Makan Tengahari Di House Of Kambing MAEPS

Rodiah Amir
5

Hai-hai guys. Kembali lagi dalam entri jalan-jalan cari makan edisi cuti sekolah. Kali ni, kami ke House of Kambing (HOK) yang terletak di MAEPS Serdang.

Dah nama restoran pun ada nama Kambing jadi menu utama di HOK adalah menu daging kambing. Buat yang tak makan kambing jangan risau sebab ada je menu ayam.

Memandangkan waktu cuti sekolah, jadi dah boleh bayangkan suasana dia sibuk dan penuh dengan orang. Macam cari penyakit pun ye juga datang waktu sekarang.

Tapi apa nak buat, dah sampai dan dapat parking cun depan kedai jadi niat nak makan kambing harus diteruskan. Kebetulan kami bawa anak saudara ke Farm In The City, jadi memang dah dekat sangat dengan HOK.

House-of-Kambing-MAEPS


Makan Tengahari Di House Of Kambing MAEPS

Aku tahu tentang HOK adalah melalui laman Instagram rasmi mereka. Bagi aku berkesan la cara mereka marketing guna media sosial macam tu. Konten marketing mereka berjaya mempengaruhi aku yang suka makan untuk datang.

Sebelum datang sini expectation aku agak tinggi. Baik dari segi rasa, keselesaan, pilihan makanan dan lokasi. Aku bayangkan yang indah-indah sahaja, terbayang daging kambing yang lembut tapi hakikatnya?

Anda baca lah sendiri.

Waktu operasi HOK adalah bermula jam 11 pagi sehingga enam petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Waktu kami sampai betul-betul waktu makan tengahari dan sudah melepasi jam 12 tengahari jadi memang tempat tu penuh.

Parking agak terhad dan kawasan sekitar dia berbukit. Di depan restoran ialah kawasan padang ragut yang luas bercantum dengan kandang kambing dan unta.

Keluar dari kereta mata kami tertumpu ke arah kandang dan nampak seekor unta dan beberapa ekor kambing tengah berehat. Unta tu nama dia Mina. 

Unta-House-of-Kambing


Rezeki kami dapat meja di bahagian belakang dan paling penting diterangi oleh cahaya Matahari. Natural lighting gitu. Cuaca panas ya waktu tu dan cantik sangat nak ambil gambar.

Waktu tengah makan kami perasan ada unta dan kambing bersiar-siar dalam kawasan padang luas tu. Baguslah atlease kambing dan unta tu seronok lepas bebas.

Restoran HOK ni dua tingkat. Dekat bawah ada banyak meja dan menjadi pilihan keluarga manakala di tingkat dua menjadi pilihan abang-abang motor yang suka konvoi datang makan dekat situ.

Tingkat dua tu panas ya tapi pemandangan dari atas memang cantik. Sesuai sangat kalau anda sejenis tidak kisah dengan panas dunia.

Menu-House-of-Kambing


Pengalaman Makan Tengahari di House of Kambing

Kami datang dengan perut yang kosong dan perasaan lapar tu memang terpamer di muka masing-masing terutama anak-anak. Setelah bermandi peluh di Farm In The City jadi tak sabar nak makan di sini.

Malangnya tempoh makanan untuk siap ambil masa yang agak lama. Faham sangat sebab ramai orang jadi semua bersabar. Cuma mungkin HOK dapat baiki mutu perkhidmatan di masa hadapan supaya dapat pendekkan masa dan hantar minuman terlebih dahulu.

Dengan cuaca panas, air pun sampai lambat ke meja ianya menjadi pengalaman yang kurang menyenangkan sebab terpaksa pujuk anak-anak kecil supaya bersabar.

Aku tak rasa mereka kekurangan pelayan sebab ramai je pekerja yang ambil tempahan dan kutip pinggan kotor. Mungkin kekurangan pekerja bahagian dapur ditambah pelanggan yang ramai. Hari minggu kan.

grill-out-House-of-Kambing


Menu Utama Di House of Kambing

Kami minta pelayan untuk mencadangkan menu patut kami cuba di HOK. Mereka pun ramah je nak layan soalan kami.

Untuk peminat Lamb dicadangkan untuk cuba set Grill Out. Ada 3 jenis iaitu Grill Out Mini, Grill Out dan Grill Out Platter. Bezanya set Platter ada signature dish mereka iaitu signature marinated lamb (kambing perap), kambing goreng crispy dan ayam goreng crispy, sesuai untuk lima orang makan.

Kami cuba set Grill Out Mini. Dalam set tu ada dua pinggan nasi, dan signature marinated lamb sesuai untuk dua ke tiga orang makan.

Kami juga cuba Nasi Goreng Kambing dan Sup Kambing Power. Anak saudara aku makan Nasi Kukus Ayam Bakar.

Kalau dekat area rumah, kalau teringin makan kambing memang pergi Menate je. 


Ayam-bakar-House-of-Kambing


Dari segi rasa agak tersasar dengan apa kami bayangkan. Perapan kambing dan ayam bakar ialah kicap. Rasa macam makan masak kicap dan tak pedas. Daging kambing dia boleh aku kategorikan lembut dan boleh dikunyah.

Nasi Goreng Kambing dia mengecewakan bagi aku. Rasa nasi goreng kari. Rasa kari tu menenggelamkan rasa kambing. Aku mengharapkan nasi dia pedas tapi tidak.


Nasi-goreng-kambing-HOK


Sup kambing dia layak diberi pujian. Kena la dengan tekak kami yang selalu makan sup kambing dekat NZ. Makanan di HOK bukanlah tak sedap langsung tapi aku meletakkan harapan terlalu tinggi.

Mungkin kalau ada kesempatan untuk datang lagi aku nak cuba kambing goreng crispy.

Apa yang berjaya buatkan hati aku sejuk adalah meja makan dia cantik. Pandai dia pilih warna meja kayu berunsurkan alam semulajadi. Nasib dia tak hias macam rumah kambing. Lol.

Suka sangat dengan pemilihan meja dan kerusi serta susun atur. Walaupun nampak agak sempit tapi masih selesa. Aku berkenan dengan corak dan warna meja kayu yang nampak aesthetic sangat. 

Tambahan pula pekerja HOK sangat mesra alam. Tak lokek senyuman dan terbuka menerima pendapat. Waktu pembayaran, cashier sempat tanya suami minta bagi review berdasarkan apa kami makan pada hari tersebut.

Waktu tu aku dah jalan laju-laju sebab barisan pelanggan menunggu untuk masuk sangatlah panjang. Jadi untuk anda yang teringin nak rasa makanan di HOK bolehlah datang sini. Nak selesa sila datang pada hari bukan cuti sekolah.

Secara keseluruhan, pengalaman makan di HOK ni seronok disebabkan faktor persekitaran dia yang sejuk mata memandang. Kalau dia upgrade sikit rasa makanan, boleh jadi tempat makan kami bila teringin nak makan kambing.

 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Aduhai..terasa nak makan kambing la...acaner ni....hahahahahaha....

    BalasPadam
  2. Bila datang dalm keadaan lapar memang stress lah kena menunggu.. Ada juga teringin singgah disini tapi kena datang dalam keadaan yang sabarlah nampaknya.. Lambat serve ini tak best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau teringin kena bertabah la, alas oerut dulu. Tapi hari biasa rasanya tak crowded sangat

      Padam
Catat Ulasan