikit minyak. Setelah garing masukkan daging hancur.

Untuk sukatan daging hancur Diah agak-agak sahaja. Kacau dan bila daging hampir masak masukkan kesemua bahan lain.

Kuantiti boleh adjust ikut tekak masing-masing.


Kemudian boleh lah potong roti yang di goreng tadi kepada dia bahagian. Isi kan kebab daging dan boleh dimakan bersama sos cili dan juga Mayonis.

Roti Pita Kebab Daging boleh jadi juadah berbuka juga sesuai dimakan waktu sahur. Selamat mencuba.


Giveaway Raya Gift by Uyum 2023

Waktu blogwalking tadi nampak ada kawan-kawan blogger sertai GIVEAWAY RAYA GIFT by UYUM 2023. 

Blog kepunyaan Ako Retna | @anakomak Pertama kali Diah singgah blog dan terus tekan butang follow. 

Allah bukakan pintu hati Diah, nak join juga GA Raya Gift by Uyum sebab suka tengok keterujaan Uyum baca comment auntie yang dah join GA. 


Giveaway Uyum


Kebetulan hari ni hari terakhir nak join. Jadi alang-alang tu terus buat. Yang nak join boleh klik banner atas ni. 

Antara syarat nak sertai giveaway Uyum kena lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 

Tak wajib kata tuan tanah tapi Diah comment berdasarkan beberapa entri yang sempat Diah baca. 

Auntie suka tengok Uyum kerana keletah Uyum yang mencuit hati. Rasa suka tengok tu tak ada sebab. Walaupun hanya membaca penulisan di blog Ako tapi dapat bayangkan personaliti Uyum tu macamana. 

Mungkin sebab Diah pun ada anak yang hampir sebaya jadi dapat bayangkan keterujaan anak bila kita libatkan dia dalam sesuatu perkara. 

Suka sebab dapat pupuk minat anak buat perkara yang baik. 

Diah doakan Uyum jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Salam perkenalan juga dari auntie.