Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan

Rodiah Amir
13

Alhamdulillah setelah seminggu berpuasa dapat juga balik berbuka dengan emak di kampung. Memang dah jangka hari pertama puasa orang berebut balik kampung jadi kami balik pada minggu kedua. 

Setelah dua tahun tak dapat berpuasa dan berbuka di kampung disebabkan PKP, akhirnya kemeriahan tu dapat dinikmati semula. Alhamdulillah. 

Kebetulan minggu pertama tu kakak aku sekeluarga dari Puncak Alam balik dan lama juga dia tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. 


Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan 

Berbaloi bila bersabar sebab waktu kami balik jalan masih dipenuhi kereta tetapi masih terkawal. Lancar je perjalanan. 

Walaupun balik waktu tu singkat je tapi bersyukur sangat dapat berbuka dan bersahur dengan emak. Alhamdulillah. 

Ambil kesempatan menikmati Ramadan sementara masih ada peluang. Emak pun bukan sihat sangat sekarang ni. Anak-anak paling teruja dan gembira bila aku cakap nak balik kampung. 

Terbayang keseronokkan rumah kampung yang luas, dapat berlari bebas dan paling penting kalau balik kampung semua sepupu layan mereka macam anak raja. 

Maklumlah kakak-kakak sepupu dah remaja, seronok melayan adik sepupu yang sedang membesar. Ringan beban aku. 


Berbuka-Puasa Di-Kampung-Dengan-Emak-Sempena-Ramadan


Berbuka Puasa Di Kampung Lebih Meriah? 

Berbuka dekat kampung dekat kampung lebih meriah? Ye betul sangat. Itu kalau ditanya pendapat aku. Meriah dengan bilangan juadah dan ramai-ramai berbuka bersama. 

Bukan itu sahaja, setiap kali sediakan juadah berbuka walaupun menu dia simple je tapi terasa sedap sangat. 

Dekat kampung biasanya kami bergotong royong sediakan juadah berbuka dan bersahur. Jadi kerja tu jadi lebih mudah dan paling penting aku dapat skip memasak. 

Penat sangat hari-hari masak untuk berbuka dekat rumah sendiri, jadi bila di kampung aku tolong sediakan bahan dan kakak ipar yang masak. 

Terima kasih kakak ipar yang sporting sangat layan karenah dan selera kami sekeluarga. Balik kampung dapat la request nak makan apa yang teringin. 


Juadah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung


Keluarga Harta Paling Berharga

Balik kali ini aku ambil kesempatan berborak dan beri kata-kata sokongan memandangkan keadaan kesihatan emak agak tak stabil. 

Terkesan dengan peralihan cuaca yang terlampau panas dan juga hujan petir setiap petang memberi kesan terutama kepada emak. 

Ditambah usia emak yang semakin bertambah. Lagi lah emak cepat penat dan sakit badan. InshaAllah jika di izinkan Tuhan emak bakal sambut ulang tahun kelahiran ke 71 tahun pada November ini. 

Emak sedang & berada dalam tempoh menerima rawatan dari Hospital Klang dan Hopsital Mizan disebabkan oleh penyakit Gout, kencing manis, dan juga darah tinggi. 


Meriah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung

Satu perkara aku perasan, bila kita sakit di usia emas perkara paling penting adalah mendapat sokongan emosi dan pastikan mereka tak putus asa untuk sihat. 

Entah berapa kali emak luahkan yang dia bosan asyik kena makan ubat dan badan senantiasa sakit. Penyakit pun dah lama jadi bukan mudah nak hilangkan begitu sahaja. 

Jadi anak-anak memainkan peranan penting supaya emak gembira dan positif menghadapi ujian yang Tuhan beri.  

Tahun ini harapnya tiada drama cedera macam tahun lepas tergunting telinga waktu gunting rambut

Bersyukur sangat masih diberikan peluang untuk berpuasa dan berbuka dengan emak di kampung. Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, hargai sementara ada. Jenguklah mereka. Buat yang telah dijemput Ilahi, semoga ditempatkan ayah dan ibu di syurga Firdaus. 


Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Seronok dapat sambut Ramadhan dengan Mak kita kan..

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah dapat juga balik kampung berbuka puasa bersama mak, moment begini sangatlah berharga :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berbuka bersama2 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur sangat. Dah berkeluarga ni mencabar sikit

      Padam
  4. Best dapat berbuka puasa dengan keluarga di kampung, masakan mak yg paling dirindui

    BalasPadam
  5. mmg la kan.. tentu seronok berbuka puasa di kampung seronok bersama mak ayah lagi2 pulak dh 2 tahun x balik akibat covid ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita balas dendam tak balik pose raya dua tahun

      Padam
  6. Alhamdulillah sis. Seronok dapat berbuka dengan mak ni. sambil sambil borak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yes.. asyik makan tak sedar terlajak borak

      Padam
  7. meriahkan dpt berbuka puasa bersama mak

    BalasPadam
Catat Ulasan