Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama

Nak cerita pengalaman buka buku mengandung dekat Klinik Ibu Dan Anak Sri Rampai. Ini nama dulu la, tapi sejak April 2014 dia dah move ke dalam bangunan imegresen tuh. 

Dari shoplot ke tempat lebih besar dan selesa di tingkat dua. Pagi-pagi memang sunyi. Nama pun dah tukar menjadi Klinik Kesihatan Setapak. Tak jauh and tak susah nak cari pun.

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Sri Rampai Tukar Nama

Kenapa dan bila aku patut register adalah berdasarkan risik-risik kengkawan yang dah melalui semua ni. 

Ada yang kata patut buka buku pink secepat mungkin dan kalau ikut pengalaman aku yang pertama dulu bila kandungan dah masuk bulan ke empat baru buka buku. 

Tapi sebab risau punya pasal kandungan 10 minggu aku pon relakan hati pergi.


Klinik Tukar Nama Dan Tukar Lokasi

Dan bila aku pergi klinik tadi sebenarnya tak ada pulak nurse tu sebutkan waktu terbaik untuk buka buku pink mengandung. 

Sebelum aku teruskan cerita, bab register, klinik dan lain-lain, aku nak tegaskan yang procedure setiap klinik adalah berbeza. 

Kawan aku pergi Klinik Ibu & Anak di ampang dia walk in je terus dapat buat buku. Tak ada pulak kena bawak bil, sijil nikah bagai.

Macam aku kat Sri Rampai ni agak straight. Kenapa aku kata straight? Sebab even kau nak buka buku kau kena walk in dan akan di interview oleh nurse sebelum dapat tarikh untuk bukak buku pink. 

Dia akan tanya soalan basic dan dia bagi list apa perlu bawak untuk buka buku. Tadi aku tanya kalau telefon boleh ke? 

Dia kata memang kena walk in, tidak digalakkan telefon. Aku habiskan masa sejam kot tadi. Waktu menunggu yang lama.Aku syak nurse tak dapat nak layan semua pertanyaan melalui telefon. 

Aku kongsikan senarai perlu dibawa pada hari pendaftaran buku pink:
  • ·        Kad pengenalan isteri – yg original
  • ·        Sijil nikah – original
  • ·        Bil elektrik/telefon  – original sebab nak tengok alamat 
  • ·        Ic suami – Salinan
  • ·        Pen hitam – sebab nanti kena isi sendiri maklumat
  • ·        Buku mengandung terdahulu (jika pernah mengandung sebelumnya)


Tempat Baru Lebih Besar Dan Selesa.

Memang ambil masa nak study bilik mana kena pergi tapi kat situ ramai staff so boleh je tanya. Jangan berat mulut. Oh klinik Setapak ni dia dah combine dengan klinik biasa tu so memang penuh la warga emas mendapatkan rawatan.  

Untuk yang memang bawak mak bapak elok la temankan mereka. Tempat ni ada lift and escalator. Escalator untuk naik dan kena guna lift untuk turun. 

Ada tangga tapi kesian la kalau warga emas dan orang mengandung. So far lift dia ok. tandas semua bersih walau tak wangi.


Waktu Terbaik Buka Buku Pink?

Bagus kalau sebelum pergi call klinik mintak kepastian. Masa mengandung anak pertama, nurse suh aku datang semula masa kandungan 4 bulan. 

Masa aku pergi register tu kandungan dalam 5 minggu. pergi awal sebab excited kali pertama mengandung. 

Mengandung kali kedua kena halau sebab tak buat appointment. Skang kandungan aku mencecah 10 minggu. Macam aku cite kat atas la biasanya first visit akan dapat date next appointment dan list apa kena bawak. 

Cuma rasa tah apa-apa sebab kau pergi dan balik semata-mata amik date je. Kalau dia bagitahu kat website klinik,  ibu mengandung boleh ready awal. So tak ada lah bazir cuti ibu yang bekerja.


On Off Check - up di Klinik Kesihatan

Ok ini soalan aku ajukan pada nurse tu. Sebab aku rasa susah setiap bulan nak kena mintak cuti so aku ringan mulut tanya if aku buat follow up kat swasta je. Boleh ke? 

Jawapan nurse tu ialah mestilah tak boleh. Nanti susah pihak mereka nak tengok/paham record yang tak cantik. 

