Cara Buat Perapan Ayam BBQ Sedap, Paling Mudah

Rodiah Amir
2

Selalu kalau ada makan-makan dengan keluarga, Diah akan tawarkan diri buat menu Ayam BBQ. 

Oleh sebab kurang pandai nak masak menu lain jadi kita pilih yang mudah tapi paling penting diakui sedap.

Nak buat menu berat macam Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas dan seangkatan tu masih kurang yakin nak jamu orang jadi kita pilih jalan mudah.

Bijak bukan? Baru-baru ni kami berkumpul ramai-ramai di rumah kakak. Dah lama tak buat makan-makan jadi ambil kesempatan berkumpul waktu hari PRN hari tu.


sos-perapan-Ayam-BBQ


Cara Buat Perapan Ayam BBQ Mudah & Sedap

Rancangan awal nak makan Oden, tapi bila dah berkumpul, banyak la idea timbul nak makan macam-macam.

Boleh guna Resepi Oden Steamboat Ala Family Mart Confirm Sedap

Menu kami pada hari tersebut; laksa Utara, Ayam BBQ dan juga Oden. Majlis ringkas tapi cukup meriah. 

Sengaja tak masukkan pencuci mulut dalam menu atas faktor kesihatan ahli keluarga. 


kuah-tomyam-oden


Bahan-bahan Oden tak sempat nak snap tapi ada pelbagai bebola, korang masukkan juga Tofu Ikan Cheese confirm sedap terangkat, crab stick, isi ikan dori dan cendawan Enoki. 


bahan-steamboat


Banyak halangan ya nak berkumpul adik beradik. Ingatkan bila dah besar, dah kerja patutnya lagi mudah nak berjumpa. Lol.

 

Resepi Sos Perapan Ayam BBQ Mudah & Sedap

Kalau sebelum ni Diah selalu buat perapan wajib ada serai, jintan manis dan jintan putih. 

Tapi sebab resepi nak cepat jadi kita gun acara mudah hasilkan sos perapan ayam.

Paling penting sedap dan tak perlu nak perap lama. Pagi tu sebelum bertolak sempat ke AEON Big beli ayam dan bahan-bahan lain.

Tip nak sedap kena pilih bahagian kepak, kecil dan cepat masak. 


perapan-ayam-BBQ

Sos perapan ni sedap juga untuk daging, seafood dan sosej. Guna sos jenama ni tau!

sos-bbq-gardens


Resepi ni sesuai untuk anak kecil sebab tak pedas. 

Kalau korang nak pedas sila tambah serbuk lada atau lada hitam ya atau gantikan sos soy garlic ambil Daebak Korean Fried Chicken Sweet Chili Sauce. 

Beli online jelah kalau tak jumpa ya dekat ShopeeSos Garlic ni jadikan perapan bertambah sedap. Jadi bahan wajib ada ya. 



Mamee-Daebak-Korean-Fried-Chicken-Sauce


 

Bahan-Bahan Perapan BBQ

Sos BBQ jenama Gardens

Korea Daebak Korean Fried Chicken Soy Garlic Sauce Jenama Mamee

Garam

Gula

 

Cara Penyediaan

Cuci ayam bersih. Sos perapan dan kuantiti ayam agak-agak sahaja ya. Sos perapan tu pastikan cukup untuk salut semua ayam.

Diah guna 1 botol sos BBQ, 2 paket Sos Garlic Korea, garam dan gula secukup rasa. Satukan semua dalam satu bekas kemudian salut ayam.

Kalau ada masa, perap ayam 15 minit awal. Kalau tak sempat, terus bakar pun tak pe.


Mamee Daebak Korean Fried Chicken Soy Garlic Sauce

Bakar Ayam BBQ Guna Electric Grill & Steamboat Faber

Nak bakar ayam tadi guna api perlahan takut terhangus sebab dalam sos ada gula. Diah bawa electric gril jenama Faber.

Ada bahagian bakar dan juga dapat periuk untuk steamboat. Tak payah susah nak guna arang dan grill dalam rumah je sebab guna elektrik. Kalau korang berminat boleh cari model FBQ PARTY GRILL 899.

Bagus sebab ada diamond coating dan tahan calar. Dah lama beli electric grill sebab dulu suka makan dekat Seoul Garden.

Sekarang semua sediakan bahan dan bakar dekat rumah. boleh dapatkan dekat Shopee atau cari dekat pasaraya besar. 


electric-grill-steamboat-faber


Kesimpulan

Masing-masing berebut nak makan ayam BBQ. Semestinya gembira bila orang puji dan siap minta resepi. Korang patut cuba juga resepi Perapan Ayam BBQ Mudah & Sedap ni.

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sama lah Diah, akak kalau nak masak utk jamu orang x konfiden..paling selamat, akak biasa tolong-tolong je..

    eh electric grill tu macam akak ada jugak tapi tak pernah guna..risau plak kot dah rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. electric grill tu dekat rumah memang berbaloi bila teringin makan bakar-bakar ni

      Padam
Catat Ulasan