Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh

Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.

Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS. 

Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan. 

Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah

Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.

Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.


Tempat Jual Itik Salai

Kalau datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai. 

Masak lemak cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat. Semalam lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.

Nak mudah dan buat stok dekat rumah kena ada Daging Salai Ahmad Farm

Harga memang dari dulu kot sama je:

Itik Salai RM40 sekor;
Ikan keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur masin RM7 untuk 6 biji,
Daging Batang Pinang Salai RM45/kg







Tak tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.




Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul. 

oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari Norah wax. 

Sampai pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul. 

Cuaca memang panas hari semalam. Singgah beli makanan dan duduk tepi air terjun.

Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma. 

Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)

Paling gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak berenang pon.

Settle semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang. Alhamdulillah.


Nikmat mana lagi mahu ku dustakan. 

Tony Roma’s lunch with officemate

Hari tu sebab Terpengaruh dengan lunch promo dekat Tony Roma’s maka gigih ajak officemate makan 
di Sunway Pyramid punya branch. 

Selalu datang Sunway hanya untuk makan Sushi King J

Makan dengan aman sebab tak ramai masa tu dan portion makanan besar yang ambil masa juga la kalau nak habiskan. Kenyang dan berbaloi-baloi.

Untuk set lunch yang di order memang dapat free roti (tak taw nama apa dan juga soup of the day) soup yang available pada hari tu ialah chicken and potato. 

Tony Roma’s lunch with officemate

My officemate ambil chicken and aku ambil potato. Suka sebab pekat and creamy soup dia.

For starter kami order Onion Loaf.  Second try rasa. Ok not bad. Tak la rasa pure bawang. Cruncy and makan dengan sos dia. boleh makan 3 orang.


menara Onion Loaf


ice lemon tea & potato soup



sedap cicah dengan potato soup



air ni gelas besar so boleh share dengan kawan sepatutnya



ulang tayang sebab kagum dengan bentuk dia


lamb sausage ke apa nama dia


officemate try chicken grill 

Officemate cakap dia kurang berkenan makan ayam yang dia order, tak ada perasa sangat.  Tapi menu yang aku order aku puas hati. Cukup rasa. 

Sesekali nak ubah selera ok je makan macam ni. Boleh try okeh. Harga pon tak la mahal sangat. 

Menjaga Aib Media Sosial

Cara Menjaga Aib Di Media Sosial

Tempat paling mudah aib terbuka dan mudah dilihat secara tak sengaja adalah di media sosial. Tak perlu orang lain nak buka aib kita, kadang-kadang kita sendiri yang yakin diri tayangkan satu dunia. Nauzubillah. 

Pagi tadi sempat tengok satu video makcik mengamuk, entah apa punca aku tak pasti. Satu je tak berkenan penggunaan bahasa yang keluar waktu dia mengamuk tu. Masa tu kalau kita boleh nampak mesti syaitan duk dekat tepi telinga hasut suruh marah. 

Nak judge kenapa makcik mengamuk tak boleh la kan sebab kita bukan tahu semua benda. Tapi bila dengar mak cik ungkit pasal keturunan lepas tu cabar orang untuk berjumpa rasa seriau pula. Tengah marah semua benda kita sebut. 

Kebanyakkan kes kita lupa perkara yang kita sebut masa marah. Cuma peringatan untuk diri, kita ni manusia lemah makcik, dan kita tak tahu setakat mana kesabaran orang. Buatnya orang tembak makcik di tengah jalan sebab sakit hati. Atau orang guna cara halus nak senyapkan makcik.

Ya betul, semua dengan izin Allah. Tapi kita kena juga berusaha menjaga diri. 





Bila Allah Membongkar Aib HambaNya

Satu lagu kes nyata; memang aku kenal berlaku sampai kena buat report polis. Takut keselamatan terancam. Punca bila mulut sendiri celupar. Berkata-kata seolah-olah tiada akal. Bila dah rasa terancam baru sedar diri dalam bahaya.

Sama juga hal nya bila libatkan masalah keluarga. Elak la dari bercerita, buat kenyataan, post sindiran di laman social. Stop berpura jadi mangsa keadaan. Tuduh orang lain salah, kita manusia sempurna. Banyak sangat keburukkan. Macam buka pekung di dada.


Kan ada pepatah:
Jangan tepuk air di dulang nanti dipercik muka sendiri
Jangan sebut aibnya orang nanti terbuka aib sendiri.


*gambar ihsan google image

Lunch Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Assalamualaikum. Dulu pernah makan kat Restaurant Chef ni kat tempat lama kat Bangsar tu. Tempat tu dah la hazab nak parking (tepi jalan) dan masa tu tak ingat tahun berapa tapi food dia tak la sedap sangat. 

Now dah improves a lot. Dato Chef dah move to new place dekat Tasik Perdana, so far pergi tadi tak jem pun dan parking banyak (parking bertingkat). 

Hari ni ada officemate belanja satu level. Alhamdulillah. Rezeki. Semoga dimurahkan rezeki orang yang belanja.

Lunch Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Harga per person kalau tak silap less than RM50/head. Makanan berkualiti, fresh, semua cukup rasa. I think dia sedap masakan yang menggunakan santan. 

Then dessert durian dia terbaik. Makan dengan pulut.





Pilihan Lauk Pauk di Restoran Rebung

Ada pilihan lauk pauk kampung dengan nasi ulam/nasi minyak/nasi putih. Kerabu, sambal, masak lemak siput sedut, rebung, ikan patin, kari daging dan macam-macam lagi. 

Ada jugak pilihan mee/ bihun (sup, kari, laksa), rojak, ABC, kuih goreng-goreng. Favourite ialah buah Melaka, dan lempeng sambal ikan bilis. 

Eh banyak la pilihan. Rugi tak pergi. Masa makan tadi ada juga Chef Florance Tan, dia welcome and beramah mesra dengan guest yang datang. 

Rasanya dia pon ada share dengan Dato selain Dr Syeikh Muszaphar Shukor. Ini tekaan sahaja ya. This is second time pergi dan orang memang ramai. 

Makanan mencukupi dan berbaloi untuk lunch. Ada bilik kalau nak buat private event or farewell. Its good make a phone call for reservation.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Address: Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-2276 2525

keropok lekor & ikan bakar tu memang superb






Buah melaka superb lembut and melt in mouth & serawa durian power & lempeng lembut



Pilihan lauk pauk


makan kena ambil portion kecil baru rasa semua



siput sedut sedap