Walau tak paham aku buat-buat paham angguk-angguk. Balik tu terus tanya adik aku yang nurse. Kata dia kalau setakat check-up klinik biasa-biasa tiada record bayi yang diambil oleh doctor biasa-biasa tuh, melainkan kau pergi hospital/klinik bersalin tu. Itu baru complete check-up. 

Dan aku baru baca aritu, dalam RM300 ada orang kena kat Hospital Naluri Wangsamaju. Itu termasuk ambil darah, urine, hb, dan lain-lain. 

Kalau company cover takpe. Kalau yang keluar duit sendiri macam aku? kan koyak poket tuh. Tapi apa-apa memang kena buka buku kat kerajaan jugak sebab andai ditakdirkan ada kecemasan nanti biasanya kalau swasta tak leh handle dia akan suh refer GH. Buku tu ler doctor nak paham apa status kesihatan kau dan bayi.


Ujian Air Kencing

Jakun masa urine test di hari bukak buku mengandung. Lab dan bilik check up adalah berbeza. So bila dapat botol untuk test kencing kena pergi tandas dan dalam tandas ada tingkap kecil ko kena letak botol kencing kat situ. 

Memang ada specific tandas yang ada tingkap kecik tu betul-betul depan counter lab. Keluar je tandas yang specific tu, beratur orang nak letak botol urine diaorg. Diaorg kencing kat tandas lain. hahhahah. aku je jujur terus ke situ. 

Aku first time memang belajar dengan orang sekeliling la. Mujur ada akak yang baik hati bagitahu. Lain sangat masa klinik Sri Rampai yang kecik dan sempit tu dulu. 

Itu sahaja dapat aku share. Mana tahu berguna untuk bakal ibu kat luar sana. Setakat yang aku pergi semua tersusun dan semestinya ramai orang lah. Tapi selesa jadi kira ok lah. 

*Masa hari bukak buku nurse tu mintak bil api je sebab nak tengok alamat. sijil nikah dan lain-lain dia tak mintak pon. Geram je aku. 

Penat taw geledah fail nak cari sijil nikah. Pastu buku mengandung anak first sebab nak amik record terdahulu. 


Mengandung Anak Kedua, Alhamdulillah

Catatan Mengandung Anak Kedua

21 September 2015

Cuak dua hari lewat period. Beria sangat berharap, kalau tak mengandung baru tahu. Maghrib tu cari pregnant test kit yang lama punya dan expired pun tapi gigih nak test jugak. Nampak dua line. Cuak dan gembira.

Masa tu yakinkan diri yang test kit tu dah expired dan mungkin result dia salah. Tanya diri sendiri pon tak berapa yakin sangat mengandung. Anak pertama aku lahir tahun 2011.

25 September 2015

Masuk hari ke 6 period masih tak kunjung tiba. Yakinkan diri yang tarikh period berubah. Tanda-tanda period tu ada tapi tak teruk macam biasa. Nak beli pregnant test kit tapi malas. 

Bagitahu suami dan suami dah pesan supaya tak berharap.

Masa ni diri ini masih okey, tapi perubahan dekat Ikhwan agak ketara. Dia jadi manja terlebih. Ada satu hari aku dekat office, pengasuh call katanya Ikhwan rindu. Jarang dia macam tu.




28 September 2015

Oleh sebab tak dapat tahan diri maka pergi beli pregnant test kit. Ternyata keputusan positive mengandung. Masa tu suami masih tidur dan kejut suami untuk confirmkan. 

Suami response macam biasa, macam mengandung anak pertama dulu. Tiada expressi. hahhahahha.Masih belum check di klinik. 

Jadi macam percaya ye atau tidak mengandung ni tapi dah start muntah-muntah. Belum teruk tapi boleh tahan penangan alahan mengandung kali ni.

Seperti anak pertama aku register di app baby center http://www.babycenter.com/ dan try calculate due date. EDA aku ialah 26 May 2016 dan sekarang baby aku menuju 6 weeks pada 1 October 2015. 1st trimester and start baby heart beats.


Check Di Klinik 

3 October 2015

Hari tu kami plan balik kampung suami. Sebelum teruskan perjalanan ke Melaka, singgah di klinik untuk confirmkan pregnant atau tidak. Nak buat scan baby masih kecik lagi. 

