Tips Buat Video Marketing Perlu Tahu, Guna Handphone Je

Rodiah Amir
3

Setuju tak yang zaman sekarang adalah zaman video marketing. Perasan tak dah ramai content creator, usahawan dan yang sama bidang menggunakan video sebagai salah strategi utama marketing mereka.

Kalau korang bersetuju dengan kenyataan dekat atas maksudnya korang sedar akan kepentingan dan faham kenapa bagusnya buat video marketing. Guna handphone je pun boleh. 


4 Tips Buat Video Marketing Perlu Tahu, Guna Handphone Je

Artikel kali ini aku nak kongsikan 4 tips atau pun langkah-langkah perlu korang tahu untuk buat video marketing tak kisah guna kamera mahupun handphone.

Tiada handphone atau kamera canggih bukan masalah utama. Kita guna je dahulu apa yang ada di tangan.

Tips buat video marketing usahawan perlu tahu


Cara-Cara Buat Video Konten Marketing Guna Handphone

Jika anda seorang usahawan, freelancer, content creator mahupun mereka yang terlibat dengan dunia online, penghasilan video marketing produk merupakan salah satu cabang kemahiran yang perlu dikuasai.

Selari dengan trend terkini, format video pendek semakin mendapat perhatian di platform media sosial seperti TikTok, Youtube, dan Instagram kerana ianya lebih menarik perhatian pengguna berbanding format media yang lain.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas

Antara jenis video marketing yang selalu menjadi pilihan adalah: video produk review, video testimoni, vlog, video korporat, video perayaan / event, video edu-tainment.

Menurut kajian yang dilakukan oleh wyzowl 87% daripada pemasar video mengatakan video, secara umum, memberi mereka pulangan yang baik untuk pelaburan mereka.


Sesi brainstrom konsep video bersama team

 

Tips Video Online Konten Marketing Perlu tahu

Berikut merupakan asas dan juga 4 tips mudah untuk menghasilkan video marketing semua orang perlu tahu. Aku kongsikan ilmu yang aku dapat dari Saudara Azim Wahab iaitu seorang jurufoto professional (Jurufoto selebriti malaysia) yang dikenali kerana hasil kerja beliau yang memukau.

Azim berkongsi 4 tips video marketing yang perlu dititik beratkan sekiranya ingin menghasilkan video marketing yang bagus. Tapi kenapa nak hasilkan video?

Tak cukup ke kalau buat konten dalam bentuk gambar dan copywriting sahaja? Seperti aku tekankan sebelum ini, video marketing lebih memberi impak dan lebih mudah nak dapat kepercayaan daripada penonton.

 

1 Idea

Latih diri untuk menulis idea di atas sekeping kertas kemudian kembangkan jalan cerita menjadi story board.

Sebelum membuat video marketing, sebaiknya jelas tentang apa yang ingin dicapai supaya mesej berjaya disampaikan.

Kalau ada team, bagus bincang bersama-sama melalui sesi brainstorm supaya idea dapat difahami oleh semua, baru objektif tercapai.

2 Konsep

Kesilapan besar selalu dilakukan ialah terbiasa buat marketing hard selling. Sudahnya jadi video terlalu menjual dan terlalu memaksa pelanggan.

Kena ingat, yang kita kena sentiasa mengutamakan konten dan tetapkan konsep video yang mudah difahami.

Elakkan buat video ‘hard selling’ yang hanya fokus kepada produk atau servis tetapi sebaiknya lebihkan konten berbentuk ‘lifestyle’ / softselling supaya penonton rasa seronok untuk tonton video anda.  

 

3 Engagement

Secara asasnya, engagement merujuk kepada jumlah likes, komen, save, klik link url, dan DM. Untuk pastikan video kita ada engagement kena hasilkan konten berkualiti dan tidak terlalu panjang meleret.

Kalau panjang sangat potensi orang nak skip video tu amatlah tinggi. Like what? Siapa nak tengok video bosan kan?

Durasi maksima video yang dicadangkan adalah 15 minit. Cadangan durasi video bergantung kepada jenis video yang dihasilkan, contoh: IG Story (15 saat), Instagram Reels (30 Saat).  

Pastikan juga caption menarik dan menerangkan USP produk yang membezakan dengan pesaing kita.

 

4 Target Market

Kenali siapa targer market korang, siapa pembeli, apa perkara yang mereka suka, latar belakang, aktif di media sosial yang mana, dan lain-lain.

Secara logiknya kita sendiri akan kongsi video yang kita suka dengan orang lain, jadi hasilkan video yang orang suka. bukan syok sendiri. 


Kesimpulan

Video marketing memang bagus untuk orang business sebab emosi tu terus sampai ke hati prospek. Dah kira skill wajib ada untuk semua.

Tapi, bukan lah bermaksud marketing letak gambar tak bagus ya, okay je cuma kalau pilih untuk upload gambar digalakkan untuk buat carousel dan pastikan gambar dan tulisan clear serta mudah difahami.

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. part buat video ni, mmg akak failed..tak kreatif..

    BalasPadam
  2. bukan senang nk buat video.. perah idea, itu belum part nk shot video.. nice sharing

    BalasPadam
Catat Ulasan