Resepi Asam Pedas Sedap & Mudah - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Mar 14, 2018

Resepi Asam Pedas Sedap & Mudah

Asam Pedas Recipe

Asam pedas memang jadi salah satu makanan favourite aku sejak dari dulu lagi. Berkahwin pulak dengan orang Melaka yang memang nya terkenal dengan masakan tu. So bertambah-tambah la suka. Bagi aku lah kan, rasa asam pedas ni adalah berlainan bagi setiap negeri.
Mak aku masak asam pedas ada lain sikit, mak mertua pun lain. Aku? oleh sebab aku dah rasa dua-dua so aku campur kedua-dua resepi. Kalau asam pedas Melaka mak mertua buat, kuah dia pekat dengan bahan tumis, ada halba, belacan wajib ada, serbuk kunyit dan rasa dia ke arah masin-masin berlemak. Sedap makan dengan nasi dan jadi pencicah lempeng sebab kuah dia jadi pekat kaw-kaw.
Lain pula style mak aku, mak aku punya asam pedas tak terlalu pekat, dia jadi mild je, belacan dan halba adalah bahan sunat untuk dimasukkan (terpulang nak masukkan atau tak, dan biasanya tak masuk). Benda yang best pasal asam pedas mak aku ialah aku suka hirup kuah dia. Perghh memang terbaik. Rasa dia lebih kepada ada rasa manis-manis. Aku berdarah Pantai Timur so manis tu biasa ah. Bukan la manis macam dessert tapi cukup rasa aje. Lepas makan nasi ambil biskut lemak, patah-patahkan dan masukkan dalam kuah asam. Ahhahah sedap woi. Pelik tapi sedap.
So hari ni kebetulan masak asam pedas Kak Diah style kita tempek kat blog la. Aku guna ikan siakap. Ikan lain yang aku suka campak adalah ikan parang dan ikan pari. Selain buat asam pedas ikan siakap aku suka masak stim limau.
Teringat dulu masa berjalan-jalan ke Melaka, aku ada makan asam pedas kat restaurant yang fofular di Dataran Pahlawan, konon nak merasa la (kedai viral) sekali memang tak boleh telan langsung kuah dia. Macam terlebih kunyit nyah. Rasa payau.

Resepi Siakap Masak Asam Pedas
  • Ikan siakap satu ekor
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Satu inci halia
  • Belacan
  • Cili kering satu genggam
  • Asam jawa dua sudu
  • Tomato 1 biji
  • Kacang bendi ikut suka banyak mana
  • Garam/ gula
Cara-cara:
Rebus cili kering. Blender cili kering, bawang, belacan dan halia. Tumis bahan blend sampai naik bau/tua. Masukkan ikan, air asam, bendi, tomato. Biar sehingga mendidih dan perasakan dengan garam/gula.
Siap dan selamat mencuba.

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.