Aku Penat Ya Allah

Hoi lately hidup macam tunggang langgang gila. Aku Penat Ya Allah. Lepas je Raya aritu hidup aku tak tentu arah sebab tak sempat kemas rumah. alasan sungguh. 

Bila badan penat rumah terabai. Bila ter missed salah satu rutin macam basuh baju, basuh pinggan semua memang habisla rumah bersepah. 

Mujur suami tak bising sangat. Ok ada la dia bising sikit-sikit tapi dia paham kot kalau almost every day balik rumah sampai pukul 9 malam. Oh penat.

Aku Penat Ya Allah

Sekarang setiap minggu macam janji pada diri sendiri nak cari kotak dan mula mengemas. Janji punya janji memang tak bergerak langsung. Wat the fish sungguh. 

Isnin ke jumaat memang dah penat kerja tinggal sabtu ahad konon hari nak berehat. Mana nak bergeraknya kerja kemas mengemas ni.




Semakin hari semakin tua, tenaga pon dah berkurangan. Mata pun cepat je ngantuk. Itu tanda quality hidup semakin menurun. 

Lepas ni kalau dah start pindah rumah yang lebih jauh dari sekarang macamana la gayanya. Tak kan nak ada orang gaji. Amboi. Melampau.

Arghh rasa kadang-kadang tak terkejar dengan perubahan yang berlaku. Selalu doa mintak pada Allah nak itu ini. Bila dapat dah tak reti nak manage. Macamana tu?

Nak Pindah Rumah Baru


Tahun ni kalau diberi keizinan Allah boleh masuk rumah yang baru dibeli. Tinggal last stage saja. Tahun depan Ikhwan nak masuk sekolah dah. 

Satu habuk pun tak buat apa-apa lagi. Huwarghhh. Besar dah anak aku. Pagi tadi dia cakap burung ada sayap. Kagum sekejap. Sebab burung ada sayap burung boleh terbang. Good Ikhwan good.  

Last week dia mintak aku cakapkan kat makcik tengah bersembang masa azan. Suh makcik diam. Ternganga dan gelak-gelak jela aku. dia faham apa dia kata so aku rasa itu perkembangan baik walau pada pandangan orang lain bila anak semakin pandai bersuara dianggap kurang ajar.

Cukup untuk hari ini. Bersangka baik dengan setiap aturan Allah. Terima kasih Allah. Lagi banyak aku tulis kang jadi tak bersyukur dengan nikmat Allah sudahnya. 

Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?

Bismillahirrahmanirrahim.

Syaitan itu mengalir dalam tubuh badan manusia umpama aliran darah. Maknanya apa? 

Disetiap penjuru yang ada di tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk disiasat oleh syaitan di manakah letak kelemahan orang itu untuk syaitan masuk daripada pintu yang lemah itu.

Ada orang yang kelemahannya pada harta, syaitan masuk daripada pintu harta untuk mempunyai sifat rakus. Untuk mempunyai sifat tamak. Merompak. Rasuah. Apa saja.

Ada orang yang kelemahannya adalah menghendaki takhta, daripada pintu itu syaitan akan masuk. Ha, buat! Guna apa saja yang penting itu sampai. 


Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?

Ada orang yang kelemahannya melalui perempuan. Maka diganggu daripada pintu perempuan.

Ada orang yang kelemahnnya buang masa depan komputer untuk bagi komen. Berapa banyak orang yang menghabiskan masa depan komputer untuk cari pasal atau cari apa saja untuk dia komen untuk bantai sana hentam sana komen. 

Dan berjam-jam menghabiskan waktu didepan komputer .























Syaitan pandai. Syaitan buat kajian. Namanya saja sudah syaitan. Dia akan masuk pintu-pintu dimana letaknya kelemahan itu ada pada manusia. Di situ syaitan akan masuk. 

Syaitan tak punya kuasa kepada manusia untuk melakukan jenayah langsung kepada manusia. Oleh kerna itu, Allah ketika mensifatkan syaitan "was-was" dalam surah an Nas.

