Ad Code

Resepi Salad Timun Pedas Ala Korea

Hari tu aku ada buat Salad Timun Pedas ala Korea. Ada juga yang panggil Jeruk Timun, tapi kalau orang kampung aku ni mereka panggil acar mentah.

Apa pun nama panggilan dia tetaplah merujuk kepada makanan yang sama. Kalau di Korea, salad pedas dipanggil sebagai oi muchim.

Ternampak resepi salad timun pedas ni pernah viral di TikTok, tapi masa tu hanya mampu ‘save’ je video yang lalu lalang tanpa ada niat nak buat.

Kebetulan masa keluar beli barang dapur tiba-tiba teringat dan terbayang dapat makan. Jadi bila dah teringin harus la kena buat.

Resepi-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Resepi Salad Timun Pedas Ala Korea

Sebelum ni aku dah pernah cuba buat Danmuji. Sedap juga, cuma yang lemahnya bau air jeruk Danmuji tu aku tak tahan. 

Sekali kau buka botol dia, bau harum semerbak. Busuk. 

Bahan-bahan dia pun simple sangat. Jom aku kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Salad Timun Pedas Ala Korea.

Sukatan dekat bawah ni cuma anggaran sahaja. Agak-agak suka nak lebihkan sukatan pun tak jadi masalah. Ikut selera aku, letak banyak bawang putih dan bijan lagi sedap.

Oh ya, rasa timun ni pedas, masin, manis, masam. Kombinasi dia jadi menarik dan kerangupan timun tu menambah kesedapan dia. 

Timun masih lagi rangup walaupun selepas sehari lebih aku buat dengan syarat simpan dalam fridge ya. 


Bahan-Bahan

  • 3 biji Timun
  • Chopstick
  • Garam
  • 3 sudu besar Bijan - sangai
  • 3 sudu besar Chili flakes – aku ganti serbuk cili
  • 1 sudu besar Gula
  • 5 biji Bawang putih - dicincang
  • 3 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar minyak bijan


Cara-cara:

Bersihkan timun kemudian kepitkan timun, di sebelah kiri dan kanan menggunakan chopstick.

Hiris timun dan potong secara menyerong.

Fungsi chopstick adalah untuk mengelakkan kita terpotong habis timun tu.  Lepas tu terbalikkan timun dan potong lurus macam potong timun untuk nasi lemak.


cara-buat-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Hati-hati supaya timun tak terputus.

Kemudian masukkan timun tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan garam. Agak-agak je sukatan garam dan jangan letak banyak sangat, risau nanti terlajak masin.

Tutup mangkuk tadi dan biarkan selama 30 minit supaya air timun tu keluar. Aku tutup dengan plastik wrap. 


Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Selepas tu boleh cuci dan bilas timun tu kemudian toskan. Buat perlahan-lahan tau dan jangan ganas-ganas. Kang putus tak comel lah. 


bahan-Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Kemudian gaul timun yang siap dibasuh tu dengan bahan-bahan yang lain. Masukkan gula, bawang putih cincang, chili flakes dan bijan.

Masukkan cuka, minyak bijan dan gaul sehingga rata. Gaul dengan berhati-hati supaya timun tak putus.

Salad-Timun-Pedas-Ala-Korea


Siap untuk dihidang. Boleh makan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Kalau nak lagi sedap letak jeruk timun ke dalam peti ais, makan waktu sejuk lagi sedap.

Dekat rumah ni Salad Timun Pedas tu bertahan dua hari je. Masing-masing suka. Next time nak buat lebih sikit buat stok.

Post Navi

Catat Ulasan

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.