So just buat urine test. Reaksi sama je suami isteri. Kami masih tak percaya akan dapat second baby lol. Masih kerap muntah dan tak suka banyak benda. Kali ni banyakkan minum air masak sebab boleh hilangkan rasa mual tuh.


23 October 2015  

Kandungan 9 weeks and day 2. Baru realise kali ni mengandung tak boleh minum teh mahupun milo. Angin dan pasti akan muntah teruk. Menyesal minum teh o ais limau pagi tadi.

Badan semakin tua kan, so memang kena pantang betul-betul. Baca tadi pengambilan gula berlebihan akan sebabkan kulit bawah mudah koyak bila bersalin. Terus ngeri. 

Dah start tengok harga pakej bersalin and pro con bersalin swasta and kerajaan. Memang mencekik darah kalau swasta. Tak mampu rasanya. Now sama ada hospital Ampang atau HKL. 

Memang niat di hati nak doctor perempuan yang sambut kelahiran baby. Ya Allah permudahkanlah urusan aku bersalin. Aamiin.


11 November 2015

Esok kalau ikut kiraan cukup 12 minggu equal to 3 bulan. First trimester nak lepas dah dan secara rasminya hati dah kecut. 

Pastu pagi tadi salah langkah makan acid folic diawal pagi, bukan kebiasaan makan sebelum tidur. Maka setiap jam aku muntah. Ya Allah dugaan. 

Nak menangis. Takut nak minum air. Nak makan sup tapi nak yang masam, tak nak tomyam, tak nak ayam. Dah camne tuh?


Kehidupan Di Bulan December 2015

Setelah sekian lama tak menaip dan upload entry baru pasal kehidupan, orang sekeliling dan isu-isu lain, akhirnya aku update juga personal entri. 

Terlalu penat dan sibuk dengan kehidupan atau nama lainnya pemalas. Selepas dua baris ayat aku tulis simtom pemalas ni semakin nampak tanda-tandanya. Kuatkan Semangat. Aku tuliskan juga. 

Sekarang musim cuti sekolah.  Kalau tahun sebelumnya, cuti sekolah bulan December tak bawa apa-apa perubahan kepada aku. 

Kehidupan Di Bulan December 2015

Selain ketenangan diwaktu pagi disebabkan kesibukkan mak bapak budak hantar budak ke sekolah dan cikgu yang suka bercakap di waktu perhimpunan sekolah dengan nada paling tinggi. 



Anak Dah Mula Sekolah

Tapi tahun ini, kali ini, ianya berbeza. Persediaan harus dilakukan sebab anak sulung aku akan masuk sekolah tahun depan. Insya Allah tempat pilihan kami di Taski AlHuffaz. Sengaja masukan dia ke Taski masa usia dia 5 tahun. 

Tidak lah terlalu awal aku rasa. Cukup la masa tu untuk dia belajar dan di umur 5 tahun kami dah start ajar dia uruskan diri. So far so good. 

Lima tahun dah kau anak. Semoga tidak lah dia takut untuk bergaul dengan manusia lain dan semoga dia dibawah lindungaNya. Aamiin.

Aku Positif Hamil

Untuk kehidupan sekarang, aku maish gigih melayan mabuk mengandung. Ya, aku disahkan berbadan dua October lepas. Tepuk tangan dan ucapkan tahniah buat aku ya. lol.

Untuk kandungan kali kedua. Perasaan takut sentiasa ada, mabuk memang macam dulu, semakin tak kuat nak harung perit jerih ibu mengandung. 

Tapi Allah pilih aku so aku mampu la kiranya. Jarak lima tahun bukan sekejap tu. Ini dah kira macam mengandung kali pertama semula. 

Untuk hal pekerjaan, terlalu banyak andaian dan kemungkinan yang bakal berlaku. Ekonomi yang tak menentu. Kos sara hidup semakin tinggi. 

Tambang LRT dan tol yang naik mendadak semuanya menjerut leher. Kezaliman berterusan dan rakyat masih menunggu peluang untuk bangkit. Dan aku masih mencari peluang dan ruang untuk berkembang. Doakan. 

Stres sangat tak bagus untuk aku yang sedang berbadan dua ni. Jadi aku amalkan konsep let it go sajalah. Bila sampai waktunya baru aku buat apa yang patut. 