Berlindung kpd Allah daripada bahaya was-was. Siapa dimaksudkan was-was? Syaitan. Kenapa syaitan diberi nama was-was? 

Sebab syaitan hanya mengilhami menipu atau menyuarakan meminta merayu cakap saja syaitan. Tidak dipaksa manusia untuk melakukan pelanggaran kepada syaitan. Tapi ditipu saja.

Dan syaitan cerdik, licik. Dia akan kaji setiap manusia itu letak lemahnya dimana. Tidak semua manusia boleh ditipu oleh syaitan melalui pintu yang sama. 

Dicari titik kelemahannya itu dimana, disitu dia akan manfaatkan. Orang yg cerdik pandai akan bermuhasabah, akan tengok dirinya dimana letaknya kelemahannya. Disitu dia akan perkuat untuk tidak menjadi laluan syaitan menggangu masuk daripada pintu tersebut .



Daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

SUSHI KING JAWAB PASAL STATUS HALAL

Sushi King Jawab Tentang Status Halal

Assalamualaikum minggu lepas aku nampak  gambar kat instagram kak pinkStilettos post pasal dia makan Sushi kat oversea. 

Pastu ada la comment-comment pasal Sushi halal kat Malaysia. Untuk aku penggemar Sushi ni memang gelisah la kalau status halal tu diragui. 

Aku dan kawan-kawan memang pelanggan setia Sushi King. Keluar macam-macam nama restaurant Sushi dari yang aku mampu makan ke tempat yang mahal.

Rasanya dilema muslimin muslimat kat Malaysia ni kalau bab makan kat restaurant; ialah kalau nampak pekerja berbangsa Melayu dan bertudung baik dari pelayan sampai tukang masak, mestila rasa selamat tempat tu halal. 

Walau ko tak nampak pun logo halal diaorang. Itu memang lumrah kot. Tak kan diaorg nak subahat kot? kan? 

Tanya Status Halal Sushi King 


Nak kuatkan lagi keyakinan aku pada Suhsi King bahawa Sushi mereka selamat untuk dimakan maka aku telah menghantar email pada customer service dan telah dibalas oleh mereka. 

Oh ya sebelum ni memang aku dah baca kat website dan ada la buat pembacaan so aku yakin akan statusnya. 

Kalau sebut Sushi King selain dari chicken and beef dia ramai orang ragu-ragu dengan mirin dan sweet sauce dia. 

Teori aku dulu Sushi King ni tak dapat Halal mungkin sebab dia serve Alchohol to non Muslim customer [teori ni salah]. Baca je soalan aku kepada Ms. Hor Ka Min – customer service Sushi King [abaikan ayat bahasa Inggeris yang tunggang langgang asalkan Ms. Hor paham soalan aku]


 1. Do you have Halal certificate? For all branches? If not please explain why.

We would like to clarify that Sushi King Restaurants are not Halal-certified.
As most of our ingredients are imported from overseas, some of our overseas supplier does not have Halal certification although the ingredients do not contain any pork or alcohol.  As such, we are rigorously working very closely with these overseas suppliers to obtain the Halal certification.

2. Is that true that your sweet ketchup contains wine? Haram for Muslim to eat this?

It is not true that our sweet sauce (Nitsume) contains any added alcohol. You may find attachment for the halal certificate of this product.

Nitsume is Halal ok..






































3. Do you add Mirin to your sushi? Muslim can’t eat this also.

Sushi King does not use added alcohol, mirin and/ or sake in all our products including sauces, vinegar, unagi and others.

4. Do you serve alcohol?

Sushi King does not sell or use any alcohol in our restaurants.

Sekarang Sushi King dah pun dapat pensijilan Halal dari JAKIM. Jadi boleh makan dengan gembiranya. 

Sayangnya Allah Pada Kita

Menyedari hakikat betapa besarnya nikmat Allah kurniakan pada aku, memberi nyawa dan melihat kehidupan hampir mencecah 30 tahun. 

