Resepi Stew Kambing Sedap
Nak share resepi simple siap kurang dari sejam. Resepi diberi nama Stew Kambing. Aku belajar resepi ni lepas tengok rancangan memasak di Astro. Selalu di makan dengan roti bakar. Boleh juga dimakan dengan nasi putih. Ikut Selera masing-masing.
Menu ni sesuai jugak dibuat untuk jamu tetamu datang ke rumah. Kalau jamu tetamu dengan kambing mestilah suka kan? kecuali tetamu korang tak makan kambing. Setakat ni resepi stew kambing digemari oleh suami, anak-anak dan juga adik beradik aku. Nak buat pun mudah.

Stew Kambing Sedap dan Simple
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Kambing
perap, nak guna kambing tanpa perap pon boleh
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Kentang
Tomato
Putik jagung
ganti lobak merah
Cili boh
Sos tiram
Daun
ketumbar
Tepung
jagung
Bintang utama dalam resepi ni |
Cara-cara;
~ Goreng
kentang separa masak dan kemudian tumis bawang-bawang yang dihiris dengan cili
boh. Nak pedas letak banyak cili boh.
~ masukkan
kambing perap yang dipotong kecik. Kambing beli yang dah siap perap kat Aeon.
Didihkan seketika.
~ masukkan
air, dan bahan lain kemudian biar menggelegak. Jangan lupa perasakan dengan
garam.
~ tepung
jagung dibancuh dengan sedikit air dan masukkan untuk pekatkan kuah. Siap.
Selamat
mencuba😊
*semakin
lama masak semakin sedap stew ni.
Goreng kentang supaya kentang tak hancur sangat. |
senang dan simple sangat ni |