Buat masa sekarang aku dan suami cuba yang terbaik. Kan setiap anak tu ada bahagian rezeki dia tersendiri. Jangan risau. 

Aku Penat Ya Allah

Hoi lately hidup macam tunggang langgang gila. Aku Penat Ya Allah. Lepas je Raya aritu hidup aku tak tentu arah sebab tak sempat kemas rumah. alasan sungguh. 

Bila badan penat rumah terabai. Bila ter missed salah satu rutin macam basuh baju, basuh pinggan semua memang habisla rumah bersepah. 

Mujur suami tak bising sangat. Ok ada la dia bising sikit-sikit tapi dia paham kot kalau almost every day balik rumah sampai pukul 9 malam. Oh penat.

Aku Penat Ya Allah

Sekarang setiap minggu macam janji pada diri sendiri nak cari kotak dan mula mengemas. Janji punya janji memang tak bergerak langsung. Wat the fish sungguh. 

Isnin ke jumaat memang dah penat kerja tinggal sabtu ahad konon hari nak berehat. Mana nak bergeraknya kerja kemas mengemas ni.




Semakin hari semakin tua, tenaga pon dah berkurangan. Mata pun cepat je ngantuk. Itu tanda quality hidup semakin menurun. 

Lepas ni kalau dah start pindah rumah yang lebih jauh dari sekarang macamana la gayanya. Tak kan nak ada orang gaji. Amboi. Melampau.

Arghh rasa kadang-kadang tak terkejar dengan perubahan yang berlaku. Selalu doa mintak pada Allah nak itu ini. Bila dapat dah tak reti nak manage. Macamana tu?

Nak Pindah Rumah Baru


Tahun ni kalau diberi keizinan Allah boleh masuk rumah yang baru dibeli. Tinggal last stage saja. Tahun depan Ikhwan nak masuk sekolah dah. 

Satu habuk pun tak buat apa-apa lagi. Huwarghhh. Besar dah anak aku. Pagi tadi dia cakap burung ada sayap. Kagum sekejap. Sebab burung ada sayap burung boleh terbang. Good Ikhwan good.  

Last week dia mintak aku cakapkan kat makcik tengah bersembang masa azan. Suh makcik diam. Ternganga dan gelak-gelak jela aku. dia faham apa dia kata so aku rasa itu perkembangan baik walau pada pandangan orang lain bila anak semakin pandai bersuara dianggap kurang ajar.

Cukup untuk hari ini. Bersangka baik dengan setiap aturan Allah. Terima kasih Allah. Lagi banyak aku tulis kang jadi tak bersyukur dengan nikmat Allah sudahnya. 

Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?

Bismillahirrahmanirrahim.

Syaitan itu mengalir dalam tubuh badan manusia umpama aliran darah. Maknanya apa? 

Disetiap penjuru yang ada di tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk disiasat oleh syaitan di manakah letak kelemahan orang itu untuk syaitan masuk daripada pintu yang lemah itu.

Ada orang yang kelemahannya pada harta, syaitan masuk daripada pintu harta untuk mempunyai sifat rakus. Untuk mempunyai sifat tamak. Merompak. Rasuah. Apa saja.

Ada orang yang kelemahannya adalah menghendaki takhta, daripada pintu itu syaitan akan masuk. Ha, buat! Guna apa saja yang penting itu sampai. 


Betul Ke Syaitan Tahu Kelemahan Manusia?

Ada orang yang kelemahannya melalui perempuan. Maka diganggu daripada pintu perempuan.

Ada orang yang kelemahnnya buang masa depan komputer untuk bagi komen. Berapa banyak orang yang menghabiskan masa depan komputer untuk cari pasal atau cari apa saja untuk dia komen untuk bantai sana hentam sana komen. 

Dan berjam-jam menghabiskan waktu didepan komputer .























Syaitan pandai. Syaitan buat kajian. Namanya saja sudah syaitan. Dia akan masuk pintu-pintu dimana letaknya kelemahan itu ada pada manusia. Di situ syaitan akan masuk. 

Syaitan tak punya kuasa kepada manusia untuk melakukan jenayah langsung kepada manusia. Oleh kerna itu, Allah ketika mensifatkan syaitan "was-was" dalam surah an Nas.