Tak ternilai dengan duit. Satu pemberian lengkap, kesempurnaan anggota badan dan kebolehan lain, seorang suami dan seorang anak. Sayang betul Allah pada umatNya. 

Masih banyak yang tak tertulis di sini. Syukur. Terima kasih Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Maha Penyayang. Tapi aku seperti biasa manusia hina yang kadang-kadang lupa nak bersyukur. 


Sayangnya Allah Pada Kita

Berbilion malah nikmat yang infiniti Kau kurniakan, aku balas dengan ucapan atau perbuatan yang sekadar berterima kasih. Bukan bersungguh. Malu. 

Kalau solat yang lima pun buat dalam keadaan tergesa-gesa dan di akhir waktu. Mana rasa syukur yang patut aku tunjukkan. Manusia tak kenang budi.



Bersangka Baik Dengan Takdir Allah

Dalam menjalani hidup seharian aku sebagai anak, kakak, adik, isteri dan kawan setiap detik aku cuba berfikiran positif. Aku tanamkan bersangka baik. 

Baik pada caturan Allah hatta sesama makhluk. Aku juga cuba ajak orang lain untuk positif. Untuk sentiasa bersangka baik. Nekad aku nak jadikan budaya. 

Jadi aku pilih kelompok yang aku rasa selesa, iaitu adik beradik dan kawan rapat. Dan bukan la semudah yang aku taip ni nak latih hati bersangka baik. 
Nak ubah diri bersangka baik punyalah mencabar inikan nak ajak orang lain.

Setelah hampir setahun aku cuba bersangka baik aku rasa aku lebih tenang. Aku marah pun sekejap je. Marah pun ada berperingkat. Apa yang aku paham, bila aku mula bersangka baik maka yang baik-baik sahaja akan datang dalam kehidupan aku.

Bila aku marahkan sesuatu terjadi dan fikir yang bukan-bukan maka aku akan terhenti pada suatu keadaan yang mana, hati akan bertanya semula. 
Siapa yang tetapkan ini berlaku? Siapa yang izinkan semua berlaku? Kenapa perlu berlaku? 

Dan macam-macam lagi. Dan akhirnya aku sedar semua ini milik Allah. Yang baik dan jahat pada pandangan kita itu semuanya aturan Allah. 

Semuanya milik Allah. Kalau aku marah, kalau aku benci maksudnya aku marahkan Allah. Pemilik sekalian alam. 

Nauzubillah.


Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Assalamulaikum.

Enam hari menuju Syawal in sha Allah. Cepat betul Ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih. Amalan tak seberapa. 

Badan penat jiwa meracau. Tekak pahit. Semalam marathon masak untuk berbuka terus buat kuih requested by anak lelaki, popia crab. 

Mujur mintak yang senang. Cuma leceh. Nak hiris sayur dan balut. Demi anak. Kerana Allah Taala. Semalam berapa kali urut dada, nak marah. 

Bila penat benda kecil jadi hal besar. Berapa kali otak suh istigfar dan fikir mahal harga tiket ke syurga. Pernah baca, jangan harapkan suami untuk bahagia kan kita. 

Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Untuk cari syurga. Tapi letak pengharapan pada Allah. Allah la yang paling berhak. Kebahagiaan milik Allah. Jadi aku motivasikan buat kerja kerana Allah. 

Aku masak, aku mengemas, aku berkorban tenaga kerana aku mahu ia jadi tiket aku mendapat bahagia. Tiket ke syurga mudah-mudahan. Aamiin.

Tadi berbincang adik beradik plan untuk raya. Rancang nak buat semula activity yang biasa kami buat tahun-tahun sudah. 

Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada je game aku buat untuk hiburkan hati. Raya la peluang kami. Berkumpul semua. Tapi. Kali ni mungkin terpaksa batalkan. 

Ada antara kami yang diduga kehidupannya. Tak elok bergembira sedangkan mereka bersedih atau game tu buat mereka bahagia? Entah.

