Resepi Donut Cheese Chocolate Senang Nak Buat

Hari tu dah janji dengan anak nak buat donut so alang-alang tu nak share resepi donut yang tiba-tiba viral di Facebook. 

Berduyun-duyun la yang buat dan tunjuk hasil men donut masing-masing. Aku pun tak ketinggalan nak cuba.

Ini bukan sekadar donut biasa, sebab ni donut ada cheese dan sebab rajin tambah pulak coklat dalam dia. Coklat masakan tak sempat beli so hentam jela coklat yang ada. 


Resepi Donut Cheese Chocolate  

Sedap jugak. Yang pasti donut ni even sejuk, doh dia pon masih lembut. Kalau nak cuba donut tanpa yis boleh guna resepi donut dua bahan ni. Confirm jadi. 


Cara Buat Donut Cheese Chocolate  

Bahan-bahan untuk membuat Donut Cheese C adalah seperti berikut:
  • Yis
  • Air suam
  • Marjerin
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Mozarella cheese
  • Susu pekat
  • Coklat
  • gula icing

Cara-cara untuk membuat donut cheese chocolate adalah seperti berikut: 

1. Bancuh satu sudu gula dengan setengah gelas air suam kemudian kacau dengan setengah paket yis. Rehatkan bancuhan selama 20minit supaya kembang. 


2. Lepas 20minit Yis tadi dah kembang baru bancuh dengan setengah gelas air suam dan kacau dengan 2 sudu susu pekat manis. 

3. Ambil 500gram tepung gandum di gaul dengan 2 sudu besar marjerin sehingga sebati. Masukkan bancuhan yis bersama susu. 

4. Uli Doh bagi tak melekat di tangan. Kemudian, rehatkan doh selama 30 minit. Pastikan doh di tutup dan elak dari terkena udara atau air. 


5. Selepas 30 minit, boleh canai dan tekap ikut acuan kemudian isi doh dengan coklat atau cheese. Boleh letak filling selain cheese and chocolate tapi aku tak pernah cuba.

6. Susun doh di atas dulang dan direhatkan doh selama 30 minit. Penting untuk rehatkan doh selepas ditekap ikut acuan. Kalau ikut pengalaman aku, kalau tak rehatkan doh boleh sebabkan donut menjadi keras. 

7. Goreng dengan api perlahan dan masak hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang. 

Selamat mencuba. 

Lirik Lagu suatu yang pernah

Lirik Lagu suatu yang pernah


Merasa..mengalami. 
Wahai Allah bantu aku. 
Rindu kamu Ya Rasulullah. 

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah

Suatu yang– pernah

Resepi Puteri Ayu Cheese

Assalamualaikum.

Dari hari tu asyik terpandang orang buat kuih Puteri Ayu kat FB. Geram aje tengok. Kalau kebiasaannya orang buat letak kelapa tapi kali ni aku nak try resepi yang letak cheese pulak.

Dah jadi hobi nak cuba memasak pulak. Selain dari hilangkan stress kita tambah lemak.
Macam patah tumbuh hilang berganti. Hahahhaha. Kita hilangkan stress tapi kita gantikan lemak. Kih3.

Seperti biasa kita harus refer pada yang pakar. Apa lagi terus la tengok blog kak azlitamasammanis 
Bab gambar dan explanation Kak Ita memang mudah meresap kat otak aku.

Kak Ita kata dia ada ambil dari resepi FB. Terima kasih atas perkongsian dan harap semua ilmu dihalalkan ye. Murah rezeki anda semua. 

Cuti kali ni plan nak buat. in sha Allah. Apa pun siapa yang tengah cari resepi ni harap berguna dan cuba.





































Sumber asal: kat Suriani osman FB

Credit to: Blog AzlitaMasamManis

Resepi Meatball Cheese Meleleh Sempoi

Puas hati betul bila resepi pertama kali cuba terus menjadi. Memang melompat kegembiraan la jawabnya. Kali ni aku teringin nak cuba meatball cheese yang pernah viral dekat Facebook. 

Bagus betul bukan setakat viral tunjuk pandai memasak je tapi siap kongsi resepi. Jadi marilah kita sama-sama cuba buat meatball cheese meleleh sempoi.

Alhamdulillah ini kali kedua aku cuba resepi bebola ni. Kali pertama aku simpan kat handphone lama, gambar tak sempat nak transfer. 

Resepi Meatball Cheese Meleleh Sempoi

Kali kedua buat dah lebih yakin dan tahu nak agak. Korang yang tak pernah buat jangan risau sebab resepi ni simple ya amat semudah buat cekodok ikan bilis.

Tapi kalau nak mudah pergi jelah Ikea makan meatball dekat sana. Sedapnya. 

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi meatball cheese meleleh sempoi ini adalah seperti di bawah. Oleh sebab kita nak cheese dia meleleh kena guna mozzarella. Meleleh tu bermaksud cheese tu boleh ditarik panjang.

Semakin banyak cheese yang korang letak semakin power la meatball kau ok. Tapi berpada-pada cukplah kang kesihatan ko terjejas.


Bahan-Bahan Meatball Cheese Meleleh

Daging Cincang aku guna daging hancur frozen  
Satu biji bawang holand saiz sederhana
1 biji lobak yang dipotong dadu bagi halus
1 biji telur – satu biji
Perasakan dengan garam secukup rasa
Serbuk lada hitam untuk bagi pedas
4 sudu besar Tepung gandum
Mozzarella Cheese
Breadcrumb

Cara-Cara Menyediakan Meatball Cheese Meleleh

Cara-cara membuat meatball cheese meleleh sempoi ni semudah abc. Korang just satukan bahan-bahan di atas supaya sebati kecuali mozzarella cheese dan bredcrumb. 

Cuma tips aku masukan daging dahulu kemudian masukan lobak, dan diikuti oleh tepung.
Adjust tepung mengikut kelikatan adunan. 

Kita tak mahu terlalu banyak tepung nanti bertukar jadi cekodok meatball pula. Kemudian masukan telur dan lain-lain. Gaul biar sebati. 

Agak-agak dah bergaul sehati sejiwa boleh lah bentukkan bulat-bulat dengan sudu masa nak goreng tu.

Jangan lupa masukkan mozarella cheese yang dipotong. Kalau lupa tk jadi dah resepi cheese ni ok. ikut resepi asal kena golek dengan breadcrumb sebelum digoreng. Stock bredcrumb aku habis jadi asal jadi je lah eh.

Kena goreng dengan minyak yang betul-betul panas ok. Baru meatball kau akan jadi terbentuk elok. Goreng hingga kekuningan dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba. 

Aku pernah buat Sosej Daging Sendiri juga cubalah.