Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Rodiah Amir
6

Bahang kesibukkan dah mula terasa. Walau dari awal dah tahu yang tarikh mula Puasa, sesi persekolahan 2023 dibuka & Hari Raya tu dekat-dekat je.

Masih lagi terasa penat dia walau dah cuba rancang sebaik mungkin segala perkara. Macam baru semalam hadiri majlis Anugerah anak-anak, tup tup lagi seminggu sekolah di buka.

Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, Diah akui agak kelam kabut. Mana tidaknya semua plan tergalas dekat bahu kita.

Persiapan-Nak-Sambut-Puasa


Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Untuk persiapan menyambut puasa dan raya tahun ni semuanya di buat secara sederhana. Memandangkan tarikh-tarikh penting berlaku dengan jarak yang sangat dekat jadi kena bijak atur masa. 

Baru selesai beli baju suami dan anak-anak untuk Raya sebelah Melaka. Oh tahun ini adalah giliran beraya di kampung suami. 

Apa warna trending raya 2023? Ikut carian, Digital lavender merupakan color yang telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023.


Persiapan-Nak-Sambut-Raya



Diah tak ikut sangat warna trending. Lebih kepada perbincangan warna apa yang belum pernah kami pakai dijadikan tema Raya. 

Jadi kami sepakat pilih warna Biru dan Hijau. Nanti kita kongsi kisah raya pula. Berdoa sangat diberikan masa yang cukup untuk kongsi segala perkara. 

Untuk kuih Raya masih belum keputusan lagi. Ikut tahun-tahun sudah banyak beli kerepek dan kuih Ros. Bukan apa Biskut Raya macam tak laku sangat dekat rumah ni. 

kehidupan-manusia


Beli sekadar nak menjamu tetamu yang datang. Itu pon akan last minute juga kalau ada niat nak membeli. 

Sampul Raya Diah dah beli awal sebab terpikat dengan design sampul Raya mengikut negeri. Plan asal nak simpan sebagai kenangan ya.

Bersifat patriotik sangat tiba-tiba. Tekan link bawah kalau nak beli. Cantik ya. Banyak lagi design boleh dipilih. 

LINK INI - SAMPUL DUIT RAYA versi negeri yang viral 

sampul-duit-raya-versi-negeri


Terasa Bahang Nak Sambut Puasa & Raya

Suami semestinya ada dekat sebelah beri sokongan, tapi memandangkan Diah sandang jawatan paling tinggi bila uruskan hal rumah mestilah tekanan tu lebih dekat diri sendiri. 

Tidak pasti ibu dan suri rumah lain, semua berjalan lancar agaknya ya. Ini tahun ke empat Diah menjadi suri rumah / penulis blog / content creator sepenuh masa. 

Syukur masih diberi kepercayaan oleh client untuk terus berkarya. Selagi ada rezeki Diah buat sahaja. Tahun 2023 agak terkesan dengan kos hidup yang semakin lama semakin tinggi. 

Nafsu kena kawal dan banyak benda dalam senarai nak beli kena tangguhkan dulu. Sejukkan hati dengan ayat, “kalau kita rasa susah tak cukup semua benda, masih ada orang lagi susah dari kita”. Insaf sekejap. 


Sibuk Dengan Urusan Hidup Dunia

Kesibukkan bermula dengan aktiviti persekolahan anak-anak, rombongan sekolah, jamuan akhir tahun, Majlis Aspresiasi Kemenjadian Sekolah, uruskan pendafaran Tahun 1 & beli kelengkapan sekolah

Sekarang cikgu dah mula update sesi persekolahan baru pula. Group whatsapp dah mula meriah dengan pesanan mesra cikgu-cikgu dan juga salam perkenalan ibu bapa.

Selain sibuk dengan urusan sekolah, aktiviti penuh dengan jumpa kawan-kawan, hadiri Bachelorette party kawan satu pejabat, hadiri majlis perkahwinan di Alor Setar, teman emak untuk temujanji bulanan di hospital.

Hadiri juga acara yang dianjurkan oleh “marketing agency”, keluar buat konten dekat luar dan macam-macam lagi lah.

Banyak perkara nak kongsi tapi masa seakan mencemburui. Emosi tak usah cakap turun naik macam roller coaster. Along the way banyak kenangan tercipta dan banyak detik manis, pahit, masam tercipta.

Apa pun perancang korang, mari kita doakan semuanya berjalan lancar.

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak, semoga kita diberi peluang untuk beribadah, mendapat pengampunan dari Allah, dimudahkan segala urusan dunia akhirat.


Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ye sekarang ni memang dah sibuk dengan group sekolah anak, persiapan persekolahan anak anak, nak beli baju raya lagi.semua kena aturkan betul betul

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. moga ada rezeki kita jumpa dan berpuasa di bulan Ramadhan

      Padam
Catat Ulasan