Kedai Asam Pedas Melaka, Restoran Berkat Salam

Rodiah Amir
5

Kalau korang bercuti di Melaka, memang rugi kalau tak makan asam pedas. Kebanyakkan kedai makan di Melaka, asam pedas pasti ada dalam menu masakan mereka. 

Sekarang dah banyak restoran yang bijak tarik perhatian pelanggan dengan menjual pelbagai jenis masakan asam pedas. 

Selalu orang cari asam pedas ikan pari, ikan asam pedas ikan kembung, asam pedas tetel dan sebenarnya kedatangan aku ke Melaka kali ini adalah sebab nak cuba asam pedas telur ikan mayong.



Kedai Asam Pedas Melaka, Restoran Berkat Salam


Sebelum ni aku pernah cuba asam pedas claypot dekat area Menara Taming Sari. Tapi sayangnya asam pedas tu tak memenuhi selera aku. Kuah dia rasa terlebih kunyit. Lama juga aku merajuk tak makan asam pedas. 

Aku pernah juga share resepi Asam Pedas Ikan Siakap

Aku tahu tentang Restoran Berkat Salam sebab kedai ni termasuk di dalam senarai kedai asam pedas terbaik di Melaka. Itu apa yang aku jumpa di Google. Jadi haruslah jejakkan kaki bila sampai ke Melaka. 


Restoran Berat Salam Asam pedas


Lokasi Restoran Berkat Salam


Restoran Berkat Salam terletak di Bukit Katil, iaitu di Jalan Tun Hamzah, Ayer Keroh Melaka. Lokasi kedai betul-betul di tepi jalan memudahkan pelanggan untuk jumpa kedai ni dan restoran dia luas, bersih serta selesa untuk keluarga. 


menu masakan Restoran Berat Salam Asam pedas



Konsep kedai ini adalah layan diri. Korang perlu ke kaunter untuk ambil nasi dan pilih lauk yang telah pun siap di isi dalam mangkuk. 

Aku prefer macam ni sebab kedai dah decide berapa harga semangkuk lauk dia akan charge. 

Manakala asam pedas dan gulai lemak cili padi pula dia letak di dalam kuali kecil. Tujuan dia supaya mudah untuk dia panaskan semula bila pelanggan request nak makan asam pedas panas. 

Eh bijak lah idea tu. 


Air asam tetel


Makan Asam Pedas di Restoran Berkat Salam


Tujuan utama nak cari asam pedas telur mayong tapi tak kesampaian, jadi aku pilih asam pedas telur Ikan Tenggiri. 

Aku dapat makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong dekat RUMAH ASAM PEDAS MELAKA 

Untuk mengubat kekecewaan, aku cuba juga daging tetel air asam (pertama kali cuba), udang sweet sour dan ayam goreng untuk anak-anak. 

Kalau nak tahu daging tetel ialah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang dan juga lemak. Sedap dimakan tapi bahaya kalau makan dalam kuantiti banyak sebab ianya tinggi kolestrol. 


udang masak sweet sour


Menu dekat sini sama je dengan kedai lain yang menjual makanan tengahari. Rasa makanan dia tidaklah mengecewakan, servis pun laju. 

Anak-anak enjoy sebab dapat rasa vibe kampung. Tapi cuaca di Melaka panas ya. 


Asam pedas telur ikan tenggiri


Sedang elok dalam pukul 2 petang, kami selesai makan. Teruskan perjalanan dan ikut perancangan nak berehat dan check in hotel. Elok je melangkah keluar, ramai pelanggan baru tiba. 

Kali ni kami  check in di The Straits Hotel And Suites Melaka.



Kesimpulan 

Walaupun impian nak makan Asam pedas telur ikan mayong di Melaka tak tercapai tapi aku bersyukur sangat sebab dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga. 

Pencapaian membanggakan apabila bercuti dengan anak-anak yang masih kecil dan tiada berlaku perkara yang tak seronok.  

Perjalanan smooth sangat, anak-anak tak meragam dan suami beri kerjasama sepenuhnya. Knowing me yang selalu berperangai di luar jangkaan memang mencabar nak handle. Ahaks. 

Next food hunting, nak makan malam tepi sungai Melaka, Waronk Avenue. Ayuh. 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ingatkan anak2 je slalu buat perangai...maknya pun sama gak ye rupanya hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha mak balas dendam asyik anak je nak crancky.. mak pon terer

      Padam
  2. Sedapnya dapat makan panas panas ye.

    Boleh masukkan list bila ke Melaka nant. Selalunya I makan di tempat sama je. Teringin nak rasa kedai lain pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini selesa tak pack tu try tu...nak try asam pedas pakman pulak..

      Padam
  3. Comel la Diah merajuk dgn asam pedas.. mmg nk makan asam pedas g Melaka, tp kena pandai la pilih kedai.. tpt yg Diah makan nie boleh masuk wishlist la

    BalasPadam
Catat Ulasan