Bermula dengan Dropship

Assalamualaikum, 

Dulu masa pertama kali saya aktif jadi peniaga online ini adalah antara task yang kena buat. 

Bagus cara macam ni, sekurangnya mencari jawapan dalam kehidupan. 

Cubalah :)

Setiap dropshipper kena cerita kenapa mula libatkan diri dalam perniagaan. 

Zuremy, Laksa Utara Sedap

Antara salah satu makanan sedap yang susah aku nak jumpa dekat KL adalah laksa utara. Maksud sedap tu ikut tekak aku la. 

Aku tak suka terlalu masam dan kuah terlalu pekat. Selalu beli dekat pasar malam tak kena dengan tekak aku. 

Macam last puasa aritu ada jumpa gerai tepi jalan dekat kawasan rumah aku. Punya la happy jumpa tapi beli sebekas je sebab selalu beli laksa kecewa. 



Zuremy, Laksa Utara Sedap

Kadang-kadang kuah dia failed, tak pun laksa dia aku tak berkenan. Kan ada laksa tepung beras dengan apa tah. 

Yang kalau siap celur tu macam jual kat NSK dan mall banyak. Yang tu aku tak berkenan. Rasa kunyah plastic.




Zuremy Laksa - Laksa Utara Sedap

Satu bekas RM5 dapat sebiji telur beserta sayur hiasan lain. Lepas makan senyum-senyum sebab puas hati sangat. 

Masa ni makan berebut dengan Ikhwan sebab dia pun hantu laksa. Semua dalam keluarga aku makan laksa TAPI SAYANG suami sendiri nak muntah bau kuah laksa. Menyam sangat.

So memang tak akan buat la laksa kat rumah. sebab kalau buat laksa kena masak dish lain untuk suami pulak. I is penat. So memang konsepnya beli je.

Ok back to Laksa story; nama Laksa tu ialah LAKSA UTARA ZUREMY. Sedap bak hang. Since Puasa hari tu, dah nak masuk Raya Haji baru nampak abang tu meniaga semula. 

Dan rezeki semalam gerai dia bukak. Ramah mulut tanya. Rupanya abang ni busy dapat tempahan catering.




Meriah orang order sampai tak sempat nak bukak gerai. Meniaga laksa pon boleh kaya ok. nak dengan tak nak je. 

Sesiapa nak buat open house ke, company event ke boleh ambil no abang Zuremy Laksa Utara ni.

Untuk Tempahan: 

FB: Zuremy Laksa
Call: 013 - 245 6078
Whatsapp: 019 - 251 5756


Kalau nak cuba rasa boleh singgah gerai (kalau buka la) betul-betul dekat simpang antara International School Taman Melawati dengan Restaurant Choice. 

Kat situ ada restaurant mamak aku lupa nama. Untuk peminat Laksa aku bagi 4.5*/5*. 



Lunch at Garage 51

Pemilihan tempat makan etc semua head yang buat la. Kita ikut dengan perut kosong je. Tempat yang dipilih adalah CafĂ© Hipster bertempat di Bandar Sunway berdekatan dengan sunway University.

Concept tu memang student suka and sangat modern. Kalau ikut tekak Melayu I memang I rate 2 star je. J presentation terbaik.

Menu pulak lebih kepada brunch and healty. Budak-budak baru nak up sesuai sangat makan sini. Harga boleh tahan telan air liur. 

Lunch at Garage 51

Ini adalah sponsored lunch by F&B head sebab assist on company event (Raya Open House). Kira balas jasa berhempas pulas to make sure event went smooth and less hassle.



menu of the day


Enjoy all the pics okeh. 

Siapa nak pergi boleh waze alamat kat bawah:

Garage 51

51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

satu strawberry satu choc

coffee & warm water






tenkiu belanja




Salmon always be my choice

Ada dua tingkat

Yummy


Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh

Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.

Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS. 

Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan. 

Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah

Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.

Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.


Tempat Jual Itik Salai

Kalau datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai. 

Masak lemak cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat. Semalam lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.

Nak mudah dan buat stok dekat rumah kena ada Daging Salai Ahmad Farm

Harga memang dari dulu kot sama je:

Itik Salai RM40 sekor;
Ikan keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur masin RM7 untuk 6 biji,
Daging Batang Pinang Salai RM45/kg







Tak tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.




Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul. 

oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari Norah wax. 

Sampai pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul. 

Cuaca memang panas hari semalam. Singgah beli makanan dan duduk tepi air terjun.

Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma. 

Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)

Paling gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak berenang pon.

Settle semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang. Alhamdulillah.


Nikmat mana lagi mahu ku dustakan.