Shopping Barang Murah Di Shopee Birthday Sale 12.12 

Secara rasminya aku juga tergolong di antara jutaan pembeli yang telah berjaya digoda untuk shopping barang murah sempena Shopee birthday sale 12.12 ni. Korang amacam? Lepas harungi dugaan tak? kalau tak shopping dekat Shopee mesti ada ter beli dekat platform lain juga kan? Restoren pun banyak buat tawaran masa tarikh 12.12 yang lepas.

In conjunction with school holiday, then ada offer baik punya dekat Shopee aku memang ambil kesempatan beli barang-barang untuk anak-anak dan diri sendiri. Sale kali ni aku beli mainan untuk pembelajaran. Pendek kata Edutainment la, berhibur sambil belajar. Sekurang-kurangnya masa cuti sekolah ni tak la bosan dan asyik menghadap tv.



Shopping Barang Rumah Di Shopee

Sebelum ni suami pernah beli mainan di Shopee, boleh tahan la kualiti dia dan murah pula tu. Kira sesuai la dalam jangka pendek untuk anak-anak bermain. Masing-masing ganaih sangat kalau main, jadi kalau rosak tidak la terasa sangat nak marah.

Waktu sale 12.12 ni aku tergoda dan dah selamat sampai pun barang-barangnya. Sebelum ni pun aku dah banyak beli barang di Shopee, barang-barang rumah, mainan, aksesori telefon dan banyak lagi la. jom baca apa aku beli.

#1 TENSO 2 in 1 Easel Wooden White & Black Board Series for kid

Easel ni aku dah lama aim untuk anak-anak conteng. Bila berikan buku untuk menulis dan melukis mesti aku kena kemas kertas yang terkoyak. Penat weh. Bila ada easel wooden white & black board ni aku suruh anak-anak main conteng-conteng dan padam.

Bertambah teruja anak-anak. Cuma kelemahan kena pastikan anak-anak tak conteng sofa atau dinding dengan marker pen. So far anak aku terkawal Alhamdulillah. Harga hanya RM26 dapat percuma kapur tulis, satu whiteboard marker dan pemadam papan hitam. Berbaloi semestinya.

Boleh beli dekat sini Easel Wooden White & Black Board

#2 Early Learning Wooden Puzzle Board Montessori Wooden Jigsaw Puzzle

Panjangnya nama Wooden puzzle ni. lol. Kalau ikut ilmu parenting, wooden puzzle macam ni dapat merangsang perkembangan otak. Boleh latih kemahiran, daya ingatan dan supaya anak seronok belajar. Aku beli wooden puzzle board alphabet, number dan juga jawi.

Harga hanya RM5.30 setiap satu dan kualiti setanding la dengan harga yang aku beli. Ada la sedikit cacat cela tapi so far aku puas hati je. Anak-anak pun suka.  Sesuai untuk anak yang berumur 3 tahun ke atas tapi di bawah pemantauan ibu bapa.


#3 Stackable shoes Box foldable – Storage Box Organizer Case

Aku tak tahu pun yang Storage Box Organizer Case ni tengah trending dalam group Facebook #kemasrumahwithHani kebetulan aku beli sebab aku baru beli kasut dan sayang gila nak letak dekat rak kasut sebab berhabuk. Kasut dihadiahkan sang suami. Semestinya di jaga rapi.

Masa tengok mula-mula ragu la juga sebab nampak macam tak kukuh je. material dia plastik ye korang. Tapi plastik bukanlah cikai-cikai. Lepas siap pasang baru terasa keteguhan dia. Sengaja try ketuk kotak tu tak la mudah penyek.

Sedikit kelemahan bab nak pasang. Sebenarnya mudah je tapi jadi sukar untuk orang yang tak sabar macam aku. tak sabar pun aku berjaya pasang 10 kotak tau. Harga satu unit hanya RM2.65 jadi aku beli 10 terus. Ikut hati nak beli lebih dari tu.


#4 Digital LCD Tempered Glass Weighing Scale

Aku dah lama berhajat nak beli digital scale ni sebenarnya. Pernah tengok harga scale di Watson mencecah hampir ratusan ringgit terus cancel niat nak beli. Niat utama semestinya sebagai pendorong untuk kawla berat badan. Dah menjangkau usia menuju 40 ni seriau berat terlebih. Badan nak pakai lama.

Masa cuci mata di Shopee ternampak Digital LCD Tempered Glass Weighing Scale yang murah ni terus tak fikir panjang. Dengan harga serendah RM18.88 untuk saiz 33 cm cukup memuaskan hati aku. jangan la kau rosak ye penimbang. Setakat review dan performance sehingga hari ni penimbang tu masih ok.


Bersyukur sangat aku berjaya tahan nafsu membeli. Kalau ikut hati aku, segala mala tok nenek coklat dan kacang aku beli. Berapa kali dan aku letak di chart lepas tu masa checkout aku untick. Kahkahkah. Tunggu rezeki lebih kita shopping kekacang, kimchi dan coklat pula la.


Tips Selamat Beli Barang Di Shopee


Aku nak kongsikan sedikit tip bila membeli barang di Shopee. Setakat hari ni aku belum pernah alami penipuan which is aku berdoa sangat dijauhkan dugaan yang macam tu. Scammer is everywhere dan bijak pula tu. Jadi sebagai pengguna kena pilih untuk jadi lebih bijak.

#1 Baca review bergambar & tengok rating kedai.

Please sangat-sangat sebelum nak beli sila lah baca review dan lagi bagus kalau rujuk review yang ada gambar. Atleast korang boleh imagine saiz, dan condition barang yang korang nak beli. Aku selalu akan beli dengan kedai yang ada high rating dan juga telah terjual banyak.

#2 Kena sabar kalau beli waktu sale, lagi bagus beli barang yang shipping dari Malaysia dan ready stock.

Kalau korang sejenis suka shopping dan grab tawaran murah sempena sale korang kena tanamkan sifat sabar yang tinggi. Faham sahajalah kalau ramai yang beli jadi peratusan nak dapatkan barang dengan cepat tu agak tipis. Tak boleh nak expect beli hari ni sampai esok ya. 

Macam sale 12.12 ni kira ok la dalam dua hari aku dah terima barang-barang. Bayangkan kalau korang beli barang dari oversea pastilah ambil masa kan? Jadi tengok dulu description barang di pos dari mana.

#3 Chat dengan penjual di dalam applikasi sahaja. Elak chat di whatsapp.

Banyak kes scammer menipu bila pelanggan mula berkomunikasi bukan di dalam aplikasi Shopee. Kena ingat ya, once korang dah berurusan di luar aplikasi memang payah nak suruh Shopee untuk bertanggungjawab. Sebab apa tau, ianya menjadi kesalahan anda dan macamana Shopee nak bantu kalau transaksi tiada dalam rekod mereka. Kisah benar ya, memang ada yang pernah ditipu bila buat urus niaga seterusnya melalui whatsapp.

Aku rasa setakat itu sahajalah tips dan pengalaman shopping di Shopee yang dapat aku kongsikan. Semoga korang bijak berbelanja sebab aku yakin lepas ni Year End Sale pula akan bermula. Jadi pengguna bijak. Ambil peluang beli barang yang perlu dan jimatkan masa dan tenaga untuk keluar ke kedai.

Selamat berbelanja.

3 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Oh dah sampai ke semua barang yang dibeli? saya punya satu pon belum sampai. tersekat banjir agaknya haha

    BalasPadam
  2. tips yang no 1 tu yang paling penting.. Rating dan review pelanggan sebelum ini..

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama