Bagaimana Nak Pandai Hias Cupcake hanya dalam beberapa jam?

By Rodiah Amir - November 15, 2019


Bagaimana Nak Pandai Hias Cupcake hanya dalam beberapa jam?

Aku nak kongsikan pengalaman berharga yang aku dapat tentang bagaimana nak pandai menghias cupcake hanya dalam beberapa jam sahaja. Hias bukan sebarang hias tau, ni hias menggunakan fondant.

Believe it or not rupa-rupanya korang kena tahu teknik yang betul bila nak hias cupcake menggunakan fondant. Semua tip dan trick aku belajar masa hadiri kelas baking di Collins Kitchen Lab yang bertempat di Solaris Mont Kiara.

Aku berjaya hias enam biji cupcake comel hasil tunjuk ajar cikgu yang merupakan pemilik Collins Kitchen Lab sendiri. Masa awal-awal memang ragu-ragu sangat dengan diri. Tak pernah aku uli fondant seumur hidup. Tapi hasil tunjuk ajar cikgu yang memang mudah sangat nak faham.

Kelas Baking Collins Kitchen Lab


Kelas Baking Workshop Collins Kitchen Lab


Terima kasih kepada theAsianparentMalaysia, di bawah program VIP Mum yang telah menaja aku dan para ibu lain di Kelas Baking Workshop Collins Kitchen Lab. Memang seronok tak terkata sebab inilah peluang untuk meneroka lebih jauh lagi minat aku dalam bidang memasak dan baking.


Untuk pengetahuan semua, Mums Baking Workshop juga merupakan bonding session antara ibu dan anak. Ibu boleh pilih kelas baking bersama anak atau bersendirian. Kelas baking ni merupakan kelas pertama aku dan Ikhwan. Satu pengalaman yang berharga dan akan kami kenang sepanjang hayat.


Kelas baking kami pada hari tu terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah khusus untuk anak-anak menghias cupcake dan di ikuti oleh kelas menghias cupcake bagi ibu. Cikgu akan beri tunjuk ajar bagaimana cara menghias cupcake dan kemudian baru kami mula menghias.




Aktiviti Me Time Para Ibu

Kebiasaan aku sebagai Work At Home Mum (WAHM), bila stress dengan jadual yang padat dan kerja rumah yang memenatkan aku suka buat kek. Itu cara aku lepaskan tekanan, jadi bila ada kesempatan menghadiri kelas baking ni memang kena sangat dengan ‘me time’ aku.


Seronoknya juga selain dapat ‘me time’, aku dapat berkenalan dengan kawan baru. Terhibur dengar kisah masing-masing. Sesekali dapat keluar berjumpa kawan baru dan belajar benda baru memberi suntikan semangat dalam hidup. Asyik terperuk dekat rumah boleh, lama-lama boleh datangkan kesan buruk tau.

Aku sangat setuju dan cadangkan para suami untuk hantar isteri ke kelas macam ni. Tengok la minat isteri dan hantar ke kelas yang betul. Di Collins Kitchen Lab ni ada kelas lain seperti Basic Sugar Cookie, Cake Pops, Kek-kek moden dan pelbagai jenis manisan.

Bagaimana Nak Pandai Hias Cupcake Guna Fondant?

Korang jangan takut nak cuba uli fondant. Apa yang penting korang kena berfikiran terbuka dan enjoy je belajar. Jangan takut-takut nak uli sebab nak mengendalikan fondant kena guna tenaga. Kalau buat untuk kek saiz 8 inci mesti lenguh tangan.


Antara tips dan trick cikgu kongsikan untuk hias cupcake guna fondant ialah kena pastikan tangan sentiasa berada dalam keadaan kering. Kalau basah akan merosakan fondant.

