Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Rodiah Amir

Akhirnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan permohonan pengeluaran khas KWSP telah pun dibuka kepada ahlinya. 

Semestinya pengeluaran khas kali ini adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP dari segi kewangan untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. 


Cara Mohon Pengeluaran khas KWSP 

Bertujuan juga menampung komitmen semasa bagi ahli yang terkesan, diberhentikan kerja dan kehilangan punca pendapatan.  

Jumlah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM10,000.


Cara-mohon-pengeluaran-khas-kwsp


Tarikh Penting Permohonan Khas KWSP

Permohon boleh dibuat bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 secara dalam talian melalui portal Pengeluaran Khas KWSP atau melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pembatalan permohonan sama sekali tidak dibenarkan selepas permohonan dihantar. Jadi, fikir masak-masak sebelum melakukan permohonan. 

Boleh semak status permohonan bermula 9 April 2022. 


syarat-mohon-pengeluaran-khas-kwsp

Kelayakan Memohon Pengeluaran Khas Perlu Tahu

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap. 
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  3. Ahli yang pernah melakukan pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra juga layak untuk memohon. 
  4. Anggota perkhidmatan awam diingatkan bahwa mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
  5. Amaun pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50 dan ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.


Maklumat Permohonan

Pemohon diminta untuk menyatakan tujuan memohon pengeluaran khas berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan antaranya seperti: 


  • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tapa gaji)
  • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
  • Telah lama tada pekerjaan/pendapatan
  • Mengalami pengurangan pendapatan/ gaji
  • Membantu pasangan/ahli keluarga yang terjejas
  • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan/pendapatan tidak terjejas
  • Sebab-sebab lain


Untuk kegunaan: (pilihan tersedia)

  • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian/ bulanan
  • Membayar tunggakan hutang (rumah, kereta dan lain-lain)
  • Perbelanjaan/ubahsuai rumah bagi keperluan bekerja dari rumah (WFH) mengikut norma baharu
  • Menampung kos pendidikan/pembelajaran anak-anak
  • Membiayai kos rawatan kesihatan seperti rawatan susulan Covid-19 dan lain-lain
  • Menambah simpanan/dana kecemasan
  • Membuat pelaburan (saham, emas, dan lain-lain)
  • Membiayai kos melakukan kerja harian/perniagaan kecil-kecilan
  • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
  • Pemberian kepada pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
  • Perbelanjaan selain keperluan asas
  • Hal-hal lain


Untuk keterangan lanjut berkaitan permohonan termasuklah menyemak jumlah simpanan KWSP semasa, ahli digalakkan untuk membuat semakan melalui Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun, i-Akaun (Ahli) atau pergi ke Kios KWSP berhampiran. 


Kesimpulan 

Semoga dengan adanya kemudahan pengeluaran khas KWSP ini sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban ahli meneruskan kehidupan.

Penafian: Artikel di atas merupakan panduan dan rujukan yang dikongsikan oleh Blog rodiahamir berkaitan Pengeluaran khas yang diumumkan KWSP bermula 1 April 2022. Blog rodiahamir tidak terikat dengan mana-mana agensi kerajaan dan agensi berkaitan serta merujuk kepada sumber di umumkan KWSP. 


Tags