Manfaatkan Cuti Sekolah di SuperDayCamp SuperPark

Rodiah Amir
1

Baru-baru ni aku menghadiri majlis pelancaran SuperDayCamp di SuperPark Malaysia yang bertempat di Avenue K Kuala Lumpur. 

Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma, Superpark memperkenalkan SuperDayCamp.  

Program cuti sekolah yang penuh dengan aktiviti sukan menarik khas untuk kanak-kanak di bawah jurulatih berpengalaman.

Untuk pengetahuan korang, SuperPark dikenali sebagai the friendliest all-in-one indoor activity park sesuai untuk semua golongan daripada kanak-kanak dan orang dewasa. 


Manfaatkan Cuti Sekolah di SuperDayCamp SuperPark

Apa yang menarik di SuperPark? Teruskan membaca ya.

Bila tiba cuti sekolah, untuk ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah macam aku ni memang dah mula fikir aktiviti yang sesuai untuk dilakukan masa cuti nanti. Kalau tak memang masa habis duduk depan televisyen saja.

Tak macam waktu aku kecil dulu, waktu cuti sekolah main khemah-khemah, pergi memancing, masuk ladang kelapa sawit. 

Hai banyak lah aktiviti. Berbeza sungguh aktiviti cuti sekolah dahulu dan sekarang.
 

Manfaatkan Cuti Sekolah di SuperDayCamp SuperPark




The Power Of Play SuperDayCamp

Melalui SuperDayCamp, SuperPark menekankan konsep “The Power of Play” yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, serta memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak membangunkan asas kemahiran hidup yang penting.

Ibu bapa boleh memilih untuk hantar anak-anak ke kem ini untuk satu atau tiga hari. 

Kem ini menjanjikan keseronokan dalam persekitaran tertutup yang selamat untuk memupuk kecergasan, kebolehan kognitif dan kerja berpasukan.



Aktiviti cuti sekolah SuperDayCamp SuperPark


Salah satu fakta yang menakutkan, lebih separuh daripada remaja Malaysia cenderung untuk memilih gaya hidup tidak aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa apa-apa aktiviti fizikal. 

Sebagai contohnya bermain permainan video di telefon. Kalau perasan anak-anak kecil yang berusia dua hingga tiga tahun ketagihan telefon pintar.

Sedih! Tapi itu lah hakikatnya.

Luangkan cuti sekolah anda di SuperDayCamp!

Bercakap dalam acara pelancaran, Charlene Marie Samuel, Pengarah Autisme Behavioural Pusat dan ahli terapi Analisis Terapi Gunaan yang terlatih berkata, 

"Waktu bermain adalah penting untuk perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya semasa umur pembesaran mereka". 


HAbiskan cuti di SuperDayCamp SuperPark

Ia membolehkan mereka untuk belajar kemahiran penting seperti menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru - semuanya akan sangat berguna apabila mereka semakin tua. "

SuperCamp sesuai disertai oleh kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun. Dengan nisbah jurulatih dan kanak-kanak 1: 7. 

Kem akan dibimbing melalui beberapa siri aktiviti bermain untuk melatih fizikal, mental dan emosi di dalam seliaan dan persekitaran yang menyeronokkan.

Kanak-kanak boleh pilih untuk kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin hingga Rabu, bermula 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019.

Kem akan bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 3:30 petang
Harga tiket untuk SuperDayCamp

(Beli sebelum 15 November akan menikmati diskaun 10%)
Kem 1-hari RM179.10 (Harga Asal RM199)
Kem 3 Hari RM449.10 (Harga Asal RM499)

Semua peserta SuperDayCamp akan menerima:

• Sijil Penyelesaian (disokong oleh Pendidikan Finland)
• Makan tengah hari (pilihan vegetarian disediakan)
• Welcome Pack (SuperPark Branded Merchandises)
• T-shirt Kem Edisi Terhad
• Akses Hari Penuh ke SuperPark Malaysia selepas sesi kem
* Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 8 tahun mestilah ditemani oleh penjaga sah yang berumur 18 tahun ke atas.

Untuk keterangan lanjut tentang SuperPark Malaysia’s SuperDayCamp, sila layari lama website dan juga laman sosial seperti dibawah:

https://www.superpark.com.my/
Facebook  SuperParkMY
Instagram @superparkmy

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan