Alhamdulillah, dengan izin Allah, selesai sudah penyertaan Airis di Kejohanan Silat Terbuka Wilayah Persekutuan bulan Mei yang sudah. Mewakili kelab Nadi bawah kategori Tunas, Putri.
Pengalaman yang amat manis dan
lebih bermakna, Airis berjaya menjadi Juara dalam kategori Tunas Putri serta
dinobatkan sebagai Tunas Terbaik Putri. MasyaAllah Tabarakallah.
Sebagai ibu bapa, ini adalah satu
kenangan yang sangat berharga. Bukan kemenangan sahaja yang kami target tapi
tentang perjalanan, proses, dan cabaran yang Airis lalui di usia sekarang.
Persediaan Sebelum Kejohanan Silat
Sebelum kejohanan, kami dah hadap
pelbagai cabaran dari awal. Paling menekan semestinya menjaga berat badan. Dengan
kami sekali terpalit kena kawal selera makan.
Airis kena jaga berat badan
supaya kekal dalam kategori yang ditetapkan. Berat maksima untuk kelas dia
ialah 17kilogram. Tak boleh kurang tak boleh lebih.
Coach dah plan sebaik mungkin kerana kalau berat terlebih, kemungkinan tinggi dia akan berlawan dengan rakan sepasukan. Rugi la dekat situ. sekali gus mengurangkan peluang untuk membawa pulang pingat.
Dalam masa yang sama, jadual perlawanan
diumumkan pihak penganjur supaya kelab dapat rancang perjalanan lebih awal. Masa
itulah tekanan bertambah 100%. Debaran kian terasa kerana kami dapat gambaran
awal siapa lawan yang bakal dihadapi.
Masa inilah perang mental bermula
sebab emak-emak ni rajin siasat akaun tiktok kelab silat lain. Ada baik buruk dia. Oh aku ada kongsi dalam entri berdebar pertama kali hantar anak bertanding silat.
Cabaran Semasa Kejohanan Silat: Tiga Hari Berkampung
Kejohanan ini berlangsung selama
tiga hari dan kami berkampung dari pagi sampai malam di lokasi pertandingan iaitu
di Pavilion
Bukit Jalil. Penganjur buat di bahagian luar kawasan terbuka.
Cuaca panas terik, tiada angin
bertiup hanya mengharapkan kipas besar di bahagian atas sahaja. Bayangkan juga
suasana bising, padat dengan manusia sebab kami berkongsi tempat dengan program
Hari Belia.
Hari ketiga dan terakhir tu aku
baru perasan keadaan tu trigger eczema Airis. Mula dengan bitnik-bintik gatal
di muka lepas tu merebak di seluruh badan sampai ke kaki. Nak kata ruam pon iya
juga.
Bersyukur sangat Airis masih semangat
nak habiskan perlawanan. Memang aku paksa dia minum air masak setiap masa. Kami
bawa Airis ke klinik beberapa hari selepas tu dan dia dapat antibiotik.
Cabaran Emosi - Takut Sebelum Perlawanan Akhir
Pertama kali aku tengok Airis
takut tak tentu arah. Rupanya dalam diam dia rasa pressure perlawanan akhir. Personally,
itu merupakan detik paling mencabar sebab aku kena redakan pressure dia.
Airis tiba-tiba menangis, takut
untuk masuk ke gelanggang. Aku dah cuak takut dia minta tarik diri je. Faham sangat
sebab dia baru 8 tahun. Tak boleh nak salahkan dia. pengalaman pertama dia pula
tu.
Cepat-cepat aku bawa dia jauh
dari crowd, picit tangan kaki. Bagi minum air dan bagi dia main game dekat
handphone. Nak cuba alih perhatian dia. Sambil baca apa yang patut, aku suruh
dia duduk di riba Ikhwan.
Dia memang manja dengan abang dia
dan memang menjadi. Airis jadi lebih relaks dan kurang tertekan. Alhamdulillah
syukur, Airis berjaya mengawal emosi. Usaha dan keberanian dia membuahkan
hasil.
Airis berjaya dinobatkan sebagai Juara
Tunas Putri Kelas A dan Tunas Terbaik Putri. Pencapaian membanggakan bagi
pengalaman pertama dia dalam kejohanan silat.
Pengajaran & Pengalaman Dari Sudut Pandang Emak
Banyak perkara kami belajar kali
ini. Disiplin itu perkara paling utama. Bila dah tetapkan target, kena ada
disiplin yang tinggi untuk capai impian. Tak mudah tapi tak mustahil.
Selalu aku ingatkan anak-anak,
masa dalam gelanggang tiada siapa boleh bantu kecuali Tuhan dan diri sendiri. Belajar
kawal rasa takut dan emosi. Minta banyak-banyak pada Dia.
Untuk aku sendiri sebagai emak,
aku belajar beri sokong tanpa tekanan berlebihan. Siapa je tak mahu anak berjaya
bawa balik pingat emas. Tapi apa pun alasan, anak mesti jadi keutamaan.
Alhamdulillah, pengalaman pertama
Airis dalam kejohanan silat ini akan menjadi kenangan yang tidak akan
dilupakan.
Semoga Allah memelihara Airis daripada segala keburukan dan menjadikan pengalaman ini asbab dia menjadi anak yang lebih berani dan berakhlak baik.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.