Kejadian enjin kereta mati secara
tiba-tiba berulang kembali. Kereta kami breakdown tepi jalan. Benda yang paling
aku takut berlaku lagi. Lagi tragik waktu tu tengah hujan lebat. Memang
ngeri kalau ingat semula. Alhamdulillah Allah jaga kami sekeluarga.
Mujur kejadian berlaku di jalan
perumahan, bukan jalan utama yang sesak. Nasib baik juga tiada kereta belakang,
kalau tak, memang boleh kena langgar.
Enjin Mati Tiba-Tiba, Kereta Breakdown
Enjin mati terus bila suami tekan
brek sebab beri laluan kereta lain dekat simpang. Sempat juga park ke tepi.
Tapi serius, waktu tu hanya mampu istighfar dan bertenang. Terbayang kalau
enjin mati di jalan raya besar, memang seram.
Terbayang kalau lah enjin mati
atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Takut nak fikir lebih-lebih. Waktu
tu kami dalam perjalanan ke sekolah. Nak hantar anak ke kelas silat. Hari
Sabtu, dalam pukul 4 petang macam tu.
Kami sebenarnya dalam perjalanan
ke sekolah, nak hantar anak ke kelas silat. Hari Sabtu, dalam pukul 4 petang
macam tu. Hujan, anak-anak dalam kereta, enjin tiba-tiba mati, memang mencabar
jiwa.
Kejadian Lama Berulang Kembali
Masa tu teringat semula kejadian
beberapa tahun lepas. Kami pakai kereta Kenari warna hitam. Aku sayang sangat
kereta tu. Kejadian berlaku waktu kami on the way balik kampung, Pahang. Kereta
tiba-tiba rosak di highway dan kami terpaksa panggil towing. Memang kena towing
sampai bengkel berhampiran dengan tol Temerloh.
Ambil masa berminggu juga baru siap sebab katanya masalah gearbox. Kos waktu tu cecah lebih dua ribu ringgit. Lama juga nak kumpul semula tenaga dan semangat lepas tu. Waktu tu Ikhwan baru umur empat atau lima tahun, sekarang dah remaja.
Jadi, bila kereta sekarang alami
perkara yang sama otak terus teringat segala susah payah masa dulu. Otak dah
ligat fikir kos, masa, dan urusan harian tanpa kereta. Terduduk juga kami suami
isteri sebab Allah bagi ujian bertimpa-timpa. Tapi apa boleh buat, ujian datang
tak pernah kita jangka. Doa segala ujian Allah bagi kami dapat kekal bertenang
dan tempuh sehingga selesai.
Suami terus hubungi syarikat
towing. Alhamdulillah urusan mudah. Dia ikut kereta ke bengkel, aku pula
teruskan hantar anak-anak ke kelas silat. Rezeki berkawan, balik tu tumpang
kawan dan suami ambil Grab dari bengkel.
Oleh sebab kejadian berlaku hari
Sabtu petang, workshop ambil masa dua hari juga baru siap. Petang Isnin baru
kereta keluar bengkel. Memang rasa “patah kaki” dua hari tanpa kereta. Siap
survey kereta sewa tapi tak berbaloi. Akhirnya kami pilih guna Grab je. Lebih
mesra poket.
Kos Pembaikan dan Masalah Clutch Bearing
Tokey bengkel bagi sebut harga
berdasarkan kerosakan. Bagi juga pilihan dan cuba cara untuk minimakan kos
pembaikan. Semua urusan suami yang settlekan. Terduduk juga bila tahu kos
sebenar. Lebih dua ribu juga diperlukan termasuk la servis bahagian yang berkaitan. Tapi masih diterima akal sebab kereta pun dah lebih Sembilan tahun.
Orang kata memang dah tiba masa dia.
Katanya kereta ada masalah berkaitan clutch kereta. Lebih tepat clutch bearing pecah. Cuba pelbagai cara dan memang clutch dah sampai hayat dia. Kena Ganti juga. Memang dua bulan ni tak boleh makan dekat luar. Kena berjimat, masak kat rumah.
Bila fikir semula, banyak juga
hikmah tersembunyi. Walaupun diuji, Allah tetap permudahkan urusan kami. Dari
towing, bengkel, sampai urusan anak ke sekolah, semua dipermudah dengan cara
tak disangka.
Sekarang kami lebih peka tentang
tanda-tanda awal kereta nak rosak. Kadang bukan sebab cuai, tapi sebab masa dan
keadaan. Yang penting belajar dari pengalaman.
Apa pun, kami bersyukur semua
berlaku pasti ada hikmah dia. Kita struggle dengan cara masing-masing kan?
Dunia memang tempat berpenat. Itu jelah aku selalu fikri nak bagi hati tenang.
Perkara Penting Perlu Tahu Bila
Kereta Breakdown Tepi Jalan
1. Apa perlu buat bila kereta
tiba-tiba breakdown tepi jalan?
Pertama sekali, jangan panik.
Bertenang dan pastikan kereta berhenti betul-betul di tepi jalan. Pasang lampu
hazard dan letakkan segi tiga kecemasan kalau ada. Kalau rasa tak selamat
(macam jalan sunyi atau hujan lebat), lebih baik tunggu di tempat selamat
sementara hubungi bantuan towing atau bengkel berhampiran.
2. Kenapa enjin kereta boleh mati
secara tiba-tiba?
Banyak sebab boleh jadi. Kadang sebab bateri lemah, pam minyak rosak, alternator bermasalah, atau macam kes aku, clutch bearing pecah. Kalau benda ni jadi berulang, elok terus hantar bengkel. Jangan tunggu sampai betul-betul mati tengah jalan.
3. Berapa anggaran kos towing
kereta?
Biasanya dalam RM100 hingga RM250 ikut jarak dan kawasan. Kalau luar bandar atau waktu malam, boleh jadi lebih sikit. Sekarang senang, banyak servis towing boleh WhatsApp terus je. Kami guna panel. Lebih mudah.
4. Macam mana nak elak kereta
breakdown?
Buat servis berkala ikut jadual, tukar minyak hitam tepat waktu, dan jangan abaikan tanda-tanda pelik macam bunyi aneh, gear tersangkut, atau lampu enjin menyala. Kadang benda kecil je tapi kalau tangguh, boleh jadi besar.
5. Apa patut buat kalau kereta
rosak masa hujan lebat atau waktu malam?
Jangan keluar dari kereta kalau jalan gelap atau banyak lori lalu. Pasang lampu hazard, hidupkan lampu dalam kereta, dan hubungi bantuan. Kalau nampak kawasan selamat (macam stesen minyak atau kawasan perumahan), cuba tolak atau alih perlahan-lahan ke situ. Keselamatan diri nombor satu.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.