Assalamualaikum.
Sudah masuk tahun 2026. Rasa
macam baru je semalam celebrate birthday aku di bulan November. Entri ni pula
elok je aku publishkan masa tengah bulan Januari. Hai baca pun terasa penat.
Setengah bulan berlalu begitu sahaja. Aktiviti memang non-stop especially berkaitan anak-anak. Memang busy nak siapkan barang-barang sekolah. Dari awal pagi sampai ke malam, ada saja benda nak diuruskan. Rutin biasa, tak susah pun tapi benda tu kena hadap sekaligus. Itu yang rasa “hoi banyaknya kerja”.
Awal Tahun Sibuk Dengan Urusan Sekolah
Si abang macam biasa balik awal
sehari sebab MPM kena bantu guru sambut kawan-kawan. Dah besar anak sulung ni, dah
boleh diharap. Tapi jauh di sudut hati, dia masih lagi anak kecil mama.
Alhamdulillah, balik asrama
dengan baju seluar semua siap digosok. Baju untuk prep, t-shirt rumah dan
uniform sekolah. Semua suruh dia gosok awal supaya tak kelam-kabut nanti. Aku
lebih suka ajar siap awal daripada kelam-kabut di saat akhir. Penat sikit tak
apa, asalkan tenang.
Ahad sehari sebelum buka sekolah, datang pula ke sekoah dia untuk urusan daftar tingkatan tiga. Masa uruskan ni, aku sedar masa memang bergerak laju. Rasa macam baru je hantar dia darjah satu dulu. Sekarang dah tingkatan tiga. Diam-diam, aku belajar melepaskan anak supaya dia belajar berdikari.
Bersederhana Dalam Persiapan Sekolah
Adik-adik dia macam biasa. Beli
sepasang baju uniform baru je, kasut si adik je tukar. Jimatlah selagi boleh.
Nanti nak puasa dan raya. Bersederhana macam tahun-tahun sudah.
Beg tahun lepas masih elok, tak perlu tukar. Anak-anak pun selesa guna apa yang ada. Selalu pesan dekat anak-anak, tak semua benda perlu baru, yang penting boleh guna.
Kakak Jadi Pengawas - Tanggungjawab Baru
Cuma tahun ni ada sedikit
kelainan. Kena invest untuk baju pengawas kakak. Alhamdulillah, terpilih jadi
pengawas untuk tahun empat. Tahun sudah dia jadi Ketua Kelas.
Awalnya memang kami berat hati
nak suruh dia galas tanggungjawab tu. Aku lebih prefer dia jadi Pembimbing
Rakan Sebaya, ikut jejak langkah abang dia.
Tapi dia memang teruja nak jadi pengawas. Cara dia bercerita pun lain macam. Mata bercahaya waktu bercerita lepas tu memang penuh semangat siap gaya tangan. Punya lah nak yakinkan kami yang dia boleh buat. Jadi kami izinkan, dengan beberapa syarat. Bukan sebab jawatan tu, tapi sebab tanggungjawab yang baru. Harapnya smooth saja perjalanan hidup anak-anak. InshaAllah.
Merentas Desa & Rutin Awal Tahun
Bila masuk minggu kedua sekolah,
terus sekolah buat merentas desa. Semua nak buat cepat, kejar tarikh MSSD pula.
Elok juga buat sebelum puasa. Harung sajalah anak-anak ya. Kali ni sedikit
berbeza, sekolah buka kategori terbuka untuk ibu bapa.
Aku dah register, tapi dari awal memang rancang nak jalan-jalan saja dengan kawan-kawan. Nak brisk walk, keluar peluh sikit, borak-borak, enjoy-enjoy saja. Ajak kawan aku, dia jawab, “banyak lagi cara lain untuk mati.” Over kan. Ahaks. Tapi ayat tu yang buat kami gelak lama.
Refleksi Ringkas Awal 2026
Kadang-kadang benda kecil macam
ni yang buat hidup rasa ringan sikit. Tak semua perkara kena serius. Tak semua
aktiviti kena kejar target. Ada masa kita buat sekadar untuk rasa hidup.
Awal tahun ni aku perasan satu benda aku tak pasang azam yang tinggi-tinggi. Tak ada senarai panjang. Tak ada janji besar. Cuma nak lalu hari-hari dengan baik, urus keluarga seadanya, dan jaga diri ikut kemampuan. Penat itu ada, tapi syukur pun ada.
Penutup Catatan Awal Tahun
Mungkin inilah versi 2026 untuk
aku yang umur dah lebih 4 dekad. Perlahan sedikti berbanding tahun lepas, tapi
masih bergerak. Tak kejar siapa-siapa, tak banding hidup sendiri dengan orang
lain. Cukup anak-anak sihat, urusan dipermudahkan, hati tenang walaupun
kadang-kadang letih. Korang punya cerita tahun baru macam mana?
Harap baik-baik saja semua.



9 Ulasan
Selamat tahun baru 2026 Rodiah ..SA pun sama..cuma tahun ni anak tiri SA maauk form 1 agak gelabah jugak la kami suami isteri, ingat pergi hantar register je tapi banyak benda x siap especially document...nak kena chop majikan si ayah, apa benda plak nak chop time2 tu sbb ayahnya keja kat putrajaya kan . Kelam kabut cari ketua kampung, xde plak pibercuti..sudahnya kowtim dengan cikgu...so Mak dia la kena settlekan jugak...SA mmg dh lama xde experienced uruskan anak sekolah sebab anak SA pun dah kat U...betul tu..semua nya kena sederhana..
BalasPadamSelamat tahun baru Diah.
BalasPadamPH pilih tenang je sekarang. Tak nak mengejar dan dikejar :)
Semoga baik2 je perjalanan tahun baru.
BalasPadamSelamat tahun baru 2026.. moga hidup tenang dan bahagia selalu..
BalasPadamselamat kembali ke sekolah anak2.. nampak basket ball dalam locker..eh, rindu la nak main basketball...
BalasPadamSlmt thn baru
BalasPadamKan masaaa kejap je berlalu
Tup tup ank dah habis belajar
Awal thn siapkan brg ank sek
Ciknur lega dah he he
Awal tahun memang tak menang tangan urus persiapan sekolah anak-anak. Seronoknya kakak jadi pengawas, mata bercahaya tu mesti bangga mama kan 🥰.. Memang betul, kadang benda kecil macam merentas desa atau plan santai dengan kawan pun buat hidup ringan sikit. Semoga 2026 ni penuh tenang, urusan dipermudahkan, dan anak-anak sihat sentiasa
BalasPadamSelamat Tahun Baru.. Semoga tahun 2026 lebih ceria dan baik pada kita.. Betul tu awal tahun tempoh hari byk benda nak kena prepare especially persiapan anak2.. tahun ni 3 org anak bersekolah di sekolah kebangsaan mmg keras juga lah nak persiapkan mereka..
BalasPadamSelamat Tahun baru Diah.. biasalah tugas mak ayah bila masuk tahun baru, semuanya dtg sekali harung. bz dengan kerja, urusan anak-anak, dgn diri sendiri..
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.