Raya tanpa abah. Bila sebut pasal abah. Lidah aku kelu. Harus bagaimana mahu aku simpulkan perasaan rindu yang teramat. 

Ya Allah, tempatkan lah ayah ku di kalangan orang yang beriman. Orang yang mendapat Shafaat Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita sekelurga bertemu di sana kelak. 

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba. Mohon ampun kemaafan di atas segala keterlanjuran.

kali ke lima raya tanpa arwah abah

Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. 

Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda. 


Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. 

Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 


Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah


 



Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran.

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. 

Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. 

Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. 

Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 



melalui email tadi dia bagi link..korang click je




masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..

yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan



yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. 

Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

 

Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.



Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran. 

Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Hari ini ulang tahun kelahiran suami yang ke 32. Tahun kelima bergelar suami isteri dan kami akan celebrate sama-sama. Kalau tahun-tahun sebelum ni aku kami akan keluar makan dan berseronok.

Cuma tahun ni lain sikit bila aku berjaya buat surprise birthday untuk suami sempena ulang tahun yang ke 32.

Memang gila punya plan la. Tak pernah terfikir seumur hidup aku akan buat semua ni. Ketahuilah bahawa aku memang orang yang keras berhati batu.


Surprise Birthday Suami Ulang Tahun Ke 32

Tak ada makna aku nak buat surprise sebab aku jenis cepat panik dan kurang sabar. Kisahnya, berjaya come out dengan plan nak buat surprise suami lepas fikir panjang dan kebetulan suami mesej dia balik lambat pada hari tersebut. 

Kiranya aku akan sampai rumah dahulu sebelum dia.




Plan Surprise Birthday Suami


Oleh sebab plan nak surprise kan suami maka aku balik kerja awal sikit dari biasa. Plan nak singgah Jaya Jusco Alpha Angel untuk cari bahan decoration, kek dan lain-lain. 

Aku berjaya sampai wangsamaju 30 minit sebelum pukul 7 malam. Kebetulan aku puasa ganti jadi dah plan nak beli juadah berbuka dan balik makan dirumah. Berdoa agar plan aku berjalan lancar.

Dalam otak dah imagine apa perlu beli tapi hampa. Semua barang yang aku survey, satu pon tak berkenan di hati. Memang aku sejenis susah nak buat pilihan dan susah dipengaruhi untuk beli.

Lepas lama berjalan dalam Jaya Jusco akhirnya aku beli kek secret recipe dua slice (Turkish Delight dan Chocolate Cheese Berries). 

Beli banyak pun membazir. Suami tak suka sangat kek. Semestinya kek yang dibeli beli perisa kegemaran aku sebab nanti aku dan Ikhwan yang akan habiskan.

Lepas beli kek aku pergi beli buang ros merah. Aku beli satu kuntum je. Sila muntah sebab aku sendiri tak percaya apa yang aku buat. 

eli bunga dan hadiahkan untuk pasangan sesuatu yang menggelikan hati bagi aku. Memang dah pesan pada suami sejak bercinta lagi, jangan bazir duit hadiahkan aku bunga. Kalau coklat aku suka.  

Lepas tu aku beli sekeping kad ucapan birthday. Tulis ucapan pun simple sangat. aku bukan jenis orang yang meluahkan perasaan atas kertas. 

Kekok habis weh. Ni semua pengaruh drama dekat televisyen. Aku tiru je.


 

Pertama Kali Surprise Suami


Ini kali pertama kali aku beli bunga woi. Rasa nak gelak sorang-sorang. Puas aku fikir macamana aku nak buat surprise. Nak jerit ucap selamat hari jadi kuat-kuat? 

Nak tutup lampu ke? atau buat-buat tak tahu kemudian surprise kan suami dengan kek bila dia tengah berehat?

Akhirnya pada 9:30 malam baru suami sampai di rumah. Memang sempat la aku hiaskan serba sedikit rumah. 

Setelah habis fikir, aku buat kejutan waktu suami ketuk pintu rumah dan masa tu aku padam lampu dan nyalakan lilin. Kira sambut dalam gelap dan cuma disinari cahaya lampu lilin sahaja.