Berlindung kpd Allah daripada bahaya was-was. Siapa dimaksudkan was-was? Syaitan. Kenapa syaitan diberi nama was-was? 

Sebab syaitan hanya mengilhami menipu atau menyuarakan meminta merayu cakap saja syaitan. Tidak dipaksa manusia untuk melakukan pelanggaran kepada syaitan. Tapi ditipu saja.

Dan syaitan cerdik, licik. Dia akan kaji setiap manusia itu letak lemahnya dimana. Tidak semua manusia boleh ditipu oleh syaitan melalui pintu yang sama. 

Dicari titik kelemahannya itu dimana, disitu dia akan manfaatkan. Orang yg cerdik pandai akan bermuhasabah, akan tengok dirinya dimana letaknya kelemahannya. Disitu dia akan perkuat untuk tidak menjadi laluan syaitan menggangu masuk daripada pintu tersebut .



Daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

SUSHI KING JAWAB PASAL STATUS HALAL

Sushi King Jawab Tentang Status Halal

Assalamualaikum minggu lepas aku nampak  gambar kat instagram kak pinkStilettos post pasal dia makan Sushi kat oversea. 

Pastu ada la comment-comment pasal Sushi halal kat Malaysia. Untuk aku penggemar Sushi ni memang gelisah la kalau status halal tu diragui. 

Aku dan kawan-kawan memang pelanggan setia Sushi King. Keluar macam-macam nama restaurant Sushi dari yang aku mampu makan ke tempat yang mahal.

Rasanya dilema muslimin muslimat kat Malaysia ni kalau bab makan kat restaurant; ialah kalau nampak pekerja berbangsa Melayu dan bertudung baik dari pelayan sampai tukang masak, mestila rasa selamat tempat tu halal. 

Walau ko tak nampak pun logo halal diaorang. Itu memang lumrah kot. Tak kan diaorg nak subahat kot? kan? 

Tanya Status Halal Sushi King 


Nak kuatkan lagi keyakinan aku pada Suhsi King bahawa Sushi mereka selamat untuk dimakan maka aku telah menghantar email pada customer service dan telah dibalas oleh mereka. 

Oh ya sebelum ni memang aku dah baca kat website dan ada la buat pembacaan so aku yakin akan statusnya. 

Kalau sebut Sushi King selain dari chicken and beef dia ramai orang ragu-ragu dengan mirin dan sweet sauce dia. 

Teori aku dulu Sushi King ni tak dapat Halal mungkin sebab dia serve Alchohol to non Muslim customer [teori ni salah]. Baca je soalan aku kepada Ms. Hor Ka Min – customer service Sushi King [abaikan ayat bahasa Inggeris yang tunggang langgang asalkan Ms. Hor paham soalan aku]


 1. Do you have Halal certificate? For all branches? If not please explain why.

We would like to clarify that Sushi King Restaurants are not Halal-certified.
As most of our ingredients are imported from overseas, some of our overseas supplier does not have Halal certification although the ingredients do not contain any pork or alcohol.  As such, we are rigorously working very closely with these overseas suppliers to obtain the Halal certification.

2. Is that true that your sweet ketchup contains wine? Haram for Muslim to eat this?

It is not true that our sweet sauce (Nitsume) contains any added alcohol. You may find attachment for the halal certificate of this product.

Nitsume is Halal ok..






































3. Do you add Mirin to your sushi? Muslim can’t eat this also.

Sushi King does not use added alcohol, mirin and/ or sake in all our products including sauces, vinegar, unagi and others.

4. Do you serve alcohol?

Sushi King does not sell or use any alcohol in our restaurants.

Sekarang Sushi King dah pun dapat pensijilan Halal dari JAKIM. Jadi boleh makan dengan gembiranya. 

Sayangnya Allah Pada Kita

Menyedari hakikat betapa besarnya nikmat Allah kurniakan pada aku, memberi nyawa dan melihat kehidupan hampir mencecah 30 tahun. 

Tak ternilai dengan duit. Satu pemberian lengkap, kesempurnaan anggota badan dan kebolehan lain, seorang suami dan seorang anak. Sayang betul Allah pada umatNya. 

Masih banyak yang tak tertulis di sini. Syukur. Terima kasih Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Maha Penyayang. Tapi aku seperti biasa manusia hina yang kadang-kadang lupa nak bersyukur. 


