Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez

Rodiah Amir
1

Alhamdulillah masih ada rezeki Ikhwan Hafeez untuk naik ke pentas terima anugerah kecemerlangan sekolah untuk tahun 2019. Rezeki dia tersenarai dalam penerima hadiah tahun 2. 

Lima orang murid dari kelas 2 Cemerlang di pilih sebagai murid cemerlang pentaksiran bilik darjah. Semenjak sekolah laksanakan sistem pentaksiran bilik darjah ni aku sebagai ibu ni agak sedikit risau. 

Yelah kita dah terbiasa di nilai dengan peperiksaan dan markah. Nombor di dalam kelas dan sebagainya. 

Tapi, melalui sistem pentaksiran murid bukan sekadar di nilai di atas kertas malahan melalui sikap dan tauladan yang ditonjolkan sepanjang waktu persekolahan. 

Bayangkan kalau anak sejenis pendiam dan kurang bergaul. Entahlah.

Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez

Dah janji dengan dia kalau dia buat yang terbaik dan dapat naik pentas (sekolah pagi) aku akan tunaikan apa dia nak, dengan syarat tambahan kena dapatkan keputusan yang baik untuk KAFA juga.


Dia minta belikan skate board. Nampaknya aku kena lah tunaikan hajat dia memandangkan dia cemerlang untuk sekolah pagi dan juga KAFA.



Murid Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah

Berbalik kepada pentaksiran bilik darjah, oleh sebab dah tiada nombor dalam peperiksaan jadi murid dinilai oleh guru melalui aktiviti semasa di dalam bilik darjah. 

Kebolehan memahami, menjawab dan mengaplikasi serta menjadi contoh kepada rakan sekelas adalah antara perkara yang dipantau oleh guru kelas. 

Berbalik kepada pencapaian Ikhwan, guru kelas ada terangkan yang dia cemerlang dalam subjek sains, dia dapat Tahap 5 dan mampu untuk menunjukan contoh kepada rakan.

Jika di ikutkan tahun lepas ialah Pertama Kali Naik Pentas terima hadiah kecemerlangan. 

Itu apa yang cikgu terangkan dekat aku. Nak terangkan lebih lanjut pun aku masih dalam fasa memahami sistem penilaian ni. 

Majlis kecemerlangan sekolah Ikhwan telah berlangsung pada 15 November 2019 yang lepas. Tahun ni suami kehabisan cuti jadi aku sahaja yang wakilkan untuk tengok dia naik pentas. 

As usual, perangai mak-mak bila nampak anak naik pentas je mula mengalir air mata. lol.


Pesanan Untuk Anak

Selalu aku pesan dekat Ikhwan, kalau teringin nak naik pentas, nak terima hadiah kena la rajin belajar. Memang aku tak paksa tapi jadi tanggungjawab aku kena selalu ingatkan. 

Maklumlah anak-anak ni mudah lupa, jadi mahu atau tidak memang berbuih mulut aku akan membebel ingatkan apa yang perlu dan patut.

Aku harap apa kami sampaikan dan ajar dia selama ni dia akan ingat sampai bila-bila. Dia anak sulong jadi aku selalu tekankan dia kena buat yang terbaik. 

Dia ada dua orang adik lagi yang bakal ikut jejak langkah dia. Jadi dia kena jadi anak contoh. Alhamdulillah setakat ni Ikhwan masih on track.

Sesungguhnya setiap anak itu amatlah berbeza. Dengan Ikhwan aku boleh bercakap dan beri nasihat. Berbeza sangat dengan Raudah. 

Yelah kan, apa aku nak harap dia baru tiga tahun. Mungkin sama jantina, atau aku dah meningkat usia. Sabar aku dah semakin susut. 

Harap sangat kami dianugerahkan ketabahan mendidik anak-anak sampai putus nyawa. Harapan aku sebagai ibu bapa terhadap sistem pendidikan negara, agar jangan lah asyik duk tukar sistem pendidikan. 

Kalau perasan tukar Menteri atau tukar tampuk kepimpinan sedikit sebanyak ada je yang diubah. Kalau benar diubah untuk kebaikan, aku boleh lapang dada tapi kalau ubah sekadar memenuhi pihak berkepentingan aku harap la pihak bertanggungjawab buka mata.


Untuk anakku Ikhwan Hafeez, mama dan abah ucapkan berjuta lemon tahniah di atas pencapaian kamu. 

Biarlah orang kata pencapaian kamu tak seberapa tapi di saat nama kamu disebut dan dipuji oleh guru kelas dah buat mama dan abah bangga. 

Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kamu di jalan kebenaran, dilapangkan dan dicerahkan hati untuk menimba ilmu dan jadi anak soleh.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan