Ad Code

Status Akaun Facebook Kena Warning

Buat pertama kalinya akaun Facebook peribadi aku dikenakan warning. Selain dapat notifikasi akaun di beri amaran, boleh juga semak akaun status – warning di “Profile Setting”.

Terpampang ‘bendera kuning’ dekat bawah nama di profile utama. Tapi hanya aku sajalah yang nampak warning tu. User lain tak akan nampak.

Ini warning pertama diterima sepanjang aku aktif menggunakan Facebook. Cinta pertama aku adalah Facebook walaupun orang kata Facebook adalah aplikasi untuk orang-orang berumur.


Akaun-Fb-kena-warning


Status Akaun Facebook Kena Warning

Dari Facebook aku mula aktif di platform Instagram dan juga TikTok. Betul lah orang kata cinta pertama tu payah kita nak lupa. Lah tiber.

Berbalik pada isu akaun kena warning tadi, Facebook suruh aku mengaku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Dengan cara jawab soalan yang diberikan.

Bila dah mengaku dah tiada masalah nak bersosial seperti update status, comment di profile kawan-kawan dan lain-lain. Cuma mata tak seronok pandang status tu warna kuning.



Community-guideline-fb

 

Mengapa Akaun Facebook Kena Warning / Diberi Amaran?

Punca aku terima Account warning di facebook adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan di dalam bahagian komen.

Tahu kan yang setiap status yang kita kongsi, gambar dan video yang dimuat naik akan dipantau oleh AI Facebook. Jadi memang strict la sebab robot yang jaga.

Sesuatu yang disiarkan atau di kongsi kelihatan mencurigakan atau menyalahgunakan sistem keselamatan Facebook akan disekat.

Pendek kata kena elak buat perkara yang boleh langgar Piawaian Komuniti Facebook.

Punca aku terima account warning adalah disebabkan komen yang aku balas dalam status facebook aku sendiri. Ibarat makan tuan lah kiranya.

Bila fikir semula agak kelakar tapi aku faham logik bila robot AI ni kata aku bersalah. Perkataan yang dikenalpasti salah digunakan adalah ‘culik’.

Langgar-CG-facebook


Ayat tu sebenarnya aku tulis dalam nada bergurau sebab menjawab kepada persoalan makcik saudara aku berkenaan status bawa ibu bapa ke bandar bila cuti panjang.

Robot mana tahu kita gurau. Dia tahu trigger sahaja. Menyampah tau. Banyak lagi perkataan yang dilarang oleh Facebook.

Lagipun, Mark Zuckerberg, Chief Executive Officer of Facebook banyak kali ingatkan yang dia nak Facebook jadi tempat yang aman damai, menolak diskriminasi, keganasan dan seangkatan dengannya.

Jadi itu lah yang dia buat. Bagi warning, block, banned permanently. Dalam kes aku, amaran ini merupakan amaran pertama kali jadi tiada tindakan dikenakan kecuali akaun berubah status sahaja jadi bendera kuning.

Selepas kita mengaku salah, Facebook akan pertimbangkan jawapan kita dan bebaskan akaun dan jadi kembali normal.


Terima-warning-fb


Berapa lama Facebook mengambil masa untuk menyemak akaun anda?

Ikut penerangan diberikan oleh Facebook, mereka ambil masa 48 jam sehingga 45 hari (sebulan lebih ya) untuk menyemak akaun anda.

Jika bernasib baik, robot AI yang handle kes kita proses bendera kuning ditarik jadi lebih cepat. Jika kes kita dikendalikan secara manual maka tempoh semakan ambil masa lebih lama.

 

Sekatan Akibat Status Amaran Facebook

Jika kali pertama terima amaran tiada apa-apa yang serius berlaku dan tiada sekatan dikenakan, cuma sakit mata nampak bendera kuning tu saja.

Jika menerima amaran kali kedua risiko akaun anda akan terjejas dan bertukar kepada status akaun terhad. Anda akan mendapat sekatan 24 jam daripada membuat kandungan atau mengulas.

Amaran ketiga diterjemahkan kepada sekatan selama 72 jam. Empat bantahan membawa kepada sekatan 7 hari.

 

Kesimpulan

Boleh rujuk Facebook Centre sebab dekat situ lebih banyak maklumat terkini dan lebih tepat. Jangan buat kesilapan macam aku ya.

Sesetengah orang yang menggunakan akaun Facebook sebagai salah satu punca pendapat memang akan terjejas jika terkena amaran ini.

Sama-sama lah kita menjadi warga media sosial yang menjaga keharmonian alam maya. Benda percuma memang kena ikut undang-undang ditetapkan oleh tuan rumah.

Post Navi

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. ada juga beberapa kwn2 di fb mengadu psl ni & kesalahan diorang ada yg berkenaan upload pic anak pakai pampers sahaja, ada yg violate terms tertentu.. strict juga fb mcm tiktok juga rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan TT lagi strict. Video anak dalam kereta tengah bergerak pon kena warning. Yelah dia protect anak kan? Tumpang rumah orang kena lah ikut cakap tuan rumah hiihihi

      Padam
  2. Aduh.. Memang kena menaip dengan hati-hati.. Adabanyak perkataan yang boleh buat AI dia trigger kan..

    BalasPadam
  3. Robot FB tidak tahu niat atau guraun,,,perkataan yang bersifat body shamingpaling nak detect

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Banyak lagi perkataan yang tak boleh type

      Padam
  4. kena berhati-hati nanti bila tulis apa-apa kat fb ni

    BalasPadam
  5. ammi pun masih setia dengan FB sebab itulah mulanya tempat bersosial dulu back in 2007 kalau tak silap. lain kali kalau nak tulis perkataan yang kita tau boleh trigger robot tu kita kene tulis jarak-jarak kot..ataupun letak seketul * kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha biasanya penjual tulis harga pon tukar icon atau jarakkan perkataan

      Padam
  6. wak pon dulu penah kene warning gakk.. huhuhu

    BalasPadam
  7. fb is also 1st love aida.
    masih setia just aida memang x aktif up status.
    now everyday klik tiktok.
    but x juga aktif update, baca2 je.

    bahaya juga ek fb ni.
    kena hati2 taip and share.

    BalasPadam
  8. hahaha.. robot ni lah ish.. tak boleh nk bergurau langsung

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.