Sayangnya Allah Pada Kita

Berbilion malah nikmat yang infiniti Kau kurniakan, aku balas dengan ucapan atau perbuatan yang sekadar berterima kasih. Bukan bersungguh. Malu. 

Kalau solat yang lima pun buat dalam keadaan tergesa-gesa dan di akhir waktu. Mana rasa syukur yang patut aku tunjukkan. Manusia tak kenang budi.



Bersangka Baik Dengan Takdir Allah

Dalam menjalani hidup seharian aku sebagai anak, kakak, adik, isteri dan kawan setiap detik aku cuba berfikiran positif. Aku tanamkan bersangka baik. 

Baik pada caturan Allah hatta sesama makhluk. Aku juga cuba ajak orang lain untuk positif. Untuk sentiasa bersangka baik. Nekad aku nak jadikan budaya. 

Jadi aku pilih kelompok yang aku rasa selesa, iaitu adik beradik dan kawan rapat. Dan bukan la semudah yang aku taip ni nak latih hati bersangka baik. 
Nak ubah diri bersangka baik punyalah mencabar inikan nak ajak orang lain.

Setelah hampir setahun aku cuba bersangka baik aku rasa aku lebih tenang. Aku marah pun sekejap je. Marah pun ada berperingkat. Apa yang aku paham, bila aku mula bersangka baik maka yang baik-baik sahaja akan datang dalam kehidupan aku.

Bila aku marahkan sesuatu terjadi dan fikir yang bukan-bukan maka aku akan terhenti pada suatu keadaan yang mana, hati akan bertanya semula. 
Siapa yang tetapkan ini berlaku? Siapa yang izinkan semua berlaku? Kenapa perlu berlaku? 

Dan macam-macam lagi. Dan akhirnya aku sedar semua ini milik Allah. Yang baik dan jahat pada pandangan kita itu semuanya aturan Allah. 

Semuanya milik Allah. Kalau aku marah, kalau aku benci maksudnya aku marahkan Allah. Pemilik sekalian alam. 

Nauzubillah.


Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Assalamulaikum.

Enam hari menuju Syawal in sha Allah. Cepat betul Ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih. Amalan tak seberapa. 

Badan penat jiwa meracau. Tekak pahit. Semalam marathon masak untuk berbuka terus buat kuih requested by anak lelaki, popia crab. 

Mujur mintak yang senang. Cuma leceh. Nak hiris sayur dan balut. Demi anak. Kerana Allah Taala. Semalam berapa kali urut dada, nak marah. 

Bila penat benda kecil jadi hal besar. Berapa kali otak suh istigfar dan fikir mahal harga tiket ke syurga. Pernah baca, jangan harapkan suami untuk bahagia kan kita. 

Ramadhan 6 Yang Akhir & Ucapan Raya

Untuk cari syurga. Tapi letak pengharapan pada Allah. Allah la yang paling berhak. Kebahagiaan milik Allah. Jadi aku motivasikan buat kerja kerana Allah. 

Aku masak, aku mengemas, aku berkorban tenaga kerana aku mahu ia jadi tiket aku mendapat bahagia. Tiket ke syurga mudah-mudahan. Aamiin.

Tadi berbincang adik beradik plan untuk raya. Rancang nak buat semula activity yang biasa kami buat tahun-tahun sudah. 

Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada je game aku buat untuk hiburkan hati. Raya la peluang kami. Berkumpul semua. Tapi. Kali ni mungkin terpaksa batalkan. 

Ada antara kami yang diduga kehidupannya. Tak elok bergembira sedangkan mereka bersedih atau game tu buat mereka bahagia? Entah.

Raya tanpa abah. Bila sebut pasal abah. Lidah aku kelu. Harus bagaimana mahu aku simpulkan perasaan rindu yang teramat. 

Ya Allah, tempatkan lah ayah ku di kalangan orang yang beriman. Orang yang mendapat Shafaat Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita sekelurga bertemu di sana kelak. 

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba. Mohon ampun kemaafan di atas segala keterlanjuran.

kali ke lima raya tanpa arwah abah

Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. 

Pengajian Diploma dan juga ijazah Sarjana Muda. 


Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. 

Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 


Semak Penyata Pinjaman PTPTN Selepas Ujrah


 



Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan KL Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran.

