Review Pengalaman Pertama Order Tempe Online
Akhirnya sejarah peribadi tercatat, aku beli barang dapur paling ‘rare’ di TikTok. Aku dah pernah beli makanan segera, bahan mentah masakan dan kali ni aku beli tempe. Ye weh aku beli tempe mentah, aku sendiri tak pernah terfikir akan terjebak.
Inilah akibatnya kalau asyik
scroll TikTok. Aku tak sengaja masuk ‘Live’ penjual tempe. Tak sangka tempe
mentah pun orang jual. Mudahnya sekarang semua benda boleh beli online je. Waktu
dalam live tu, seller tu tunjuk tempe mentah yang masih fresh, siap balut elok.
Dia tunjuk tempe yang belum jadi
tempe. Ha faham tak? Kiranya tempe fresh yang masih belum ada warna putih-putih
tu. Masih dalam bentuk kekacang soya dan tak melekat di antara satu sama lain. Oh ya sebelum ni aku pernah beli Kek Tapak Kuda Ustaz ya.
Beli Tempe Mentah Di Tiktok
Aku memang jenis suka makan tempe
goreng. Makan goreng kunyit pon sedap. Kalau rajin buat sambal tempe. Alang-alang
teruja memang terus aku checkout sebab dapat free shipping. Memang mudah dan
jimat.
Tempeh merupakan hidangan yang
kaya dengan nilai gizi dan merupakan makanan sumber protein tinggi yang dibuat
daripada kacang soya yang difermentasikan dengan ragi. Ia kaya dengan mineral
seperti magnesium, fosfor, kalium, vitamin A, vitamin B6, kalsium, dan zat
besi.
Hantar Sampai Depan Pintu
Sebelum ni aku terpaksa tunggu
hari Sabtu sebab selalu beli dekat Pasar Tani. Tempe dekat pasar dia balut
dengan daun pisang dan confirm fresh. Aku trauma beli dekat pasaraya sebab
pernah dapat tempe cepat busuk.
Sekarang tak payah susah-susah sebab tunggu je parcel sampai
depan pintu. Yang best, penghantaran tak lama pun. Bila parcel sampai, aku agak
berdebar juga membayangkan keadaan tempe.
Tapi Alhamdulillah. Syukur, packaging dia kemas. Tempe masih
elok, tak busuk. Bau dia pun masih fresh. Memenuhi tanggapan aku dan semestinya
boleh repeat beli lagi lepas ni.
Beli Di Pojie’s Tempe
Aku beli tempe mentah jenama Pojie. Produk ni adalah produk
Bumiputera dan dijamin Halal. Dah lama wujud dan aku je baru tahu kewujudan
mereka. Ada kilang sendiri. Bangga weh, pemilik dia mula masa umur 24 tahun. Baca
lebih tentang Tempe Pojie
Dalam parcel dia siap selit manual langkah perlu dibuat
selepas terima parcel. Ada panduan dan tips yang dia kongsikan supaya elok
tempe terbentuk. Masa korang terima, tempe tu dalam bentuk kacang soya yang
belum melekat antara satu sama lain tau.
Kena biarkan tempe tu beberapa hari, tunggu dia proses
sendiri. lepas tu baru boleh makan. Tak susah pun. Dah siap boleh simpan dalam
fridge.
Korang yang nak cuba boleh beli guna link di bawah ni:
TikTok – klik sini
Shopee – sini pon okay
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.