Kuih Titisan Hujan Terkenal Di Jepun Viral Di Malaysia

Rodiah Amir
12

Kembali viral di media sosial – TikTok tentang Kuih Titisan Hujan yang terkenal di Jepun dan viral di Malaysia. Nama lain kuih ini ialah Raindrop Cake. Ramailah buat food hunting mencari sampai ke Pekan Ipoh

Sebelum ni kuih atau kek titisan hujan dah pun pernah trending beberapa tahun lepas dan kemudian semakin dilupai tetapi baru-baru ini kuih ini kembali disebut-sebut. 


Sedap Ke? Kuih Titisan Hujan Terkenal Di Jepun Viral Di Malaysia

Kuih Titisan Hujan ini berasal dari Negara Matahari terbit iaitu Jepun dan dikenali sebagai Mizu Shingen Mocha. Asasnya diperbuat daripada air dan agar-agar. 

Bentuk dia seakan-akan air hujan dan berwarna putih jernih. Makan bersama air gula, serbuk soya (ada yang gunakan kacang tumbuk). 


Kuih Titisan Hujan Viral


Sedap ke Kuih Titisan Hujan? 

Benda viral ni hype je lebih kan? Sedap atau tak ianya subjektif ikut citarasa masing-masing. Untung orang bijak terutama peniaga mesti akan ambil peluang buat duit apabila benda tengah viral. Sementara ada sambutan boleh la ambil kesempatan. 

Dari segi harga sedikit berbeza ikut topping yang dipilih. Asasnya kuih ni ada agar-agar titisan hujan, air gula Melaka dan juga serbuk soya. Ada juga menggantikan serbuk soya dengan kacang tumbuk. 

Tapi ada juga peniaga yang bijak dah naik taraf sikit resepi dan tukarkan air gula Melaka kepada perisa matcha, jagung dan juga strawberry. 


Resepi Kuih Titisan Hujan


Pertama Kali Cuba Kuih Titisan Viral

First impression aku terhadap kuih titisan hujan ni ialah ianya tidak lah begitu mengagumkan selera aku yang sukakan makanan. 

Pertama kali aku cuba waktu tu aku ke festival anak seni yang diadakan di hadapan Balai Seni Negara Kuala Lumpur. 

Waktu tu malam dan cuaca pula sejuk. Kebetulan ada kawan aku ambil bahagian dan buka booth menjual makanan untuk pengunjung yang datang. Kebetulan booth sebelah dia menjual Kuih Titisan Hujan. 

Dia lah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan Kuih Titisan Hujan kepada aku. Awalnya ragu-ragu nak cuba sebab rupa dia yang crystal clear macam air hujan tu pastinya rasa tawar. 

Adalah sedikit rasa teruja sebab tak pernah tahu kewujudan dessert macam tu. Aku dah pernah rasa sekali jadi aku tak teruja nak buat atau beli lagi kecuali orang nak belanja. Lols. 

Mengikut perkongsian dari Puan Nurbazlyn Husna dalam Facebook Masak Apa Hari Ini, dia antara suri rumah yang teruja mencuba kuih Titisan Hujan. 


Raindrop cake


Resepi Kuih titisan hujan @ Rain Drop Cake 

Setengah sudu besar serbuk agar-agar atau pun Jeli 

680 ml air 

2 sudu besar gula kastor  

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan ke dalam acuan. Biarkan mengeras. 


Bahan Topping

2 sudu besar Gula Merah

Setengah cawan cawan air 

Masak sehingga mendidih dan pastikan gula larut. 

Kacang tanah hancur dan serbuk soya boleh dibeli dari kedai bakeri. 


Kesimpulan 

Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat ingin mencuba yang tinggi terutama mencuba perkara viral. Mudah sangat nak buat Kuih Titisan Hujan dan boleh cuba guna resepi di atas. 

Tapi, kalau tiada masa dan malas nak kotorkan dapur eloklah beli je sambil support peniaga tempatan. Makan Kuih Titisan Hujan yang sejuk di waktu cuaca panas memang menyegarkan. 

Catat Ulasan

12Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nampak mudah nak sediakan. cuma rajin tak rajin je nak membuatnya. saya tak pernah rasa lagi. harap sedap la di tekak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sejuk sedap la kot sebab jeli kan, lepas tu makan dengan air gula. dari segi rasa biasa jelah bagi tekak saya

      Padam
  2. Teringin juga Kak Sue nak rasa Kuih Titisan Hujan nie Diah.. tak tau nak buat atau nak pi beli aja nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak senang beli je kak, rasa dia takde la wow sangat hahhaha

      Padam
  3. Ada nampak kat TT tengah viral kuih ni. Baru tahu kat Ipoh rupanya. Nanti nak cari lah..Betul, kadang makanan/minuman viral ni subjektif tahap kesedapan dia. Ikut selera masing-masing. Ada yang memang rasa dia sedap, ada yang sebabkan viral je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi sekarang bukan dekat Ipoh je, merata orang jual hihiih

      Padam
  4. Makanan viral yang kitorang excited nak try dulu adalah kek Jepun yang fluffy tu..siap beratur panjang nak beli. Tapi bila dah makan, hampa. Mahal kot satu slice time tu, tapi rasa hanyir telur. Sekarang dah tak terkejar benda viral dah, maybe sebab faktor usia :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. kek fluffy yang mana eh? kalau cari yang lembut try kek dari Komugi.. sedap

      Padam
  5. Teringin nak rasa kuih ni. Tapi tak jumpa lagi.

    BalasPadam
Catat Ulasan