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. 

Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. 

Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. 

Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 



melalui email tadi dia bagi link..korang click je




masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..

yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan



yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. 

Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

 

Cara Mohon Ujrah PTPTN

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader yang tanya tentang macamana nak apply Ujrah? Nak tahu tentang detail serta kenaikan bunga jika lambat bayar pinjaman. 

Seperti yang aku gembar gemburkan pada entry lepas hujah pasal Ujrah dan pasal kenapa aku pilih ujrah akhirnya dengan tekad hati aku memilih untuk proceed apply ujrah.








Cara Mohon Ujrah 


Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan Ijazah]. 

Penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  



Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.


Cara Permohonan 

Untuk mohon boleh buat dengan dua cara;

1.      Mohon online
Memohon melalui online dan kena masuk website  PTPTN  dan isi la apa yang diminta. Seharusnya bersetuju dengan syarat-syarat yang di tawarkan:    

* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

So tunggula PTPTN reply status layak ke tidak then akan ada email PTPTN akan tandatangan agreement. Agreement akan state segala info tawaran Ujrah dan document yang harus di kembalikan kepada PTPTN. 
Agrement valid untuk 14 hari sahaja. Kalau dapat terus buat dan hantar ke kaunter secepat mungkin.

2.      Walk in terus ke kaunter terdekat.

Macam kes aku, aku refer to KL Sentral  punya kaunter. Aku buat online dulu sebab nak taw berapa monthly amount then aku sempat la buat research nak accept or tolak. 

Kalau korang jenis yang nak amik masa study dulu mampu bayar etc eloklah buat macam aku. So far aku berkenan. 

So aku pun teruskan niat apply kat kaunter saja. Paling penting pergi sana bawak setem hasil RM 10 dua keping. 

Nanti boleh siap terus agreement. Bagitahu siap-siap kat staff tu kata nak siapkan hari tu jugak. Tak sampai dua jam boleh setel. 

Kau orang juga boleh  minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.

Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri. 

Selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 

* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. 

Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

Itu sahaja rasanya yang korang perlu tahu. Harap membantu.



Semoga Emak Sihat Selalu

Bersyukur masih diberi nikmat meneruskan kehidupan. Diberi kesempatan hidup tanpa ada pergaduhan dengan orang sekeliling. Masih senyum dan boleh bergurau senda dengan suami. 

Anak masih dibawah kawalan. Syukur. Sabtu ahad lepas turn aku balik Pahang. Dah jadi amalan setiap kali berpuasa selepas berkahwin akan pastikan sekali berbuka dengan mak dan mertua. 

Nak balik banyak kali masih belum ada rezeki. Balik kali ni mak kurang sihat. Gout mak menyerang.  Masih ingat Ramadhan lepas mak tak sihat jugak. 

Semoga Emak Sihat Selalu

Mak seorang yang kental. Tegas. Bila minta mak tak puasa mak akan tolak dengan seribu satu alasan. 
Paham mak nak merasai nikmat berpuasa tapi kesihatan mak tak mengizinkan. 

Syukur diberi peluang jaga mak semasa sakit walau sekejap. Dapat mandikan mak. Tolong papah mak ke tandas. Itu semua rezeki. Lubuk pahala. Kalau dulu mak mandikan kami. Sekarang giliran kami berbakti pada mak.

Kalau boleh setiap apa mak nak aku cuba untuk tunaikan. Semua keinginan dan minat mak. Selagi masih ada masa. 

Aku tahu kita semua ni pinjaman Allah. Bukan hak kita. Maka aku aja diri aku bersedia. Kehilangan sementara kat dunia.

Kehilangan arwah abah ajar aku menghargai orang depan mata. Dan aku masih belajar. Tak akan pernah tamat sehingga aku dipanggil oleh Pencipta. 

Rindunya pada arwah abah. Kalau arwah masih ada… tak mampu aku nak ulang semula. Terlalu sebak. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Allah jangan seksa abah. Tak terbalas budi abah membesarkan kami adik beradik. Ramadhan kali ni paling biasa-biasa sambutan kami sekeluarga. 

Sekatan ekonomi dengan harga yang merepek jadi macam sangat berkira. Beli benda yang perlu sahaja. Ini lah hikmah Allah izinkan apa yang berlaku sekarang. Hikmah pembaziran.