  • Semasa menguli fondant, teknik tekan dan tolak haruslah betul serta cikgu ada kongsikan petua nak tahu fondant sudah di uli dengan baik atau tidak ialah tekstur fondant itu sendiri. Sebelum di uli, fondant agak keras dan kasar, tekstur fondant akan berubah dan sedia di digunakan selepas tekstur fondant berubah selembut punggung bayi. Kelakar kan?
  • Sentiasa sapukan fondant dengan tepung jagung untuk elak fondant melekit semasa dicanai. Macam sapu bedak tu.
  • Tangan aku jenis yang cepat berpeluh, darah panas cikgu kata. Jadi kena lebih banyak bersabar dan kena pantas menguli supaya fondant tak comot. Tapi aku puas hati je hasil fondant aku. Next time aku nak cuba uli pakai sarung tangan getah. Mana tahu membantu. 
  • Untuk aktiviti menghias cupcake bagi anak-anak pula, mereka diberikan empat biji cupcake, butter cream dan juga gula-gula hiasan. Cikgu akan tunjukan cara piping butter cream dan kemudian anak-anak boleh tiru apa yang cikgu ajar atau hias mengikut corak kegemaran sendiri.

Aku dapat simpulkan yang kelas baking Workshop Collins Kitchen Lab sangat menyeronokan. Anak aku dah ajak untuk datang lagi nak buat kek lain pula. Sangat-sangat berbaloi terutama mereka yang nak cari ilmu sebab cikgu yang mengajar berpengalaman.



Apa yang paling penting, kegembiraan aku sebagai ibu dan berkongsi detik bahagia bersama anak serta habiskan masa berkualiti bersama.

Penubuhan Collins Kitchen Lab

Menurut pengasas Collins Kitchen Lab, Frances Voon berkata selepas beberapa tahun Little Collins Cakery & Café dibuka, mereka menerima permintaan untuk mengajar di kelas. Selepas mendapat peluang maka lahirlah Collins Kitchen Lab.

Sebelum itu mereka menjalankan Little Collins Cakery & Cafe yang merupakan perniagaan milik keluarga yang terletak di dalam hutan konkrit terletak di Solaris Mont kiara. Ia bermula sebagai kedai bunga & kedai roti dan akhirnya mereka menemui jiwa mereka iaitu dessert & apa sahaja yang lazat.


Selain terkenal dengan kek yang unik dan kuih muih, Little Collins Cakery & Café menerima tempahan kek perkahwinan. Collins Kitchen Lab juga menyediakan ruang untuk bengkel Swasta & Korporat yang boleh diatur mengikut keperluan korang.



Collins Kitchen Lab adalah studio mengajar yang serba boleh untuk kumpulan kecil dan sederhana. Ada dua ruang yang tersedia. Ruang bengkel Mini adalah ruang yang cerah dan lapang yang sesuai untuk bengkel mini yang intim. "Makmal Dapur" utama dilengkapi untuk sesi demo, rakaman video atau kelas, Collins Kitchen Lab adalah ruang yang selesa yang anda perlukan.

Class Schedule:

16 Nov 2019 – Woodland Teddy Cake
17 Nov 2019 – Merry Cake Pops
23 Nov 2019 – Basic Sugar Cookie Workshop
30 Nov 2019 – Christmas Cupcakes

Untuk pertanyaan mengenai kelas dan lain-lain boleh email atau hubungi mereka seperti no yang tertera di bawah.
Email: collinskitchenlab@gmail.com
WhatsApp - 0127768005

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Cantik lah cupcake ade tulis nama Rodiah tu.. mmg diah buat sendiri yer.. kalau anak dah besar nnt boleh kot bawa dia ke sini.. best jugak buat aktiviti dgn anak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tu hasil tunjuk ajar dan bantuan cikgu, memang best buat aktiviti dengan anak..

      Delete
  2. great sharing. sy bab ni memang akan fail la jawabnya haha bukan apa sebelum ni pernah cuba buat kek n x jadi.. adik beradik gelakkan sy. since that day sy mmg x cuba buat dah..
    da buat kek x jadi apatah lg buat cup kek.. sy masih x yakin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan putus asa ya, saya dulu selalu fail juga. Sukat bahan, saiz loyang, oven semua memainkan peranan jadi ke tidak. Biasa kalau frust tak jadi buat kek bakar, saya buat kek kukus

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.