Lilin yang aku guna bukan lilin kek hari jadi, aku guna lilin putih untuk kegunaan bila elektrik tak ada. Punya la buruk perangai pakai apa yang ada je, sebab masa beli kek aku tak rasa nak tiup lilin. Lilin sekadar jadi prop dan hanya nak timbulkan mood surprise je.

Reaksi suami: dia senyum gembira tapi tak adalah sampai melompat terperanjat. Dia tak sangka je. Yelah sepanjang kenal aku mana pernah sangka aku akan buat macam tu. 

Baru je nak feeling lebih-lebih, Ikhwan menyampuk dia nak masuk rumah cepat. Dia cakap takut sebab gelap. Maka berakhirla surprise yang hanya seminit dua tu. Mama dan abah baru nak feeling lah anak oi. Lol.


Kesimpulan

Tak kisah apa sahaja cara nak surprise kan suami sempena birthday dia asalkan ikhlas dan buat dia happy dah cukup. 

Menjadi atau tidak paling penting adalah usaha yang kita letak dalam sesuatu perkara. Alhamdulillah suami nampak usaha aku nak meriahkan hubungan kami. Siapa tak sayang suami kan.

Aku terfikir juga kenapa aku buat semua ni? Kiranya aku betul-betul keluar dari zon selesa aku la. Aku buat semua ni untuk kembalikan kemeriahan perkahwinan kami. 

Maklumlah dah nak masuk lima tahun usia perkahwinan kami. Orang kata, lima tahun pertama adalah tahun untuk melihat sesuatu hubungan tu boleh terus maju atau tidak. 

Itu orang kata la. Semoga hubungan kami terus diberkati, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga dan mendapat rahmat Allah.

Semua ni untuk kenangan. Pos dalam blog ni pon untuk ingatan jangka panjang. Jauh sekali nak riak tunjuk kat orang. [Motif: ingat kau sorang je ada suami sambut birthday 14haribulan] Wakakkaka. 

Cara Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi

Sejak accident aritu then lutut koyak sikit memang terus tak boleh bengkokkan lutut. Rasa macam kulit terkoyak. Nak duduk macam biasa pon macam terkangkang. 

Payah benar nak buat. ngilu tak usah cakap la. Aku macam biasa tak pergi klinik pun sebab rasa sikit je pun luka.

Oleh sebab sakit tu berlarutan dan mengganggu aktiviti harian serta risau bab solat terus google bagaimana cara solat ketika sakit. 

Cara Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi  

Cara solat duduk di atas kerusi. Alhamdulillah, aku masih lagi mampu berdiri dan ruku’ cuma aku tak mampu nak sujud macam biasa.

Sebab aku mudah paham penerangan Ustaz Azhar Idrus (UAI) jadi memang terus tengok video ceramah beliau. 

Selain UAI, aku juga baca penerangan dari JAKIM. Sekarang mudah kan? Semua maklumat ada di internet. Caria tau tidak sahaja.



Syarat Solat Duduk Di Atas Kerusi

Mengikut pembacaa aku tentang syarat solat duduk adalah apabila kita tidak mampu untuk berdiri. Ada yang mampu berjalan tapi tak mampu berdiri tegak. 

Maksudnya tidak tumbang pengsan dan perlu berpaut. Jadi diberi kemudahan untuk boleh solat duduk.
Kalau mampu, sebaiknya berdiri tegak, niat dan takbirratur Ihram dalam keadaan berdiri. 

UAI juga pesan, Solat akan terbatal sekiranya seseorang mendirikan solat fardhu secara duduk sedangkan dia mampu melakukannya secara berdiri.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:” Diriwayatkan bahawa Imran Bin Husain RA telah mengalami penyakit buasir. 

Beliau bertanya kepada Nabi SAW lalu baginda menjawab;” Solatlah kamu secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk (qa’idan) dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”

Seterusnya, boleh ruku’ macam biasa cuma untuk sujud perlu bengkokan lutut akan mendatangkan kesukaran, jadi dibolehkan duduk di atas kerusi dan tundukkan sedikit kepala sebagai syarat sujud.

