Kali pertama aku cuba chicken tenders yang famous dekat Taman Tasik Permaisuri ni ialah tahun lepas. Chicken Tenders by Brek-Laju. Waktu dia tengah viral dulu memang gerai dia sentiasa beratur panjang. Walaupun viral, tapi tidaklah aku sanggup nak join beratur. Aku tunggu biar dia suam-suam kuku dulu baru aku nak cuba. Gitu.
Setiap kali hantar Ikhwan balik
asrama memang aku perasan gerai ni. Panjang je orang beratur. Gerai dia
betul-betul dekat pintu gate Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS). Jalan kaki
je keluar pagar sebab kawasan tu memang banyak orang meniaga makanan.
Chicken Tenders Viral Dekat Taman Tasik Permaisuri
Kagum juga dengan semangat owner
Brek-Laju ni meniaga. Sebelum dia buka restoran, dia pernah tukar tapak meniaga
beberapa kali. Kalau korang tahu, dulu dia buka tapak betul-betul depan stadium
bola Kuala Lumpur, dekat tapak bazar Ramadan depan Taman Tasik Permaisuri.
Lepas tu dia ubah tapak meniaga
di depan SMSS. Kawasan ni memang jadi tumpuan sebab banyak gerai makanan viral
lain juga ada dekat situ. Lokasi dia pula cuma seberang jalan je dengan tapak
lama.
Apa yang aku suka, walaupun
Chicken Tenders by Brek-Laju ni popular, diaorang tak kekwat. Waktu beli tu
elok je layan pelanggan dan pergerakan beratur pun laju. Cuma satu je, chicken
tenders dia memang cepat habis, terutamanya perisa habanero.
Kali Pertama Cuba Beli Dekat Gerai
Tahun lepas kebetulan waktu tu
baru lepas hujan lebat. Orang beratur pun tak panjang dekat gerai. Memang
rezeki aku, jadi ambil peluang untuk cuba.
Itu cerita waktu dia berniaga dekat gerai. Sekarang Brek-Laju dah buka restoran sendiri. Konsep dia lebih kurang macam fast food lain. Pilihan menu masih lagi terhad, fokus utama memang chicken tenders sahaja.
Review Chicken Tenders Brek-Laju (Restoran)
Bila dapat tahu Brek-Laju dah
buka restoran, semestinya kena singgah. Lokasi restoran dia tak jauh pun dari
tapak gerai lama. Satu bangunan dengan Kedai Eco Shop. Nak senang, korang waze
je dan parking dekat basement. Dekat luar tepi jalan memang tak boleh park.
Susun atur dalam restoran lebih kurang macam restoran segera lain. Bersih dan selesa untuk makan. Pujian memang patut diberikan sebab kualiti chicken tenders dia tak berubah. Masih kekal sedap. Rasa dia sama macam aku beli waktu dia jual dekat gerai dulu.
Menu, Rasa & Pilihan Sos
Isi ayam dia tebal dan tak
kering. Salutan pula garing dan digoreng elok. Ada beberapa pilihan perisa
iaitu asli, pedas dan habanero. Untuk sos pencicah pula, boleh pilih antara
cheese, sour garlic, spicy mayo dan sweet chili.
Selain chicken tenders, ada juga
menu burger dan mac & cheese. Semua tu belum sempat aku cuba sebab aku
datang semata-mata nak makan chicken tenders je.
Kami pesan perisa habanero dan asli. Untuk sos, kami ambil sour garlic dan cheese. Makan sambil lap air mata sebab habanero tu pedas. Peminat makanan pedas mungkin rasa biasa saja, tapi bagi aku memang terasa pedas dia. Rasa habanero tu tak mengecewakan, ada sedikit manis dan masih kena dengan tekak aku.
Kesimpulan
Brek-Laju memang akan jadi salah
satu tempat yang kami akan repeat bila rindu nak makan chicken fritters.
Kebiasaan kami, kalau dah kena dengan selera, memang akan ulang tempat yang
sama je.






3 Ulasan
Baru sekali makan chicken tenders, anak beli di pasar malam.
BalasPadamBaguslah bila dah buka restoran tu, makin majulah business nya tu kan. Semoga terus sukses
nampak sedap jugak tu. Cie selalu beli di gerai tepi jalan ada jual rm14. ada 2 jenis sos cheese & garlic sauce rasanya warna putih.
BalasPadamSedap tengok chicken tenders tu
BalasPadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.