Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Dibuka

Rodiah Amir

Dengan pengalaman lebih dari empat dekad dalam industri peruncitan, Metrojaya kembali mengukuhkan reputasi mereka dengan pembukaan rasmi gedung mereka yang terkini di Lalaport Bukit Bintang City Centre.

Selari dengan citarasi terkini, Metrojaya memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka khas buat peminat setia agar dapat merasai pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan.  

Memilih lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah.



Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Dibuka Kepada Orang Awam

Orang ramai juga boleh mendapatkan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Sentiasa peka dengan trend global terkini, Metrojaya menyuntik nafas baharu membantu pelanggan mereka membina kehidupan moden dengan menawarkan produk gaya hidup berjenama seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters.


Perasmian Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre


Memetik ucapan Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store, semasa perasmian Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre baru-baru ini, mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri.

Nekad memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan mementingkan mutu serta kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia di bawah satu bumbung. 




Gedung Metrojaya Pertama Sediakan Vendor Kopi Tersendiri

Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.


Shopping-Metrojaya-lalaport-bukit-bintang


Penyediaan vendor kopi membolehkan pelanggan mereka bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Metrojaya mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa di gedung mereka.  



Tambahan unik untuk gedung ini juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

Menjadi yang pertama di Asia Tenggara dibuka, Metrojaya LaLaport menandakan satu detik yang penting dalam perjalanan mereka sebagai peruncit kerana ia membolehkan mereka untuk sekali lagi mendekati pelanggan mereka dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik.

Untuk mencipta kelainan, beberapa ciri-ciri unik yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini telah pun dimasukkan.

Setiap perincian dan bukan hanya fokus kepada produk yang tersedia, mereka juga teliti menyediakan suasana yang dicipta khas untuk para pelanggan.




Cara nak ke Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre

Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Jadi memang sesuai sangat untuk warga kota yang teringin nak datang tapi malas nak bersesak dengan kenderaan di jalan.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my