Menjaga Aib Media Sosial

Rodiah Amir

Cara Menjaga Aib Di Media Sosial

Tempat paling mudah aib terbuka dan mudah dilihat secara tak sengaja adalah di media sosial. Tak perlu orang lain nak buka aib kita, kadang-kadang kita sendiri yang yakin diri tayangkan satu dunia. Nauzubillah. 

Pagi tadi sempat tengok satu video makcik mengamuk, entah apa punca aku tak pasti. Satu je tak berkenan penggunaan bahasa yang keluar waktu dia mengamuk tu. Masa tu kalau kita boleh nampak mesti syaitan duk dekat tepi telinga hasut suruh marah. 

Nak judge kenapa makcik mengamuk tak boleh la kan sebab kita bukan tahu semua benda. Tapi bila dengar mak cik ungkit pasal keturunan lepas tu cabar orang untuk berjumpa rasa seriau pula. Tengah marah semua benda kita sebut. 

Kebanyakkan kes kita lupa perkara yang kita sebut masa marah. Cuma peringatan untuk diri, kita ni manusia lemah makcik, dan kita tak tahu setakat mana kesabaran orang. Buatnya orang tembak makcik di tengah jalan sebab sakit hati. Atau orang guna cara halus nak senyapkan makcik.

Ya betul, semua dengan izin Allah. Tapi kita kena juga berusaha menjaga diri. 





Bila Allah Membongkar Aib HambaNya

Satu lagu kes nyata; memang aku kenal berlaku sampai kena buat report polis. Takut keselamatan terancam. Punca bila mulut sendiri celupar. Berkata-kata seolah-olah tiada akal. Bila dah rasa terancam baru sedar diri dalam bahaya.

Sama juga hal nya bila libatkan masalah keluarga. Elak la dari bercerita, buat kenyataan, post sindiran di laman social. Stop berpura jadi mangsa keadaan. Tuduh orang lain salah, kita manusia sempurna. Banyak sangat keburukkan. Macam buka pekung di dada.


Kan ada pepatah:
Jangan tepuk air di dulang nanti dipercik muka sendiri
Jangan sebut aibnya orang nanti terbuka aib sendiri.


*gambar ihsan google image
Tags