Resepi Stew Kambing Sedap

Nak share resepi simple siap kurang dari sejam. Resepi diberi nama Stew Kambing. Aku belajar resepi ni lepas tengok rancangan memasak di Astro. 

Selalu di makan dengan roti bakar. Boleh juga dimakan dengan nasi putih. Ikut Selera masing-masing. 

Menu ni sesuai jugak dibuat untuk jamu tetamu datang ke rumah. Kalau jamu tetamu dengan kambing mestilah suka kan? 


Resepi Stew Kambing Sedap

kecuali tetamu korang tak makan kambing. Setakat ni resepi stew kambing digemari oleh suami, anak-anak dan juga adik beradik aku. Nak buat pun mudah. 




Stew Kambing  Sedap dan Simple

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Kambing perap, nak guna kambing tanpa perap pon boleh
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Kentang
  • Tomato
  • Putik jagung ganti lobak merah
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Daun ketumbar
  • Tepung jagung




Cara-Cara Masak Stew Kambing

~ Goreng kentang separa masak dan kemudian tumis bawang-bawang yang dihiris dengan cili boh. Nak pedas letak banyak cili boh.

~ masukkan kambing perap yang dipotong kecik. Kambing beli yang dah siap perap kat Aeon. Didihkan seketika.

~ masukkan air, dan bahan lain kemudian biar menggelegak. Jangan lupa perasakan dengan garam.

~ tepung jagung dibancuh dengan sedikit air dan masukkan untuk pekatkan kuah. Siap.

Selamat mencuba😊


*semakin lama masak semakin sedap stew ni.

Goreng kentang supaya kentang tak hancur sangat. 
senang dan simple sangat ni

Aktiviti Hari Minggu

Selamat malam korang semua. Malam ni terlebih rajin dan ada mood nak ber blog.
Alhamdulillah hari ni cukup happy.

Walau yang sebenarnya tengah resah gelisah tunggu parcel masih lagi tersangkut di awangan.
Call customer service pun unavailable sebab Cuti Pertabalan Agong kan.
Maka konsep Sabar dan Redha jela jawabnya. 

Siang plan nya nak bawak cucuk Raudah tapi jalan masuk ke Klinik Pusrawi jalan Ipoh jem nak meninggal.
So postponed next time sahajalah.

Aktiviti Hari Minggu

Alang-alang dah keluar terus shopping baju harian Raudah dan mama.
Suami melayan aje.
Dah dekat Asar baru sampai rumah.
Terus ready untuk dinner.

Raudah pun tak meragam so sebagai balas budi kena masak sedap untuk suami.
Padahal menu semua pilih ikut tekak sendiri. hahahha

Seharian kat luar dah makan nasi so malam plan nak makan cicah roti aje.
So masak la Stew Kambing dengan buat agar-agar tembikai yang cantik tu.

Lama dah berhajat malam ni baru dapat buat.
nanti aku share resepi. 

Untuk Sementara waktu tataplah menu yang aku sediakan ikhlas dari hati. 
chewah. 




stew kambing kak Diah masak

Tutorial | Function Read More

Assalamualaikum.

Hai awak sekalian. 

Kali ni nak share macamana nak create Read More dekat post kita yang panjang meleret. 

Selalu ada masalah kalau set berapa post per page kan sebab nak nampak smart kita punya blog. Salah satu cara lain nak bagai cantic ialah jimat space dekat create link Read More.

Senang je. Sebelum ni pernah cuba yang kena edit dekat HTML tapi malangnya tak jumpa dan lost masa tengah cuba create. So kita try yang simple je la.

Petua Rawat Kudis Guna Kelapa Parut

Petua Rawat Kudis Menggunakan Kelapa Parut

Petua guna kelapa parut ni rasanya ramai dah tahu. Petua turun temurun, dari generasi ke generasi sampai la sekarang. Mak aku antara orang yang meneruskan petua tradisi ni. Kisahnya tak kira sesiapa yang ada masalah gatal-gatal kulit kaki/tangan mak akan suggest atau mak sendiri yang lumurkan untuk cucu-cucu dia.

Ala ni yang jenis kulit gatal-gatal kalau main pasir, pastu ada yang jenis kulit sensitif kalau lepas kena gigit nyamuk akan jadi bintat dan kalau garu jadi kudis dan parut. Jenis kaki kulit comot sesuai amalkan petua ni.