Boleh baca lanjut di laman web JAKIM tentang Solat Duduk Hukum Solat Cara Duduk Di Atas Kerusi Bagi Orang Yang Uzur

Kesimpulan

Solat merupakan tiang agama yang perlu dijaga sehingga nafas yang terakhir. Begitu penting solat itu sehingga dalam apa jua keadaan, Islam mewajibkan umatnya untuk menunaikan solat termasuk ketika keuzuran. 

Islam juga agama yang mudah dan sentiasa ada jalan penyelesaian. Tak mampu solat seperti boleh berdiri, duduk, mengiring dan banyak lagi. Sesungguhnya kelak usaha kita menjaga agama Islam diberi ganjaran yang besar di akhirat.

Makan Di Aroma Ikan Bakar Jeram

Merasa juga makan di Aroma Ikan Bakar Jeram. Oleh sebab aku ni memang penggemar makanan laut, udang terutamanya so memang kemaruk nak pergi makan tempat sedap tapi tak mau jauh-jauh. 

Pastu sibuk google banyak la good review pasal Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor.  Aku dari Kuala Lumpur, jadi nak datang ke sini kami akan melalui Highway LATAR. 

Makan Di Aroma Ikan Bakar Jeram 

Akan lalu la cendol bakar Kuala Selangor tapi tak singgah sebab semangat nak makan seafood lagi tinggi.

Sebelum ni dah pernah makan seafood & ikan bakar Umbai Melaka. So expectation aku haruslah Aroma Ikan Bakar Jeram at same par atau lagi sedap. 

Bertolak pukul 4 petang dari rumah, jalan agak jem then sampai sana dalam pukul 5:45 petang. 

Sebelum pergi dua hari sebelum aku dah call untuk booking. Kawan office bagi tips kalau nak book, sila call petang. So far aku book ada je orang jawab.



Bestnya sampai awal kita boleh rebut tempat duduk kat pondok buloh. Betul-betul dekat dengan pantai. Ada dua size, satu kecik sesuai untuk 6 orang kebawah and satu lagi yg more than 12 people la. 

Rezeki aku dapat duduk tapi kena charge RM10 sebab duduk situ. Meja tempat duduk memang luas. Ada banyak seksyen. 

So siapa yang walk in kalau tak kisah duduk kat mana saja so boleh la cuba nasib. Datang terus. Perasan jugak ada la dalam lima keluarga bermuka hampa sebab nak duduk tepi pantai tapi satu section tu telah di reserved untuk event dinner.

Tempat solat agak kecik and bilik air super luas. Nak solat maghrib la agak mencabar. Tapi overall bersih. Kitchen and tempat basuhan pinggan mangkuk bersih. If bawak anak kecil pon selesa la.


Overall:

Food: sedap kena tekak aku.food yang tak habis boleh bungkus bawak balik boleh amik plastic bungkus yang disediakan. Tapi layan diri la.

Menu malam tu:

Siakap stim – Rm 42.24 (yg ni aku rasa mahal, ikan agak besar so sedapkan hati ok la kot)
Ketam masak cili – RM 30.38 (untuk tiga ekor gemuk2).. baru sedar ketam 10 inggit sekor.. oh mai
Udang size A (butter prawn – RM 18.90 (5 ekor)
Kerang bakar – (kerang gemuk – RM 6)
1 jug jus tembikai – (jug kecik – RM 15.. pekat tapi mahal woi)
Cendawan goreng – (cendawan masak tiram – RM 4)
Nasi puteh – (2 pinggan – RM 2.40)

Kebersihan: tak terserempak dengan kejadian atau benda-benda yang kotor so aku cukup puas hati.

Harga: bila compare dengan Melaka. Melaka lagi murah and puas hati.















ermm tanya diri sendiri mahal ke tidak? ni campur duduk kat saung